Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang Fariz, tengok Zarif ni kacau Qais mewarna!!!"

"Mana adaaaa Qais tak kacau pun!!!"

"Uwarghhhh Abang Farizzz isk isk iskkk Ir-irham geletek Ghazaliiii isk isk iskkk..."

"Ahahahaha itu pun nak mengadu. Tch, lemah!"

"Abang Fariz!!!!! Uwaaaaa ada katakkkkk!!!"

"Muahahahahaha...."

"Arrgghhhhh katakkkkkkk!!!!"

Umi Ana menepuk dahinya apabila ruang makan di hadapan bingit dengan suara teriakan, tangisan dan ketawa.

Fariz yang sedang menggoreng nasi untuk juadah pagi hanya ketawa kecil. Sudah biasa dengan pe'el mereka yang sengaja buat riuh di pagi hari.

Ain, Hawa, Jalilah, Anita dan dua orang lagi perempuan yang bernama Umairah dan Nadirah turut ada di dapur untuk menolong apa yang patut.

"Ain jangan pelik tau kalau budak-budak tu teriak macam tu. Tu teriak mengada namanya. Saja nak mengada-ngada dengan Abang Fariz." Kata Jalilah apabila perasan Ain kerap menoleh ke ruang tamu.

Ain tersentak. Dia menggaru hujung keningnya dengan sengihan.

"Oh, yeke?"

"Ha'ah budak-budak biasalah ada je akal diorang nak tarik perhatian kita. Panjang akal mereka sampai tak terdaya nak melayan karenah diorang." Kata Anita pula sambil mengupas bawang. Kupas bawang bukan membawang okey.

"Lagi-lagi Ehsan dengan Rasyid. Suka betul sakat kakak-kakak dia. Yang jerit ada katak tu mesti kerja diorang berdua. Terpaling nakal tu." Tambah Hawa pula.

"Okey ni dah ada unsur-unsur hendak membawang. Walaupun tangan tengah mengupas bawang tapi mulut pun macam mula nak membawang je ni." Kata Nadhirah dengan gurauan.

Umairah sudah tertawa kecil mendengar kata-kata Nadhirah itu.

Hawa, Anita dan Jalilah tersengih-sengih. Ala, bukannya selalu ehehehe...

Ain tersenyum kecil.

"Umiiii..."

Lapan pasang mata terus menoleh ke arah suara tersebut termasuk Fariz. Dia sudah pun siap memasak. Fuhhh masak nasi goreng pun berpeluh mat!

"Iya, Qama? Qama nak apa sayang?" Umi Ana duduk mencangkung menyamai ketinggiannya dengan Qama.

Qama yang memanggil Umi Ana terus mendapatkan tubuh wanita tua itu dengan sengihan.

"Qama nak air boleh? Qama haus." Pinta Qama sambil tersengih-sengih.

"Boleh, kejap ya." Umi Ana yang baru mahu bangun terbantut apabila Fariz terlebih dahulu menghulurkan gelas yang berisi air kosong pada Qama.

"Terima kasih Abang Fariz." Ucap Qama sebaik sahaja menerima gelas tersebut daripada Fariz.

"Sama-sama, Qama nak apa-apa lagi tak?" Tanya Fariz lembut.

Terus Qama mengangguk laju.

"Lapar...." Perut kempisnya ditepuk perlahan dengan wajah sedih.

Fariz tergelak.

Eeeiiiii kuat berlakon betul. Nasib baik comel!

"Qama boleh tolong abang tak?"

"Boleh!"

Tersenyum Fariz mendengarnya.

"Tolong cakap dekat abang dengan kakak makanan dah siap. Kumpul dekat ruang makan. Boleh?"

"Boleh!" Qama terus berlari ke depan untuk menyampaikan pesanan Fariz itu.

Ain, Hawa, Anita, Jalilah, Nadhirah dan Umairah berhenti mengupas bawang dan memotong sayur-sayuran apabila Fariz dan Umi Ana mahu menghidang makanan di depan.

Tangkas saja mereka buat kerja tanpa berlengah. Air minuman, nasi goreng daging dan ulam-ulaman terhidang di atas meja. Melihat makanan dan minuman sudah tersedia, penghuni madrasah tersebut berdiri dan beratur untuk mengambil makanan dan minuman mereka.

"Fariz nak air ke?" Soal Umi Ana dengan prihatin. Berpeluh-peluh wajah Fariz.

"Boleh juga umi." Jawab Fariz dengan sengihan.

Umi Ana tersenyum lalu dia mencapai satu gelas dan mengisi jus oren yang dibancuh oleh Umairah tadi. Dihulurkan gelas tersebut kepada Fariz.

"Terima kasih umi." Ucap Fariz sambil mengenyit mata pada Umi Ana, ibu susuannya.

Umi Ana tergelak. Ingat comellah tu. Nakal!

"Ain, jom makan sama-sama." Ajak Hawa apabila Ain ralit melihat mereka beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan.

Ain menoleh ke arah Hawa dan mengangguk kecil seraya tersenyum. Seketika matanya dengan mata Fariz bertembung. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya apabila Fariz senyum padanya.

Entah kenapa setiap kali Fariz mengukir senyum padanya, jantungnya berdegup kencang.

Astaghfirullahalazim...

Cepat-cepat dia membuang perasaan yang mula bertandang dalam hatinya. Hesy, gila agaknya.

"Fariz, umi nak tanya ni."

"Umi nak tanya apa?" Tanya Fariz memandang wajah Umi Ana yang berniqab itu.

"Fariz bila nak kahwin?"

Terkerbil-kerbil mata Fariz.

Huh?

"Eh umi ni tiba-tiba je tanya Fariz bila nak kahwin, kenapa?" Dia menggesek hujung puncak hidungnya.

Umi Ana tersenyum kecil.

"Umi tanya je. Yelah, kamu tu bukan makin muda, makin tua. Umi teringin nak tengok anak umi ni kahwin sebelum umi pejam mata." Tutur Umi Ana dengan lembut tidak mahu menyakiti hati Fariz.

"Umi ni janganlah cakap macam tu, Fariz tak suka lah." Wajahnya berkerut apabila Umi Ana mula berkata tentang mati.

Betul, setiap manusia akan mati tapi dia masih tidak bersedia untuk kehilangan Umi Ana. Baginya Umi Ana adalah segala-galanya. Walaupun hanya berstatus ibu susuan tetapi Umi Ana sudah dianggap ibarat ibu kandungnya sendiri. Dia masih belum dapat membalas jasa Umi Ana dan arwah walid yang telah membesarkannya dengan sangat baik. Cukuplah arwah walid pergi. Dia masih tidak bersedia untuk merasa sakit kehilangan lagi.

"Umi cakap je. Umi tak paksa Fariz kahwin cuma umi tak tahu umi masih ada atau pun tidak waktu hari kegembiraan Fariz suatu hari nanti. Walau siapa pun calon isteri Fariz, umi restu sebab umi yakin Fariz mampu bimbing isteri Fariz menjadi isteri solehah." Tangan Fariz di capai lalu digenggam erat.

"Umi jangan cakap macam tu, Insyaa Allah umi dikurniakan umur yang panjang dan sihat selalu." Jujur hati Fariz sebak tetapi dia cuba berlagak tenang. Walaupun dia dikatakan seorang hati yang keras tetapi apabila melibatkan orang yang dia sayang, dia tetap akan rapuh.

"Mana tahu jodoh Fariz dengan Ain ke kan? Umi suka tengok Ain. Sopan santun orangnya." Usik Umi Ana apabila melihat wajah Fariz mulai muram.

Terus hilang rasa sebaknya.

Ehhhh?

"Ish, apa umi ni tiba-tiba kaitkan Ain. Ain tu budak lagi umi. Agaklah umi nak kenenkan Fariz dengan dia. Bawah umur lagi tu." Terkejut dia apabila Umi Ana menyebut nama Ain dalam hal ini. Eh ehh ehhh....

Umi Ana tertawa geli hati.

"Ehhh mana tahu kamu berdua memang ditakdirkan untuk bersama? Jodoh itu rahsia Allah. Dia Yang Maha Mengkehendaki atas segala sesuatu perkara." Senyum Umi Ana tatkala melihat Fariz menggaru hujung keningnya.

"Entah lah umi, Fariz tak akan pernah menang lawan mulut dengan umi. Women always right walaupun tak berapa nak right." Balas Fariz mengalah. Sempat dia mengusik Umi Ana.

Umu Ana mencebik.

"Pandailah kamu."

Fariz ketawa mengekek.

Matanya lurus memandang Ain yang sedang menjamu selera. Sopan je gadis itu makan. Bibirnya melorek senyuman kecil.

Dia dengan Ain?

Dia menggeleng kecil.

Mustahil.













"Ain, sini sekejap."

Ain yang sedang merenung kolam ikan menoleh ke arah seorang perempuan yang agak tinggi daripadanya sedang melambai ke arahnya.

"Ya, saya?" 

"Duduk sini, akak nak borak dengan awak." Tuturnya sambil menepuk tempat di sebelahnya. Ain terus duduk tidak membantah.

"Nama akak apa?" Soal Ain sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah perempuan itu.

"Nama akak, Zatul. Panggil Kak Za je. Umur 25 tahun paling tua di kalangan penghuni madrasah perempuan." Ujar Zatul memperkenalkan dirinya pada Ain.

Ain mengangguk kecil. Sejujurnya dia tidak tahu mahu bertanya apa-apa memandangkan Zatul yang memanggil dirinya

"Macam mana duduk sini? Okey tak? Selesa?" Tanya Zatul pada Ain sekadar berbasa-basi. Dia mahu berbual dengan gadis itu.

"Selesa Kak Za, saya rasa tenang je duduk sini. Fikiran saya pun tak serabut. Lebih-lebih lagi penghuni madrasah semuanya baik dan peramah. Segan saya." Jawab Ain dengan jujur.

Zatul tersenyum di sebalik niqabnya.

"Apa pendapat Ain pada Fariz? I mean your, Ustaz Fariz."

Ain tersentak. Kepalanya digaru kecil. Aik, lain macam betul soalan Kak Zatul ni.

"Maaflah Ain tak tahu nak describe Ustaz Fariz tu macam mana sebab apa yang Ain nampak, apa yang Ustaz Fariz tunjukkan semuanya sikap dan sifat yang baik. Senang cakap Ustaz Fariz ada ciri-ciri idaman wanita dekat luar sana tu." Jawab Ain dengan sengihan.

Zatul tertawa mendengar jawapan selamba Ain. Matanya tunak memandang di hadapannya yang dihiasi dengan tanaman pokok bunga yang pelbagai jenis.

"Kalau Ain nak tahu Fariz tu sebenarnya seorang yang garang dan kasar tau."

"Yeke? Macam tak je." Ain mengecilkan matanya memandang Zatul yang masih tersenyum itu. Ustaz Fariz garang? Nak tengok ustaznya itu marah pun susah. Celah mananya garang?

"Agak dah Fariz yang sekarang bukan Fariz yang dulu. Sebelum dia sambung belajar untuk jadi pengajar, Fariz seorang yang baran dan sangat garang. Akak dengan dia mana pernah ngam dulu. Bergaduh je sampai arwah walid tak tahu nak cakap apa dah." Saat mengimbas kenangan lalu Zatul tersenyum saja.

Ain mula teruja ingin tahu tentang Fariz sewaktu remaja dahulu. Tak sangka perwatakan ustaznya itu agak lain daripada yang sekarang.

"Macam mana awal perkenalan akak dengan Ustaz Fariz?" Tanya Ain.

Mereka berdua saling bertatapan sebelum menghadap ke depan semula.

"Actually awal pertemuan kitorang tak berapa baik sebab akak bukannya asal sini. Akak daripada keluarga yang bermasalah. Hidup akak tunggang langgang sampai akak jadi budak sosial. Boleh dikatakan akak jahil sangat masa tu. Yelah masa tu akak baru 13 tahun. Darah muda." Senyuman Zatul mulai memudar tatkala teringat pada keluarganya.

Ain terdiam. Dia cuba mengintai raut wajah Zatul tetapi amat sukar disebabkan niqab yang dikenakan oleh wanita ini menghalang dirinya daripada melihat raut wajah itu.

"Akak, kalau akak rasa sedih janganlah cerita." Tuturnya apabila Zatul seperti tenggelam dengan dunianya.

Zatul tersentak kecil.

"Eh taklah akak okey je. Okey, akak sambung semula." Dia berdehem kecil.

Ain hanya diam tidak mahu menyampuk sedangkan dirinya mula serba salah apabila merasakan Zatul menyembunyikan kesedihannya. Dia merasakan seolah-olah dia dapat memahami isi hati Zatul sebab dia pun mempunyai masalah dalam hubungan keluarga.

Broken family.

"Satu hari tu akak lari daripada rumah sebab tak tahan duduk dalam rumah tu. Akak rasa terlalu serabut. Lari punya lari akak terlanggar Fariz. Masa tu Fariz tengah makan ais krim coklat. Habis ais krim tu jatuh dekat baju dia. Mengamuk terus dia. Yelah, member pakai baju putih habis bertompok coklat tapi akak buat muka toya je. Coklat je pun balik nanti basuhlah baju tu." Zatul tertawa mengingati moment tersebut.

Jelas di ingatannya betapa marahnya Fariz waktu itu. Muda-muda dah baran. Tapi ni Zatul, mana pernah takut orang. Dulu lah.

Ain turut tertawa sama. Dia dapat bayangkan situasi tersebut. Kalau Fatin yang kena macam tu mau haru satu sekolah dia cincang orang yang dah kotorkan baju sekolah dia. Dia tersengih.

Rindunya pada sahabatnya itu.

"Lepas tu akak lari biarkan pak cik tu bebel macam mak cik-mak cik. Malas nak layan. Kepala tengah serabut pula tu. Jalan punya jalan, akak tak tahu akak dekat mana. Sedar-sedar je hari dah malam. Akak merempat dekat tepi-tepi lorong. Macam orang jalanan pun ada.

Mungkin telah ditakdirkan kami berdua bertemu kembali tapi masa tu keadaan akak sangat comot. Akak tumpang tidur tepi masjid, arwah walid yang kejutkan akak daripada lena. Rupa-rupanya waktu hampir subuh. Akak nampak Fariz pandang akak dengan wajah berkerut sebelum masuk ke dalam masjid.

Akak rasa malu gila masa tu. Akak rasa akak kotor untuk didekati. Tapi arwah walid langsung tak pandang jijik seperti mana orang lain tengok akak. Arwah walid temankan akak mandi, sediakan pakaian baru yang menutup aurat untuk akak sebelum masuk ke dalam masjid. Masa tu arwah walid minta maaf sebab hanya mampu sediakan kain batik dan kemeja lelaki dewasa yang ada dalam masjid untuk akak. Akak terharu sangat-sangat sebab masih ada orang prihatin dengan akak." Mata Zatul mula berkaca-kaca. Sungguh dia amat rindu pada arwah walid. Orang pertama yang mendekatinya dan orang pertama yang berbuat baik padanya.

Ain diam mendengar cerita Zatul itu. Dia turut kagum dengan sifat kemuliaan yang dipamerkan oleh arwah walid ustaznya itu. Betapa untungnya Fariz berada di kalangan orang-orang yang berhati mulia.

"Arwah walid juga yang bawa akak tinggal dekat sini. Umi pun gembira menyambut kedatangan akak. Masa tu akak rasa akak disayangi semua orang. Akak sebak bila keluarga sendiri tak layan akak seperti mana keluarga Fariz layan akak." Setitis air matanya jatuh mengalir.

Ain tidak perasan tetapi dia dapat rasakan kesedihan yang tersimpan kemas dalam diri Zatul.

"Jujur masa mula-mula akak tinggal dekat sini sumpah tak selesa. Yelah, cara pemakaian akak dulu kan terdedah tiba-tiba kena bertutup bagai. Culture shock gitu. Hari-hari akak bergaduh dengan Fariz sebab pemakaian. Bila akak buka tudung, selak kain kemain mengamuk Fariz. Umi dengan arwah walid penat menasihati akak tapi macam biasa akak buat pekak je. Akak buat tak dengar. Apa yang akak tahu akak sangat tak selesa." Zatul tergelak sendiri dengan kedegilannya sewaktu remaja dulu.

"Masa akak nak buka tudung tu, Fariz punya marah dia jahitkan terus tudung akak dengan baju akak. Dia punya tak bagi akak buka tudung sampai macam tu sekali dia buat dekat akak. Dia siap ugut kalau akak tetap berdegil dia akan bakar semua baju akak. Biar akak takde pakaian nak pakai selain telekung."

Membulat mata Ain.

"Seriuslah kak? Ustaz Fariz buat betul-betul ke?"

Zatul mengangguk laju.

"Iya, Ain! Mula-mula akak remehkan ugutan dia sebab yelah ugutan macam tu siapa kisah? Dia pun budak lagi masa tu. Setakat cakap boleh lah kan. Tapi dia buat betul-betul. Dia bakar semua pakaian akak sampai takde pakaian untuk akak pakai. Umi, arwah walid dengan penghuni madrasah masa tu melopong tengok tindakan gila Fariz tu. Muka Fariz masa tu muka tanpa perasaan. Jangan main gila dengan Fariz tu. Apa yang dia cakap dia akan buat betul-betul. Start tu akak taubat tak nak cari pasal dengan Fariz." Seharian dia pakai telekung sesuai dengan apa yang di ugut oleh Fariz. Seharian dia malu dan marah pada Fariz.

"Dahsyat betul Ustaz Fariz kenakan akak." Komen Ain dengan nada tidak percaya.

"Hahahahaha itu lah sikap Fariz yang Ain tak tahu. Fariz sangat baran dulu tapi sejak arwah walid meninggal Fariz mula berubah. Dia tak sebaran dulu." Zatul berjeda seketika.

"Akak ingat lagi masa arwah walid meninggal, Fariz langsung tak mengeluarkan setitis air mata tak seperti umi dan budak-budak yang lain. Akak masa tu bengang bila Fariz kelihatan seperti tidak bersedih dengan pemergian arwah walid sedangkan mereka berdua amat rapat. Terus akak serang dia lepas balik daripada pengebumian tu. Akak marah dia, tengking dia, akak emosi gila masa tu tapi sikit pun Fariz tak balas dan terus blah macam tu je.

Malam tu waktu semua orang tengah tidur, akak terjaga sebab haus. Akak turun ke bawah. Masa lalu ke bilik bawah, akak dengar suara seseorang seperti menangis. Akak curious terus akak intai. Akak tersentak. Rupa-rupanya Fariz sedang berdoa sambil menangis teresak-esak. Dia kata dia amat sayangkan walid, terlalu cepat Allah ambil walid dari kami tetapi dia berterima kasih pada Allah kerana pinjamkan walid untuk jaga kami selama ini. Doa Fariz tu buat akak turut menangis sama.

Sejak pemergian arwah walid Fariz bantu umi jual nasi lemak, ambil tempah menjahit untuk tanggung kos perbelanjaan kami dekat sini. Macam-macam Fariz buat untuk menyara kami dikala usia Fariz masih remaja. Tamat SPM Fariz terus keluar cari kerja. Segala surat tawaran untuk sambung belajar dia ketepikan dahulu. Fokusnya hanya mahu bantu umi sahaja. Besar pengorbanan Fariz pada kami. Sebab tu kami sayang Fariz sangat-sangat. Takde orang yang sekuat dan setabah Fariz. Kami sangat hargai Fariz. Dia tulang belakang umi setelah arwah walid." Cerita Zatul dengan senyuman kecil.

Ain kagum dengan ustaznya itu. Kecil-kecil sudah menggalas tanggungjawab yang sangat besar. Betapa kuatnya insan bernama Muhammad Fariz Razemi.

Daripada jauh, Fariz merenung Ain dan Zatul dengan wajah kehairanan. Sejak sedari telinganya seakan-akan terdengar namanya disebut-sebut.

"Diorang mengumpat aku ke apa?" Matanya memincing ke arah Zatul yang kebetulan memandangnya.

Bukan boleh percaya si Zatul tu. Kerja asyik nak mengumpat dia je. Tahu lah dia hensem.

Eh?














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro