: ̗̀➛ Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SKRIN telefon yang gelap itu dipandang sepi. Sekejap dia nyalakan skrin tetapi dalam beberapa saat kemudian, dimatikan semula. Tangan terus dijatuhkan di atas dahi. Mata dipejamkan. Helaan nafas terbit keluar dari dua ulas bibirnya.

"Awak pergi dulu, dalam 10 minit saya sampai.." Aideen melihat Haikal kalut-kalut memakaikan kasut sambil bahu kanan diangkat sedikit bagi memberikan sokongan kepada telefon yang melekap di telinga.

"Jangan risau. InsyaAllah jadi punya suprise untuk si Ara tu. Kalau tak jadi pun, kita still boleh sambut birthday dia kan?" Usai sahaja Haikal memakai kasut, lelaki itu terus berlalu pergi. Aideen yang baru sahaja ingin bertanya, terus mati niatnya.

Hari lahir Inara.

Itu yang dia dengar dari mulut Haikal sewaktu lelaki itu sedang dalam talian bersama seseorang di corong telefon. Skrin telefon dinyalakan semula lalu tarikh yang tertera di lockscreen dipandang.

15 Disember.

Masih terngiang-ngiang sewaktu Imratul mengingatkan dia berkenaan tarikh lahir Inara.

Mengapa dia rasa begitu terganggu sekali dengan tarikh tersebut? Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Jam dilihat. Ada beberapa minit lagi sebelum masuknya tarikh 16 Disember. Tanpa berfikir panjang, jari laju mencari nama seseorang. Jari jemari mula bermain di atas papan kekunci kemudian butang hantar terus ditekan.

Beberapa saat kemudian, Aideen bagaikan baru tersedar. Apa yang aku buat ni? Bukan ke aku dengan dia dah tak ada apa-apa?

TING!

Bunyi notifikasi masuk. Pantas Aideen membuka pesanan tersebut.

Inara : Siapa ni?

Berkerut dahi Aideen jadinya. Dia tanya siapa? Adakah ini bermakna wanita itu telah membuang nombor telefonnya? Memikirkan hal tersebut menimbulkan rasa yang kurang enak dalam diri.

Aideen.

Ringkas sahaja balasannya. Balasan daripada Inara dinantikan dengan penuh debar.

Is this part of your dare? 

Makin berkerut dahi Aideen jadinya. Tidak faham dengan apa yang Inara maksudkan itu.

Apa kau cakap ni? Dare?

Tak payahlah nak pura-pura tak tahu. Kalau ni sebahagian daripada awak punya cabaran yang entah dah selesai ke belum saya malas nak ambil tahu, baik tak payahlah. And, saya rasa, awak dah boleh buang kut nombor saya. Ye lah, saya ni bukan siapa-siapa untuk awak simpan lagi nombor saya ni.

Panjang lebar balasan Inara, membuatkan timbul sedikit kemarahan dalam diri Aideen.

Saya ikhlas wish then you doubt my intention?

Oh dah hilang dah 'kau-aku'?

Aideen memicingkan sedikit pandangan matanya saat membaca pesanan yang telah dihantar itu. Baru dia sedar yang dia menggunakan kata ganti nama 'saya-awak.' Seolah-olah apa yang terjadi sewaktu dia menaip adalah di luar kawalannya.

Tidak mahu lagi membalas, Aideen membiarkan sahaja pesanan yang dihantar oleh Inara itu. Telefon pintar terus dilemparkan di sisi. Dia merenung siling putih dengan pelbagai perkara yang bermain di benak kepalanya.

"Apa masalah kau ni Aideen? Kau dah kenapa chat dia balik? At the end, kau sendiri yang sakit hati. Sepatutnya dari awal lagi kau tak perlu chat dia. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa." Aideen bermonolog sambil memikirkan tindakannya tadi. Sungguh dia tidak faham dengan diri dia semenjak dua menjak ini.

Dia seolah-olah banyak termenung. Seolah-olah seperti ada sesuatu yang bermain di benak pemikirannya sehingga dia banyak kali ditegur oleh Atiqah sewaktu mereka keluar berdua. Dan yang paling teruk sekali, dia banyak tersilap menyangka apa yang Atiqah suka dan apa yang wanita itu tidak suka padahal sudah diberitahu banyak kali. Seolah-olah seperti dia keliru dengan kesukaan seseorang.

Aideen menggeleng kepalanya laju. Tak mungkin. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa. Dia hanyalah jambatan untuk aku dapatkan Atiqah. Tak lebih dari itu!

***

DOUBLE tick.

Menandakan lelaki itu hanya seen sahaja pesanannya. Tidak tahulah sama ada sudah dibaca ke belum kerana dia menutup read receipt.

Keluhan dilepaskan. Mengapa Aideen tiba-tiba sahaja menghantar pesanan tersebut? Atau persoalan yang lebih tepat sekali, mengapa lelaki itu masih lagi menyimpan nombor telefonnya? Bukankah sudah sekian lama nombornya patut dihapuskan dalam kenalan Aideen kerana itu yang dia fikirkan selama ini kerana dia sendiri sudah membuang nombor telefon jejaka tersebut.

Aideen membuatkan dirinya masih lagi berharap kerana menganggap lelaki itu mengetahui segala perkara tentang dirinya. Tidak pernah terlintas di kepala bahawa Aideen masih lagi ingat akan terakhirnya.

Seketika kemudian, dia bagaikan tersedar. Kenapa dengan dirinya ini? Kenapa dia tidak boleh membenci meskipun sudah dikhianati? Dua bulan telah pun berlalu dan sangkaannya, tempoh tersebut sudah cukup untuk membuatkan dia lupa tentang insiden yang berlaku. Sangkaannya, dia dapat lari sekejap dari realiti dengan menyibukkan diri, dapat lupakan kesakitan yang dialami, tetapi dia salah.

Rasa sakit itu masih ada.

Lagi bertambah sakit apabila melihat Aideen bersama 'hadiah' cabaran yang dilakukan olehnya itu.

Dia tahu dalam hal ini, Atiqah langsung tidak bersalah. Tetapi hatinya sakit apabila memikirkan bahawa dirinya menjadi pertaruhan buat Aideen untuk mendapatkan wanita tersebut. Sengaja dia jarang pulang ke kolej kerana tidak mahu bertentang mata dengan Atiqah. Takut tanpa sengaja, ayatnya menoreh hati wanita yang tidak bersalah itu. Cukuplah sekali dia tanpa sengaja menepis tangan seniornya. Tika itu dia terlampau mengikut emosi.

Ucapan selamat hari jadi yang dihantar oleh Aideen itu dibaca buat sekali lagi.

Awak kejam, Aideen. Sepatutnya saya benci awak, tetapi kenapa hati saya seperti menolak untuk merasakan semua itu? Akan tibakah masanya rasa benci itu tumbuh subur dalam diri? Ataupun, sampai bila-bila pun rasa itu tidak akan muncul? Jika begitu, sampai bilakah dia harus terseksa tatkala melihat si dia sedang berbahagia bersama 'hadiah' yang didapati hasil daripada menyakiti dirinya itu?

Posisi tubuh diubah daripada duduk kepada baring. Telefon diletakkan di sisi bantal. Lengan tangan kanan diletakkan di atas dahi. Mata dipejamkan buat seketika. Tubir mata terasa panas, menandakan air matanya bila-bila masa sahaja boleh jatuh.

Sesungguhnya dia tahu, tiada guna dia menangis kerana manusia. Tiada guna dia menangis kerana manusia yang tidak pernah menghargai dirinya itu dan sudah tentu tiada guna untuk dia menangis kerana lelaki yang bukan mahramnya.

Tetapi dia juga manusia. Manusia yang lemah. Yang kadangkalanya tewas dengan air mata tatkala diri dihentam dengan kenyataan yang amat memeritkan.

Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku, Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu yang aku perlu meletakkan harapanku kepada-Mu bukan kepada hamba-Mu. Kerana dia hanya manusia biasa. Kasih sayang yang diberikan oleh dia tidak dapat menandingi kasih sayang yang Engkau berikan kepada hamba-Mu ini.

Jika dia bukan jodohku, kau jauhilah rasa sakit ini, Ya Allah. Aku tahu, dia setiap kesakitan yang dialami ini, terselit hikmah di sebaliknya yang sudah tentu manusia yang lemah sepertiku ini tidak dapat mengetahui apakah perkara tersebut.

***

"SORRY Ara. Aku ada meeting dengan kelab. So, aku pergi dulu tau?" beritahu Umairah. Serba salah dia jadinya apabila dia perlu pergi dulu. Sudahlah Tia dan Jasmin tak ada kerana menyertai pertandingan debat. Maka, tinggal dia dan Inara sahaja. Tetapi itulah, dia pun tiba-tiba perlu hadiri mesyuarat kelab yang disertainya itu. Dengan dirinya yang memegang jawapan Naib Presiden, sudah tentu dia perlu berada di dalam mesyuarat tersebut.

Inara tersenyum. "Tak apa. Takkanlah aku nak halang kau. Pergi lah. Bye. Take care," ucapnya mesra. Umairah mengucapkan maaf buat kesekian kalinya sebelum dia mula beredar keluar.

Inara kembali mengemas barang. Setelah selesai, dia membiarkan dahulu orang lain beransur keluar. Bila dah susut, baru dia turut serta keluar dari Dewan Auditorium.

"Inara Amanda."

Inara mengalihkan tubuhnya ke belakang mengikut arah suara tersebut. Seorang lelaki yang amat dia kenali mula datang mendekat.

"Harraz? Awak buat apa dekat sini? Bukannya blok fakulti awak dekat sana ke?" Fakulti untuk jurusan Harraz dan blok fakultinya tidak sehaluan. Maka, kalau nak pergi sekali pun, memang akan terpisah di suku jalan.

"There is some kind of renovation dekat kelas tu. Lepastu tadi kelas untuk subjek universiti, ramai orang. Kelas yang ada tak muat so lecturer decide to pinjam sekejap kelas dekat fakulti ni. And suprisingly, saya jumpa awak waktu on the way balik," jelas Harraz.

Mulut Inara membulat sedikit. Dia melihat kiri dan kanan Harraz. "Mana kawan-kawan awak?" Acap kali dia lihat Harraz keseorangan. Lelaki ini pun macam dia juga ke? Tak ada kawan?

"Having a consultation with the lecturer."

"And awak tak join?"

"To crowded. Kalau join pun, tak dengar. So I will just ask them. One of them is my roommate. I asked him to record the consultation so I can just listen to it dekat bilik nanti."

"Oh. Smart move," puji Inara.

Harraz menjongketkan kedua-dua bahunya. "Well, gotta work smark, not hard. Isn't it dear future lawyer?" Dia menundukkan sedikit tubuhnya agar menyamai kedudukan wajahnya dengan wajah Inara.

Terkejut Inara jadinya dengan tindakan Harraz itu. Kepala ditarik sedikit ke belakang berserta dengan langkah. Tak selesa.

"Well you are right..." Ketawa janggal mula meluncur keluar.

Bibir Harraz melarik senyuman. Badan kembali ditegakkan. "Nak pergi mana lepas ni?" tanyanya.

"Balik," jawab Inara ringkas.

"Eh cepat. Tak nak singgah beli makanan ke apa?"

"Too tired already sebab kelas saya dari pukul lapan tadi." Jam pun sudah menginjak pada angka enam. Sudah tentulah badan dia letig. Bukan setakat badan, otak pun sama. Rehat pun sejam saja. Itu pun untuk solat Zohor tadi.

"Okay then, lets walk together," cadang Harraz.

"Awak tak nak beli makanan ke?"

"I already bought some this morning so saya boleh terus balik." Dia berjalan terlebih dahulu. Sedia maklum yang Inara tidak suka kalau dia pelawa wanita itu untuk berjalan di hadapannya.

Inara hanya menurut sahaja. Dia mula berjalan beriringan dengan lelaki tersebut. Sepanjang perjalanan, mulut mereka berdua lancar sahaja berbual. Kebanyakkan topik yang dibualkan oleh Harraz itu menimbulkan tawa di bibir Inara. Boleh tahan kelakar Harraz ini.

"Eh, Ara!" Inara mengalihkan perhatiannya ke depan apabila namanya disebut. Kelihatan Haikal sedang melambai ke arahnya. Dia turut membalas lambaian tersebut.

"Habis dah kelas?" soalnya.

"Sudah. Ini awak nak pergi mana?" Kepalanya diteleng sedikit ke kanan untuk melihat siapakah di belakang Haikal itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati orang tersebut adalah Aideen. Badan kembali ditegakkan.

"Nak pergi jumpa coach. Baru perasan Harraz ada sekali. Kau pulak, Harraz?" Soalan kini dilemparkan kepada Harraz. Kerap kali juga dia lihat Harraz bersama Inara. Sebelum ini tak pernah nampak.

"Baru habis kelas."

"Eh? Tapi fakulti kau belah sana kan?" Jari ditunjukkan ke belakang tubuhnya.

"Let just say, there is a problem with that class," jawabnya ringkas. Mulut Haikal sedikit membulat.

"Okaylah. Aku pergi dulu," ujar Haikal. Inara hanya mengangguk. Sewaktu melintasi Harraz, Haikal menepuk perlahan bahu lelaki tersebut. Di belakangnya pula, Aideen mengikuti. Dapat Inara rasakan dari sisi matanya, lelaki itu sedang memandang ke arahnya.

Apa lagi yang dia mahukan?

"Ara jom. Diorang dah pergi," panggil Harraz apabila Inara masih lagi kekal statik di tempat yang sama. Inara yang tadi hampir tenggelam dalam fikirannya mula tersedar. Cepat-cepat dia membuntuti langkah Harraz.

***

"HARRAZ? Siapa Harraz tu? Boyfriend dia?" Soalan dilontarkan sebaik sahaja kelibat Inara dan lelaki bernama Harraz itu hilang dari pandangan. Lelaki yang sama dia nampak bersama dengan Inara tempoh hari.

Haikal memusingkan tubuh, menghadap tepat ke arah Aideen. "Entah. Kau tanyalah dia sendiri siapa Harraz tu bagi dia." Langkah kembali diteruskan.

"Aku tanya kau, bukan tanya dia." Geram Aideen jadinya. Dikejarnya langkah Haikal itu.

"Bukan ke kau bagitahu dia kau dengan si Ara tu dah tak ada apa-apa? Basically you are just a stranger to her so why kau nak tahu? Sepatutnya kau tak perlu ambil tahu. Siapa Harraz tu bagi dia tak penting. Kau cuma perlu kisahkan relay kau tu je Aideen. Tak perlu sibuk hal orang," balasnya sinis tanpa memandang sedikit pun ke arah rakannya itu. Betul apa yang dia cakap?

Aideen menyinis. "Say who yang also menyibuk apa yang jadi antara aku dengan Ara." Aideen memulangkan paku buah keras. Mati terus langkah Haikal. Wajah Aideen dipandang.

"Oh really? Yeah, aku mengaku aku macam menyibuk hal kau dengan Ara tapi kau kena ingat sikit apa kau buat dekat dia sampai aku pun turut menyibuk sekali. Kau buat dekat Ara, Ara cerita dekat Imratul. Lepastu benda ni pulak libatkan kau, dan kau tu kawan baik aku, of course Imratul marah sebab kau kawan aku dan aku kawan kau dah memang terang lagi bersuluh Atul akan cerita dekat aku, jadi kau bagitahu aku macam mana aku nak butakan mata aku, tutup mata aku dengan perbuatan kau yang memang tahap bodoh tu memang macam orang tak ada otak." Jari telunjuk naik ke kepala sendiri lalu mengunjuk ke arah Aideen.

Dia bukannya nak lebihkan Inara tetapi kalau sudah lelaki ini sanggup tipu wanita itu demi nak dapatkan sesuatu, siapa saja tak marah? Senang-senang sahaja mainkan hati dan perasaan orang serupa macam orang itu patung.

"Kau jaga mulut kau sikit, Kal. You have crossed the line." Tidak suka dengan bahasa kasar yang digunakan oleh Haikal itu.

"Oh kenapa? Nampak kasar? Ha, baguslah. Memang sengaja aku cakap kasar sebab nak bagi kau sedar sikit. Satu lagi, I am not the one who crossed the line. You are." Jari telunjuk menekan kuat dada Aideen sehingga lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. Matanya tajam sahaja memandang wajah Aideen lantas kembali mengorak langkah.

Aideen memandang susuk tubuh Haikal dari belakang. Rambutnya diraup kasar. Bibir diketap. Dia pun tidak tahu mengapa soalan itu meluncur keluar dari mulutnya. Apabila melihat Inara berdiri bersebelahan dengan lelaki tersebut, seperti ada sesuatu yang mencucuk hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro