Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa? Ain pindah sekolah?"

Khabar tersebut mengejutkan Fatin dan seisi kelas mereka.

"Yes, kelmarin surat daripada ibu bapa Ain tentang pemindahan sekolah sampai ke tangan pengetua. Jadi, Ain dah pindah sekolah." Jawab Puan Rohayu selaku guru kelas 3 Bestari. Dia juga terkejut dengan perkara itu tapi apa yang boleh dia lakukan?

"Sebab kes fitnah tu ke cikgu?" Soal Atiqah tidak bertapis.

Puan Rohayu terkedu. Perlahan saja dia mengangguk kecil. Dia akui dia turut berasa serba salah kerana hampir mempercayai fitnah tersebut.

Astaghfirullahalazim...

"Ni semua salah kawan kau! Kalau perempuan tu tak sebar fitnah, benda ni takkan jadi lah sial!" Tidak dapat menahan daripada kemarahannya, Fatin menumbuk mejanya lalu menyepak kaki meja melepaskan rasa marahnya. Dia bangun menatap wajah Syaza dan Syafawani dengan tajam.

Puan Rohayu terkejut dengan tingkah Fatin itu. Kelas mereka yang sedikit bising tadi terus senyap sunyi melihat amukan Fatin. Siddiq dan Alif turut terdiam sama.

"Fatin, dah duduk. Ingat awak dalam kelas saya, hormat saya sebagai guru." Tegur Puan Rohayu dengan tegas.

"Oh, saya kena hormat cikgu sebab cikgu pengajar saya? Habis tu mana hormat para cikgu pada seorang pelajar yang difitnah? Benda tak sahih tapi pandang buruk, pandang hina dekat Ain. Ain tu sahabat saya tau. Padahal seorang guru yang punya ilmu yang cukup di dada sepatutnya tak boleh sesekali bertingkah seperti itu.

Ya, saya tahu saya ni budak lagi. Bodoh pun ya juga tapi saya tahu baik buruk. Betullah sekarang ni dunia akhir zaman. Fitnah berleluasa. Manusia ni dah tak kisah pasal dosa pahala.

Sabda Rasulullah SAW : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan Al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan Al-Ruwaibhidhah? Maka Baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)"

Kata-kata Fatin itu membuatkan mereka yang mendengar menundukkan wajah mereka. Mereka tidak bodoh lagi untuk tidak memahami apa yang disampaikan oleh Fatin itu.

Puan Rohayu turut terdiam sama. Sebagai seorang guru, dia akui apa yang dikatakan oleh anak muridnya itu adalah benar.

Adakah mereka telah menjadi golongan Al-Ruwaibhidah?

Astaghfirullahalazim, ampunkan kami Ya Rabb...

Fatin memejamkan matanya seketika untuk meredakan kemarahannya. Apa yang dia ucapkan itu sebenarnya datang daripada mulut Ain sewaktu Ain difitnah teruk. Sewaktu tiada siapa yang mempercayainya selain dirinya.

Dia nak hafal sabda Rasulullah dan hadith panjang-panjang? Memang taklah. Jahil kan dia? Dia cuma mengulang semula apa yang diucapkan oleh Ain. Saat hari kejadian gambar itu tersebar, Ain diminta untuk pulang ke rumah disebabkan keadaan tidak terkawal. Dia turut meminta izin untuk pulang bersama Ain dan terus diizinkan oleh Puan Rohayu sendiri.

Flashback

Ain menangis teresak-esak apabila dirinya dipandang hina dan dicaci maki oleh para pelajar mahu pun guru yang berselisih dengannya.

Dia yang kasihan pada Ain hanya mampu memeluk tubuh sahabatnya itu agar memberi sedikit ketenangan untuknya.

"Sabarlah Ain, ini semua dugaan untuk kau. Aku tak sangka ada yang busuk hati dekat kau sampai sanggup aniaya kau macam ni."

Ain mengangkat wajahnya lalu dia mengesat air matanya dengan hujung lengan baju sekolahnya.

"A-aku tak kisah pasal diri aku, Fatin t-tapi isk a-aku serba salah sangat dengan Ustaz Fariz isk isk di-dia cuma tolong aku je. A-adik perempuan dia pun ada. Aku ni macam bawa bala untuk dia." Tutur Ain dengan penuh kehibaan.

"Ish apa kau cakap macam tu. Tak ada istilah bawa bala dalam islam. Kalau aku dapat tahu siapa punya angkara memang mati aku kerjakan dia. Aku cincang-cincang je daging dia."

Ain tertawa kecil.

"Kau asal gelak? Gila dah lepas menangis?" Kerutnya apabila Ain tiba-tiba tertawa.

"Rasa kelakar pula bila kau yang emosi lebih sedangkan yang kena fitnah aku dengan Ustaz Fariz." Ujar Ain sambil menyeka air matanya.

"Of course emosi, sahabat aku kena fitnah gila tak emosi? Memang mati dia aku buat." Semburnya dengan geram.

Ain tersenyum.

"Sabda Rasulullah SAW : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan Al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan Al-Ruwaibhidhah? Maka Baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)

Mungkin ini dugaan yang Allah berikan untuk aku. Aku ni terlalu banyak dosa sampai aku diberi dugaan seperti ini untuk hapus dosa-dosa aku. Aku redha dan aku maafkan semua orang yang mencaci maki aku. Lebih baik aku tak tahu siapa punya angkara. Aku tak nak berdendam." Kata Ain dengan nada yang lembut dan pasrah.

Dia terdiam. Wajah sembap Ain direnung sayu. Kenapalah Ain ni terlalu baik? Hatinya sedikit terusik dengan hadith yang dituturkan oleh Ain itu.

"Walau apa pun yang berlaku, aku ada untuk kau okey."

"Thanks Fatin."

End flashback

"Fatin..." Atiqah sedikit gerun melihat wajah dingin Fatin.

"Kalau cikgu dan semua orang nak tahu, hadith yang saya sebutkan tadi tu Ain yang ucapkan pada saya sendiri. Ilmu agama saya ni senipis bawang je, mana nak tahu atau hafal hadith panjang-panjang. Ain maafkan semua orang yang fitnah dia. Sikit pun dia tak berdendam. Saya kecewa bila Ain yang baik tu di aniayai rakan sekelas dia sendiri! Ikut hati yang panas ni nak je aku curah asid dalam mulut puaka betina tu."

Semua diam tidak bersuara apa pun. Tiada siapa yang berani mahu membuka mulut. Syaza semakin dihimpit dengan perasaan serba salah kerana dia turut mengetahui perkara itu melalui Nani tetapi dibiarkan saja perbuatan itu.

"Sorry, saya bukan nak kurang ajar dengan cikgu. Saya emosi bila Ain pindah sebab benda bodoh ni. Terima kasih sebab buat saya hilang seorang sahabat yang baik. Minta maaf saya nak balik, saya tak dapat nak fokus belajar. Saya akan ke bilik pengetua sendiri. Maafkan saya cikgu sebab berlaku biadap." Tidak dapat menahan diri, terus dia mengemas begnya lalu keluar daripada kelas dengan perasaan sedih dan kecewa.

Sedih apabila tiada siapa yang bersuara mahu meminta maaf.

Kecewa kerana perkara ini telah membuatkan Ain pindah sekolah tanpa sebarang khabar.

Puan Rohayu melepas keluhan berat. Hilang terus moodnya mahu mengajar. Kata-kata Fatin amat mendalam. Menusuk ke dalam hatinya.

Khabar Ain sudah pindah sekolah mulai tersebar dalam sekolah. Ada yang menyesal dan ada yang tidak peduli sama sekali. Begitulah sikap manusia.

"Aku rasa serba salah gila sebab tak percayakan Ain. Sumpah aku menyesal gila." Tutur Bob dengan penuh penyesalan. Dia hampir mengalirkan air matanya apabila dia telah mengecewakan Ain.

Siti turut menyesal sama. Dia tidak sempat meminta maaf pada Ain.

"Balik ni aku nak pergi rumah Ain." Putus Siti.

Bob, Yana, Fuad, Halim, Fitri dan Kamilia mengangguk kecil. Mereka turut mahu ke rumah Ain untuk meminta maaf atas keraguan mereka pada gadis itu.

"Buang masa datang rumah aku. Perempuan tak guna tu dah berambus daripada rumah aku. Dah kena halau dengan bapak aku." Sampuk Ainul yang kebetulan terdengar perbualan mereka. Dia mengukir senyuman mengejek tatkala riak terkejut terpapar pada wajah mereka.

"Kau tak payah nak menipu lah. Kau ingat aku bodoh sangat nak percaya cakap kau?" Tempelak Siti dengan nada tinggi. Hatinya mudah panas apabila bertentang mata dengan Ainul.

Ainul menyungging senyuman sinis.

"Up to you nak percaya ke tak. Datanglah rumah. Tak kuasa aku nak bela budak tak kenang dek untung tu. Entah rumah jantan mana entah dia tidur sekarang ni pun aku tak tahu." Katanya dengan selamba sebelum beredar pergi. Buang masa layan budak hingusan ni. Heh!

Siti mahu membalas tapi Yana segera menahan.

"Sabar kita pergi je rumah dia. Kita tanya sendiri ibu dia." Kata Yana.

Siti menghela nafas kasar. Ikutkan hati nak sagat je mulut Ainul dekat jalan tar ni. Urghhhhh...











"Assalamualaikum Ain."

Ain yang sedang duduk di pondok itu tersentak kecil. Terus dia berpaling untuk melihat orang yang memberi salam padanya. Bibirnya mengukir senyuman segaris.

"Waalaikumsalam Ustaz Fariz. Baru sampai ke?"

"Lama dah sampai, saya borak dengan umi dekat dalam. Lepas tu layan budak-budak sebelum saya ke sini." Ujar Fariz lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ain. Tidak dekat dan tidak jauh. Cukup untuk mereka berdua berbual.

Ain mengangguk kecil.

"Macam mana duduk sini? Semua okey ke? Awak selesa?" Tanya Fariz ingin tahu.

"Alhamdulillah, semua okey tenang dan selesa. Saya suka. Terima kasih ustaz sebab susahkan ustaz bawa saya ke sini. Segan saya duduk dekat sini tak buat apa-apa. Saya nak tolong umi tapi umi tak bagi. Umi cuma nak saya fokus belajar dan tenangkam fikiran." Sikap prihatin Umi Ana yang merupakan pemilik madrasah Al-Amin ini membuatkan dia rindu pada ibunya.

Fariz tersenyum.

"Umi memang macam tu. Dia kalau boleh semua benda dia nak buat sorang-sorang. Katanya dia tak nak bebankan anak-anak yang lain. Selagi dia ada kudrat selagi itu lah dia akan buat semuanya sendiri. Sebab tu kami semua sayang umi. Umi tak pernah mengeluh atau pun merungut penat. Wajahnya sentiasa tersenyum disebalik niqab yang dipakainya." Cerita Fariz tanpa di pinta. Matanya lurus memandang kanak-kanak yang sedang berlari berkejaran di luar madrasah yang menjadi tempat tinggalnya suatu ketika dahulu.

Ain merenung wajah Fariz yang ceria saat menyebut perihal Umi Ana.

"Macam mana ustaz kenal umi?" Tanya Ain ingin tahu. Dia tertanya-tanya apa hubungan Ustaz Fariz dan Umi Ana.

Mereka berdua seakan-akan sangat akrab. Saat ustaznya itu membawanya ke sini, Umi Ana sangat-sangat seronok dan menyambutnya dengan senang hati. Dia dilayan dengan sangat baik walaupun mereka berdua baru pertama kali bertemu. Umi Ana langsung tidak menanyakannya apa-apa. Umi Ana sangat menghormati privacynya.

"Saya anak susuan Umi Ana. Saya ni anak yatim piatu. Saya tak kenal siapa parents saya. Umi Ana dan Walid Akmal jumpa saya depan pintu madrasah ni waktu subuh. Waktu tu saya masih berusia tiga bulan, lengkap berpakaian baby dan sijil lahir."

Ain beristighfar dalam hati. Tak sangka ustaznya ini mengalami kehidupan yang pahit.

"Tapi saya tak kisah, sikit pun saya tak berdendam dengan family saya. Siapalah saya ni nak berdendam dengan orang yang telah melahirkan saya ke dunia ini. Tanpa diorang, saya takkan hidup berjaya seperti sekarang. Saya berterima kasih pada mereka. Saya sentiasa doakan mereka tidak kira mereka berada di mana, masih hidup atau pun sudah meninggal dunia." Tutur Fariz dengan jujur.

Tidak pernah terdetik di hatinya mahu membenci ibu bapanya kerana telah menghantarnya ke madrasah ini sebaliknya dia berterima kasih kepada mereka kerana menghantarnya ke sini.

"Untung ibu bapa ustaz dapat anak soleh macam ustaz."

Fariz tertawa.

"Alhamdulillah..."

Mereka berdua diam tidak bersuara apabila tiada topik yang mahu dibualkan. Fariz asyik melihat kanak-kanak kecil yang menerima nasib sepertinya sedang bermain kejar-kejar. Comel sangat.

"Ustaz."

"Ya saya."

"Saya rasa dunia ni tak adil untuk saya."

"Kenapa?"

Tiada jawapan. Hanya gelengen kecil saja dia lemparkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan dirinya berseorangan.

Fariz tercengang. Sebegitu mudah saja Ain meninggalkannya dengan penuh persoalan.

Eh eh budak ini.

Ain yang sudah masuk ke dalam madrasah dipandang. Wajahnya penuh dengan banyak persoalan. Seketika hidungnya terbau wangian yang sudah lama dia tidak bau. Bibirnya dicebik.

"Dah kenapa tiba-tiba muncul? Kenapa tak menghilang terus je?" Kata Fariz dengan selamba. Matanya mengerling ke arah 'dia' yang turut memandangnya.

Puteri menjeling. 'Dia' duduk di tempat Ain tadi. Hanya duduk tidak berbuat apa-apa.

"Apa pendapat kau sepanjang kau ada dengan Ain? Dia selalu termenung ke?" Soal Fariz ingin tahu. Dia tahu ke mana 'dia' menghilang. Sejak Ain dihantar ke sini, Puteri turut hilang bersamanya. Jadi, dia membuat kesimpulan Puteri ada bersama Ain.

"Aku rasa kesian dengan hidup Ain. Ayah dia halau dia, kakak dia benci dia. Hanya ibu dia je yang baik dan layan dia dengan baik. Aku tak nak dia kemurungan, dia masih muda lagi. Masa depannya pun jauh lagi."

Apa yang dia nampak, Ain seorang kuat memendam. Dia risau kalau Ain terlalu pendam akan jadi masalah lain. Dia tak nak Ain terlalu stres dengan keadaan sekelilingnya sebab itu dia buat keputusan untuk menghantar Ain sambung belajar di madrasah ini. Dia sendiri berjumpa dengan Puan Suri untuk minta izin dan mujur Puan Suri mengizinkannya untuk bawa Ain tinggal dan belajar di madrasah ini. Hanya Puan Suri seorang sahaja yang tahu keberadaan Ain di sini.

"Kahwin..."

"Hah?" Terkejut Fariz mendengar ayat itu. Terus dia menoleh ke arah Puteri yang memandangnya dengan senyuman.

Dia tak salah dengarkan?

"Ulang balik."

"Kahwin..."

"Pffttt hahaha kau gila ke apa? Kau nak aku kahwin dengan Ain? Memang tidaklah weh. Agak-agaklah Ain baru 15 tahun mat. Aku 27 tahun mat. Hesyyy gila apa." Fariz menggeleng. Jauh betul jurang umur mereka berdua. Beza 12 tahun!

Merepek betul Puteri ni. Mentang-mentang dia jin hidup ratusan tahun. Umur lima ratus tahun pun boleh jelma jadi cantik. Kalau manusia heh umur 40 tahun pun muka dah mula berkedut.

Bila dia toleh ke arah Puteri semula, hilang. Puteri sudah hilang. Aihhh takkan merajuk pula kena gelak. Aneh-aneh je lah.

Fariz menggeleng kecil.

Kahwin huh?

Lambat lagi...














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro