SPECIAL CHAPTER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUNYI tangisan bayi mengejutkan Aideen dan Inara dari tidur. Aideen membuka lampu tidur, mata terpisat-pisat cuba mendapatkan pandangan yang jelas. Dia melihat ke arah baby cot yang terdapat di sisi katil mereka itu.

"Eh, sayang nak pergi mana tau?" Aideen melemparkan soalan apabila Inara mula duduk.

"Nak pergi dekat Adel. Kan dia tengah nangis tu. Lapar susu lah tu..." Baru sahaja dia ingin menyelak gebar, tangan Aideen pantas menghalang.

"Sayang tidurlah. ? Kan abang dah cakap, kalau Adel terjaga tengah malam, biar abang yang tengokkan Adel. Sayang ada pump susu kan?" Aideen menyelak gebar yang menutupi separuh daripada tubuhnya itu. Inara angguk. Melihatkan anggukan tersebut, Aideen keluar dari bilik. Beberapa minit kemudian, lelaki itu kembali bersama satu botol susu di tangan.

"Sayang kenapa tak tidur?" tanya Aideen apabila dia melihat mata Inara masih lagi celik.

"Kesian dekat abang. Abang kan kerja esok. Ara tak kerja esok. Biar Ara tengokkan Adel..." Sudahlah esok Aideen ada kelas pukul lapan pagi, menandakan sesudah Subuh sudah kena keluar dari rumah. Lagipun, esok dia cuti, jadi, boleh sahaja nak tengokkan Adelia, anak perempuan mereka.

"Ara dah penat-penat jaga Adel setiap kali Ara balik dari kerja. Penat macam mana pun, Ara tetap jaga Adel. Layan Adel. Apalah nak dibandingkan dengan abang yang kena layan Adel bila tengah malam? Tak kisahlah esok Ara cuti ke tak cuti ke, biar abang yang buat. Ara dah banyak jaga Adel waktu tengah hari. Biar abang yang buat semuanya, Ara pergi tidur." Aideen menolak lembut bahu Inara untuk kembali baring di atas katil.

"Tapi..."

"Tidur sayang, jangan risau. Sambung balik mimpi Ara yang indah tu." Kucupan dilabuhkan di ubun-ubun kepala Inara sebelum dia bergerak menuju ke arah baby cot. Susu diletakkan terlebih dahulu di atas meja lantas tubuh kecil itu didukung. Botol susu kemudian diambil seraya menyuakan puting botol itu ke mulut Adel. Terjuih-juih bibir kecil itu tatkala menghisap susu tersebut. Tersenyum Aideen apabila melihat. Ditambah pula dengan tangan kecil itu yang memegang erat salah satu jari jemari Aideen.

Inara yang melihat turut lukis senyum. Bahagia dengan pandangan yang disajikan. Begitulah Aideen semenjak dia melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Nur Adelia Ilyana atau mesra dipanggil sebagai Adel. Aksara depan bagi dua nama terakhir diambil sempena huruf A dan juga I di nama mereka berdua.

Dari awal Adelia lahir, Aideen yang akan menjaga Adelia jika ada waktu dia tidak bekerja. Jikalau mereka berdua tidak bekerja, Aideen akan menyuruh Inara untuk keluar ke mana-mana bersama Imratul atau rakan-rakannya yang lain. Tak pun pergi berme time. Katanya nak bagi ruang untuk Inara menghabiskan masa untuk diri setelah penat menjaga Adelia.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah malam pula, jika Adelia terjaga, Aideen lah yang akan cepat-cepat bangun tengokkan anak mereka. Bila ditegah kata dia boleh buat, Aideen pula bebel kepadanya. Ayat Aideen selalunya,

"Sayang dulu dah penat-penat bawa anak kita dalam perut for like nine months,, lahirkan anak kita, jaga dia waktu abang tak ada dekat rumah, jadi, apa sangatlah usaha abang setakat jaga Adel tengah malam macam ni?"

Kadang-kadang dia terfikir, kebaikan apa lah yang dia buat sehingga Allah kuarniakan suami yang baik sekali seperti Aideen ini? Lama kelamaan, kelopak matanya kembali memberat sebelum ia tertutup rapat.

Aideen yang duduk di hujung katil tersenyum apabila melihat mata Adelia sudah terkatup. Mulut tidak bergerak. Dah tidur. Senang betul tidur. Tapi kadang-kadang susah juga nak pejam mata si puteri sulung mereka ini. Nasib tak meragam sangat malam ini. Perlahan-lahan dia bangkit. Botol susu itu diletakkan di atas meja lantas tubuh cahaya matanya itu diletakkan semula ke dalam baby cot. Disentuh lembut pipi gebu anaknya itu.

"Goodnight anak papa." Ucapnya lembut. Dia menapak menuju ke arah katil. Dada isterinya berombak tenang, menandakan wanita pujaan hatinya itu sudah sudah sampai ke alam mimpi. Gebar ditarik sehingga ke paras bahu Inara. Separuh tubuh dimasukkan ke dalam gebar tersebut. Jarak antara mereka berdua dirapatkan. Tangan melingkari pinggang Inara.

"Selamat malam juga untuk harta dunia akhirat abang." Dicium sekilas dahi Inara sebelum dia turut memejamkan mata, memanggil kantuk datang semula.

***

"SIR?"

"Sir Aideen?"

Panggilan kali kedua berjaya membuatkan Aideen celik mata. Dia memandang ke hadapan. Kelihatan dua orang pelajar lelaki berserta dua pelajar perempuan sedang berdiri bertentangan dengannya. Dia yang tadi bersandar di kerusi mula tegakkan tubuh.

"Lah. Sir tidur ke? Maaflah menganggu." Ucap salah seorang daripada pelajar tersebut. Kad matrik yang dipakai menunjukkan pelajar itu bernama Ikmal.

"Eh, tak apa, kenapa?" Gamaknya dia mengantuk sangat sampai boleh tertidur sambil menunggu pelajarnya menjawab soalan tutorial.

"Tak, ni saya nak bagi assignment saya yang sir extend due date untuk saya tu. Terima kasih sir." Ikmal menyerahkan tugasan kepada pensyarah muda mereka itu. Aideen menyambut lalu dibelek sekilas.

"Oh sama-sama. Mak kamu dah okay?" Dia lanjutkan tarikh hantar tugasan buat pelajar lelakinya ini kerana dia dapat tahu Ikmal sibuk menjaga ibunya di hospital. Lepastu kena uruskan adik-adik pula. Disebabkan rasa belas kasihan, dia anjak tarikh ke hadapan.

"Alhamdulillah, dah discharge." Bibir melakar senyuman lebar dan Aideen turut melakukan perkara yang sama. Bertuahnya mereka dapat pensyarah seperti Aideen. Bukan setakat sporting aje, baik, memahami, semua ada. Lengkap! Rupa pun ada. Kalau tak ada rupa, tidaklah ramai pelajar perempuan turut ada hati kerana umur Aideen masih lagi dalam lingkungan 20-an.

Tetapi ada yang patah hati bila dapat tahu Aideen sudah berkahwin. Macam mana boleh tahu sedangkan lelaki itu langsung tak buka mulut? Tengok wallpaper lockscreen telefon dengan wallpaper Apple watch yang dipakai. Ada gambar perempuan dan juga bayi. Mestilah isteri dan anak Aideen sendiri. Cantik serta comel.

"Saya tengok sir lately ni asyik tertidur aje. Sir okay ke tak ni?" Farid pula menegur. Dia perasan setiap kali Aideen duduk di meja, pasti mata itu kuyu saja macam nak tertutup.

"Sir busy jaga anak eh dekat rumah?" Kini, Sara pula mencelah. Mereka kalau dengan Aideen ini, boleh sahaja nak borak-borak macam sebegini, asalkan tidak melebihi batas dan tidak menggunakan bahasa yang kasar. Masih perlu hormat Aideen sebagai tenaga pengajar.

"Memang busy jaga anak pun. Semalam saya jaga anak saya dekat kima pagi..." Pelipisnya diurut perlahan. Semalam entah mengapa tangisan Adelia selak semacam sampai dia bawa tubuh kecil itu keluar dari bilik kerana tidak mahu menganggu lena isterinya. Bila dah nak pukul lima pagi, barulah Adelia senyap.

"Wah, kenapa bukan isteri sir yang jaga?" Sara menyuarakan rasa hairan. Selalunya kalau anak terjaga, bukan ke isteri yang akan tenangkan balik anak?

"Isteri saya dah penat-penat mengandungkan anak saya dulu. Isteri saya dulu alahan teruk, kerap ulang-alik ke tandas. Asyik terbaring atas katil sebab tak larat sangat, lepastu dia dah lahirkan anak saya, jaga anak saya waktu saya keluar mengajar kamu ni. Isteri saya pun kerja. Penat juga bila saya tengok dia balik aje kerja, kena ambil anak saya dari pengasuh lepastu jaga anak saya pula. Jadi, apa yang saya mampu tolong just jaga anak saya tu bila dia terjaga temgah malam. Saya biarkan dia rehat. Setakat apa saya buat tu tak mampu lah nak dibandingkan dengan apa yang isteri saya tanggung sebelum ni." Masih segar di dalam ingatan waktu Inara mengandungkan Adelia.

Kerap kali ke tandas untuk memuntahkan semula segala isi. Rasa loya dan pening yang teruk sampai Inara pernah kata dia nak tidur dalam tandas sahaja. Tak sanggup nak ulang-alik banyak kali katanya. Dia yang melihat turut rasa penat. Apa yang dia mampu buat adalah ketika Inara ke tandas, dia hanya mampu gosokkan sahaja belakang tubuh Inara. Kadang-kadang sampai dia terfikir, kenapalah dia yang tak kena alahan tu sedangkan ada sahaja lelaki yang kena alahan mengandung bagi pihak isteri.

Dia tahu alahan tu memenatkan, perkara yang paling tak disukai sekali buat para ibu mengandung tetapi isterinya sudah penat bawa perut yang semakin memboyot itu, jadi, apa salahnya jika dia tanggung separuh?

Fikiran tiba-tiba terbang ke detik kelahiran Adelia. Dia setia berada di sisi Inara yang bersalin secara normal itu. Habis lengannya dicengkam kuat oleh Inara sampai rasa macam dicakar pun ada. Tetapi rasa sakit yang dia alami tak setanding rasa sakit yang isteri dia rasa waktu lahirkan Adelia. Kata orang, sakit bersalin itu ibarat dua puluh tulang dipatahkan serentak. Sakit yang tak terhingga, tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata.

Saat tangisan Adelia mula kedengaran, air mata mula bergenangan sebelum jatuh menuruni lekuk pipi. Tak sangka yang dia dah menjadi seorang bapa. Berbagai liku yang dia dan Inara jalani sehingga mereka mempunyai zuriat tersendiri.

"Sir tengah buat flashback lah tu..." Raidah pula mencelah membuatkan mereka berempat yang berada di situ mula menghamburkan tawa. Aideen hanya menayangkan sengihannya. Boleh pula teringat kisah lama depan student.

"Bagusnya Sir. Kan seronok kalau semua lelaki macam sir," puji Sara. Tersentuh dengan cara layanan Aideen kepada isterinya itu. Bertuah betul isteri pensyarah mereka ini. Memang limited edition!

"Setiap suami ada kelebihan dia sendiri. Ada cara dia tunjukkan kasih sayang diorang tersendiri dan yang itulah menjadikan suami setiap orang unik dari suami yang lain. Saya yakin, nanti, awak pun akan dapat suami yang bagus." Nasihat Aideen lembut. Dia tak nak lah diri dia dibandingkan dengan lelaki lain. Itu cara dia hargai dan manjakan isterinya, manakala kalau lelaki lain pula, pasti ada cara tersendiri dalam memanjakan si isteri.

"Okaylah sir. Kami balik dulu..." Keempat-empat pelajarnya itu sudah mula bersedia untuk angkat kaki.

"Ya, hati-hati balik tu." Sebaik sahaja kelibat pelajar-pelajarnya mula hilang dari pandangan, Aideen turut bangun. Ditutup terlebih dahulu suis penghawa dingin berserta dengan lampu seraya berjalan keluar. Sudah tak ada kelas jadi dia nak terus balik.

***

"ASSALAMUALAIKUM, abang dah balik..." Ayat itu keluar tatkala daun pintu ditolak.

"Abang! Cepat datang sini!" Aideen yang mendengar Inara memanggilnya dengan nada tergesa-gesa mula berjalan laju menuju ke arah ruang tamu.

"Kenapa sayang? Kenapa ni?" Dipandang wajah Inara dan Adelia silih berganti. Seketika kemudian, dia baru tersedar apabila perasan Adelia meniarap. Tali beg kerja yang berada di atas bahu dilorotkan seraya berjalan ke arah anak perempuannya itu.

"Adel, dah boleh meniarap?" Wajah Inara pula dipandang dengan senyuman dan anggukan daripada si isteri membuatkan senyuman kian lebar. Dia memandang semula ke arah Adelia yang kerap mengangkat kepala sambil menepuk-nepuk lantai berkali-kali, seolah-olah mahu kedua-dua ibu bapanya melihat dengan pencapaian yang dia peroleh itu. Bibir kecil itu mengeluarkan bunyi tawa.

Aideen terus mendukung tubuh Adelia. "Anak papa dah boleh meniarap. Wah! Bangganya papa!" Pipi Adelia digeselkan dengan pipinya sehingga membuatkan bayi itu galak ketawa tanda suka dengan tindakan Aideen itu.

Inara yang melihat ketawa halus. Comel betul bila tengok perangai dua beranak ni. Mahu la Adelia tak selalu nak melekat dengan papa dia sahaja. Tengok lah cara Aideen layan Adelia. Macam puteri raja! Tapi Adelia memang puteri mereka pun. Puteri bagi cinta hati mereka.

"Seronoknya Adel, papa buat macam tu. Patutlah manja sangat dengan papa dia!" Inara bersuara seakan-akan cemburu. Sengaja mahu hidupkan suasana. Takkanlah nak cemburu dengan anak sendiri? Adelia terlampau comel untuk dia berasa cemburu. Geram dia dengan anak sendiri.

"Alah-alah, mama Adel merajuk pulak. Meh sini mamanya, kita buat benda yang sama." Aideen menarik lengan Inara masuk ke dalam pelukan. Satu ciuman hinggap di pipi Inara lantas dia memeluk erat tubuh kedua-dua harta dunia akhiratnya itu. Adelia yang berada di dalam dakapan hangat sudah tersenyum girang. Tangan kecil itu tidak berhenti-henti menyentuh wajah Aideen dan Inara yang membuatkan tawa mereka bersatu.

***

"DAH tidur?" tanya Inara apabila melihat Aideen mula mengambil tempat di sebelah. Baby cot yang terdapat di dalam bilik mereka itu dipandang sekilas.

Aideen mengangguk. "Kaki sayang kenapa? Sakit?" Aideen pula bertanya apabila Inara tidak berhenti-henti menyentuh pergelangan kaki. Inara senyum.

"Sikitlah. Rasa lenguh apa semua. Biasalah, banyak sangat berjalan. Banyak kali naik turun mahkamah dengan pakai heels pula." Rasa macam nak cabut aje kasut tumit tinggi yang dia pakai ketika perlu naik turun mahkamah tanpa henti. Kalau tak difikirkan etika, dah lama dah dia buang. Rembat pakai selipar sahaja. Lepastu tambah pula dengan rasa lenguh kerana jalan tak berhenti.

"Kenapa tak bagitahu abang? Kejap abang ambil minyak panas." Lelaki itu turun semula dari katil. Beberapa saat kemudian, Aideen duduk di hujung katil, bersebelahan dengan kaki Inara. Minyak panas dilumurkan di atas tapak tangan dahulu sebelum disapu di bahagian yang lenguh itu. Sekali-sekala Inara mendesis kesakitan.

"Sakit sangat sayang ni. Ambil cuti esok tak boleh?" Risau pulak dia jadinya. Macam sakit sangat. Nampak benar jalan naik tangga bagai tak berhenti.

"Tak apa lah abang. Dah nama lagi kerja kan? Memang lah penat. Tak nak lah Ara ambil cuti. Haritu dah cuti..." Inara menegah.

"Abang cuma risau aje. Ya lah, mahu kaki sayang tak lenguh, tak sakit. Balik kerja nak kena ambik Adel dari pengasuh lepastu layan Adel pula. Sebab tu bila abang balik aje dari kerja, biar abang pula yang jagakan si Adel, sayang kena berehat. Berpuluh kali abang cakap, sayang still buat benda yang sama..." Aideen sudah mula membebel. Inara yang mendengar hanya tersengih. Puncak hidung digaru. Aideen ni semenjak jadi papa, kuat juga membebel.

"Ala tapi Ara nak jugak main dengan Adel. Adel tu energy booster untuk Ara tau! Lagipun, kadang-kadang abang pun ambi Adel jugak kan dari pengasuh kalau abang balik awal..." Setiap kali pulang dari kerja, memang dia akan penat tetapi penat itu hilang apabila tengok telatah puteri kesayangan mereka itu. Wajah yang bersih dan suci itu memang benar-benar membuatkan segala kepenatan terbang dibawa angin.

"Adel energy booster untuk sayang dan abang. Sayang pun energy booster jugak untuk abang jadi, sayang kena lah jaga diri ye? Energy booster kena sentiasa sihat, tak sakit. Okay?"

"Biar Adel aje lah jadi energy booster untuk abang."

Aideen geleng. "Tak nak. Tak cukup. Sayang energy booster abang yang memang dah tetap. Kalau Adel saja, baru lima puluh peratus, tambah sayang baru cukup seratus peratus." Kedua-dua kening dijongketkan membuatkan Inara menjulingkan bebola matanya.

"Mengada eh abang ni?" Jelingan manja diberikan yang mengundang kepada tawa halus di bibir Aideen.

"Sudah la tu abang. Ara dah rasa okey sikit. Jom lah tidur.." Inara menepuk tempat di sebelahnya itu. Aideen hanya menurut. Minyak panas itu diletakkan di atas meja seraya mula naik ke atas katil. Kepala digeleng kecil apabila melihat Inara yang sudah pun baring itu mendepakan tangannya minta dipeluk. Dia masuk sahaja ke dalam dakapan wanita tersebut lantas dieratkan. Inara menyembamkan wajahnya di dada Aideen. Dielus lembut rambut si isteri.

"Abang."

"Ya sayang." Meskipun mata sudah dipejam, dijawab sahaja panggilan isterinya itu.

"Kalau Ara dah tak ada kan, abang cari lain tak?" Soalan yang diajukan itu membuatkan Aideen celik mata. Kepala dijarakkan sedikit ke belakang memandang atas kepala isterinya itu. Inara yang merasakan Aideen sedang merenungnya turut mengangkat kepala seraya membalas pandangan suaminya.

"Kenapa sayang tanya macam tu?"

"Saja. Tiba-tiba terasa nak tanya..." Dia pun tidak tahu kenapa boleh lemparkan soalan sedemikian rupa. Dia macam late night thought. Tiba-tiba terlintas dalam kepala.

"Never sayang. Kalau abang mati hidup balik berpuluh-puluh kali pun, sayanglah orang yang akan abang cari," ujar Aideen yakin.

"Eleh ya ke? Kalau ada perempuan yang lagi cantik datang nak dekat abang, takkan lah abang nak tolak kan?"

"Perempuan lagi cantik nak dekat abang tu Ara la kan? Sebab yang abang tahu, dalam hidup abang ni, perempuan yang paling cantik abang jumpa adalah sayang sorang je..." Sebelah mata dikenyitkan membuatkan bibir Inara tidak berhenti lukis senyum.

"Sweet talker."

"Just for you."

"Cheesy betul."

Tawa Aideen meledak. Ya, itulah ayat Inara tatkala dia mengucapkan ayat manis. Tahu isterinya malu.

"By the way kan abang, kenapa eh abang suka dekat Ara?"

"Haih, malam ni sesi nak mengimbau balik kenangan ke apa?" Ketawa halus terbit. Inara jarakkan semula wajah sambil tersengih.

"Saja tanya."

"Hm, your eyes, your smile. I fall in love with how your eyes looks. It felt like I'm looking at a group of star. At first, I didn't even notice that but as day pass by, I can see it. Your eyes hold thousand of star so everytime I look at it, your eyes shine so brightly and I can't even take my eyes off from it, and your smile. Your smile hold the power to make my heart go crazy. Every beat of it happened because of your smile so, sentiasalah tersenyum okay sayang? Sebab setiap senyuman sayang tu hold such a great power to heals me. Kalau sayang bersedih, abang pun akan sedih sama sebab abang dah hilang kuasa untuk tenangkan abang jadi macam mana abang nak tersenyum kan kalau pembekal tenaga dah hilang?" jawab Aideen tulus sambil tunak memandang ke bening mata Inara.

Bibir Inara terjuih lebar. Air mata sudah nampak bertakung. Terharu.

"Alahai dia nak menangis pula sayang abang ni.." Hidung Inara dicuit manja.

"Abang lah ni suka betul buat Ara terharu. Kadang-kadang Ara terfikir, apa lah yang Ara buat sampai dapat suami yang baik sangat macam abang ni." Sungguh kadang-kadang, dia selalu terfikir, kebaikan apa yang dia buat sampai dikurniakan jodoh yang begitu baik sekali sedangkan dia tidak lah baik mana. Kebahagiaan yang langsung dia tak pernah imaginasikan menjadi realiti yang dia tak pernah sangkakan.

"Abang tak rasa abang ni suami yang baik. Abang masih mencuba dan abang pun sama macam Ara. Apa lah kebaikan abang sampai dikurniakan isteri yang baik, tak pernah lepas dari buat tanggungjawab. Jadi, apa abang boleh cakap, kita sama-sama bertuah. Abang ada sayang, dan sayang pun ada abang. Meskipun sayang bukan cinta pertama abang, abang akan pastikan yang sayang adalah cinta terakhir abang, sampai bila-bila."

"Dan abang pula cinta pertama dan cinta terakhir Ara. Sampai bila-bila..."

"Abang cinta pertama Ara? Kiranya abang kalah la ni? Haih, kan bagus kalau sayang pun cinta pertama abang. Baru lah lagi romantik." Inara ketawa. Ada pulak eh fikir macam tu?

"Tak kisah lah Ara cinta pertama abang ke tak, janji Ara dah jadi milik abang. Jadi, abang jangan tinggalkan Ara eh? Ingat, kita dah ada Adel tau!"

"Never sayang. Tak ada Adel pun, memang abang takkan sesekali tinggalkan sayang sebab macam abang cakap, sayang separuh daripada nyawa abang. Tinggalkan sayang ibarat abang akan hilang separuh daripada hidup abang, tulang belakang abang. Tanpa sayang, abang tak rasa abang mampu berdiri dengan gah. Tanpa sayang, abang ibarat patung yang bernyawa dan abang akan pastikan segala janji yang abang tabur ni bukan sekadar janji. Selagi jasad dikandung badan, dan selagi Allah izinkan, Inara Amanda hanya milik Aideen Haidar.." ucap Aideen lembut.

Mereka berbalas senyum. Indah sekali senyuman yang dilukis itu. Aideen mencium dahi Inara, meluahkan segala rasa cinta, kasih dan sayang yang tak pernah sekali pun hilang buat wanita bernama Inara Amanda.

Kebahagiaan yang dia sangkakan tidak akan digapai bersama-sama dengan wanita kesayangannya itu dek kerana kedangkalan diri pada masa lampau kini sudah dapat dia gapai malah akan dia genggam dengan erat sekali. Bukan satu, tapi dua. Kehadiran Adelia ternyata menambahkan lagi rasa cinta buat pemilik hatinya itu dan sampai bila-bila pun, rasa cinta itu akan bertambah kerana Inara Amanda miliknya. Harta dunia akhirat dan pinjaman yang Allah kirimkan untuk dia jaga selama-lamanya.

***

[FLASHBACK]

"ALA, mana pulak BA (Blok Akademik) ni? Aduh, sudahlah kampus ni besar!" Inara sudah gelabah dek kerana tidak menjumpai bangunan kelas. Tidak berhenti dia kerling jam tangan kerana takut lambat. Lagi beberapa minit lagi kelas akan bermula dan dia masih merayau di kawasan kampus. Nak telefon orang dia segan kerana dia tak berapa rapat lagi dengan rakan sekelasnya. Dalam kelas pun, banyak menyendiri.

Inara rasa seperti mahu menangis. Pada detik-detik genting ini lah dia merasakan bagusnya jika ada kawan tetapi rasa malu mengatasi segala-galanya. Mulutnya memang berat kalau nak bercakap tambah-tambah dengan orang baru.

Dia dah tak boleh sangat layan perasaan malu itu. Mata melingas mencari kelibat seseorang. Ada lelaki dan lelaki itu sedang berjalan berseorangan sambil bermain telefon. Pantas dia mengorak langkah menuju ke arah lelaki tersebut.

"Um, awak." Ditepis segala rasa malu itu. Yang penting, dia kena sampai ke kelas sebelum pukul 9 pagi!

Lelaki itu yang tadi menunduk bermain telefon angkat kepala. Inara terpegun sekejap sebelum cepat-cepat kembali ke alam nyata. Sekarang bukan masa la nak tilik anak teruna orang!

"Saya sesat sebenarnya. BA dekat mana ye?"

"Sesat? Pelajar baru ke? Asasi? Diploma? Degree?"

"Ha'ah. Saya Asasi.."

"Oh, saya pun nak pergi ke BA, jom lah pergi sekali." Lelaki itu tersenyum manis. Teragak-agak Inara jadinya.

"Jom lah. Kelas awak pukul berapa?" Lelaki itu toleh ke belakang apabila dia merasakan gadis tersebut tidak menbuntuti langkahnya.

"Er, 9."

Mata lelaki itu berkelip berkali-kali sambil melihat jam di tangan. "Eh ni dah nak pukul 9 ni. Jom. Nanti awak lambat pulak." Pamit lelaki tersebut. Inara hanya akur. Takkan lah nak rasa ragu-ragu lagi? Benda dah lambat kot!

"Kampus ni memang besar. Mostly memang ramai yang sesat tambah-tambah pelajar baru..." Lelaki itu bersuara, sekadar mahu menghilangkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Oh..." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Inara. Tampang lelaki itu dipandang tetapi cepat-cepat dia alihkan pandangan ke hadapan apabila lelaki tersebut toleh ke arahnya. Kantoi la usyar orang!

"Ha, dah sampai. Ni la BA. Cam siap-siap jalan, bangunan. Nanti dah tak sesat dah. Kelas awak BA apa?" Lelaki itu palingkan tubuh menghadap gadis tersebut.

"Er BA224."

"Oh, kalau BA 224 dekat tingkat atas. Awak ingat macam ni je, kalau ada nombor 2 dekat depan tu tingkat 2, kalau ada nombor 1 contoh macam BA111 tu means tingkat 1. Faham?" jelas lelaki itu ringkas dan Inara angguk. Senyuman diukir.

"Terima kasih."

"Sama-sama." Sebelum lelaki itu berlalu pergi, sempat Inara membaca apa yang tertera pada kad matriks yang digantung di leher itu.

AIDEEN HAIDAR BIN MUHAMAD AMRAN
BACHELOR OF ENGINEERING (HONOURS) MECHANICAL

Aideen Haidar. Tanpa sedar, bibir menyungging senyuman dan mulai detik itu, perasaan suka mula menyelinap dalam diri.

┉ˏ͛ ༝̩̩̥͙ ⑅͚˚   ҉  ⑅͚˚ ͛༝̩̩̥͙ ˎ┉

[ TAMAT 2 ]

Berakhirlah kisah Aideen Haidar dan Inara Amanda. Saya pasti ramai akan rindu diorang kan? Jangan risau saya pun sama huhu, kalau rindu, reread la HAHAH tiber, menyempat, terima kasih sekali lagi atas sokongan korang yang sanggup luangkan masa untuk baca cerita saya yang penuh cacat cela ni 💌

Nampaknya, tak ada rezeki untuk Aideen dan Inara dapat anak lelaki sebagai anak sulung HAHAHA anak perempuan pun okay apa? hshshshhs mana tahu nanti dalam cerita baru, Aideen dengan Inara muncul sekejap lepastu muncul jugak seketul anak lelaki ha, kita tak tahu acececece

Macam biasa, sebarang review atau kritikan, sangat dialu-alukan untuk saya improve lagi penulisan saya yang baru sahaja nak bercambah ni, nah lope untuk korang banyak-banyak 💘💛💜💜💖💜❤️🤍💙💚💗💚💙💗💙💌🤍💖💘

Selamat berjumpa lagi dalam story baru saya (insya-Allah) 🫶🏻

ˏ͛ ༝̩̩̥͙ ͚˚   ҉  ͚˚ ͛༝̩̩̥͙ ˎ

Instagram : ainelaaa._
Tiktok : ainelaaa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro