BAB 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Wafiy melabuhkan punggungnya diatas katil. Mengapa saat ini dia rasa sepi? Tanpa Aisy disisi selalunya gadis itu yang mengusik serta bergurau senda dengannya.

'Ah! Aku kena lupa perempuan tu... mungkin dia pun sudah lupakan aku dan kemungkinan dia sudah ada yang lain.' Wafiy mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam beg galas yang terletak di bersebelahan bantal.

Jari laju mendail nombor gadis yang kini semakin rapat dengannya siapa lagi kalau bukan Adelia. Wafiy sedar sejak Aisy pergi dia semakin menonjolkan diri semata-mata untuk mencuri hati Wafiy. Ingat dengan semudah tu ke untuk dia jatuh cinta?

"Hello Afiyy...." Suara manja gedik itu menerpa gegendang telinga Wafiy. Mahu tak mahu dia terpaksa layankan hanya perempuan itu saja yang selalu terhegeh-hegeh dengannya.

"Adell sejak bila nama I jadi Afiy ni? Esok aku nak jumpa kau." Wafiy lebih selesa bersikap tegas dengan Adelia. Isteri sendiri pun tak manja gedik sebegitu takkan pula dengan Adelia yang tak ada apa-apa ikatan harus dimanjai, bukan dia tak ada keluarga yang tak mampu memberikannya kasih sayang.

"Alaa, you nak ajak I dating ke? Sukanya...." Jelas kedengaran suara manja beliau. Macamlah Wafiy nak sangat dengannya.

"Bukanlah, kau dah lupa lecturer suruh buat assignment. Aku rasa kau ni kena makan kismis lebih kut, biar berhubung sikit sel-sel dalam kepala otak kau tu," selamba Wafiy menyindir dengan nada yang sinis sengaja ingin sakitkan hati Adelia.

"You ni... I gurau je, janganlah marah-marah tau tak comel."

Seperti yang disangka Adelia sejenis manusia yang tak faham bahasa. Orang perli pun masih tak sedar.

"Wait, tak comel?" Wafiy membuat mimik muka menyampah. Sungguh geli dengan nada manja gedik dari Adelia ni.

Adelia ni kalau bagi kat makhluk asing pun makhluk asing tak nak. Siapa boleh tahan dengan perangai dia ni? Dengan keluarga dia bolehlah nak bermanja tapi kalau orang lain dia silap. Bukan semua orang boleh layan. Dulu tak ada pun perangai pelik macam ni, tapi tiba-tiba pula berubah jadi gedik semacam.

"Okey biy, I nak pergi makan... dah lapar you tau tak." Adelia sempat mengadu.

'Kau nak mati kebulur pun aku tak kesah lah... perempuan gedik!' Gumam Wafiy dalam hati.

"Okey bye." Wafiy mematikan talian. Boleh pekak telinganya dengan suara Adelia. Sudahlah suaranya sedikit kasar, suara Aisy lagi lembut daripadanya.

"Aku ni kalau boleh nak cari bini bukan macam kau lah Adelia. Aku ni anti perempuan gedik huh!" Jeling Wafiy pada skrin telefonnya. Nafas panjang dihela.


✿✿✿✿✿

Lelaki yang berbadan tinggi lampai itu mendekati Aisy. Aisy khusyuk meneliti tugasan yang dia tengah siapkan. Alamatnya kalau ada kesalahan sedikit saja pasti akan dihukum. Hukumannya bukan berdiri atas kerusi macam budak sekolah rendah itu tapi kena potong markah dan buat semula.

Pensyarah pun apa kurangnya. Garang macam singa jadi tak hairanlah kalau orang disini menggelarkan dia sebagai Mr. Lion nama sebenar Mr. Lion itu adalah Jason. Pandai betul orang disini memberikan gelaran kepadanya.

"Hai Assalamulaikum, Aisy sibuk ke?" Tegur Luke setelah lama sudah memerhatikan gadis itu dari jauh. Puas sudah menjadi pengintip tak berbayar dia pun menghampiri Aisy.

"Walaikumussalam, Luke saya sibuk dengan assignment daripada Mr. Lion, awak dah siap ke belum?" Aisy langsung tak pandang pada Luke. Ralit punya fasal dengan tugasan. Tarikh akhir hantar tugasan adalah esok. Gelabah itik Aisy dibuatnya.

"Sudah siap, awak nak saya belanja makan tak?"

"No thanks," tolak Aisy. Buat masa ini dia tidak punyai masa untuk makan gara-gara takutkan bebelan dari Mr. Lion.

"Betul ke tak nak?" Hairan pula selalunya kalau bab belanja makanan Aisy langsung tak pernah menolak.

"Betul, awak dah siap bolehlah nak happy. Saya ni masih dalam azab seksaan dari Mr. Lion," sempat pula Aisy membebel.

"Okey... Aisy suami awak apa khabar?"

Terdengar saja perkataan suami itu terus jari Aisy berhenti mengetik huruf pada papan kekunci laptop. Dia pun sudah hampir melupakan lelaki yang berada di Malaysia itu. Bertapa sibuk dengan tugasan sampai lupa.

'Dah tak ada nama lain ke! Mak Da pun sama pergi cerita dengan Luke yang aku dah kahwin kenapa?' Getus hati Aisy. Perasaan marahnya membuak-buak namun ditahan saja. Bukan memarahi Luke tapi kerana fikiran teringatkan lelaki yang pernah ingin membuangnya daripada hidup lelaki itu.

"Aisy, awak okey tak?"

"Okey, suami saya dia dah...," lidah Aisy menjadi berat.

"Dah apa?" Luke menepuk meja itu.

"Dah mati!" Latah Aisy kerana terkejut punya fasal.

"Hah bila meninggal? Takziah Aisy, maafkan saya tak tau." Luke memohon maaf daripada Aisy. Dia tak berniat mahu bertanyakan soalan sebegitu pada Aisy.

Aisy mengurut dadanya yang tersimpan geram. "Dia belum matilah, dia sihat je lah." Ujar Aisy.

'Luke ni nak aje aku hempuk kepalanya dengan laptop ni. Suka hati je terkejutkan orang!' Bebel Aisy.

"Hidup lagi rupanya... lain kali cakap betul-betul, terkejut saya."

"Iyalah Luke Adam, saya nak balik bye!" Aisy bangun dari duduknya lalu mengemas segala barang kepunyaannya.

"Bye Assalamulaikum!" Jeling Aisy mengatur langkah pergi.

"Marah ke dia?" Luke mengerutkan dahinya hairan. Perasaan perempuan sukar untuk dijangka. Kadang kala gembira kadang kala garang macam singa.

✿✿✿✿✿

vote & komen♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro