BAB 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Aisy tengah memasak ke? boleh tak kalau Ummi nak tolong?" Puan Alisa datang dengan kakinya yang terhinjut-hinjut.

" Ummi kenapa masuk dapur? Aisy boleh je masak sorang-sorang. Ummi duduk je lah kat depan."

" Tak apa Ummi boleh tolong sikit-sikit, tolong potong sayur ke bawang ke." Puan Alisa tetap berkeras untuk membantu Aisy.

" Ummi boleh tak dengar cakap Aisy kali ni je, makanan dah nak siap lagipun keluarga Wafiy akan sampai tak lama lagi." Aisy cuba memujuk Umminya.

" Okeylah kalau Aisy cakap macam tu, Ummi pergi kat depan dulu ya." Akhirnya Puan Alisa akur dengan kata-kata Aisy.

" Hari ni keluarga dia datang nak bincang pasal keputusan aku tu. Aduhai, aku harap sangatlah dia orang setuju. Tak sanggup aku nak hadap Wafiy yang dah tak ada perasaan kat aku tu," monolog hati Aisy sendirian.

Bunyi kereta sudah memasuki perkarangan rumah Aisy. Puan Alisa dan Encik Yusof sudah menunggu dihadapan pintu.

Hati Aisy sudah berdegup kencang, ikutkan rasa hati dia sudah tak mahu lagi berjumpa dengan Wafiy. Cukup menyakitkan hatinya. Sempat juga Aisy terintai-intai ke arah pintu masuk.

Aisy cuba tak ambil peduli dan terus memasak tiba-tiba Aisy dapat rasa deruan nafas berhampiran telinganya. Dengan Aisy serta-merta mengelak dari dekat Wafiy.

" Kenapa mengelak?" soal Wafiy dengan riak wajah yang serius.

" Bukan kau sendiri yang mengaku bahawa kau menyesal dengan perkahwinan ni? maklumlah kita ni kahwin muda kan? kalau kau rasa aku ni beban dalam hidup kau tolong lepaskan aku." Jeling Aisy geram.

" Apa yang kau merepek ni?"

" Apa yang aku merepek? cuba kau ingat balik apa yang kau cakap? patutlah tak layan aku rupanya bersebab!" tempelak Aisy.

" Kau ni dah kenapa? tak malu ke kalau Mak Bapak kita dengar?"

" Ikutkan hati aku ni biar semua orang tahu, tapi fikiran aku masih waras takkanlah aku nak ceritakan masalah rumah tangga aku dekat orang lain."

" Aku nak tahu macam mana kau tahu semua benda ni, padahal aku tak cakap lagi dengan kau pasal hal ni." kata Wafiy.

" Tak payahlah tahu yang penting aku dah tahu hal sebenar, lepas ni kan nak bincang pasal keputusan aku nak pergi sambung belajar kat sana. Kau setujulah insyallah lepas ni aku takkan ganggu hidup kau dan kau pun boleh nikmati usia muda kau ni." sindir Aisy tangannya mematikan api dapur.

" Aku takkan setuju!" Wafiy berkeras.

" Kau fikir aku peduli ke? biarlah orang nak cakap aku isteri derhaka sekalipun. Buat apa aku nak hormat kau tapi kau tak hormatkan aku. Aku minta maaf." Aisy mengangkat sedulang berisi jag air yang dibancuh tadi ke ruang tamu.


✿✿✿✿✿

" Aisy dah fikir masak-masak ke?" soal Puan Herlina.

" Dah Mama lagipun kat tempat yang Aisy nak pergi tu ada Mak Da, Mak Da tu adik Ummi." balas Aisy tersenyum manis.

" Mama terkejut tau dengan keputusan Aisy, iyalah tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak pergi sana kenapa?"

" Tak ada apalah Mama, lagipun Aisy memang dah lama sangat tak jumpa Mak Da. Apa salahnya kalau Aisy tinggal kat sana buat sementara. Tak lama pun Mama nanti Aisy baliklah."

" Wafiy setuju ke?" mata Puan Herlina memandang anaknya.

Lama juga Wafiy mendiamkan diri sambil menunduk memandang lantai.

" Setuju Ummi, biarlah kalau dia nak sambung belajar sekali pun." balas Wafiy.

" Kalau suami sendiri dah setuju kami dah tak ada halangan tunggu nak flight je lagi ni." sampuk Encik Yusof.

" Bila Aisy bertolak?" tanya Encik Ikhwan.

" Mungkin minggu depan kut," balas Aisy.

" Aisy nanti jaga diri baik-baik tau, dahlah kat negara orang tu. Jaranglah nak jumpa orang yang asal dari negara kita ni kat sana nanti." kata Puan Herlina.

" Insyallah Mama."

" Kak Aisy nanti kalau kat sana ada jumpa Abang Hensem ke hati-hati sikit ehh." seloroh Darwisy yang dari tadi mendiamkan dirinya.

" Tapi kalau Kak Aisy tercair dengan ayat Mat Salih kat sana macam mana nanti?" balas Aisy.

" Meloponglah orang kat sini Kak Aisy, Akak kalau boleh pilih yang hensem tau biar padan muka orang disini." selamba Darwisy bergurau.

" Darwisy! apa bergurau macam tu?" Puan Herlina menjegilkan matanya.

" Ala Mama, Darwisy bergurau je lah."

Airmuka Wafiy mulai menunjukkan riak tak berpuas hati.

" Mama, Papa, Darwisy jemputlah makan dulu. Hari ni Aisy yang masak semuanya tau. Tapi kalau tak sedap Aisy minta maaflah."

" Siapa cakap Kak Aisy masak tak sedap? Akak punya masakkan lah yang buat Darwisy terbayang-bayang. Kalau bolehkan nanti Darwisy nak isteri macam Kak Aisy tau pun kalau ada lah lagi."

" Ada-ada je lah Darwisy ni." Aisy tersenyum simpul. Entah apa perasaan Wafiy agaknya bila adiknya bergurau seperti menyindir dirinya. Kalau tak terasa memang sah Wafiy sudah tak peduli dengannya lagi.

Wafiy mengetap bibirnya geram. " Biadap punya Adik selamba kau je sindir aku depan Mama dan Papa," bentak hatinya sendirian.


✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro