: ̗̀➛ Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ARA, kau ada kelas tak? Jom ke–"

"Atul." Inara meletakkan beg di atas katil lalu meluru ke arah Imratul yang sedang memandangnya itu.

"Eh, kau kenapa ni?" soalnya apabila melihat wajah Inara yang kelihatan agak sugul itu. Terbantut terus niat dia nak ajak Inara keluar. Lagi terkejut apabila gadis tersebut mula memeluknya.

"Ara?"

"Bodoh ke aku kalau aku still lagi gembira bila Aideen bagitahu dia pun suka aku?" tanya Inara bernada perlahan. Tubuh Imratul masih lagi dipeluk.

Imratul menolak lembut pelukan Inara itu lalu gadis tersebut dibawa duduk di atas katilnya. Setelah berbulan-bulan nama lelaki itu tidak muncul, kini ia muncul semula dari mulut Inara sendiri.

"Kenapa ni? Apa jadi? Cuba cerita dekat aku," pintanya. Tangan Inara digenggam lembut. Riak muka Inara yang sugul itu masih lagi dipandang.

"Aideen..."

"Dia..." Inara jeda. Cuba untuk mencari kekuatan untuk menceritakan hal yang baru sahaja terjadi dalam hidupnya itu.

"Dia bagitahu kata dia suka aku..."

"Hah?!" Terbangun terus Imratul jadinya. Terkejut dengan cerita Inara itu. Dah kenapa dengan Aideen ni? Dah seronok-seronok patahkan hati orang, mainkan hati orang, kemudian, senang-senang sahaja bagitahu bahawa dia suka Inara? Eh, lelaki ni ada masalah kecelaruan perasaan ke apa?

"Dia bagitahu dia suka kau?" Dia kembali duduk. Inara mengangguk.

"Habistu Kak Atiqah? Bukan ke dia dengan kak Atiqah?" Sudah sedia maklum bahawa Aideen mempunyai hubungan istimewa dengan seniornya itu.

"Dia kata dia dah break. Last month..."

"Allah..zl Imratul mengurut perlahan pelipis dahi. Pening dia jadinya dengan tingkah laku Aideen ini. Beberapa bulan yang lepas, boleh tahan bangga lelaki itu kerana dah berjaya selesaikan cabaran yang dibuat, malah turut juga bangga sebab boleh dapatkan Atiqah, tapi ini dah kenapa tiba-tiba putus kemudian kembali berpaling kepada Inara? Apa motif lelaki itu?

"Cuba kau cerita dekat aku dari awal sampai habis apa yang dia cakap dekat kau supaya senang untuk aku faham." Dia perlu tahu cerita sebenar. Baru dia boleh beri kata putus.

Nafas ditarik terlebih dahulu sebelum dia mula bercerita. Tiada satu pun yang tertinggal. Betul-betul cerita dari A sehingga ke Z.

"Jadi, macam tulah ceritanya. Entahlah Atul. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Dia tipu aku, dia mainkan perasaan aku, aku sepatutnya dah boleh benci dia tapi kenapa aku langsung tak boleh? Kenapa masih ada lagi sisa yang aku still suka dia? Bodoh sangat ke aku ni, Atul?" Soalan yang sama berulang kali ditanya buat diri sendiri diluahkan.

Mengapa?

Kenapa?

Mengapa perasaan benci itu tidak pernah pun datang menjelma?

Mengapa rasa cinta dan sayang itu masih lagi kekal meskipun dah ditipu hidup-hidup?

"Ara–"

"Aku nak sangat benci dia. Ya, aku tahu tak elok untuk kita benci orang tapi aku nak sebab at least dia boleh tolong aku lupakan kisah pahit tu tapi aku masih tak boleh dan aku tak faham kenapa! Kenapa aku rasa bahagia bila dia confess dekat aku? Aku cakap dekat dia benda lain padahal hati aku maksudkan yang lain? Ya Allah, apa kena dengan diri aku ni Atul?" Wajahnya diraup. Keliru dengan diri sendiri. Benci dengan kecelaruan yang dialaminya sekarang.

Susah sangat ke diri ini nak benci seseorang yang dah pernah lukakan dia? Kalau tak benci pun, tak boleh ke cuba untuk move on? Sepatutnya perasaan dia kepada Aideen sudahpun hilang. Sudah pun mati, namun tidak. Masih kekal utuh di tempat yang sama.

"Mungkin tempoh lima bulan yang kau lalui sekarang belum cukup untuk kau lupakan dia Ara. Kau kena ingat Ara, moving on is a process. Setiap orang lain-lain proses nak move on tu. Ada yang dua tiga hari dah boleh move on. Ada orang bertahun-tahun. Setiap orang lain-lain Ara. Take your time. I guess, kau still perlukan waktu untuk lupakan dia. Jangan pernah salahkan diri sendiri sebab at least kau cuba..."

Ayat Imratul itu boleh dikatakan serupa dengan ayat Tia dulu. Masing-masing mengatakan bahawa masa akan memulihkan semuanya. Hanya perlu sabar. Tetapi hatinya sendiri yang merana menanti tempoh tersebut.

"Take your time. Jangan rushing sangat. Kalau kau tak faham dengan diri sendiri, aku lagi dua kali ganda tak faham dengan si Aideen tak guna tu. Eh mamat tu dah kenapa? Haritu kemain bangga sangat bila dah selesai cabaran dia tu lepastu terhegeh-hegeh nak dekat kau balik? Eh, eh, mamat tu. Ada jugak yang kena ganyang dengan aku!" Imratul mula bangun. Lengan kedua-dua baju sudah mula disising sehingga ke paras siku. Macam dah bersedia nak buka gelanggang.

Inara gelak halus. Terhibur dengan gaya Imratul. Memang Imratul ini penghibur dia tatkala suka dan duka.

"Aku yakin kau boleh Ara. Kalau kau tak boleh benci dia pun, Insha-Allah one day, kau boleh move on, lupakan apa yang jadi walaupun aku tahu susah untuk kau tapi at least kau cuba. Am I right?" Imratul kembali melabuhkan punggung di sisi Inara. Kedua-dua tangan Inara kembali digenggam sambil anak mata tepat merenung ke wajah Inara.

Bibir melarik senyuman tipis. Kepala diangguk. Dia perlu cuba dan sabar. Masa akan pulihkan semuanya.

***

"SUMPAH aku tak faham dengan kau Aideen. Kau lukakan hati dia then kau boleh bagitahu kau suka dekat dia? Kau dah kenapa ni Aideen!" Berang Haikal jadinya. Dia mendapat tahu daripada Imratul bahawa Aideen baru sahaja meluahkan perasaannya kepada Inara. Pening dia dengan perangai kawannya ini.

"Aku dah tak boleh terus tolak perasaan yang aku rasa ni Kal. Aku keliru. Sebab tu aku tak buat semua tu awal-awal..."

"Yes, aku tahu kau keliru tapi tindakan kau ni sumpah bodoh! Kau sepatutnya dari awal guna otak kau sikit! Kau sekarang bukan setakat lukakan satu hati tapi dua! Dua Aideen! Dua hati yang tak bersalah pulak tu!" Rambut diraup dengan kasar. Amarah mencanak naik. Geram dengan perangai Aideen ini. Tindakan yang paling bodoh Aideen pernah buat.

"Ara was right. Senang-senang aje kau minta maaf lepas dah buat macam tu dekat dia? Come on, Aideen. The wound that you gave her is not just a simple scratch. Kau totally toreh luka tu! Toreh macam mana? Kau bayangkan pisau yang tumpul tu then kau cuba hiris atau potong something macam kulit kau. Sakit. Sakit sangat Aideen. Aku turut rasa sakit dia kau tahu tak?" Sambung Haikal lagi. Dia sudah tidak tahu berapa kali dia ulang ayat yang sama.

"Kau kawan aku, Kal. Bukan ke kau patut sokong aku?" Aideen memandang tepat ke arah Haikal.

"Yes, you are right. Aku kawan kau, aku patut sokong kau tapi kalau dah benda bodoh macam ni kau buat, takkan aku nak sokong kau jugak? Takkan kalau satu hari nanti kau bunuh orang, aku nak sokong kau jugak? Tak semua benda aku kena sokong Aideen. Benda baik aku sokong. Benda macam ni? Memang tak aku sokong. Aku cuma boleh bagi nasihat. Itu aje. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk kau. Kau dah besar panjang. Dah boleh fikir sendiri." Sebaik sahaja dia melintasi Aideen, bahu lelaki tersebut ditepuk lembut sebelum dia menapak keluar.

Aideen masih lagi kekal di situ. Helaan nafas yang kedengaran agak berat sekali, dilepaskan. Sungguh dia buntu. Dia sudah tidak tahu apa yang nak dibuat. Inara kelihatan sudah membencinya. Riak wajah Inara sewaktu dia berjumpa dengan wanita tersebut pada siang hari tadi kekal bermain di dalam kepalanya tanpa henti. Setiap kali wajah itu muncul, rasa bersalah itu turut sama datang, membuatkan Aideen dihentam dengan rasa penyesalan. Ditambah pula dengan reaksi Atiqah sewaktu dia memberitahu yang dia mahu putuskan hubungan.

"Atiqah..."

"Ye? Awak dah tahu nak cakap apa? Dari tadi lagi awak senyap. Ada perkara penting ke awak nak bagitahu saya?" polos wanita itu bertanya. Sudah dekat 20 minit Aideen diam tidak berkutik. Dia pula hanya sabar menunggu.

Riak wajah Atiqah membuatkan Aideen rasa bersalah untuk menyuarakan rasa hatinya. Wanita di hadapannya ini terlalu mencintainya dan dia, dalam beberapa saat lagi akan menghancurkan sekeping lagi hati yang tidak bersalah.

"Lets just break up.." Akhirnya, kalimat itu keluar. Dia tak boleh terus menyimpan kerana kelak, bukan dia juga yang rasa sakit, Atiqah juga akan rasa benda yang sama, tapi rasa sakit yang akan dialami oleh Atiqah adalah dua kali ganda daripadanya.

Senyuman yang dari tadi terukir di dua ulas bibir Atiqah terus mati. Melihatkan perkara tersebut, Aideen terus menunduk. Senyuman Atiqah yang tadinya mekar, terus layu.

Ya Allah, apa yang aku buat ni?

"Atiqah sa-" Aideen terus mengangkat kepalanya namun belum sempat dia bersuara, Atiqah mencantas.

"Its okay. I know your reason. You don't love me but you love Inara right?" Terdapat sedikit getaran di nada suara wanita tersebut.

Mata Aideen sedikit membulat. Mengapa tekaan Atiqah begitu tepat sekali? Ayat 'awak tak cintakan' saya itu tidak betul pada awalnya. Dia dulu cintakan Atiqah. Sangat cintakannya. Sebab itulah dia sanggup buat tindakan bodoh itu. Tapi siapa dia yang hanya manusia biasa yang mampu mengawal hati dan perasaan sendiri?

Senyuman sedaya upaya diukir. Padahal hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati Atiqah sekarang ini, Aideen tahu.

Bagaimana dia tahu?

Pandangan mata Atiqah menjelaskan segala-galanya. Dapat dia lihat mata Atiqah sudah pun merah menandakan bila-bila masa sahaja empangan air mata akan pecah.

"Atiqah, sa..saya minta maaf sangat-sangat. I used to love you but I don't know why that feeling just dissapeared. Saya tak nak awak terus terseksa. Terseksa bila awak seorang sahaja yang sayang saya padahal saya cintakan orang lain..." jelas Aideen perlahan. Wajah Atiqah dipandang dengan pandangan sayu. Dia tahu apa yang Atiqah rasakan sekarang. Pasti hancur.

Atiqah menggeleng perlahan kepalanya. "Tak apa. Hati kita ni bukan kita yang pegang. Dah ditakdirkan yang kita ni bukan jodoh. Nak buat macam mana? Jangan risau pasal saya. You make a great choice by falling in love with Inara. At least orang tu Inara. Taklah saya nak heartbroken sangat, nak marah sangat. She is a good person." Senyuman masih lagi kekal di mulut. Air mata cuba ditahan agar tidak jatuh menuruni pipi.

Aideen terpempam. Sungguh dia dah tidak tahu apa lagi ayat yang mampu dia lontarkan.

"Okeylah. Saya pergi dulu. Awak jangan ingat saya tiba-tiba nak lari ye? Saya ada program kena join in 10 minutes. Ni bukti dia." Skrin telefon dihalakan tepat ke muka Aideen bagi menyakinkan lelaki tersebut. Dia terus bangun. Totebag digalas. Satu senyuman dihadiahkan.

Aideen mendongak sedikit kepalanya memandang Atiqah yang sedang berdiri di hadapannya itu. "Bye, Aideen. Thank you for being such a great boyfriend. Saya doakan awak dengan Inara sampai ke jinjang pelamin. Love her with all your heart okay? She have suffer enough. Saya pergi dulu." Dia menundukkan sedikit kepalanya lantas berlalu pergi tanpa sempat Aideen membalas.

***

"ARA." Harraz memanggil apabila kelibat Inara mula memenuhi segenap ruangan kornea matanya. Wanita itu sedikit tersentak. Kepala ditolehkan sedikit.

"Ye?" Semenjak kejadian Harraz muncul sewaktu dia dan Aideen menyelesaikan konflik di antara mereka, dia dan Harraz tidak bersua muka. Dihantar pesanan WhatsApp kepada lelaki tersebut untuk meminta maaf tetapi langsung tiada balasan.

"Before you said anything, saya nak tanya, awak baca tak chat yang saya hantar tu?" Inara memulakan soalan. Harraz berfikir sejenak sebelum dia membalas.

"Yes I did read it..." balas Harraz bernada perlahan.

Inara melepaskan keluhan nafasnya. Dia tak nak muncul pula konflik di antara dia dan Harraz. Cukuplah dia dengan Aideen sahaja. Ini bukannya sebarang drama atau cerita yang memerlukan pelbagai konflik. Hidup dia dah terlampau rumit untuk menambahkan lagi perkara tersebut.

"Awak marah dekat saya because I didn't take your side or what? If that is the reason, saya minta maaf. Saya cuma tak nak orang lain masuk dalam masalah saya. Masalah saya, biar saya yang selesaikan sendiri. I'm not the type untuk lari dari masalah. Selagi boleh diselesaikan, saya akan buat." Prinsip yang dipegang dijelaskan. Sungguh dia tak suka lari dari masalah. Sampai bila nak lari? Kalau lari, sampai kesudah masalah itu takkan selesai. Tapi rasanya, dia dah beberapa kali langgar prinsip dia yang satu itu kalau melibatkan Aideen..

"No, of course I'm not! Saya langsung tak boleh marah awak, even if I try. How could I get mad at someone I love?"

Inara pegun. Ini yang dia lemah. Lelaki ini membuatkan dia semakin berat dalam membuat keputusan sama ada mahu menolak atau menerima, tetapi hatinya tetap ke arah untuk menolak tetapi dia tak sampai hati. Harraz nampak bersungguh-sungguh dalam mencintainya.

"Harraz, about that..."

"No. Like I said. Take your time Ara. Don't pressure yourself. Time will help you make your choice." Harraz mencelah. Dia sudah tahu apa yang Inara ingin katakan. Dia akan bagi wanita itu masa. Dia sanggup tunggu.

Inara diam.

Harraz senyum. "Jom. Saya panggil awak sebab saya nak belanja awak makan. Anggap ajelah tanda saya minta maaf sebab saya abaikan mesej awak."

Ini yang dia tidak faham pasal Harraz. Lelaki ini selalu ajak dia untuk lakukan sesuatu dan sudah tentulah dia rasa bersalah mahu menerima pelawaan tersebut. Ia seperti seolah-olah memberi harapan, padahal dia sendiri tidak mahu berbuat begitu. Dia tak nak hancurkan hati orang sebab dia tahu rasa sakit bila hati dihancurkan.

"Come on. Jangan rasa bersalah. Let just say, saya ajak awak just as a friend. Just think that saya tak pernah cakap pun yang saya suka awak." Seperti dapat membaca fikiran Inara, Harraz kembali bersuara yang sudah tentunya membuatkan Inara tergemap. Wajah Harraz dipandang. Lelaki itu nampak macam berharap.

"Tapi.."

"Oh come on Ara. Awak dah tak nak kawan dengan saya ke just because I told you that I like you?" Harraz kekal menyakinkan Inara. Gadis itu diam seketika sebelum dia hanya akur sahaja.

Ya Allah, sesungguhnya hatiku ini berat untuk menerima lelaki di sebelahku ini. Jika aku menolak untuk menerima hatinya, Engkau kurniakanlah kepada dia seorang wanita yang jauh lagi baik dari aku. Wanita yang sudah tentunya dapat membuatkan senyuman di bibir lelaki tersebut kian terlakar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro