Bab 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bapak susah gila soalan dia weh! Ya Allah, kbat betul soalan dia sampai tahap aku rasa macam erghhh amende siaaa jammed kepala otak aku."

"Yeke kbat? Atau kau tak study sebab tu kau kata soalan dia terlalu kbat untuk kau jawab?" Usik Ain dengan sengihan.

"Eh cantik sikit ehhh aku study okey. Kau tahu tak soalan ramalan yang cikgu bagi yang kononnya masuk exam tak keluar mat. Satu soalan pun tak keluar wehhh gila stres aku. Nasib baik aku terdetik nak baca tajuk yang lain juga."

Rungutan demi rungutan yang Ain dengar daripada Fatin tentang exam sejarah dan geografi. First day exam dah nak pecah kepala otak, belum kertas yang lain lagi.

Bunyi pintu bilik air terbuka menarik perhatian Ain. Susuk tubuh Fariz yang bertuala paras pinggang menyapa pandangan matanya. Namun, cepat-cepat dia larikan matanya daripada menatap badan sasa Fariz itu. Fuhhh perut Fariz ada six pack! Mengancam!

"Tu lah time cikgu mengajar kau tidur. Bila cikgu tanya ada soalan ke tak kau tak nak tanya. Aaaa padan muka kau, hahahaha..." Bahan Ain lalu ketawa mengekek. Seronok dapat membahan Fatin yang dilanda kestresan itu. Muahahahaha...

"Kau biadap ya. Sampai hati kau gelakkan aku..."

Makin kuat Ain ketawa. Bukan senang dapat mengusik Fatin. Selalu dia je yang kena. Jadi dia nak manfaatkan peluang yang ada ini.

Fariz menoleh ke arah Ain yang ketawa tidak henti itu. Amboi, kemain suka. Apa lah yang diboraknya itu.

Siap pakai baju, dia mendekati Ain yang sedang duduk berbual di atas katil. Tanpa berkata apa-apa dia merebahkan kepalanya atas paha Ain. Wajahnya disembam pada perut Ain.

Ain keras kejung. Jantungnya berdegup kencang. Segala bebelan Fatin sudah tidak lagi dia dengar. Perlahan-lahan dia melihat ke bawah. Mata Fariz sudah terpejam rapat.

Dah lena kah?

Bibirnya mengukir senyuman kecil. Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katil untuk mencari keselesaannya. Sebelah tangannya yang tidak memegang apa-apa mengusap lembut rambut Fariz yang masih basah.

Wajah Fariz yang sedang lena itu ditatap. Jelas raut wajah Fariz kelihatan penat. Mungkin sebab itu Fariz ingin tidur sebentar.

"Woi mak cik kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

Ain terkejut. Matanya terkerbil-kerbil.

Lupa pula dia sedang on call dengan Fatin, hahaha....

"Ya dengarlah, dah puas membebel? Daripada kau membebel baik kau study. Esok paper apa?" Suaranya diperlahankan agar tidak mengganggu tidur encik suami.

"Perhhh menghalau nampak? Nak sweet-sweet dengan encik abang ke tu? Haishhh sendu siaaa hidup aku. Aci tak lepas PT3 aku nak masuk minang Abang Ziyad?"

Memang bertuah si Fatin ni. Elok sembang pasal PT3 laaa sempat juga nak selit nama Ziyad. Gatal sungguh anak Puan Murni ni.

"Bukan menghalau lah senah. Kau tu nak exam esok bawa-bawalah study sikit. Ini tidak sibuk fikir pasal anak teruna orang. Kau nak Abang Ziyad tapi Abang Ziyad nak kau ke?"

"Of courselah dia nak aku. Aku cantik apa, meletup gebaboom gitu. Alaaa chill lah bagi aku rehatkan minda aku yang stres jawab paper tadi hilang. Malam nanti boleh study juga. Esok pagi sebelum nak jawab exam pun sempat lagi."

"Ish ish ish teruk punya perangai."

"Hehehehe biasalah aku kan hahahaha..."

Ain mencebik.

"Iyelah Fatin, yang nak jawab exam tu kau bukan aku. So, i wish good luck for you je lah ya."

"Eleh mentang lah dah tak sekolah berlagak kemain kau ehhh... By the way, thank you nanti belanja aku mcd okey muahhh."

"In Syaa Allah, tunggu lah aku kaya." Gelak Ain.

"Alaaa kikis je lah duit ustaz tu."

"Otak kau lah."

"Hahahahaha eh weh cuba kau try tanya ustaz, tajuk apa yang masuk exam. Nanti kau bagitahu aku aeee hehehehe..."

Ain menggeleng kecil. Ini dah kira menipu ni, amboi amboi amboi...

"Memang taklah, mana boleh macam tu. Menipu namanya." Wajah Fariz yang lena itu direnung. Hensem rupanya Fariz ni bila tengok lama-lama. Mujur dah halal, hehehehe...

Waktu Fariz tidur je dia berani tenung macam ni. Bila jaga memang tidaklah hahahaha segan oiii!

"Alaaaa kau bodek lah ustaz aeee at least boleh lah aku score agama. Boleh buat Abang Ziyad aku tu bangga yang bakal bini dia ni pandai agama hohoho..."

Fatin yang tengah gelak itu membuatkan Ain menggeleng kepala. Minta kena cepuk sungguh budak ni.

"Dah lah malas aku nak layan kau. Pergi study sana lah. All the best! Kalau kau lulus aku belanja ais krim."

"Ais krim je? Ceh kedekut lah kau ni."

"Bukan kedekut tapi itu je yang aku mampu. Tak reti bersyukur betul kau ni."

"Hahahahaha yelah-yelah eh tapi kau janjikan lepas PT3 kau nak jumpa budak-budak? Jangan bagi harapan palsu sudah. Bob tu kemain happy bila aku bagitahu apa yang kau cakap dekat aku semalam."

Wajah Ain berubah sedikit. Nafas ditarik panjang lalu dihembus perlahan.

"Hmmm, aku takkan sesekali mungkir janji. Kau tahukan aku macam mana. Apa-apa nanti aku whatsapp kau semula."

"Okeylah, aku nak study sebelum ibu aku bising. Bye jemah jumpa nanti. Deddaaa..."

Tup

Ain menjauhkan handphonenya. Panggilannya sudah dimatikan oleh Fatin.

Eh kurang asam jawa betul ini anak.

Dia melepas keluhan kecil. Handphone diletak tepi. Matanya terkerbil-kerbil merenung siling putih dengan fikiran melayang.

Betul ke dia boleh berhadapan dengan mereka yang lain? Matanya dipejam rapat. Haihhh...

"Sayang..."

Ain mencelikkan matanya. Dia menunduk ke bawah. Matanya tepat merenung mata redup milik Fariz.

"Ya?" Bangun dah? Kejapnya tidur.

"Sayang, pukul berapa dah?" Soalnya dengan suara serak-serak basah.

Entah kenapa Ain merasakan suara Fariz kedengaran sangat seksi seperti itu.

Haiphhhh nakal betul!

"Pukul 4:29p.m." Jawab Ain setelah melihat jam di screen handphonenya.

Fariz mengeliat kecil sebelum bangun. Tak sampai 30 minit dia tidur tapi dia rasa sangat lena. Penangan tidur atas paha Ain mungkin? Hehehe...

"Jom lah solat asar. Abang masuk bilik air dulu tau."

Ain angguk kecil. Langkah Fariz yang sedikit terhuyung hayang itu dilihat. Mamai lagi lah tu. Kakinya diurut-urut. Kebas pula.













"Sayang, abang nak minta tolong boleh?"

Ain yang sedang tengok tv segera menoleh ke arah Fariz yang sedang menghadap laptop di sebelahnya.

Maklumlah sejak dah halal mode ni encik suami asyik nak berkepit je. Dia pula rasa senang dan rasa disayangi aaaa gitu. Mohon jangan jealous.

"Abang nak minta tolong apa?" Soalnya sambil mengunyah kacang. Hujan-hujan begini sedap kalau mengunyah kacang.

"Tolong buatkan abang nescafe boleh? Abang banyak kerja lagi belum siap ni." Pinta Fariz sambil memandang Ain dengan senyuman. Matanya kuyu saja. Mengantuk.

"Boleh, kejap ya." Ain bangun lalu menuju ke dapur untuk membancuh air nescafe seperti yang dipinta oleh encik suami.

Fariz menyandar tubuhnya di sofa. Sakit pula tengkuknya asyik menunduk menghadap laptop. Walaupun pelajar tingkatan tiga tengah PT3 tetapi dia masih ada kerja yang perlu dilakukan sebagai seorang guru.

"Ni air."

Fariz mencelikkan matanya. Bibirnya menguntum senyuman manis.

"Terima kasih sayang..."

"Sama-sama..." Ain masih lagi blushing apabila dipanggil sayang oleh Fariz.

Fariz mencicip air nescafe dengan perlahan-lahan. Umph sedap!

Dia kembali menghadap laptop semula. Sesekali dia akan mengurut tengkuknya kerana lenguh. Perlakuannya itu menarik perhatian Ain yang sedang menonton drama.

"Abang..."

"Ya sayang?" Sahut Fariz tanpa menoleh ke arah Ain.

"Abang duduk bawah kejap boleh?"

"Hah? Kenapa?" Terus dia pandang wajah Ain yang sedang tersenyum padanya. Dia blur. Dah kenapa?

"Duduk bawah dulu nanti abang tahu kenapa." Ain tidak mahu menjawab. Dia hanya mengukir senyuman sahaja.

Dengan wajah yang kehairanan, Fariz turuti saja kehendak isterinya itu. Dia duduk di bawah sofa sambil menghadap screen laptopnya.

Ain senyum lalu dia mengangkat kakinya untuk duduk bersila. Dia beranjak ke tepi hingga dia duduk betul-betul di belakang Fariz.

Fariz tersentak apabila bahunya terasa seperti diurut-urut. Dia menoleh ke belakang. Tersenyum dia melihat Ain mengurut bahunya dengan sengihan. Dia kembali menghadap laptopnya semula.

"Abang buatlah kerja, saya urut bahu abang." Kata Ain dengan senyuman manis. Jari jemarinya mengurut bahu Fariz yang masih berlapik dengan baju. Agak sukar dia mahu urut tapi nak suruh Fariz buka baju dia segan pula.

Walaupun Fariz masih berbaju tetapi urutan Ain tetap dia rasa.

"Abang, saya nak tanya boleh?"

"Boleh, sayang nak tanya apa?"

"Abang erkkk urmm memang kurang buka baju ke walaupun duduk rumah sorang-sorang?" Soal Ain dengan nada malu-malu tetapi dia tetap mahu menanyakan soalan itu. Bukan ke orang lelaki suka tak pakai baju bila duduk rumah? Panas katanya.

Terkejut Fariz mendengar pertanyaan Ain itu. Dia berhenti menaip seketika.

"Kenapa tanya benda tu?"

"Erkkk sebab aneh. Ayah kalau duduk rumah mesti tak pakai baju. Jiran ke kawan lelaki ke kalau lalu rumah diorang ke lepak luar rumah ke mesti tak pakai baju. Jarang lah saya nampak orang lelaki seusia abang sentiasa pakai baju walaupun waktu tidur."

Betul, Fariz waktu tidur pun pakai baju. Jaranglah dia nampak badan Fariz tak berbaju. Nampak pun waktu Fariz habis mandi tu pun Fariz cover dengan tuala lagi satu. Aneh kan?

Fariz tak tahu nak balas apa. Ada sebab kenapa dia sentiasa pakai baju walaupun waktu tidur. Semuanya sebab adanya 'Puteri'. Badan dia sudah lah sado takkan lah dia nak berseluar je tak pasal-pasal 'Puteri' tergoda dengan dia. Naya naya...

"Abang dah biasa daripada kecik lagi. Yelah hidup dekat madrasah kan." Jawab Fariz. Itu pun betul juga, dia sudah biasa tak buka baju daripada kecil lagi.

Arwah walid tak bagi katanya walaupun aurat sesama dengan manusia kita jaga tetapi makhluk ghaib juga hidup bersama kita. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang di luar jangkaan berlaku lebih baik dia mencegahnya. Lebih-lebih lagi dia mudah nampak 'mereka'.

Ain angguk faham. Patutlah...

"Abang, paper agama susah ke?"

"Tak susah pun macam jawab alif ba ta."

Ain mencebik. Eleh, memang lah semudah alif ba ta kalau Fariz yang jawab. Cuba kalau dia yang jawab? Huuuu...

"Abang dah pandai memang lah cakap semudah alif ba ta."

Fariz tertawa kecil.

"Kenapa tanya? Fatin suruh aeee..." Wajahnya di dongak ke atas memandang wajah Ain yang terkejut dengan pertanyaannya. Dia menyungging senyuman senget.

Ain tersengih.

Alaaa, cepat betul dia tertangkap.

"Abang tahu sangat perangai sayang macam mana. Sayang takkan tanya abang sesuatu perkara kalau benda tu tak bermain dalam fikiran sayangkan? Tapi soalan sayang ni lebih kepada orang lain minta tolong tanyakan. Ah, takde-takde jangan harap abang nak bagitahu sayang walaupun sayang isteri abang." Fariz laju membantah.

"Iyelah betullah tu. Hebatlah abang ni tahu-tahu je Fatin yang minta tolong daripada saya." Ain tergelak.

Sorry Fatin, nampaknya aku tak pandai nak menipu orang, huhuhu...

"Tapi abang memang tak tipu, senang je sebab apa yang abang suruh baca itu yang akan keluar. Mungkin ada beberapa soalan daripada tajuk lain pun ada keluar sama. Kalau diorang study bersungguh-sungguh, In Syaa Allah diorang boleh jawab. Boleh lulus."

Ain mengaminkan dalam hati. Tidak pernah putus doanya untuk rakan-rakannya agar mereka dapat jawab dengan baik.

"Abang, buka lah baju ni."

"Hah?" Terkejut Fariz dibuatnya. Ain suruh dia buka baju? Automatik tangannya disilang ke dada.

Ain pandang Fariz dengan pelik.

"Ke-kenapa?"

"Ain nak rogol abang ke?"

Ternganga Ain mendengarnya.

A-apa? Rogol Fariz?

Terus bahu Fariz ditampar kuat.

"Aduhhhh sakitlah sayang..."

"Siapa suruh cakap macam tu? Tak kuasa lah saya nak rogol abang. Merepek je." Ain membuat muka.

"Dah tu? Kenapa sayang suruh abang buka baju? Hah hah!"

Agak-agak kalau dia cepuk Fariz ni berdosa tak?

"Saya nak urut abang dengan minyak angin ni hah. Dah kalau pakai baju macam mana saya nak urut abang? Alahaiii...." Minyak angin disua depan mata Fariz.

"Ohhhh hahahahaha mana abang tahu..." Sengihnya.

Ain mengembangkan hidungnya.

Nak marah tapi kena sabar...

Fariz membuka bajunya menyerlahkan kesadoan badannya.

Ain hanya beriak biasa sahaja. Minyak angin dituang pada tapak tangannya sebelum mula mengurut bahu Fariz.

"Sedapnya sayang urut... Sayang memang pandai eh mengurut? Kalau macam ni abang nak request hari-hari sayang urut abang lah." Hilang sudah tumpuannya yang mahu buat kerja disebabkan urutan Ain yang sedap itu. Sesekali dia sendawa kecil. Angin.

"Tak pandai pun cuma selalu urut badan ayah bila ayah sakit belakang. Setakat nak buangkan angin sikit-sikit tu boleh lah."

Fariz tersenyum. Alahai, rendah diri pula. Matanya dipejam. Asyik melayan urutan Ain, dia terlelap dengan kepala di atas paha kiri Ain.

Ain tertawa kecil. Tidur pula. Dia berhenti mengurut. Minyak angin ditutup semula lalu diletak di tepinya. Nak letak atas meja takut ganggu lena Fariz. Seperti biasa, wajah Fariz yang sedang lena itu ditatap oleh Ain.

'Hensem!'

Dia sengih.

Dia kembali menonton drama yang disiarkan di kaca tv sambil mengelus rambut Fariz dengan kasih.

Ya, dia sudah jatuh cinta dengan Fariz. Bekas ustaznya merangkap suaminya.

Suamiku, bekas ustazku.

Aaaa drama sangat!
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro