BAB 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Saya okey aje dekat sini, dah balik negara sendiri, rumah sendiri dan duduk dalam bilik sendiri. Best bila dah habis belajar ni boleh tenangkan fikiran sekejap." Aisy membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Waktu petang sebegini sempat pula Luke membuat video panggilan.

"Seronok saya dengar awak baik-baik saja di sana. Suami awak pula macam mana okey ke?" Soalan dari bibir Luke membuatkan Aisy sedikit tersentak. Dah kenapa pulak tanya pasal laki aku ni? Aduhai.

"Okey ajelah, kami baik-baik saja. Alhamdullilah, hubungan saya dengan dia pun baik. Awak tu Luke, bila nak kahwin? Dengar cerita awak dah mula berkerja." Aisy segera menukar topik perbualan agar tidak berlarutan topik berkenaan suaminya.

"Kahwin? Hisy, tak pernah terfikir pun lagi. Nantilah, kalau boleh nak cari ciri-ciri perempuan yang sebijik macam Aisy."

"Kenapa nak ciri-ciri perempuan macam saya? Saya ni bukannya istimewa sangat pun." Aisy mengerutkan dahinya.

"Aisy, awak sangat baik, kadang-kadang kelakar, comel dan paling penting awak pandai jaga diri walaupun awak sudah bergelar isteri orang," ujar Luke.

Aisy terdiam.

"Hello, Aisy? Are you okey?"

"Okey ajelah." Pipi Aisy mulai kemerah-merahan.

"Saya ada salah cakap ke? Sampai pipi awak merah macam tu? Ataupun awak malu sebab saya puji awak?" Sebelah kening milik Luke dijungkitkan.

Tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang berdehem di belakang Aisy. Serta-merta detak jantung Aisy menjadi tak tentu arah. 'Argh! Matilah aku!'

"Siapa lelaki tu?" soal Wafiy dengan suara yang begitu tegas.

Aisy segera menutup komputer ribanya. Seluruh tubuh Aisy mulai merasakan seperti sedang berpeluh.

"Abang tanya siapa lelaki tu? Kenapa sampai perlu tutup laptop?"

"Ka... kawan," tergagap-gagap Aisy membalas. Terasa di situ juga Aisy mahu menangis. Pertama kali dia melihat suaminya kelihatan begitu.

"Kawan? Kalau dengan lelaki tu boleh pulak cakap elok-elok, tapi kalau dengan suami sendiri? Nak pandang pun tak mahu, apatah lagi nak senyum. Sekarang ni, abang nak tanya. Siapa suami Aisy, lelaki itu atau abang?"

Aisy menundukkan pandangan ke bawah.

"Kenapa diam? Betullah tanggapan abang selama ni, Aisy ada lelaki lain. Patutlah nak minta cerai. Aisy sedar tak apa silap Aisy? Pertama sekali Aisy keluar pergi belajar ke luar negara tanpa keizinan dari abang. Kedua, Aisy terlalu sukar untuk memaafkan abang walaupun abang dah mengaku pun kesalahan abang. Ketiga, dalam diam ada lelaki lain hebat permainan Aisy sanggup curang belakang abang. Jadi, Aisy tak ada hak untuk halang abang berkawan dengan mana-mana perempuan sebab lelaki boleh berkahwin sebanyak empat orang perempuan."

"Lelaki tu cuma kawan Aisy, kalau betul Aisy nak curang. Dari dulu lagi Aisy akan buat, tak perlu tunggu sekarang pun." Air mata Aisy mulai berlinangan.

"Kawan? Huh, entah-entah tu skandal Aisy kan? Aisy ingat tak, yang Aisy pernah suruh abang kahwin dengan perempuan lain? Baik, abang akan kahwin dengan Adelia. Jangan ingat abang tak berani nak menduakan Aisy, sebab Aisy pun dalam diam berhubung dengan lelaki lain. Abang betul-betul kecewa dengan Aisy!" Wafiy melangkah keluar dari bilik tidur mereka.

"Abang...." Aisy menangis semahu-mahunya. Dia dituduh tanpa sempat memberi penjelasan dan tak disangka Wafiy sememangnya akan menduakan Aisy. Sejujurnya, Aisy tak rela yang dirinya bakal dimadukan.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro