BAB 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aisy menyisir rambutnya yang mengurai panjang hingga ke paras dadanya. Telefon milik Aisy berbunyi, malas pula Aisy ingin bangun kerana telefon dia berada diatas katil.

"Aduhai time ni jugaklah nak call," keluh Aisy.

Kakinya menapak kearah katil lalu melabuhkan punggungnya disitu. Tangan Aisy mencapai telefon pintarnya.

"Wafiy?" bisik Aisy dalam hati. Kenapa lelaki ini tiba-tiba ingin menelefonnya. Aisy serta merta rasa tak sedap hati tanpa diketahui sebabnya.

"Assalamulaikum awak nak apa?" tanya Aisy, jari jemari Aisy sempat membelai rambutnya yang mengurai kebawah.

"Walaikumussalam, Aisy saya nak tanya awak satu perkara boleh? tapi awak jangan terkejut?" ujar Wafiy dengan nada bersungguh-sungguh.

"Benda apa? penting sangat ke?" sebelah kening Aisy mengherot.

"Penting ni fasal masa depan." Wafiy tersengih-sengih sendirian.

"Apa maksud awak ni Wafiy?." Soal Aisy cuba untuk berlagak tenang.

"Aisy kita kenal memang dah lama kan?." Wafiy cuba untuk bermain kata.

"Okey, memanglah kita dah kenal lama. Tapi apa maksud awak?." pinta Aisy supaya Wafiy berterus terang, dia tidak pandai dalam berteka teki.

"Saya dah berbincang dengan Mama dan Papa saya. Saya nak ambil awak sebagai isteri saya." luah Wafiy lega. Perasaannya amat gembira tatkala ini kerana dapat luahkan apa yang terbuku dihati.

"Apa? jadi isteri awak? awak biar betul, kita ni masih belajar lagi." Hampir melopong mulut Aisy namun segera ditutup semula.

"Iya, saya sebenarnya dah lama jatuh hati dengan awak. Kalau awak tak keberatan mungkin esok keluarga saya akan hantar rombongan meminang." balas Wafiy.

Hampir tak bernafas Aisy dibuatnya dengan kata-kata Wafiy." Gila ke apa Mamat ni suruh aku kahwin awal!"

"Wafiy, awak tak menyesal ke dengan keputusan ni?" tanya Aisy sekali lagi.

"Aisy, kita ni tak lama lagi dah nak habis belajar. Sekarang pun cuti semester yang akhir. Tak salah kot kalau kita mendirikan rumah tangga?." terang Wafiy.

"Macam ni lah Wafiy, saya tak kata pun setuju atau tak. Tapi boleh beri saya ruang untuk berfikir? Insyallah saya mungkin akan bagi jawapan dalam masa terdekat ni." balas Aisy teragak-agak.

"Saya harap awak boleh jawapannya secepat yang mungkin." pinta Wafiy bernada lembut.

"Kalau tak ada apa-apa saya nak pergi makan dulu boleh?." Aisy meminta diri. Tak mahu bercakap panjang dengan Wafiy, boleh lemas nafasnya nanti dengan keputusan terburu Wafiy.

"Boleh, bye Assalamulaikum." Wafiy mematikan talian.

Aisy menghela nafas yang panjang. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja ingin melamarnya sebagai isteri.

"Semput aku dibuatnya dengan perangai Wafiy ni. Ada ke ajak aku kahwin masa belajar ni Hisy!, sekarang ni macam mana aku nak berbincang dengan Ummi,Ayah dan Abang aku. Aduhai!" Aisy menepuk dahinya. Pening memikirkan jalan untuk menyelesaikan.

✿✿✿✿✿

vote & komen yea♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro