Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pangggg

Tubuh Ain sedikit ke belakang dengan wajah yang terteleng. Air mata jatuh mengalir saat tamparan kuat itu hinggap pada wajahnya. Untuk seketika telinganya berdesing dan kepalanya seakan-akan berpusing-pusing.

"Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar bukan menjalang! Eh kau memang anak tak guna kan? Kau memang sengaja nak malukan aku hah? Anak sial!" Serentak itu tali pinggang yang dipegangnya di angkat dan-...

Zapppp

"Aaa sakit ayah sakitttt hiks hikss sa-sakittt...." Ain meraung kesakitan apabila buat kali ketiga tubuhnya disakiti. Air matanya laju membasahi wajahnya.

Ya Allah apa salah dia hingga dihukum sebegini?

"Sakit? Kau tahu sakit? Hati aku ni lagi sakit! Mana aku nak letak muka aku bila anak aku menggatal dengan cikgu dia sendiri? Ustaz kau tahu tak! Kau memang sial Ain, memang anak tak sedar dek untung! Kalau aku tahu perangai kau macam ni aku takde anak pun aku tak kisah. Memalukan keluarga!" Amuk Encik Karim dengan wajah yang bengis.

Ainul yang berdiri di tepi dinding dapur hanya mengukir senyuman sinis. Puas hatinya melihat Ain dipukul dan dilempang oleh Encik Karim.

"Abang! Sampai hati abang tuduh Ain macam tu. Semua tu fitnah je bang. Semalam ustaz dengan adik dia hantarkan Ain ke rumah sebab dia pengsan tepi jalan. Ustaz Fariz tu cerita semuanya pada saya. Diorang tak salah apa pun." Bela Puan Suri sambil memeluk tubuh Ain daripada terus dipukul oleh suaminya. Sedih hatinya apabila anaknya difitnah sebegini. Lebih sedih apabila suaminya lebih mempercayai orang luar berbanding anak sendiri.

"Awak jangan nak bela budak ni sangat. Habis awak nak cakap Ainul ni menipu pula? Macam tu? Eh, aku tak ada anak pun aku tak kisah kalau dapat anak jahanam macam ni! Menyundal!" Tengking Encik Karim dengan perasaan marah yang membuak-buak.

Ainul di belakang tersenyum puas mendengar ayat-ayat yang meluncur laju dibibir ayahnya.

Padan muka kau, Ain!

"J-jadi ayah percaya semua benda tu? Okey fine, Ain pun tak nak ada bapak kaki pukul macam ni. Baran tak tentu pasal. Ain menyesal ada keluarga toxic macam ni. Percaya orang lain berbanding darah daging sendiri." Balas Ain dengan berani.

Darah Encik Karim mendidih panas. Tanpa berkata apa-apa tangannya laju hinggap pada wajah Ain.

Ain jatuh terduduk dengan bibir yang pecah kesan tamparan kuat itu. Sakit pada wajahnya tidak sesakit dalam hatinya. Hatinya remuk saat ayahnya lebih mempercayai fitnah daripada kebenaran.

Puan Suri pantas mendakap tubuhnya. Dia menatap wajah suaminya tidak percaya.

"Abang!"

Encik Karim buat tidak endah. Dia masih tidak puas mahu mengerjakan Ain secukup-cukupnya.

"Ayah tak sayang Ain, ibu." Bisiknya perlahan. Hanya sekadar untuk Puan Suri mendengar luahan hati kecilnya.

Puan Suri mengemam bibirnya menahan tangisan yang ingin pecah. Sedih apabila anak bongsunya ini dipukul sebegini.

Ain meleraikan pelukan Puan Suri lalu melangkah keluar daripada rumah tanpa berkata apa-apa. Tudung sarung hitamnya di ambil dan terus disarung ke kepalanya.

"Ain nak pergi mana? Ja-..."

"Biar dia nak berambus pun aku tak kisah. Hidup menyusahkan orang. Menjalang sana sini. Aku tahu kau mengandung aku bunuh kau." Kata Encik Karim dengan nada keras. Dia tidak akan bermain-main dengan kata-katanya andai perkara itu berlaku.

Ain hanya buat tidak dengar. Fikirannya kosong. Jiwanya hilang entah ke mana. Ayahnya tidak percayakannya buat apa dia berada di situ lama-lama. Dari hujung ekor matanya dapat dia lihat senyuman lebar si kakak. Pasti Ainul suka apabila dia teruk dipukul sebegini.

Ainul tak pernah sukakan dirinya. Ainul bencikan dirinya. Dia tak tahu apa salahnya hingga Ainul sangat membenci dirinya.

Tanpa berkata apa-apa, dia keluar daripada rumah tanpa menoleh ke belakang. Hatinya sakit dan terluka. Air mata kembali menitis. Remuknya hati dia tidak dapat dia gambarkan. Biarlah dia membawa diri seketika. Dia mahu bertenang.

Panggilan Puan Suri dan jerkahan Encik Karim bagai angin yang lalu di telinganya. Dia penat. Penat dengan hidupnya.

Kakinya melangkah tanpa hala tuju. Nak ke rumah Fatin? Dia segan kerana asyik menyusahkan sahabatnya itu. Lagi pula dia tidak mahu Fatin risau kerananya.

Rumah Siti? Lagi dia tidak mahu. Dia tidak mahu Siti menyerang rumahnya pula. Biarlah dia seorang saja yang hadap perkara ini. Ini masalahnya bukan masalah orang lain.

Fikirannya kosong bersama jiwanya. Kenapa dia perlu hadap perkara sebegini? Dia bukannya seorang yang kuat. Dia lemah. Sangat lemah. Bibirnya diketap menahan diri daripada menghambur sebarang tangisan.

Lama dia berjalan tanpa henti hingga dia tersedar dirinya berada di satu kawasan perumahan yang agak jauh daripada perumahannya. Sepertinya dia seperti mengenali kawasan perumahan ini. Dia cuba mengingatinya semula.

Matanya membulat sebaik sahaja dia mula teringat sesuatu. Di sinilah dia berada saat dia lari daripada rumah malam tempoh hari. Di mana dia terlelap di dalam gelongsor yang terdapat di taman permainan yang tidak jauh daripadanya. Di situ juga lah Fariz menemui dirinya yang sudah pengsan kerana kesejukan.

Ain tersenyum tawar.

Ustaz Fariz...

Mungkin ustaznya itu duduk di sekitar kawasan ini. Mungkin? Tapi biarlah dia tidak kisah semua tu. Dia hanya mahukan ketenangan seketika. Dia mahu merawat luka di hatinya.

"Stresnyaaa..." Sofa di ruang tamu di tuju lalu dia menghempas tubuhnya pada sofa itu dengan wajah yang penat.

Dia sangat-sangat emosi hingga hampir saja dia menumbuk meja kaca depannya. Matanya dipejam cuba menyabarkan hatinya yang dilanda api kemarahan.

Siapa cakap dia penyabar? Dia manusia biasa. Kesabaran dia juga ada had. Walaupun dirinya di gelar ustaz tetapi dia bukanlah penyabar seperti yang dilihat orang. Dia tetap ada barannya sendiri tetapi barannya masih boleh dikawal.

Astaghfirullahalzim, astaghfirullahalazim...

"Jangan ganggu aku Puteri." Ujarnya tanpa membuka kelopak matanya. Cukup dengan bau wangian yang menusuk rongga hidungnya sudah pun dia tahu Puteri ada dekat dengannya. Dia tiada mood. Moodnya hilang rntah ke mana.

Sebaik saja Tuan Hj. Ali Mahmud izinkan dia pulang, dia terus beredar pergi tetapi bukan pulang ke rumah. Sebaliknya dia memandu tanpa hala tuju sebelum pulang ke rumah.

Dia tidak faham mengapa ada orang yang cuba menganiaya dia dan Ain. Jujur dia amat marah pada orang yang mengambil gambar tersebut dan menabur fitnah. Walau siapa pun pelaku tersebut dia akan pastikan pelaku tersebut akan menerima hukuman yang setimpal.

Seingatnya dia tiada sebarang musuh. Dia bukannya jenis bergaul bebas sampai tahap orang nak dengki dengan dia pun. Kaya pun tak. Atau ada yang mahu mengenakan Ain? Tapi kenapa? Atas sebab apa?

Nur Ain Nuha

Sebaris nama pelajar perempuannya itu terlintas dalam fikirannya. Kenapa nasib pelajarnya itu sebegitu? Apa salah yang telah dilakukan oleh gadis kecil itu sehingga ayahnya sendiri sanggup menaik tangan pada tubuhnya?

Fariz tidak mengerti.

Entah macam mana dia terlelap di sofa dengan fikiran yang serabut. Puteri yang duduk di sebelah Fariz setia berada di samping lelaki itu.












Cuaca yang mulai mendung membuatkan kanak-kanak yang sedang bermain terus berhenti bermain.

Setitis, dua titis

Hujan mula membasahi bumi. Kanak-kanak mahu pun remaja yang berada di taman bertempiaran lari apabila hujan turun semakin lebat.

Hanya seorang sahaja yang masih duduk di bangku bawah pokok dengan mata yang terpejam. Pandangan pelik daripada orang lain langsung dia tidak peduli.

Kalau dia lari pun dia nak ke mana? Kawasan ini bukan kawasan perumahannya. Biarlah dia duduk di sini kehujanan. Tenang. Sangat tenang dia rasakan. Kesejukan yang mula mencengkam dirinya diabaikan.

"Allahu Akhbar...." Fariz tersedar daripada lenanya dengan mengejut. Kepalanya sedikit berdenyut apabila dia bangun mendadak.

"Aduh aduh aduhhh..." Fariz berdesis sakit. Urat kepalanya terasa tegang. Matanya disepet melihat luar tingkapnya.

Hujan lebat.

"Patut rasa sejuk semacam je." Dia mengeliat kecil sambil menguap. Matanya tertacap pada Puteri yang sedang memandang lurus ke luar tingkapnya. Menarik sangat ke hujan kat luar tu?

"Taman..."

Kening Fariz hampir bercantum apabila wajahnya dikerutkan.

Huh?

"Taman..." Puteri memandangnya dengan pandangan sedih.

Fariz tak faham.

Ada apa dekat taman? Kenapa mukanya kelihatan sedih?

"Kenapa dekat taman? Ada keluarga kau ke?" Soal Fariz dengan bengong. Sel-sel otaknya masih tidak berfungsi dengan baik.

Puteri diam tidak membalas. Matanya lurus merenung ke luar tingkap. Wajahnya beriak sedih. Makin hairan dibuatnya. Keluhan berat dilepaskan.

"Fine, jom." Dengan malasnya Fariz bangun mencapai kunci keretanya yang terletak atas meja kaca di depannya sebelum keluar daripada rumah.

Dah kenapa ajak pergi taman hujan-hujan lebat ni?

Fariz memeluk tubuhnya. Sejuk!

Dengan hati separuh tak rela, dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Aircond dibuka sekadar tidak ingin cermin berkabus. Naya kalau tak buka.

Tidak menunggu waktu yang lama, Fariz memandu keluar daripada rumahnya menuju ke taman permainan seperti yang dipinta oleh Puteri padanya.

Macam-macam hal Puteri ni. Aneh-aneh.

Zupppp

Fariz menelan liur. Bulu romanya tegak berdiri. Dari ekor matanya jelas riak kemarahan pada wajah si 'dia'. Dia tersengih.

"Apa? Jangan harap aku nak minta maaf." Kata Fariz dengan selamba. Dia sudah lah penat mental haih permintaan Puteri ni membuatkan dia rasa nak urghhhh malas nak layan sebenarnya. Tapi hati dia kesian pula melihat riak sedih itu. Nasib baik jin kalau manusia tang tu juga dia ajak kahwin. Comel sangat dah kenapa?

Tak sampai lima minit dia pun sampai ke taman permainan. Hujan semakin lebat. Tiada apa yang dia lihat selain permainan yang ada di situ. Ada apa dekat sini?

"Puteri, kau nak apa datang sini?" Soal Fariz tetapi seperti sebelum ini Puteri hilang saat dia berpaling ke sebelahnya.

Fariz menggaru keningnya. Lama-lama dengan Puteri memang boleh buat dia betul-betul jadi gila. Asyik kena palau je. Geram kadang-kadang. Dia bersandar pada seatnya. Hujan lebat sebegini membuatkan matanya menjadi layu.

"Astagfirullahalazim, budak ini aku laaaa..." Terkejut beruk Fariz apabila tiba-tiba saja wajah Puteri yang membengis itu menerpa ke wajahnya. Mahu luruh jantungnya apabila Puteri muncul sebegitu.

Jantungnya berdegup laju. Nafasnya dihela panjang. Kalau dia ada sakit jantung agaknya meninggal terus dia dekat sini.

Arwah dulu hensem orangnya.

Ehhhh tiberrr

"Apa ni Puteri? Terkejut tahu tak kalau aku mati tadi macam mana? K-...."

"Keluar...."

Makin geram Fariz pada Puteri apabila senang-senang je makhluk itu menyuruh dia keluar. Gila ke apa? Hujan tengah lebat disuruhnya keluar?

"Okay fine! Kejap!" Renungan tajam Puteri itu membuatkan dia rasa rimas. Rimas! Bukan takut. Setakat Puteri heh apa lah sangat. Sikit pun tak takut. Payung di seat belakangnya dicapai. Pintu kereta dibuka sedikit untuk membuka payungnya sebelum cepat-cepat dia keluar daripada kereta untuk menutup pintu.

Fariz sudah pun berada di luar kereta. Tangan kanannya memegang batang payung manakala tangan kirinya dicekak pinggang. Okey, lepas tu nak suruh dia buat apa pula? Menari dalam kehujanan ke? Kuch kuch ho ta hae macam tu?

Matanya meliar melihat sekelilingnya. Sepi tanpa manusia. Hanya rembesan air hujan sahaja yang menyapa pendengarannya.

"Puteri?" Dia memanggil makhluk jin itu apabila dia tidak nampak kelibat makhluk tersebut di sampingnya. Kepalanya di garu. Mana pula jin ni pergi? Dah pergi ke alam ghaib semula ke?

"Sini...."

Fariz mencari arah suara Puteri. Rupa-rupanya Puteri berada di bawah sebuah pokok yang rendang tetapi lebat daunnya. Dia mengorak langkah menuju ke arah Puteri yang menanti kedatangannya.

"Apa ya-.... Ain?" Terkejut Fariz apabila melihat Ain yang tersandar pada bangku dengan mata yang terpejam rapat. Wajah pelajarnya itu kelihatan sangat pucat. Terus dia memayungkan mereka berdua.

"Ain? Hey, awak sedar tak ni?" Fariz menepuk lembut bahu Ain agar gadis itu mencelikkan matanya.

Terasa seperti ada orang yang menyentuh dan memanggilnya, Ain mencelikkan matanya perlahan-lahan.

Dah tak hujan ke? Soalnya dalam hati apabila dirinya sudah tidak disirami air hujan. Terkerbil-kerbil matanya apabila wajah Fariz menyapa pandangan matanya. Dia bermimpikah?

"Ya Allah Ain, awak buat apa dekat sini sorang-sorang? Dalam hujan pula tu. Awak okey tak ni?" Soal Fariz penuh kerisauan.

"U-ustaz?" Bibirnya bergetar kesejukan. Apa yang Ustaz Fariz buat dekat sini? Kenapa? Kenapa Ustaz Fariz yang muncul? Kenapa? Air matanya kembali mengalir.

"Ain, awak okey tak ni? Jangan buat saya risau Ain. Jom saya hantar awak balik."

Ain menggeleng laju.

"Saya tak nak balik." Kata Ain dengan gelengan. Dia tak nak balik. Hatinya masih sedih dan kecewa.

"Kenapa? Kalau awak duduk dalam kehujanan nanti awak demam. Luka dekat badan awak pun lambat membaik. Balik jom?" Pujuk Fariz dengan lembut.

Ain berkeras tidak mahu. Bukan setakat demam kalau dia mati terus pun takpe. Dia tak kisah. Lebih baik dia mati daripada hidup macam ni. Mesti semua orang bahagia.

"Saya tak nak balik..." Balas Ain perlahan. Dia berkeras tidak mahu berganjak daripada tempat duduknya.

Fariz merenung wajah sembap Ain. Namun seketika matanya berhenti lama pada tepi bibir Ain yang sepertinya terluka. Hatinya kurang senang melihat luka itu.

Ain kena pukul lagi?

Fariz memejam matanya seketika. Pasti disebabkan khabar fitnah itu telah sampai ke pengetahuan keluarga Ain.

Ya Allah, kenapalah gadis ini dipukul kerana perkara yang tidak betul?

"Jom kita pergi makan benda panas nak? Boleh hangatkan badan yang sejuk. Takpe saya belanja jangan risau." Kata Fariz dengan senyuman kecil cuba menarik perhatian Ain. Entah berapa lama pelajarnya itu berada di sini dia tidak pasti.

"Tak nak..."

"Ain, jom?"

Ain tetap berkeras tidak mahu. Berapa banyak kali perlu dia menyusahkan ustaznya itu. Dia rasa serba salah. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.

Tidak mahu memujuk lagi, Fariz merentap lembut lengan Ain agar berdiri di tepinya. Kecilnya lahai.

Ain terkejut apabila Fariz melakukan perbuatan itu padanya. Mulutnya terkunci tatkala lengannya dipegang oleh Fariz. Walaupun berlapik dengan lengan bajunya tetapi dia dapat merasakan kehangatan daripada tangan Fariz. Dia yang kesejukan sedikit selesa apabila terasa sedikit hangat.

"Jom."















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro