Bab 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fatin bagi apa tu?" Soal Fariz sambil merapati Ain yang duduk bersimpuh atas katilnya. Rambut panjang Ain yang dibiar lepas itu disebak ke tepi supaya tidak menghalang matanya untuk menatap wajah comel itu.

Fariz masih berkain pelikat memandangkan mereka berdua baru saja selesai solat isya' berjemaah.

"Tak tahu lah, baru nak buka." Sengih Ain. Jarinya membuka ikatan tali reben itu dengan perasaan teruja. Siapa je yang tak suka diberi hadiah kan? Hikhik...

Fariz duduk di sebelah Ain dan melihat saja Ain membuka balutan kotak hadiah pemberian daripada Fatin.

Sebaik saja dia buka penutup kotak, wajah Ain terkejut habis. Perlahan-lahan wajahnya mula merona merah.

Fariz terkedu. Tidak berkerdip matanya melihat isi dalam kotak hadiah tersebut.

Kain berwarna merah terang dan berjaring jarang.

Okey, dia macam dah dapat agak tu kain apa.

Matanya dikalih ke arah lain. Wajahnya mula merona merah. Dia berdehem.

Ain cepat-cepat menutup semula kotak tersebut dan disimpan di bawah katil Fariz. Bibirnya dikemam kuat.

Arghhh tak guna punya Fatin!!!

Sumpah dia rasa nak menyorok bawah katil sekarang ni. Malu! Malu!

"Ain, boleh buatkan saya hot chocolate?" Pinta Fariz dengan nada biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Hah? Erkk hah o-okey..." Cepat-cepat Ain turun daripada katil lalu mencapai tudungnya untuk disarung ke kepala setelah menyanggul rambutnya. Tanpa menoleh ke arah Fariz, dia segera keluar daripada bilik tidur Fariz dengan wajah yang merah.

Memang nak kena budak Fatin ni! Eeeeiiiii....

Apabila yakin Ain sudah berada di dapur, Fariz mengambil semula kotak hadiah perkahwinan tersebut dan membukanya.

Kain merah tersebut di angkat. Dia berdehem kecil. Matanya nakal melihat segenap kain merah yang jarang itu.

Nakal betul si Fatin ni.

Lingerie

Tak pernah dia bayang yang dia akan pegang benda ni dengan tangannya sendiri. Bukannya dia tak pernah nampak pakaian sebegini. Selalu je bila dia pergi mall nampak pakaian-pakaian sebegini tak ada apa yang dia fikirkan. Tapi berlainan pula dengan situasi saat ini.

Dia tertawa kecil. Tipu lah kalau dia tak fikir jauh. Dia lelaki. Normallah lelaki kalau fikir jauh sebab lelaki hanya ada satu nafsu. Tetapi dia masih dapat mengawalinya.

"Budak Fatin ni memang nak kena ruqyah agaknya. Kecik-kecik dah pandai beli benda-benda macam ni. Macam takde benda yang nak di bagi." Fariz menggeleng kecil. Dia menyimpan semula lingerie tersebut ke dalam kotak setelah melipatnya dengan kemas.

Nakal betul pelajarnya itu.

Dia menunduk ke bawah katil lalu menyimpan kotak tersebut di situ. Tak nak Ain tahu yang dia telah buka kotak tersebut. Hehehe...

Tidak mahu membuat Ain tertunggu-tunggu, dia bingkas bangun lalu keluar daripada biliknya menuju ke dapur.

"Sorry lambat, lama dah ke awak tunggu saya?"

Ain yang sedang memotong agar-agar coklat berpaling ke belakang. Dia masih malu dengan apa yang diberi oleh Fatin dan disaksikan oleh Fariz.

Memang kalau Fatin datang sini dia nak hempuk-hempuk kepala Fatin bagi betul.

Eeeiii dia memang tak puas hati betul!

"Takpe ustaz, saya baru je nak hidang agar-agar coklat. Ustaz duduklah dulu, hot chocolate ustaz ada atas meja tu." Jawab Ain tanpa memandang Fariz. Dia fokus dengan kerjanya.

Fariz mengangguk kecil. Dia duduk di kerusi yang ada dua cawan yang berisi hot chocolate. Pasti Ain bancuh untuk dirinya juga. Ada juga peneman dekat dapur hehehe...

Dia menunggu Ain siap buat kerja. Boleh lepak sama-sama.

"Okey dah siap." Ain mengukir senyuman kecil. Pinggan yang telah dia isi dengan agar-agar coklat di angkat lalu dia melangkah ke arah meja di mana Fariz sedang menunggunya.

"Eh ustaz tak minum lagi ke?" Soal Ain dengan hairan apabila cawan milik Fariz masih tidak berusik.

Fariz menggeleng.

"Saya tunggu awak."

Ain menunduk segan. Aishhh sweet pula encik suaminya ni.

Dia duduk di sebelah Fariz yang setia menunggunya. Pinggan yang berisi agar-agar coklat tersebut di letak tengah-tengah antara mereka berdua.

"Rajin betul awak buat dessert. Sedap pula tu. Kalau jual ni mesti laku."

"Ish takdenya ustaz, biasa-biasa je ni. Mak cik-mak cik yang jual tepi jalan punya lagi sedap daripada saya punya." Tutur Ain dengan rendah diri.

"Eh eh merendah diri pula. Betul saya tak tipu, awak buat dessert semua sedap-sedap. Awak tak nak try jual ke?" Tanya Fariz sekadar memberi cadangan. Mulutnya tidak berhenti mengunyah agar-agar coklat buatan Ain.

Ain menggaru hujung keningnya. Jual?

"Saya tak pernah terfikir lagi nak menjual ke apa. Saya buat pun cincai-cincai je."

"Why not awak cuba jual? Nanti saya bagitahu umi awak try jual agar-agar pelbagai rasa. In Syaa Allah, mesti laku punya."

Ain masih tidak yakin walaupun Fariz memuji masakannya. Dia menongkat dagu sambil berfikir sejenak.

"Takpe lah ustaz, saya tak reti lah nak berniaga bagai. Nak letak harga pun tak pandai."

Fariz tersenyum. Dia mencicip hot chocolatenya sebelum kembali bersuara.

"Saya ni tak arif sangat pasal hal meniaga ni, biasa orang akan kira costing bahan mentah dan barang-barang yang digunakan untuk letak harga produk tersebut. Benda ni umi pro. Awak cuba buat dulu. Saya sokong awak okey."

Ain tergelak.

"Hahaha ustaz ni kelakar lah tapi takpe saya hargai sokongan ustaz tu." Ain ketawa kecil.

Melihat Ain tertawa seperti itu membuatkan Fariz turut tertawa sama. Suka dia melihat Ain ceria seperti ini.

"Ain..."

"Iya?"

"Awak nak ikut saya balik rumah saya tak? I mean, pindah rumah saya." Soal Fariz sambil menatap wajah Ain yang terkejut dengan pertanyaannya itu.

Ain terkejut. Otaknya jammed untuk seketika.

Pindah rumah Fariz?

Gulp!

"Janganlah buat muka macam tu hahahahahaha seram saya. Dah lah tengah malam ni." Gurau Fariz.

Membulat mata Ain.

"Ish ustaz ni jangan nak merapu eh. Saya pukul ustaz karang." Saja lah tu nak takut-takutkan dia. Eeeiii...

Fariz ketawa terkekek-kekek.

"Siapa suruh awak serius sangat? Saya cuma tanya je. Janganlah buat muka terkejut sangat. Awak ni Ain hahahaha kelakar."

Ain mencebik.

Geram pula rasa.












"Alaaa sunyilah kami lepas ni Kak Ain takde." Cebik Ghazali dengan mata yang berkaca-kaca. Bila-bila je air matanya akan tumpah mengalir.

"Betul tu betul nanti siapa nak buat kek coklat untuk kami lagi? Kek Kak Ain sedap! Kalah yang dekat kedai punya."  Qais turut mencebik sama.

"Sampai hati Abang Fariz culik awek Zarif."

Melopong semua orang dengar kata-kata Zarif yang boleh dikatogerikan sangat berani mati itu.

Fariz berpeluk tubuh memandang Zarif dengan senyuman senget.

Awek huh?

"Amboi, awak tu kecik lagi dah pandai nak berawek-awek pula. Siapa yang ajar ni? Nak kena jentik telinga tu." Fariz acah-acah mahu menjentik Zarif tetapi Zarif menatap Fariz dengan tajam.

Uishhh berani sungguh budak kecik ni ya.

Ain menggaru kepalanya. Aik, ni ada pertandingan tenung menenung ke apa?

"Takde-takde jangan rampas Kak Ain dari Zarif. Kak Ain ni Zarif yang punya." Tangan Ain dicapai lalu digenggam kuat.

Ain terkejut seketika.

Mengecil mata Fariz apabila Zarif menggenggam erat tangan Ain. Amboi, suka hati je pegang bini orang. Nak kena luku ni.

"Dah dah jangan nak merepek Zarif. Kak Ain tu isteri Abang Fariz. Kesian Kak Ain tersepit." Tegur Hawa apabila Ain kelihatan serba tidak kena.

"Tak nak! Kak Ain ni Zarif yang punya. Zarif nak kahwin dengan Kak Ain, humph!" Zarif tetap berkeras tidak mahu melepaskan Ain.

Semua yang mendengar kata-kata Zarif melopong tidak percaya buat kali kedua.

Umi Ana menggeleng kepala. Adoi, budak-budak bertuah ni.

Zatul menepuk dahi. Biar betul budak Zarif ni?

Ziyad, Sofi, Uthman serta yang lain tercengang.

A-apa?

"Hahahahahaha ahahahahaha hahahahaha...." Fariz ketawa berdekah-dekah. Apa yang dikatakan oleh Zarif tadi amat kelakar baginya.

Zarif sudah mencebik geram apabila Fariz mengertawakan dirinya beriya-iya. Pegangannya semakin dikuatkan.

Ain menggesek puncak hidungnya. Dia nak gelak tapi rasa bersalah pula melihat Zarif yang sudah berwajah masam.

Adakah dia akan curang dengan Fariz disebabkan Zarif? Zarif terlalu comel untuk ditinggalkan.

"Fariz apa gelak macam tu. Tak sopan." Tegur Umi Ana apabila Fariz tiada tanda-tanda mahu berhenti daripada ketawa.

"Hahahaha lawaklah umi. Hahahaha ada hati nak rampas Kak Ain dari abang huh? Awak tu sunnat pun belum. Membaca pun tak lancar macam mana nak kahwin ni? Ish ish ish..." Usik Fariz.

Zarif sudah tercebik-cebik menahan diri daripada menangis. Kesian pula Ain melihatnya. Dia mencangkung menyamai ketinggiannya dengan Zarif. Bibirnya mengukir senyuman manis pada Zarif.

"Nanti akak datang sini lagi. Jangan risau okey? Nanti akak buat puding roti lagi untuk semua." Tutur Ain dengan senyuman. Kepala Zarif dibelai lembut.

"Betul?" Wajah Zarif mula berubah ceria.

Ain mengangguk.

Qais, Ghazali dan Zarif melonjak gembira apabila Ain akan datang ke sini lagi.

"Awak manjakan sangat mereka bertiga ni Ain. Mengada-ngada je lebih diorang tu." Kata Nadhirah dengan gelengan kecil.

Budak bertiga ni kalau tak berdrama memang tak sah.

"Ha'ah macam awak tak ke sini lagi je." Kata Hawa pula.

Ain tergelak.

"Takpe saya suka layan mereka bertiga tu. Kepoh tapi tu yang buat meriah. Ermmm mana Qama?" Soal Ain apabila dia tidak nampak kelibat Qama daripada tadi.

"Qama dia masih ti-..." Tak sempat Umairah menghabiskan ayatnya, tiba-tiba...

"Akak Ain!!!!"

Semua memandang ke arah suara tersebut.

Ain tersenyum melihat Qama yang berlari ke arahnya. Segera dia mendepakan tangannya untuk mendakap si kecil itu.

"Uwarghhhh Kak Ain nak tinggalkan Qama ke? Isk isk isk sampai hati huwarghhhh...." Esak Qama dengan air mata yang sudah mengalir membasahi wajahnya.

Ain tertawa kecil.

"Alololo mana ada akak tinggalkan Qama lah. Akak cuma pindah ke rumah Abang Fariz je. Qama jangan risau okey, akak tetap akan datang sini lagi." Pujuk Ain dengan nada yang sehabis lembut.

Qama mencebik-cebik. Air matanya bagai tiada tanda-tanda mahu berhenti mengalir.

"Fariz..."

Fariz yang asyik melihat drama daripada kanak-kanak itu pantas menoleh ke arah Umi Ana yang memanggilnya.

"Ya umi?"

"Fariz betul nak bawa Ain duduk sekali dengan Fariz? Umi bukan nak halang, umi suka sangat sebab itu tanggungjawab Fariz. Cuma Fariz tak paksa Ain pindahkan?" Soal Umi Ana ingin kepastian.

Sejujurnya dia terkejut apabila Fariz menyatakan hasrat untuk bawa Ain duduk sekali dengannya memandangkan mereka berdua telah sah suami isteri. Dia gembira mendengarnya tetapi dalam masa yang sama dia takut andai Ain tidak selesa atau pun terpaksa. Dia faham Ain terlalu muda jadi pasti sukar untuk Ain menyesuaikan diri secara mengejut.

"Actually Fariz saja je ajak Ain tinggal dengan Fariz malam tadi. Terkejut juga lah dia tapi umi jangan risau Fariz tak paksa pun. Lepas subuh Ain sendiri yang cakap dia nak ikut Fariz. Dia cakap dia akan cuba jadi isteri yang baik dan jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri. Comelkan isteri Fariz?" Jawab Fariz dengan tersengih-sengih.

Senang hati tuanya mendengar perkara itu.

"Kalau macam tu tenang hati umi. Eh dah lah nak hujan ni. Fariz ni baru je sihat. Cepat pergi, cepat sampai rumah. Boleh rehat-rehat dulu. Esok nak masuk kerja dah."

"Eh ha'ah lah, Fariz pergi dulu ya umi. Oh sebelum tu boleh tak Fariz hantar Ain ke sini masa Fariz tengah kerja? Kesian pula nak biarkan Ain duduk sorang-sorang dekat rumah. Lepas habis kerja Fariz jemput Ain semula. Boleh tak umi?"

"Apa yang tak bolehnya Fariz. Madrasah ni kan rumah Fariz juga."

Fariz mengukir senyuman lebar.

"Terima kasih umi."

"Sama-sama, dah dah cepat nak hujan dah ni."

Fariz mengangguk.

"Ain, jom gerak sekarang. Nak hujan dah ni."

Ain mengangguk kecil. Puas juga dia memujuk empat orang kanak-kanak di hadapannya. Bukan senang nak pujuk.

"Akak gerak dulu In Syaa Allah akak datang sini lagi okey?"

"Janji?" Qais, Zarif, Ghazali dan Qama menghulur jari kelingking mereka di hadapan Ain.

"Janji." Ain melayan saja karenah mereka.

Setelah itu, Ain masuk ke dalam kereta setelah Fariz. Ini adalah kali pertama dia keluar daripada madrasah setelah tiga bulan dia menetap di Madrasah Al-Almin ini.

Sepanjang perjalanan hanya bunyi radio saja yang memecah kesunyian mereka berdua. Tiada apa yang mereka mahu bualkan. Masing-masing lebih selesa berdiam diri.

Tidak sampai dua puluh minit, mereka pun tiba. Fariz menekan button pagar rumahnya dan secara automatik pagar rumahnya pun terbuka. Terus dia memakirkan keretanya ke bahagian garaj. Pagar rumah ditutup semula.

"Ini lah rumah saya. Harap awak selesa ya Ain. Rumah saya tak besar mana pun maklumlah saya duduk sorang je. Ini je yang saya mampu." Kata Fariz dengan rendah diri.

Mata Ain melilau melihat halaman rumah Fariz. Kemas dan bersih je. Ada pokok bunga lagi. Buaian gantung di bawah pokok menarik perhatiannya.

Waaaa ada buaian!!!

"Saya okey je ustaz. Lagi pun kalau rumah besar duduk berdua pun boring juga. Nak kemas rumah pun penat. Sederhana pun dah memadai." Balas Ain dengan jujur. Matanya kerap melihat ke arah buaian gantung itu. Entah kenapa dia tertarik untuk bermain di sana.

Fariz perasan arah mata Ain ke mana. Sudah pasti ke arah buaian gantung yang dia buat di dahan pokok yang masuk ke kawasan rumahnya. Dia sendiri jarang duduk di buaian itu kerana itu tempat 'Puteri' bermain. Waktu ini pun 'Puteri' ada di buaian itu. Ceh, setelah lama duduk di madrasah baru sibuk nak ikut dia balik ke sini. Mesti sebab Ain ada dengannya.

Beg pakaian Ain dikeluarkan lalu di angkat. Tak banyak mana pun pakaian Ain memandangkan pakaian Ain hanya jubah dan tudung serta pakaian dalam.

"Jomlah masuk, hari nak hujan dah ni."

Ain mengangguk kecil.

Fariz memasukkan kunci ke dalam tombol pintu lalu dia masuk ke dalam setelah memberi salam. Ain turut melakukan perkara yang sama setelah menanggalkan kasutnya dan menyusun di rak kasut.

Lampu dan kipas ruang tamu di buka. Rasa macam dah lama je tak balik rumah sendiri. Langkah di atur ke dapur. Dia melihat apa yang ada di dapur untuk di masak.

"Ada telur, bawang, cili hmmm masak simple-simple je lah kejap lagi." Tak banyak bahan mentah yang ada nampaknya dia kena keluar pergi beli. Alang-alang boleh dia makan malam dekat luar dengan Ain.

Ain yang berada di ruang tamu di dekati. Senyuman kacak dilemparkan pada cik isteri.

"Jom, saya tunjuk bilik kita dekat mana." Tangan Ain dicapai lalu digenggam erat.

Ain kejung seketika. Tangannya sedikit menggeletar.

"Janganlah takut, saya tak makan manusia saya makan ayam." Sengih Fariz apabila dia merasakan tangan Ain menggigil dan sejuk.

Hahahaha alahai isteri...

Ain tergelak. Haish, ada-ada je lah ustaznya ini eh tak suaminya ini.

Fariz membawa Ain ke tingkat atas di mana biliknya berada.

"So, ini lah bilik saya yang akan menjadi bilik kita mulai saat ini. Awak rehatlah dulu. Mandi ke apa ke sementara saya buat apa yang patut dekat bawah. Jangan malu-malu buat macam rumah sendiri okey? Selamat beristirehat." Sempat Fariz mengenyit mata pada Ain sebelum dia menutup pintu biliknya untuk masak tengah hari.

Ain terduduk atas katil. Tangannya dilekap pada dadanya.

Dup dap dup dap

Ya Allah, memang suka buat dia sakit jantung betul!

Wajahnya mula merona merah. Udara sekelilingnya pula mula terasa panas membahang.

Aihhh takkan dia nak demam pula?

Dia menggeleng laju.

"Baik aku mandi dulu." Malas nak fikir, dia mengambil pakaian dan tuala untuk mandi.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro