BAB 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kotak bersaiz sederhana berwarna merah, Aisy buka perlahan menyaksikan beberapa keping DVD filem korea yang dia minati. Rindunya zaman ketika dia bahagia melayari angan-angan ingin bersuamikan lelaki korea. Sememangnya kini apa yang Aisy angankan telah pun dia dapat walaupun bukanlah lelaki korea yang sebenar.

"Kisah hidup kau memang sedih Aisy! Itulah nak sangat bersuamikan lelaki muka macam korea. Sekarang ni apa yang kau dapat Aisy? Cuma sakit yang kau dapat. Kau memang bodoh Aisy, cepat sangat kau percayakan lelaki macam Wafiy tu!" Air mata yang mulai jatuh bercucuran dikesat sedikit dengan hujung lengan bajunya.

Kotak itu ditutup oleh Aisy kemudian bergegas menyimpan semula kotak itu didalam almari. Telinganya menangkap ketukan pintu mungkin itu ialah Ummi. Aisy mengelap sehabis mungkin sisa air mata yang masih kelihatan, tidak mahu datangkan pelbagai tanggapan oleh ummi.

"Ummi, kenapa ketuk pintu Aisy?"

"Ummi ganggu Aisy ke sayang? Maaflah, Ummi ingatkan kamu belum tidur lagi. Tak apalah berehatlah esok ajelah ummi cakap hal ni."

"Hal apa ummi? Penting ke?"

"Penting la jugak, sebenarnya mak mertua Aisy ada buat makan malam esok. Iyalah dia pun dah dapat tahu menantunya dah balik dari luar negara mestilah gembira kan? Lagipun esok hari lahir suami Aisy, mesti dia gembira bila dapat jumpa dengan Aisy semula. Aisy pun rindukan Wafiy kan?"

"Rindu ummi, rindu dia sangat-sangat." Tidak dapat dinafikan selama mana Aisy tinggal dinegara orang sekalipun namun ingatan tetap merindukan sang suami. Aisy menahan sebaknya. Sanggupkah dia berdepan dengan Wafiy esok hari?

"Kenapa suara Aisy macam nak menangis ni sayang? Siapa buat Aisy ni?" Puan Alisa mengesyaki sesuatu setelah mendengar perubahan nada suara Aisy.

"Sakit tekaklah Ummi, Aisy masuk tidur dulu ya Ummi. Assalamualaikum Ummi."

"Aisy jangan lupa esok tau."

"Insha-Allah Ummi."

✿✿✿✿✿

Baju kurung moden berbunga kecil berwarna merah jambu dan tudung bawal satin berwarna merah jambu telah menjadi pilihan hati Aisy untuk di sarungkan hari ini. Dikenakan sedikit solekan ringkas cukup menampakkan keayuannya seperti seorang wanita melayu terakhir. Sejujurnya dulu Aisy tidak suka bersolek cukup mengenakan sedikit bedak dan pelembap bibir saja pada wajahnya tetapi selepas Mak Da mengajar ilmu solekan kepada Aisy serta merta dia menjadi minat. Mak Da dahulu pernah menjadi seorang jurusolek tapi sudah lama berhenti.

"Dulu kau tak suka bersolek pun, ada jugak orang nak jadikan kau ni sebagai isteri kira kau ni cantiklah jugak kan Aisy?" Aisy tersenyum simpul mendengar bebelan sendiri.

"Aisy dah bersiap ke sayang?" soal ummi. Kelihatan ummi mengenakan pakaian yang biasa saja.

"Kenapa pakai baju kurung?" Ummi memandang hairan.

"Ala, ummi tak salahkan kalau Aisy nak pakai baju kurung? Lagipun mak mertua Aisy yang telefon suruh Aisy pakai macam ni."

"Kenapa pulak dia suruh Aisy pakai baju kurung?"

"Entahlah ummi, jomlah nanti kita lambat." Aisy mengeluarkan kunci keretanya dari beg tangan lalu melangkah keluar dari rumah.

"Kita dah sampai ni, Aisy tak nak turun kereta ke?" Puan Alisa hairan melihat kelakuan pelik Aisy.

"Ummi masuklah dulu, nanti Aisy ikut belakang. Aisy malulah ummi, lagipun macam ada ramai orang aje kat dalam."

"Jangan nak mengada Aisy, cepatlah ummi tunggu ni."

"Tapi ummi, tolonglah kali ni aje. Ummi masuk dulu lepas tu Aisy masuklah."

"Iyalah, masuk jangan tak nak masuk. Mak mertua Aisy tu dah terlampau rindu sangat-sangat dekat kamu."

"Baik ummi." Puan Alisa segera keluar daripada kereta milik Aisy. Kelibat ummi sudahpun hilang dari pandangan. Aisy menghela nafasnya.

Tidak lama kemudian Aisy keluar lalu mengatur langkah masuk. Seluruh badannya serta merta menjadi sejuk. Perasaan gementar membuatkan dia menjadi seperti itu hinggakan tangan yang memegang kunci pun boleh terlepas ke lantai. Aisy membongkok untuk mengambil kunci yang terjatuh itu.

Kedua pasangan yang baru sahaja keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa membuatkan seorang lelaki telah melanggar Aisy yang sedang membongkok. Aisy jatuh terduduk, kakinya sedikit terseliuh. Lelaki yang melanggarnya turut jatuh sekali.

"Maaf bang, saya betul-betul tak sengaja." Aisy meminta maaf sebelum lelaki itu berbicara. Pandangan Aisy tertumpu pada kakinya yang sakit.

"Mata kau letak kat mana hah? Kau tau tak aku nak cepat ni!" Nada suara lelaki itu meninggi menengking Aisy. Suara itu cukup Aisy kenali.

Wafiy, nama itu terlintas di fikiran dan seperti yang dijangkakan lelaki itu sememangnya suaminya sendiri dan perempuan yang membantu Wafiy bangun itu adalah Adelia.

'Aku dah agak mereka pasti akan bersama.' Berkecai hati Aisy bagaikan kaca yang terhempas melihat pasangan merpati dua sejoli ini. Aisy memandang ke bawah tak mahu bersemuka dengan lelaki itu. Kakinya pun masih terasa sakit akibat terseliuh sedikit.

"Aisy, awak ke tu?" soal Adelia membuatkan Aisy mengangkat muka memandang pasangan itu.

'Ya Allah, KAU kuatkanlah hati aku agar aku tidak membelasah kedua pasangan ini. Dia ingat aku tak ada perasaan ke?' Aisy bermonolog, bibirnya diketap.

"Tak aku bukan Aisy, aku Ariana." Aisy mengagahkan dirinya untuk bangun. Wafiy mendekatkan diri untuk membantu tetapi Aisy menolak dari terus dekat. Digagahkan juga berdiri walaupun berjalan terhinjut.

'Aduh sakitnya kaki aku, kau kuat Aisy jangan biarkan air mata kau tewas depan Wafiy!'

Aisy sedar dirinya seperti sedang di perhati. Diperhati oleh suami sendiri, matanya tak berkelip-kelip memandang Aisy.

Baru saja beberapa langkah, Aisy sudah terjatuh buat kali yang kedua. Merah membahang wajah Aisy menahan malu. Dia menyumpah-nyumpah kakinya sendiri.

"Tak apalah biar aku tolong kau." Wafiy mendukung tubuh Aisy yang kurus itu lalu masuk ke dalam rumah. Mahu tak mahu Aisy terpaksa terima. Beberapa kali juga Aisy memukul dada Wafiy supaya melepaskannya tapi dia buat tak endah saja.

"Kau nak bawa aku pergi mana hah?" soal Aisy setelah menyedari bahawa dirinya dibawa ke tempat lain.

"Bilik aku."

"Apa? Tak! Aku tak nak! Lepaskanlah!" Aisy meronta melepaskan diri.

"Sekali lagi kau meronta aku cium kau," jeling Wafiy.

'Mana ummi dengan yang lain ni, tak nak tegur ke Wafiy ni! Aku benci dia. Aku tak nak dia dekat dengan aku! Apatah lagi berdua-duaan dalam bilik macam ni.'

Wafiy meletakkan tubuh Aisy dikatilnya. Dada Aisy berdegup kencang. Apa yang harus dilakukan sekarang? Aisy kematian akalnya. Wafiy mengambil botol kecil lalu dibawa kepada Aisy.

"Kenapa bawa aku masuk dalam bilik kau? Aku tak suka kau tau tak, nanti mesti mama kau cakap bukan-bukan."

"Biarlah mama aku nak cakap bukan-bukan pasal aku, kenapa kau takut ke aku ada dengan kau? Kau nak takut kenapa, dulu memang kita pernah duduk dalam bilik berdua-duaan kan?"

Aisy mengetap bibirnya geram. Bantal bersebelahannya dicapai lalu dibaling kepada Wafiy. Tepat terkena pada tubuh Wafiy, akan tetapi dia langsung tidak melawan. Mata Aisy mulai berkaca.

"Janganlah menangis, tak salah pun kalau kita berdua-duaan dalam bilik ni, lagipun mesti mama dengan ummi faham kalau kita berdua ada dalam bilik ni. Kitakan dah lama tak berjumpa, lagi satu kenapa nak takut aku sampai sekarang masih simpan sijil nikah kita."

"Aku tak nak Adelia cakap bukan-bukan kita."

"Adelia tu bukan sesiapa pun dalam hidup aku." Wafiy merenung anak mata Aisy. Sejujurnya Aisy kelihatan sangat cantik berbanding sebelum ini. Dikenakan pula dengan baju kurung moden, sungguh comel.

"Selak sikit kain kau tu," arah Wafiy.

"Kau nak buat apa!" Serta merta Aisy merapatkan kedua belah kakinya. Sudahlah dia memakai baju kurung.

"Selak sikit ajelah, aku bukan nak buat apa pun. Aku cuma nak sapu minyak angin lepastu urut sikit-sikit, kaki kau terseliuh kan? Nanti kalau tak urut bengkak pulak."

"Aku boleh buat sendirilah! Dah pergilah sana." Aisy benar-benar rasa tidak selesa bila Wafiy berada dekat dengannya.

"Kau halau aku ke?"

"Iya, memang aku halau kau. Aku bencikan kau, aku tak nak langsung kau dekat langsung dengan aku. Kau faham tak!"

"Tak, aku tak faham. Aisy, kau tak perlu nak tipu diri sendiri. Kau sebenarnya rindukan aku kan?" Wajah Wafiy tampak lebih serius.

Pintu bilik mereka diketuk. "Wafiy, kamu buat apa kat dalam tu?" soal Puan Herlina telah mengejutkan Aisy dan Wafiy. Habislah mesti Mama akan fikir bukan-bukan nanti.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro