BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Adell mana Papa I?" soal Wafiy kelam kabut sebaik ternampak wajah Adelia. Aisy yang berada disebelahnya juga diabaikan. Mungkin terlalu risaukan Papa kut.

"Kenapa You ni lambat sangat sampai hah?" sempat juga Adelia menjeling kearah Aisy seperti tidak berpuas hati.

"Sorry, I ada hal tadi sebab tu I lambat sikit" balas Wafiy.

"Hal You tadi ke lebih penting atau Papa You?" bebel Adelia.

"Sorry, dah kalau I tak boleh nak elakkan dari hal tadi macam mana?" ujar Wafiy beria-ia meminta maaf kepada Adelia.

"Dah lah, tak malu ke nak bertekak kat sini? diam, diam sudahlah. Mana Papa?" kata Aisy. Sakit juga hati melihat Wafiy beria-ia menjaga hati Adelia ni.

Wafiy dan Adelia terus terkedu, "Papa ada dalam kat dalam" Adelia mengangkat tangan menunjukkan ke dalam bilik pesakit.

Aisy segera masuk kedalam bilik pesakit tanpa mempedulikan drama antara suaminya dan Adelia. Hati ingin merajuk sengaja minta dipujuk. Kalau tak pujuk Aisy maknanya suaminya belum betul-betul dapat fahami hati Aisy.

"You ni kan kalau tak membebel memang tak sah kan!" jari Wafiy menunjal dahi Adelia.

"You ni dah kenapa! suka hati I lah nak membebel ke apa bukannya I ada pakai duit You pun!" tangan Adelia menolak tubuh Wafiy lalu berlalu pergi meninggalkan Wafiy disitu.

"Papa okey?" tanya Aisy prihatin dengan keadaan bapa mertuanya.

"Alhamdullilah Papa okey tapi tu lah tangan dengan kaki ni lah yang berbalut. Kebetulan masa Papa kemalangan tu Adelia tiba-tiba ada datang tolong" ujar Encik Ikhwan.

"Serius ke Papa ni? Papa accident dan tiba-tiba Adelia datang tolong. Tak silap aku Papa accident pukul 5 pagi. Awalnya perempuan tu keluar rumah" gumam Aisy dalam hati.

"Mama mana?" tanya Papa tiba-tiba.

"Mama tengah on the way, tadi Mama tak ikut sekali sebab ada hal sikit." balas Aisy sambil mengukirkan senyuman paling manis.

"Papa okey tak? Wafiy betul-betul risaukan Papa. Awal pagi lagi Adelia call Wafiy dia beritahu yang Papa kemalangan." satu suara cukup Aisy kenali kedengaran.

"Papa okey Wafiy, Alhamdullilah tak teruk sangat." balas Encik Ikhwan.

Aisy sedaya upaya beriak wajah yang penuh dengan senyuman supaya Papa tak syak yang bukan-bukan. Maklumlah sekarang ni Aisy tengah merajuk.

"Papa pun lain kali tak payah lah balik malam macam tu, Papa tu pun dah berusia tak eloklah pandu malam macam tu." Wafiy menasihati Encik Ikhwan.

"Mana ada malam, pukul 5 pagi tu kira dah pagi lah Wafiy." balas Encik Ikhwan.

"Papa, Aisy keluar dulu ya. Abang dengan Papa bersembanglah dulu." Aisy mengangkat kaki keluar dari bilik pesakit. Wafiy langsung tak mengendahkan Aisy malah hanya menurut sahaja kata-kata Aisy tadi.

"Dia tak pujuk aku langsung? haih kau kena sedar Aisy, dia sekarang pun tengah risaukan Papa dia, takkanlah nak abaikan perasaan Papa dia kan. Tapi aku ni bukan cemburu dia dengan Papa. Aku cemburu bila tengok Wafiy beria-ia memohon maaf pada Adelia tadi, dah macam bini dia pulak!" monolog hati Aisy geram.

✿✿✿✿✿

"Aisy kenapa duduk kat luar ni?" soal Mama yang baru tiba.

"Tak adalah sengaja je duduk kat luar, lagipun Wafiy dengan Papa tengah ada didalam" kata Aisy seolah tidak bersemangat. Sebenarnya niat dihati Aisy ingin pulang ke rumah tapi nanti apalah suaminya kata. Bukan sebab dia tidak suka berada disitu tapi kerana Adelia tidak henti-henti berjalan ulang alik dihadapannya seperti menunggu seseorang.

"Adelia kenapa berdiri disini?" sapa Puan Herlina lembut sambil mengukirkan senyuman.

"Adelia saja berdiri kat sini bosan." balas Adelia berpeluk tubuh.

"Iya ke ni? okeylah Mama masuk dulu tau." ujar Puan Herlina masuk kedalam bilik pesakit.

"Mama? wow hebatnya kau Adelia sampaikan Mama dah anggap kau anak dia sendiri. Hisy Aisy! cukup jangan fikir bukan-bukan mungkin Adelia ni memang baik orangnya. Kau janganlah salah faham, tenang okey" Aisy mengurut dadanya.

"Kau dah kenapa Aisy?" soal Adelia setelah melihat Aisy berkelakuan pelik.

"Tak ada apa, aku okey je." balas Aisy berlagak tenang.

"Macam mana hidup kau sekarang?" tanya Adelia ingin tahu.

"Okey Alhamdullilah aku bahagia," ujar Aisy.

"Apa-apa pun aku nak ucapkan good luck untuk kau sebab lepas ni kita akan exam kan." kata Adelia.

"Terima kasih, aku ucapkan good luck untuk kau jugak." Aisy tak melepaskan peluang untuk mengucapkan yang terbaik buat Adelia. Tiba-tiba fikiran Aisy menerpa memikirkan sesuatu. Adelia bukan seperti yang dia sangka sebelum ini bahkan Adelia cukup baik dengannya.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro