BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

JAM LOCENG berbunyi tanda waktu subuh sudah menjelang. Perlahan-lahan tangan Aisy menyerang jam loceng yang masih berbunyi sempat juga dia tenung pada jam loceng kecil itu lalu menutupnya.

Kedua mata Aisy digosok dengan tangannya. Malas pula terasa namun Aisy tetap gagahkan dirinya untuk melangkah masuk ke dalam bilik mandi kerana ingin menunaikan solat subuh.

Usai mandi Aisy mengenakan baju t-shirt berlengan panjang yang berwarna biru muda dan seluar panjang berwarna hitam. Rambut yang mengurai panjang ke bawah diikat seperti ekor kuda. Pantas dia menyarungkan telekung lalu membentangkan sejadah dan memulakan solat.

Saat Aisy memberikan salamnya terakhir selepas solat. Seekor kucing berwarna putih mendekatinya sambil mengeselkan kepalanya pada kaki Aisy. Comel mata bulat kucing itu mampu mencairkan mana-mana hati.

"Lily datang daripada mana ni? amboi comotnya budak ni!" Aisy mengusap kepala kucing yang mengiau manja itu.

Aisy bangun lalu membuka semula telekung yang dipakainya dan sejadah yang terbentang itu dilipat lalu disangkut semula. Kucing manja itu sentiasa mengekori Tuannya kemana sahaja.

"Budak ni lah, nak apa? lapar ke?." Aisy mendukung kucing yang tak henti-henti mengeselkan kepalanya pada kaki Aisy. Sedikit sebanyak membuatkan Aisy rasa geli.

Kucing itu hanya merenung mata Aisy. Dah pergi tanya kucing buat apa, dah tentulah kucing tu memang tak boleh bercakap. Aisy tertawa kecil. Dia keluar dari bilik tidurnya lalu melangkah masuk ke dapur.

"Ummi tidur lagi ke?"monolog hati Aisy.

Memandangkan dia seorang yang bangun paling awal hari ini. Dia akan menyediakan sarapan pagi yang istimewa buat keluarga. Kucing itu diletakkan ke bawah semula. Aisy membuka almari kecil yang terdapat sebelah peti sejuk dan mengambil makanan kucing. Dia tuangkan sedikit makanan kucing itu kedalam mangkuk kecil yang comel. Aisy hanya memetik jarinya kucing itu segera mendekati Aisy.

"Makan elok-elok ehh, jangan ganggu Akak nak masak tau. Kalau tak Akak jentik telinga tu nak?" Aisy memberi amaran pada kucing tersebut.

"Aku nak masak apa? tengok je lah apa yang ada dalam peti sejuk." Aisy membuka peti sejuk.

"Aku nak buat nasi lemak je lah, lagi pun dah lama tak makan." Aisy bermonolog tangannya terus mengambil bahan-bahan untuk membuat nasi lemak.

✿✿✿✿✿

"Kau masak apa Adik?"tegur Ashfan yang muncul dari belakang Aisy.

"Adik masak nasi lemak la Bang."balas Aisy seraya memotong timun.

"Tak pernah-pernah kau rajin macam ni ke kau kena sampuk ehh. Apa kata Ummi hah kena sampuk dengan Mamat Korea ehh !."ejek Ashfan.

"Apa Abang merepek ni? tiba-tiba kaitkan Adik dengan Mamat Korea."geram Aisy melihat Abang Ashfan suka hatinya sahaja menuduh dirinya menyukai Mamat Korea.

"Betul lah Adik kan sikit-sikit oppa..oppa apa lagi ya saranghae lah."ejek Ashfan lagi dengan nada yang cukup menyakitkan hati Aisy.

"Abang, adik suka tengok drama korea je kut!"Aisy memukul lengan Abang Ashfan.

"Dah lah, kau pergi potong timun tu! tak payah drama sangatlah belum tentu jodoh Aisy Mamat Korea okey!"sindir Ashfan lagi.

"Bila masa Adik cakap nak kahwin dengan Mamat Korea ?."jeling Aisy.

"Memanglah Adik tak cakap, tapi Adik kuat berangan sangat tengok drama korea sampai dua kotak tisu yang Ummi beli tu pun boleh habis selama drama tu berlangsung tau."

"Ala bukannya mahal sangat pun kotak tisu tu!"Aisy mencebikkan bibirnya.

"Malas tau Abang bercakap dengan kau ni, semua benda kau je yang betul."Ashfan menolak dahi Aisy menggunakan jari telunjuknya.

"Auch..Abang sakitlah!"Aisy menumbuk bahu Ashfan geram.

"Kau sambung buat kerja kau, dah siap nanti jangan lupa panggil Abang ya."Ashfan terus meninggalkan Adiknya seorang diri didapur.

"Apalah Abang ni, bukan nak tolong aku dibebelnya aku ni. Biarlah aku nak minat drama korea ke lagu korea ke, janji aku tak ganggu hidup orang !."bebel Aisy sambil meneruskan kerjanya.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro