BAB 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langkah terpaksa dilajukan kerana Aisy telah terlewat masuk ke kelas pada hari pertamanya. Bagaimanalah dia boleh bangun terlewat? sedangkan jam loceng sudah dikunci. Inilah akibatnya apabila tidak tidur awal semalam kerana Mak Da mengajak keluar.

Aisy sudah tidak pandang ke kiri atau kanan lagi. Fikirannya sudah serabut mengenangkan dia sudah lewat masuk kelas pada hari pertama.

Tiba-tiba Aisy terlanggar sebatang tubuh yang agak tegap sedikit berdiri dihadapannya. Semua buku dalam pegangannya jatuh ke bawah berselerak.

Aisy mengangkat muka melihat manusia yang ada dihadapannya. Geram tak terkata dalam hati Aisy. Sudahlah jatuh kemudian lelaki itu langsung tak meminta maaf kerana lelaki itu pun nampak seperti tergesa-gesa juga.

"Sorry, I tak sengaja," ujar lelaki itu kemudian mengorak langkah pergi.

"Sorry je? dah lah berdiri tengah jalan, buku aku dah jatuh ni tolonglah angkat ke, ini tak main blah je! tapi... kenapa Mamat Mat Salih tu cakap melayu?" Aisy biarkan persoalan tadi berlegar di minda dan tak mahu menghiraukan hal tadi.

Buku yang jatuh berselerak tadi Aisy kemaskan kemudian meneruskan perjalanannya.

✿✿✿✿✿

"Assalamulaikum Mak Da, boleh tolong ambilkan Aisy tak? Aisy baru je habis kelas dan baru habis lepak sekejap tadi."

"Tak bolehlah sayang, Mak Da mana ada kenderaan. Tak apa Mak Da boleh suruh Uncle Jay ambilkan Aisy nak?" kata Mak Da bahunya dijongket hingga ke telinga supaya telefon yang diletakkan tidak jatuh ke bawah. Tangan Mak Da memotong daging untuk dijadikan hidangan makan malam.

"Tak apalah Mak Da, Aisy balik naik teksi je tu pun kalau ada, tak nak menyusahkan Uncle Jay," balas Aisy menolak tidak mahu dijemput oleh Uncle Jay.

"Habis tu Aisy nak balik naik apa?" soal Mak Da semula.

"Naik teksi la Mak Da, kalau tak ada Aisy guna sayap Ibu Pari-Pari," seloroh Aisy.

"Aisy ingat kita ni kat dunia fantasi ke? alang-alang Aisy jadi Ibu Pari-Pari, Mak Da jadi Cinderella," Mak Da turut berimaginasi dengan Aisy.

"Mak Da tak boleh jadi Cinderella sebab tapak kaki Mak Da besar."

"Kurang asam punya anak buah! okeylah kalau Aisy nak balik naik teksi, Mak Da tak boleh nak halanglah tapi... ada tapinya, Aisy tak boleh nak melancong ke mana-mana okey?" ujar Mak Da.

"Baik Mak Da, Aisy nak melancong macam mana? poket Aisy kering, cukup buat tambang teksi je."

"Baguslah beringat, Mak Da ada masakkan makan malam sekali ni," balas Mak Da.

"Okeylah kalau macam tu, bye Mak Da muahh!" Aisy memuncungkan bibirnya.

"Gediknya Aisy ni, nanti kirim salam kat Encik Suami macam tu tau."

Aisy terdiam seketika setelah terdengar kata Mak Da mengenai 'Encik Suami' tadi.

"Aisy okey ke?" tanya Mak Da apabila suara Aisy menyepi seketika.

"Tak ada apa, bye Assalamulaikum," talian dimatikan.

Aisy menarik nafas panjang lalu menghembuskan. "Fuhh, time ni lah aku boleh teringatkan dia! Aisy Ariana mohon kau buang perasaan tu, dia pun dah tak nak dengan kau! sedarlah Aisy."

"Hello, Assalamulaikum," tiba-tiba ada suara garau yang berdehem lalu menyapa Aisy dari belakang. Aisy menoleh ingin melihat siapakah yang menegurnya tadi.

"Walaikumussalam," balas Aisy.

"Kau lagi !" suara Aisy yang separuh jerit, terkejut melihat lelaki yang ada dihadapan matanya.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro