BAB 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aisy! Aisy! tunggulah sekejap, lajunya kau berjalan." lelah Yuhaira dibuatnya kerana mengejar Aisy.

"Yuhaira, kenapa?," tanya Aisy hairan. Tiba-tiba saja panggil namanya selalunya tak ada pun. Penting sangat ke?.

"Tunggu! aku penat ni, fuhh!." Yuhaira menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan semula. Setelah tenang Yuhaira menyerahkan sekuntum mawar merah yang masih mekar ditangan kanannya.

"Bunga untuk siapa ni?" Aisy mengambil kuntuman bunga mawar merah itu lalu dihidunya. Wangi.

"Kalau ada orang bagi kat kau, bermakna memang benda tu kau punyalah." ujar Yuhaira.

"Siapa yang bagi?." soal Aisy.

"Hmm... rahsia." Yuhaira tersengih-sengih menyimpan rahsia.

"Yuhaira beritahulah, siapa yang bagi bunga ni?" paksa Aisy kepada Yuhaira. Risau pula kalaulah yang bagi bunga ni orang psiko, matilah Aisy kang.

"Rahsia, tapi aku rasa lah kau tak perlu risau kot sebab kau memang kenal lelaki tu." balas Yuhaira.

"Aku kenal lelaki tu? memang lah kenal, tapi banyak kut bukan sorang dua. Haihh..." keluh Aisy dalam hati.

"Okeylah Aisy, aku dah selesaikan tugasan aku jadi bye aku ada kelas ni." Yuhaira melangkah pergi sambil melambai tangannya pada Aisy.

"Mamat mana pulaklah yang baik sangat bagi aku bunga ni? seumur hidup aku tak pernah dapat bunga kut."monolog hati Aisy memandang kuntuman bunga itu. Aisy menghela nafasnya. Serabut betullah memikirkan Mr.Secret Aisy ini.

✿✿✿✿✿

Telefon pintar milik Aisy bernada tanda panggilan masuk. Panggilan yang diterima dari nombor yang tidak dikenali. Tanpa berfikir panjang Aisy segera menjawab panggilan.

"Assalamulaikum ni siapa?" soal Aisy bernada lembut.

"Ni akulah Fairul tak kenal ke?" balas Fairul bernada sinis. Lelaki psiko yang sering menganggap Aisy kekasihnya.

"Fairul! kau nak apa lagi? aku tak pernah suka atau cintakan kau! kenapa kau susah sangat nak faham!." tidak semena-mena terhambur kemarahan Aisy pada Fairul.

"Tak payahlah marah-marah, aku call ni saja nak tanya kau sihat ke tak?" sinis Fairul.

"Aku sihat ke sakit ke, ada kena mengena dengan kau ke? Fairul kau pergilah cari kerja yang mendatangkan faedah janganlah ganggu aku. Nanti kalau kau dah kerja kau boleh pergi masuk meminang Eryna ke Ilya ke atau Fina, tolonglah jangan aku ya! bye Assalamulaikum!." dengus Aisy.

"Tak guna betullah Fairul ni!." ikutkan rasa hati Aisy dia benar-benar geram dengan Fairul.

Telefon Aisy bernada sekali lagi tanda panggilan masuk. Kemarahan Aisy yang masih tidak reda, dia segera menjawab panggilan.

"Fairul! kau nak apa lagi!" tempelak Aisy geram.

"Ehh, sabar...sabar ni saya Wafiy, janganlah marah-marah nanti cepat tua." sempat Wafiy bergurau untuk menenangkan hati Aisy yang membara.

Aisy tercengang seketika tiba-tiba sahaja Wafiy yang membuat panggilan. "Aduh habis malu aku dibuatnya!" getus hati Aisy.

"Awak call saya ni ada apa? lagi satu mana dapat nombor telefon saya?," tanya Aisy kali ini dia cuba merendahkan suaranya berbanding tadi.

"Sebenarnya saya nak tanya awak dah dapat ke bunga mawar yang saya bagi tu? lagi satu mana saya dapat nombor telefon awak ni adalah rahsia." balas Wafiy tersengih seperti kerang busuk.

"Awak ke yang bagi bunga mawar merah mekar sekuntum ni?" tanya Aisy inginkan kepastian.

"Mestilah saya yang bagi takkanlah lelaki yang awak sebut tadi, apa nama dia hmm... Fairul kan?"

"Dah! jangan sebut nama lelaki tu. Saya nak tanya ni, kenapa awak bagi bunga ni kat saya?" Aisy menukar topik perbualan.

"Saya sebenarnya dah lama nak berkawan dengan awak Aisy, tapi tu lah bila saya tegur, awak sombong sangat." ujar Wafiy.

"Hmm.. saya bukan sengaja nak sombong dengan awak cuma.." Aisy tidak dapat melafazkan ayat seterusnya.

"Cuma apa?"

"Cuma saya risau kalau teman wanita awak si Adelia tu marah saya." luah Aisy.

"Adelia tu saya anggap tak lebih dari seorang sahabat, kami berdua ni berkawan sejak dari kecil." terang Wafiy tentang hubungannya dengan Adelia.

"Ouh, kalau macam tu saya faham, kita berkawan je lah boleh kan?" tanya Aisy.

"Boleh sangat-sangat, terima kasih sebab sudi jadi kawan saya," balas Wafiy bersungguh-sungguh. Ayatnya tak ubah seperti seorang kekasih.

"Sama-sama, bye Assalamualaikum." Aisy mematikan panggilannya. Lega hati Aisy apabila mengetahui yang memberi bunga mawar merah ini bukan si Fairul psiko itu.


✿✿✿✿✿

vote & komen yea♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro