Bab 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kali ni dia tekad mahu melihat ke mana Puan Suri selalu pergi pada waktu petang. Dia musykil apabila Puan Suri keluar bersama Fatin.

Pelik apabila orang tua keluar dengan orang muda. Dia yakin mereka berdua mahu pergi ke tempat di mana Ain berada.

Handphone dicapai lalu dia membuat panggilan pada seseorang.

"Bie, kau dekat mana?" Soal Ainul dengan perlahan tidak mahu Puan Suri mendengar suaranya. Dia tekad mahu cari keberadaan

"Aku ada dekat bawah blok kau. Diorang dah nak gerak tu sayang."

"Okey, kejap aku on the way turun." Cepat-cepat dia keluar dan mengunci pintu rumah. Untung dia mempunyai kunci spare yang dia buat secara sembunyi-sembunyi.

Ainul segera berlari ke arah Ilman yang menunggunya di tepi bloknya agar tidak dilihat orang ramai. Mampus kalau ada orang nampak dan report pada Encik Karim yang dia naik motor dengan lelaki.

"Nah." Ilman segera menghulurkan helmet pada Ainul. Terus Ainul pakai tanpa berlengah.

"Diorang baru gerak ke?" Soal Ainul apabila kelibat Puan Suri dan Fatin sudah tidak kelihatan.

"Baru je gerak. So, follow diorang?"

"Ha'ah."

Ilman menoleh ke kiri dan ke kanan memastikan tiada halangan untuk dia pecut. Ainul memeluk pinggang Ilman dengan kemas. Mata Ilman fokus melihat kereta yang dinaiki Fatin dan Puan Suri tanpa lepas. Walaupun jarak mereka tidak terlalu dekat tapi dia masih dapat melihat arah yang di bawanya.

"Mesti Ain happy bila Cik Su bawa lauk kegemaran dia." Kata Fatin dengan senyuman.

Puan Suri tersenyum lebar. Plastik beg yang bersaiz besar yang mempunyai lima bekas tupperware yang besar di pandang.

Udang masak lemak cili api.

Dia tidak kisah duitnya habis untuk membeli barang-barang untuk masak dalam kuantiti yang banyak untuk Ain dan penghuni madrasah Al-Amin. Apa lah sangat jika mahu dibandingkan dengan pertolongan yang mereka berikan pada Ain selama Ain berada di sana. Dia terhutang budi.

"Bukan selalu Fatin, Cik Su masak macam ni. Ain tu kalau ada dekat rumah pun jarang dia makan sedap-sedap. Kadang-kadang makan nasi, telur dengan kicap je. Kadang-kadang dia puasa sebab kami takde duit. Sebab tu Cik Su sayang sangat dekat Ain." Luah Puan Suri dengan sebak. Baginya Ain seorang anak yang terlalu baik.

Fatin terkedu seketika. Bila diingat semula, Ain memang kerap berpuasa. Katanya puasa sunat tapi tak sangka rupa-rupanya...

"Untung Cik Su ada anak sebaik Ain. Saya pun untung juga ada sahabat baik macam Ain. Saya kan bila tengok Ain dengan Ustaz Fariz tu rasa sepadan je. Cik Su tak rasa ke mereka berdua ada jodoh?" Tidak mahu buat Puan Suri dilanda kesedihan, terus dia menukar topik perbualan mereka.

"Amboi, kemain jauh fikir pasal jodoh."

Fatin sengih.

"Tapi kan Cik Su pun berkenan betul dengan Ustaz Fariz tu. Baik orangnya. Sopan pun sopan. Umi dia pun baik. Siapa je tak nak jadikan Ustaz Fariz tu menantu ye dok? Full pakej. Serba serbi boleh."

Fatin tersenyum senget. Tu dia kemain melambung puji Fariz.

"So, Cik Su restu lah kalau Ustaz Fariz dengan Ain tu berkahwin?"

Terkerdip-kerdip mata Puan Suri memandang Fatin yang sudah tersengih-sengih memandangnya. Dia tertawa kecil.

Eh eh budak ni.

"Restu je. Siapa pun jodoh Ain, Cik Su terima asalkan dia jaga Ain dengan baik."

Sedar tak sedar mereka pun sudah sampai di depan madrasah. Usai membayar tambang grab, mereka berdua pun masuk ke dalam sambil membawa beg plastik yang berisi makanan.

"Eh, Ustaz Fariz pun ada?" Kereta milik Fariz yang terpakir elok di garaj menjadi tatapannya. Macam tahu-tahu je mereka nak datang ke sini.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam eh Suri dengan Fatin. Mari masuk." Memang kebetulan pula Umi Ana yang mahu masuk ke dalam madrasah terus menjemput mereka berdua dengan senyuman.

Puan Suri dan Fatin mengukir senyuman lalu masuk ke dalam detelah membuka selipar mereka.

"Ana, ni saya ada bawakan lauk sikit untuk budak-budak. Maaflah tak banyak mana pun." Tutur Puan Suri dengan serba salah. Dia tahu penghuni madrasah ini ramai tapi ini je dia mampu sediakan.

"Eh Ya Allah, susah-susah je Suri ni. Takpe, semoga Suri sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Alhamdulillah, terima kasih ya Suri. Segan saya macam ni." Umi Ana serba salah apabila merasakan seperti menyusahkan Puan Suri membawa makanan pada mereka semua.

"Aamiin Ya Rabb, takpe Ana. Apa lah sangat lauk ni daripada menjaga Ain di sini."

"Kalau macam tu terima kasih ya Suri. Jom masuk kita borak dekat dalam." Umi Ana memimpin tangan Puan Suri menuju ke dalam. Fatin turut mengikuti langkah Umi Ana dan Puan Suri daripada belakang. Rancak saja mereka berdua berbual. Dah jadi best friend, begitu lah.

"Hah kan elok warna macam tu baru lah cantik." Suara Fariz yang sedang memuji itu menarik perhatian Fatin.

Dihadapan Fariz kelihatan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang membuat bulatan kecil sambil mewarna.

Oh, tengah mengajar ke?

Bagus betul bakal imam Ain ni. Eh!

"Syasya, mana ada orang muka warna hijau." Tegur Laila apabila melihat Syasya mewarnakan muka seorang lelaki berwarna hijau.

Kata-kata Laila itu menarik perhatian Zarif, Qais dan Ghazali. Mereka bertiga yang sememangnya nakal terus melihat ke arah buku mewarna milik Syasya.

"Eeeiiii alien... Warghhhh... Arghhhh..." Zarif membuat muka zombie dengan lidah terjelir keluar dan mata ke atas.

"Alien datang menakluki bumi,
Demi koko yang dicari-cari,
Mereka kan tiba tak lama lagi,
Apa mungkin terjadi?" Ghazali menyanyi sambil terangguk-angguk.

"Jadi kita perlukan penyelamat bumiiiii
Boboiboy!!!
Boboiboy!!!" Sambung Qais dengan semangat.

Fariz menahan diri daripada ketawa berdekah-dekah. Tetapi dia segera mengawal riak wajahnya apabila terpandang wajah Syasya yang sudah muram. Erkkk...

Dia berdehem kecil.

"Zarif, Qais, Ghazali dah lah tu mengusik orang je tahu. Biarlah Syasya tu nak warna muka orang warna apa pun. Janji kemas. Tak macam awak bertiga, hura-hara jadinya." Tegur Fariz mengenakan mereka bertiga pula.

Amboi, kemain mengusik orang.

Syasya yang hampir menangis itu dipandang. Alahai, kesian pula dia tengok.

"Syasya, awak sambung je mewarna. Cantik apa awak warna, sehala je. Comot pun tak." Puji Fariz dengan lembut.

Kata-katanya itu membuatkan Syasya mula terpujuk. Tak jadi dia nak menangis.

Fatin tersengih melihat gelagat mereka. Dah macam bapak-bapak je dia tengok cara Fariz melayan mereka. Boleh dah tu ada anak sendiri.

"Sayang."

"Hah? Ada apa?" Ainul yang duduk di belakang Ilman membuat muka pelik apabila Ilman memanggilnya tanpa memandangnya.

"Tu bukan ke kereta Ustaz Fariz?" Soal Ilman dengan kening yang berkerut. Mula-mula dia tak cam tapi tatkala dia melihat nombor plate kereta tersebut dia seperti mengenali pemilik kereta tersebut.

Ustaz Fariz!

Wajah Ainul berkerut. Huh? Ustaz Fariz?

"Biar betul bie?"

"Iyaaa, daripada tadi aku perhati je nombor plate kereta tu. Aku macam familiar tau. Lama aku fikir baru aku teringat tu kereta Ustaz Fariz." Kata Ilman bersungguh-sungguh.

"Dah kenapa pula Ustaz Fariz ada sini?"

Ilman menjongket bahunya. Mana lah dia tahu.

Ainul memandang kereta Fariz dengan pandangan curiga. Takkan ustaznya itu tahu keberadaan Ain selama ni? Tapi kenapa pula ustaznya itu masuk campur hal Ain? Hatinya penuh dengan syak wasangka.

Diorang ada apa-apa hubungan ke? Hesy, tak logik tak logik.

Asyik mereka berbual tiba-tiba tuan empunya kereta pun keluar untuk mengambil barang di dalam keretanya.

"Bie..."

"Kan aku dah cakap."

Mereka berdua melihat Fariz yang membuka pintu kereta bahagian belakang dengan wajah tidak percaya. Terutama Ainul.

Ustaz Fariz?

Fariz yang mahu mengambil coklat yang dia beli di kedai mengerling ke belakang tatkala merasakan dirinya seperti diperhatikan. Seperti yang dirasakan memang benar ada yang memerhatikan dirinya. Dua orang.

Matanya dikecilkan untuk mengecam siapa tetapi agak sukar disebabkan mereka memakai helmet.

"Kenapa diorang mengendap sini?" Fariz mula curiga. Diorang ada niat tak baik ke?

"Bie, jom blah aku rasa Ustaz Fariz dah perasan kita."

Ilman mengangguk setuju. Segera dia memecut laju meninggalkan kawasan madrasah tersebut.

"Ustaz!"

Fariz tersentak. Fatin yang berada di belakangnya di pandang dengan wajah terkejut.

"Astagfirullahalazim... Kalau saya ada serangan jantung macam mana?"

Fatin tersengih.

"Takpe mati tanam. Tak susah pun."

Fariz menjeling. Percaya atau tak sejak Fatin tahu dia menolong Ain ke sini, Fatin dengan selamba membalas kata-katanya.

"Hmmm menjawab je la awak ni." Fariz geleng kepala apabila Fatin sedap mengertawakan dirinya. Bertuah punya anak murid.

"Hahahaha chill la ustaz. Ustaz dah nak balik ke?"

"Ha'ah saya datang menyinggah je. Nak bagi coklat dekat budak-budak. Awak pula?"

"Nak balik dah ni. Tengah tunggu grab, tak dapat-dapat lagi." Keluh Fatin.

Ternaik kening Fariz.

"Aik, sekejapnya datang? Selalu kalau datang selagi tak senja tak reti nak balik." Soalnya hairan.

"Amboi ustaz perli habis."

Fariz menayang wajah selamba. Terasa ke tu? Siapa suruh terasa.

"Dah dapat ke Fatin?" Soal Puan Suri sambil mendekati mereka berdua. Ain turut ada bersama dengan Puan Suri.

"Belum lagi Cik Su, mungkin grab busy kut. Takde area-area sini." Jawab Fatin cuba berhusnudzon.

"Takpe, jom saya hantarkan? Alang-alang saya pun nak balik dah." Pelawa Fariz dengan senyuman.

"Eh takpe lah ustaz, susahkan ustaz je." Puan Suri menolak lembut pelawaan tersebut kerana rasa segan pada ustaz muda itu.

"Eh elok sangat tu ustaz. Alhamdulillah, jom Cik Su. Jimat duit grab kita ada orang baik hati nak hantar kita balik." Setuju Fatin dengan wajah bersinar.

Ain sudah menganga. Pantas bahu sahabatnya itu ditepuk.

"Kau ni memang tak malu kan?" Ujar Ain dengan nada berbisik.

"Eh mana ada. Ustaz yang nak hantar, aku tak minta pun. Hah! Rezeki jangan ditolak. Jimat duit aku weh." Balas Fatin turut berbisik sama. Tapi hakikatnya dia memang tak tahu malu pun. Muahahaha....

Ain menggeleng kecil. Rasa nak hempuk je kepala Fatin dekat tiang bagi betul sikit otak tu.

"Takpe Puan Suri, tak menyusahkan saya pun. Kalau puan risau orang cakap bukan-bukan cakap je saya ni pak cik grab. Gituwww..." Seloroh Fariz tidak mahu meresahkan hati Puan Suri.

Puan Suri berbelah bahgi. Dia bukan apa tak mustahil orang kenal wajah Fariz kerana Fariz merupakan seorang pengajar di sekolah. Lebih-lebih lagi sekarang zaman viral. Apa-apa laju je tersebar tidak kira sama ada betul atau pun tidak. Lagi pula kes Ain dan Fariz masih baru surut jadi dia tidak mahu menaikkan nama Fariz lagi.

"Takpe Cik Su, nanti kita turun dekat Blok A je tapi kena jalan jauh sikitlah." Cadang Fatin apabila Puan Suri lama berdiam diri. Pasti Puan Suri tengah dilema.

Ain memandang wajah ibunya itu dengan senyuman nipis. Dia tahu apa yang difikirkan oleh ibunya itu. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Terserah pada Puan Suri sama ada mahu terima atau pun tolak.

"Kalau macam tu saya ikut ustaz tapi hantar kami setakat lorong masuk simpang taman perumahan saja boleh ke?"

Fariz mengukir senyuman senang.

"Sure, sampai depan pintu rumah pun boleh."

Opppsss

"Ehemmm, amboi ustaz lain macam sampai ke depan pintu rumah. Macam nak masuk meminang je." Tegur Fatin dengan senyuman senget.

Papppp

Berkerut wajah Fatin sambil berdesis sakit apabila lengannya ditampar kuat oleh Ain tanpa sebarang amaran.

Wajah Ain sudah merah membahang malu. Aduh mulut Fatin ni kan eeeiiiii minta kena tarik betul!

Fariz kekal tenang walau hakikatnya dia mati kata untuk membalas kata-kata Fatin itu.

Masuk meminang eh?

Matanya mengerling ke arah Ain yang sudah malu-malu itu.

Comel! Desis hati kecilnya.

"Kalau sudi apa salahnya." Balas Puan Suri dengan tertawa kecil.

Makin merah wajah Ain apabila Puan Suri turut membalas gurauan Fatin tersebut.

Tidak dapat menahan rasa lucu di hati, Fariz turut ketawa sama.

Ada jodoh tak ke mana, aaa gitu!


















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro