BAB 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kain baju didalam almari Aisy bawa keluar lalu dilipat dan masukkan kedalam beg bagasi kecilnya. Esok hari dia mahu pulang ke hostel bersama Qhaira. Kira-kira sudah hampir seminggu Wafiy tidak menegurnya. Mengapa? Apa salah yang Aisy telah lakukan sampai dilayan sedingin begitu.

Namun Aisy lebih mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Pintu kamarnya dikuak lalu Mama masuk kedalam melihat kerja Aisy mengemaskan baju.

" Kenapa kemas baju ni? nak pergi mana?" tanya Mama lalu duduk bersebelahan Aisy.

" Aisy nanti nak kena balik hostel esok sebab tu Aisy kemas baju ni." balas Aisy meneruskan kerjanya.

" Mama lupa, Aisy..Mama nak minta maaf pada Aisy " tangan Puan Herlina membelai rambut Aisy. Menantu yang dianggap seperti anak kandung sendiri dia pun cuma ada anak lelaki saja. Jadi bila sudah ada menantu ini mulalah Puan Herlina sayang lebih.

" Maaf sebab apa? "

" Sebab layanan anak Mama pada Aisy sejak akhir-akhir ni " nada suara Puan Herlina tiba-tiba berubah.

" Mama, Aisy pun tak tahu apa salah Aisy pada dia. Aisy tak pernah sesekali ingkar kata-kata dia apatah lagi sakitkan hati dia tapi kalau memang Aisy ada silap. Aisy betul-betul nak minta maaf " luah Aisy.

" Mama tahu dan Mama percaya yang Aisy ni baik tapi bila Mama tanya dengan Wafiy tentang hubungan kamu berdua. Dia hanya mendiamkan diri " kata Puan Herlina.

" Dah lah Mama, nanti Aisy akan cuba tanya apa silap Aisy dengan dia." Aisy akan cuba bersabar dia percaya bahawa semua ini berlaku pasti ada puncanya.

" Aisy jangan tinggalkan Mama tau, Mama sayangkan Aisy sangat-sangat. Mama dah anggap Aisy ni macam darah daging Mama sendiri. Apa-apa pun kalau bergaduh tolonglah jangan sampai berpisah. Mama tak sanggup tengok hubungan anak-anak Mama berakhir macam tu" ujar Puan Herlina tangannya mengelus pipi Aisy.

Aisy hanya mengangguk faham. Ada betul juga kata-kata Mama kalau bergaduh macam mana sekalipun janganlah sampai berpisah. Takkanlah dah susah payah membina mahligai kemudian musnah begitu saja. Aisy percaya setiap yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesaiannya.


✿✿✿✿✿

Lidah Aisy kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Dia tak tahu bagaimana untuk memulakan kata bagi membincangkan masalahnya antara dia dengan Wafiy. Didalam bilik itu Aisy tak ubah dilayan seperti orang asing.

Wafiy kelihatan tersengih-sengih menghadap skrin telefon pintarnya. Agaknya dengan siapalah dia mesej tu? sampai langsung tak ambil peduli insan yang bergelar isteri disini. Kemana perginya kata-kata manis dan layanan romantik dulu.

" Abang..." panggil Aisy perlahan. Matanya memandang Wafiy yang duduk disofa.

" Hmm kau nak apa? " soal Wafiy. Sepasang mata Wafiy masih tertumpu pada skrin telefon.

" Aisy nak tanya apa salah Aisy sampai Abang layan Aisy macam ni? sampai Mama pun hairan "

" Tak ada salah apa-apa pun, aku cuma tak ada mood nak bercakap dengan kau tu aje. Kau janganlah ambil hati sangat okey. " balas Wafiy bersahaja.

" Jangan ambil hati Abang kata? siapa tak ambil hati kalau suami sendiri layan isteri dingin macam tu!" dada Aisy berombak menghamburkan kemarahan.

" Yang kau nak mengamuk ni kenapa? aku cuma tak nak layan kau tu je, takkan tu pun nak ambil hati? orang lain okey je kau yang lebih sangat apasal? " jeling Wafiy.

" Abang ingat Aisy dengan orang lain sama ke? Abang dah tak sayangkan Aisy ke?" soal Aisy.

" Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu? kau tak yakin dengan aku ke?"

" Iya memang Aisy tak yakin dengan Abang, bukan sikit tapi banyak! baik Abang terus terang, tolonglah jangan buat Aisy macam ni!" Aisy mulai meninggikan suara. Biarlah Mama atau Papa yang dengar. Kesabarannya pun ada hadnya. Takkan senang macam tu saja orang nak mainkan hatinya.

" Diamlah kau! mulai hari ini aku tak nak ambil peduli pasal kau lagi!" Wafiy mulai stress dengan kata-kata Aisy. Kaki Wafiy mulai melangkah keluar dari biliknya.

Perlahan-lahan kaki Aisy lemah untuk berdiri. Air mata yang tadi cuba seka kini sudah jatuh.

" Mudahnya kau berubah Wafiy, sampai hati kau buat aku macam ni tanpa aku tahu apa salah aku sebenarnya " monolog hati Aisy. Dia tersedu sedan menangis disitu.

" Kenapa bising-bising Abang?" soal Darwisy ingin tahu.

" Kau pergilah tanya Kakak ipar kesayangan kau tu." langkah Wafiy terhenti seketika setelah terdengar soalan Darwisy tadi.

" Abang dah besar kan, takkanlah macam ni cara Abang selesaikan masalah Abang. Kahwin pandai tapi nak selesaikan masalah dengan cara baik tak boleh pulak. Kesian dekat Kak Aisy. Darwisy tak pernah tengok pun Kak Aisy sakitkan hati Abang tapi kenapa Abang buat dia macam tu? Abang ni memang tak bersyukur kan dapat isteri sebaik Kak Aisy." perli Darwisy selamba.

" Kau tu budak lagilah, tak tahu hal rumah tangga, baik kau diam jangan sampai aku tampar muka kau. " Wafiy berlalu meninggalkan Darwisy disitu.

" Teruk betullah Abang aku ni!" bentak hati Darwisy geram dengan sikap Abangnya. Tak tahu bersyukur ada isteri yang baik macam Kak Aisy.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro