: ̗̀➛ Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATANYA seakan berpinar apabila melihat aksara yang tertera di atas kertas berwarna putih itu. Banyak lagi perkara yang perlu dia baca agar dia tidak terlupa apa yang pensyarahnya telah ajar.

"Hai." Kepala yang sedari tadi tunduk menelaah bahan bacaan mula diangkat saat dirinya ditegur. Tangan yang tadi ligat menyelak halaman buku terus mati tatkala seraut wajah tersebut memenuhi kornea matanya.

"Boleh saya duduk sini?" Pemilik suara mengunjuk kepada kerusi kosong yang terdapat bertentangan dengannya itu. Inara sekadar mengangguk sebelum lelaki itu mula mengambil tempat di hadapannya.

"Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" tegur si dia ramah, membuatkan tubuh Inara kekal jumud.

"Err.." Lidah kelu buat seketika. Tidak tahu reaksi yang macam mana dia perlu bagi kerana pertama kali lelaki ini tegur dia dahulu. Adakah Aideen ingat tentang dirinya?

Melihatkan reaksi Inara itu, Aideen lepaskan tawa kecilnya. "Sorang je ke?"

Mulut dari tadi bagaikan terkunci. Hanya gerakan tubuh sahaja yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan lelaki tersebut. Inara mengangguk.

"Awak tak jawab soalan saya lagi. Nama awak siapa?" Aideen mengulang semula soalannya.

"Inara. Inara Amanda. Boleh panggil Ara," jelas Inara ringkas tanpa memandang sedikit pun wajah Aideen. Gemuruh dia jadinya bila berhadapan dengan Aideen ini.

"Nama saya Aideen. Aideen Haidar. Boleh panggil Aideen. Awak student degree ke?" tanya Aideen lagi.

"Haah. Law student. Tahun kedua."

"Ah, saya engineering, third year student. By the way, awak sorang je ke? Kawan?"

Inara tersenyum. "Haah saya sorang je." Dari sem 1 sampai lah sekarang. Selalu bersendiri jika Imratul sibuk dengan urusan melibatkan MPP.

"It's quite common to be alone bila dah masuk uni, right?"

Anggukan diberikan sebagai balasan. Sekarang dia tidak tahu apa yang perlu dia buat apabila Aideen sudas berhenti lontarkan soalan. Takkan la dia pula nak bertanya. Bukan dia yang mulakan perbualan. Apple Pencil yang diletakkan di atas meja diambil semula. Kenapa secara tiba-tiba Aideen boleh datang menegurnya? Setelah bertahun-tahun Inara mengenali lelaki ini tanpa dia sendiri berani untuk mendekati jejaka tersebut tetapi hari ini, bulan bagaikan jatuh ke riba.

"Buat assignment or study?" Buat kesekian kalinya, Aideen yang mengemudikan perbualan.

"Study." Nampak macam dry pula cara dia balas tapi cara yang bagaimana lagi yang patut dia gunakan bagi membalas setiap persoalan lelaki ini?

"Rajin," pujinya ringkas.

"Not that rajin. I'm just trying to maintain my pointer," ujarnya. Jantung tika ini tak perlu cakap. Memang terlebih berdetak laju! Gementar punya pasał.

"By the way, saya nak minta something boleh tak? Nak minta satu benda aje."

Dahi Inara berkerut. Sebelah kening diangkat sesaat, memberi isyarat untuk Aideen meneruskan bicaranya.

"Nak nombor boleh?"

"Hah nombor?" Permintaan Aideen itu jelas membuatkan Inara terkejut. Dia ada buat perkara terlebih baik ke apa kelmarin? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa hari ini Aideen datang menegurnya? Dan kenapa tiba-tiba Aideen datang meminta nombor telefonnya?

"Untuk?" Sesuka mana pun dia terhadap Aideen, dia tetap perlu ada rasa ragu-ragu.

"Nak berkawanlah. Kenapa? Tak boleh ke?"

"Err, sorry. Saya tak pakai telefon. Saya guna nombor telefon umi saya je," tipu Inara. Tak selesa pula untuk dia terus bagi nombor telefon walaupun di hadapannya ini adalah orang yang dia suka. Sementelah itu, salah satu sebab dia tidak berikan nombor telefonnya kepada Aideen kerana dia mahu main tarik tali. Agak tertanya-tanya dengan permintaan Aideen itu.

Tiba-tiba, iPhone milik Inara berdering. Pantas Inara mencari telefonnya di dalam beg lantas panggilan itu terus dimatikan. Terlupa letak dalam mod senyap pula! Tidak pasal-pasal kantoi. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala memandang Aideen.

"Pakai nombor telefon umi and tak pakai telefon. Tapi, telefon simpa yang bunyi tu?"

Inara rasa macam seperti nak tanam kepala dalam tanah. Kenapa saat-saat macam ini juga benda ni jadi?! Nak tipu pun dah kantoi! Rosak habis penipuannya.

Inara berdeham sebelum mula membuka bicara. "Yang saya pakai ni, memang nombor and telefon umi saya. Sebelum ni, kalau umi saya nak telefon saya, umi akan call guna telefon ayah. Telefon saya rosak, jadi buat masa sekarang saya pakai dulu telefon umi saya sebab umi yang suruh." Entah alasan apa yang direka, berputar belit ayat dia rasanya dan sudah tentulah alasan yang direka itu jelas nampak bodoh sekali.

"Hmm ye ke?" provok Aideen lagi bersama senyuman sinis terukir di bibir.

Lidah Inara kelu. Tak tahu nak balas apa. Aduh, nak jawab apa eh?

TING!

Bunyi notifikasi dari telefon Inara nyata berjaya menyelamatkannya dari terus tenggelam dalam situasi yang janggal ini. "Saya ada hal. Kena pergi cepat ni." Kalut Inara mengemas segala alat tulisnya. Padahal mesej yang diterima itu hanyalah daripadq Celcom yang offer entah apa-apa tetapi lantaklah. Yang penting, dia dapat lari.

"Ye ke? Hmm kalau macam tu tak apa lah. Jumpa lagi. Hati-hati tau jalan tu."

Pesanan yang dititipkan itu jelas dapat membuatkan detak jantung Inara berubah. Laju dia berjalan meninggalkan Aideen. Lama-lama di situ, memang tak bagus untuk jantung.

***

"OMG, seriously Ara?!" Imratul mula mendekati Inara dengan riak wajah teruja. Tika ini, hanya perasaan itu sahaja yang menjengah dalam diri.

Inara menjatuhkan kepalanya dengan laju.

"Wah!! Finally Ara! Dia notice kau juga!" Ditolak badan Inara itu berkali-kali. Rasa tidak percaya dengan apa yang Inara cerita tadi. Walaupun perkara itu tidak terjadi dalam hidupnya, tetap terasa bahang teruja itu tatkala crush yang dulunya hanya kita perhati dari jauh akhirnya mula notice akan kehadiran kita.

Inara tersenyum. "Tapi kan, kenapa eh dia tiba-tiba tegur aku?" Inara dengan perasaan ingin tahunya memang tidak dapat dipisahkan langsung!

Soalan yang ditanya oleh Inara membuatkan tangan Imratul laju menghadiahkan satu tamparan di belakang Inara, menyebabkan gadis itu terus mengaduh kesakitan.

"Kau dah kenapa senah tiba-tiba tampar aku?" Belakang badan yang menjadi tempat tamparan Imratul digosok untuk meredakan kesakitan. Boleh tahan berbisa.

"Kau ni, bila dia dah perasan kewujudan kau, kau tanya pulak kenapa. Anggap je lah rezeki tau bila dia tegur kau! Dulu, selalu sangat kata, bilalah Aideen nak notice aku. Bila dah notice, kau persoalkan pulak. Eh, pening aku kadang-kadang dengan kau," bebel Imratul geram.

"Amboi, marah."

"Bukan marah tapi geram!" bangkang Imratul.

Inara melepaskan tawanya. Garang betul. "Tapi kan, ada satu benda aku tak cerita lagi dekat kau." Asalnya tak nak cerita kerana sudah dapat menganggak reaksi yang akan dia terima jika dia ceritakan hal yang satu itu. tetapi sudah alang-alang topik ini yang menjadi perbualan di antara mereka berdua, baik dia bercerita sahaja dari A ke Z.

"Ha apa dia? Nak cut cut pulak."

"Dia ada minta nombor telefon aku."

Enam patah perkataan yang keluar dari mulut Inara itu, sudah cukup untuk membuatkan Imratul terjerit kecil. Siap pakej tepuk tangan lagi. Gembira kemain. Supportive betul!

"Wei! Ni memang dapat tuah ni Ara! Memang, wah! Ta–"

Melihatkan Imratul yang terlebih teruja itu, pantas Inara membidas. "Tapi aku tak bagi nombor aku."

Dan sangkaan Inara tepat apabila tadi, Imratul yang terlompat-lompat kecil, siap terjerit-jerit, terus menghentikan segala tindakannya dan dipandang dengan pandangan tidak percaya.

"Kau biar betik ni Ara..."

"Ye lah, buat apa aku nak main-main."

"Dah kenapa ni Ara? Aku ingatkan kau akan terus bagi macam tu!" tanya Imratul tidak puas hati.

"Aku suka dia, tak bermaksud aku boleh terus bagi nombor telefon aku. Nombor telefon kan, privasi. Macam-macam boleh buat. Risau jadi kot lain je nanti. Aku baru jumpa dia, I mean, berborak dekat-dekat macam tu kot dengan dia. Kalau dia rasa dia nak nombor telefon aku, dia kena keep on having conversation la dengan aku. Bagi aku rasa selesa dulu kot baru aku bagi nombor telefon," jawab Inara dengan tenang. Sesuka mana pun dia, tak bermakna dia akan terus senang-senang bagi benda yang melibatkan privasi.

Zaman sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Bukannya hendak berprasangka buruk tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Imratul terdiam apabila mendengar jawapan Inara itu. Jelas sedikit sebanyak dia setuju. Mungkin kerana terlalu teruja dengan apa yang terjadi kepada Inara, dia jadi macam itu tadi.

"Hmm, betul jugak. Sorry eh kalau aku macam marah kau tadi," ucap Imratul serba salah.

Secebis senyuman tergaris dia dua ulas bibirnya. "Ala tak apa. Aku faham, kau gembira, excited untuk aku sebab kau tahu berapa lama aku dah crush dekat si Aideen tu jadi, dah tentu lah kau akan seronok sangat bila benda tu jadi dekat aku, kan?"

"Of course! Okey, sudah cerita pasal benda ni, aku nak pergi mandi. Melekit sudah badan aku. Kau pun, pergilah mandi. Euw, bau dari luar tahu?" seloroh Imratul lalu menutup hidungnya tanda tidak tahan bau busuk.

Inara mencebik. "Eleh over!" Bahu Imratul ditumbuk perlahan lalu dia mula bangun dari katil milik Imratul lalu berjalan menuju ke katilnya. Nasib roommate yang lain tak balik lagi. Kalau tak, mahu dicomplainya mendengar jeritan terlebih nyaring dari si manusia bernama Imratul Nasuha binti Mohd Fadhil ini.

***

"HI abang!" ujar Inara ceria apabila seraut wajah abangnya muncul di skrin telefon.

"Akhirnya, adik abang yang sibuk mengalahkan perdana menteri, telefon jugak kita. Kenapa? Sibuk sangat urus hal rakyat ke tu dik?" usik Irfan di corong telefon.

"Haah. Sibuk uruskan rakyat suruh undi tendang abang keluar dari negeri tu," balas Inara selamba dan ayat itu jelas membuatkan Irfan menghamburkan tawanya.

"Pandai eh. Ara macam mana study? Okay?" Irfan melontarkan soalan.

"Macam sebelum-sebelum ni je lah abang. Tak ada apa pun yang berubah." Nak kata semakin sibuk, memang dari dulu lagi sibuk. Jadi, boleh kata, tak ada benda yang berubah pun.

"Tak ada apa-apa jadi eh? Kawan-kawan okey? Coursemate pun okey kan?"

Inara tersenyum. Kalau bahagian kawan, pasal Imratul tu, okey la. Kalau libatkan coursemate tu, dia ibarat outsider. Orang cari bila perlu sahaja. Tapi, takkan sesekali dia cerita kerana takut abangnya risau. "Alhamdulillah, okey je. Abang jangan risau. Umi dengan abah macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Tapi macam biasalah umi tu. Batuk-batuk."

"Teruk sangat ke?" tanya Inara risau.

"Tak lah teruk sangat. Duit cukup tak tu?"

"Cukup je jangan risau." Setiap kali telefon, mesti Irfan akan tanya sama ada duit ada ke tak. Kalau boleh, setiap hari nak tanya.

"Kalau duit tak cukup, bagitahu abang eh? Abang bagi. Jangan ikat perut tu. Jangan seksa diri. Nanti sakit, siapa susah? Diri sendiri jugak," bebel Irfan.

Kadang-kadang Inara rasa macam Irfan ini, klon uminya. Cara bebel serupa dengan uminya itu. Boleh ambil alih tugas umi untuk membebel ni. "Ye wahai abangku. Ara tahu." Perkataan 'tahu' itu dipanjangkan sedikit, untuk menekankan bahawa dia sedia faham atas arahan si abang.

Irfan ketawa. "Tahu tapi bukannya buat pun. By the way, Ara dah jumpa someone ke dekat sana?" Curious jugak nak tahu kalau kalau si adik dah jumpa buah hati. Kalau ada, nak buat sesi temuduga.

"Someone?"

"Ye someone. Haih, buat-buat blur ke apa budak ni..."

Inara tersengih. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak perlulah tahu pasal Aideen.

"Aih, betul ni?" uji Irfan.

"Ye betul. Tapi kan abang..."

"Ha, ada tapi-tapi ni mesti ada lepastu nak putar belit cerita kan? Kan? Kan?" celah Irfan. Tak menyempat!

Inara berdecit. "Sabar la abang. Dengar la apa yang Ara nak cerita ni." Baru nak bercerita, dah potong. Spoil lah macam ni.

"Okey, okey maaf. Ha, sambung cerita." Irfan mengangkat bendera putih, tanda mengalah.

"Ni nak tanya je lah. Kawan Ara tanya pendapat Ara..."

"Betul ke kawan? Ke Ara sendiri?" uji Irfan lagi.

"Ye betul! Kawan!" Perkataan kawan itu ditekankan.

"Hmm ye lah. Sambung."

"Dia ada seorang lelaki ni. Dia suka lelaki ni lama dah. Dari zaman asasi sampai lah sekarang. Lelaki tu senior la. Tapi kan, lelaki tu tak pernah perasan dia tau. Kira macam, dia suka dalam diam, perhati dari jauh je. And then one day, tiba-tiba je lelaki tu datang tegur dia! Dia macam pelik lah. Dah kenapa ni? Sebelum-sebelum ni tak pernah. Lagi mengejutkan, lelaki tu minta nombor telefon dia..." Diceritakan satu persatu kisah hidupnya sepanjang di universiti yang diolah mengatakan itu cerita kawan dia padahal kisah diri sendiri.

"Habistu, dia bagi tak nombor dia?" tanya Irfan.

"Tak. Kalau abang, abang rasa dia patut bagi ke tak?"

"I don't know, mungkin tak?"

"Sebab?" Sebelah kening dijongketkan sedikit

"For me, it's too sudden. Kita hidup ni, kita kena sentiasa hati-hati. Tak semua orang kita boleh percaya bulat-bulat. Tambah-tambah yang kita baru jumpa. Okay tapi untuk kes ni, kawan Ara dah lama kenal lelaki tu tapi lelaki tu tak kenal pun kawan Ara. Jadi, boleh lah guna konsep jangan percaya orang bulat-bulat sebab kawan Ara just perhati dari jauh kan? Maksudnya, tak pernah berboraklah. Jadi, setakat pandang dari jauh, kita tak tahu perangai sebenar dia macam mana sebab kita hanya tengok. Kita tak selalu ada dengan dia. Dia hanya nampak lelaki tu bila kebetulan diorang terjumpa..."

"Tapi ada je Ara tengok yang diorang baru kenal tak sampai sehari then terus exchange number..."

"Ya, betul tu tapi Ara kena ingat, kita ni, kena sentiasa hati-hati dengan surrounding especially to a new people that just come to our life. We cannot just fully give our trust just like that. Bukan setakat lelaki tapi perempuan pun sama. Tapi, dalam kes ni lelaki. Lelaki dalam dunia ni kadang-kadang tak boleh percaya. Abang tahu sebab abang lelaki. Kita tak tahu niat dia macam mana kan? Kalau lelaki tu betul-betul nak berkawan dengan kawan Ara, dia kena lah try ajak berborak, supaya dia selesa tapi jangan terlampau selesa. Manusia ni, kadang-kadang tak boleh percaya. Kita tak tahu sama ada dia datang dengan niat yang baik atau niat yang buruk. Diorang yang terus bagi nombor tu biar. Itu cara diorang tapi kalau cara abang, abang tak akan bagi terus dulu macam tu."

"Tapi siapalah kita kan nak judge orang. Mungkin cuba bagitahu kawan Ara, try to slowly make friend with him first? Try to get to know him and once you feel comfortable enough, baru boleh exchange number kot. Buat sementara ni mungkin just exchange social media like Instagram I guess. Ini pendapat abang lah." Panjang lebar Irfan menyuarakan pandangannya. Terangguk-angguk kepala Inara jadinya mendengar penjelasan si abang itu.

Sebab itu dia suka cerita setiap masalahnya kepada si Irfan kerana penjelasan yang abangnya ini berikan itu, kadang-kadang memang berguna sangat untuk orang yang tidak pandai buat keputusan macam dia ini.

Sama juga seperti dahulu tatkala dia mahu mengisi UPU kerana dia tidak tahu jurusan apa yang perlu dia pilih untuk berada di dalam tempatnya sekarang. Selepas meminta pandangan daripada lelaki tersebut, barulah terselit sedikit cahaya untuk dia membuat keputusan. Nampaknya, sampai bila-bila pun dia akan bergantung harap pada abangnya ini.

"Wah, tak sangka abang ni bijak juga bila bagi pendapat macam tu. Selama ni ingat abang bodoh je lebih," usik Inara lantas melepaskan tawanya.

Irfan mencebik. Tak guna punya adik. Orang dah bagi nasihat panjang-panjang, dia kata macam tu?

"Amboi, amboi mulut. Sedap eh mengata orang?"

"Haah memang sedap pun. Tambah-tambah bila mengutuk abang sendiri. Depan-depan pula tu kan? Haha!" Wajah cemberut Irfan itu membuatkan Inara melepaskan tawanya. Suka betul usik si Irfan ni!

"Apa-apa je lah kau dik. Asalkan kau bahagia! Abang ada hal ni. Abang letak dulu eh?" Irfan meminta diri.

"Ya. Bye. Kirim salam dekat umi dengan ayah tau," pesannya.

"Ya, insha-Allah. Ara tu, jaga diri dekat sana. Belajar elok-elok. Ada apa-apa masalah, terus cerita aje dekat abang tau? Abang ada aje dekat sini. Tak lari pun. Kalau lari pun bila dah kahwin nanti. Lari dengan bini sendiri." Sempat lagi Irfan berlelucon dalam memberikan nasihat.

"Hmm, ya lah abangku. Bye!" Dilambai tangannya itu di skrin telefon sambil tersenyum manis sebelum muka abangnya terus hilang di skrin menandakan panggilan telah pun ditamatkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro