Bab 56

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Iya? Dah berapa bulan?"

"Dah nak masuk minggu keempat."

"Alhamdulillah, sukanya ibu dengar. Nak jadi nenek dah ibu ni hahahaha..." Mengalir air mata kegembiraan pada wajah Puan Suri.

"Hahahaha tua dah ibu."

"Hahahaha.... Jaga diri tu elok-elok, jangan buat kerja berat. Jaga pemakanan dan kesihatan tu ya. Ada masa nanti ibu datang sana ya. Anak ibu ni ada teringin nak makan apa-apa tak?" Disebabkan terlalu gembira dengan khabar itu, banyak pertanyaan dia aju pada Ain.

"In Shaa Allah, Abang Fariz jaga Ain elok-elok dah ni. Buat masa sekarang takde lagi eheee..."

Tersenyum Puan Suri mendengarnya.

"Alhamdulillah, syukur ibu dapat menantu macam Fariz tu."

"Fariz pun bersyukur dapat isteri comel macam Ain ni."

Puan Suri tergelak. Rindu sungguh pada mereka berdua. Sudah lama juga dia tidak menziarah mereka berdua memandangkan keadaan sentiasa tidak mengizinkan.

"Terima kasih sebab jaga Ain, Fariz. Bertuah ibu dapat menantu baik macam Fariz." Ucapnya dengan nada sebak.

"Jangan cakap macam tu ibu, Fariz bukan manusia yang baik. Fariz yang patut berterima kasih pada ibu sebab sudi terima Fariz dalam keluarga ibu."

Puan Suri senyum mendengarnya. Seketika dia terdengar bunyi deruan enjin motosikal Encik Karim.

"Jangan cakap macam tu ini semua sudah menjadi takdir. Okeylah ayah dah balik tu. Jaga diri elok-elok ya Fariz, Ain. Ibu sayang korang berdua. Ada apa-apa call je ibu tau."

"Baik ibu, jaga kesihatan dekat sana kalau ibu nak apa-apa bagitahu je ya."

"In Shaa Allah, okey lah assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam..."

Puan Suri terus meletak handphonenya atas meja tatkala pintu rumah diketuk.

"Kejap kejap." Dia berlari anak menuju ke pintu.

"Awak buat apa?" Soal Encik Karim sambil membuka kasut getahnya dengan wajah yang berpeluh-peluh.

"Baru lepas habis sembang dengan Ain. Rindu katanya." Jawab Puan Suri jujur.

Encik Karim hanya diam saja tatkala nama Ain disebut oleh Puan Suri.

"Abang..." Puan Suri cuba menarik perhatian Encik Karim yang sedang berehat di kerusi meja makan.

"Hmmm nak apa?"

"Ain mengandung, dah nak masuk sebulan." Dia cuba melihat reaksi wajah suaminya itu.

"Lepas tu? Apa kena mengena dengan saya?" Soal Encik Karim tanpa perasaan. Egonya masih tinggi.

Puan Suri mengeluh.

"Abang tak happy ke kita bakal ada cucu?"

Senyap.

"Ikut suka abang lah tapi izinkan saya untuk melawat Ain. Saya nak jaga Ain sampai Ain selamat bersalin lepas tu jaga Ain sewaktu berpantang. Saya harap abang tak bantah kehendak saya."

Senyap lagi.

Encik Karim langsung tidak membuka mulut sebaliknya bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Puan Suri duduk melepas keluhan panjang. Kepalanya dipicit.

"Ya Allah, egonya suami aku ni..." Sejak Ain berkahwin sampailah sekarang suaminya itu langsung tidak menyebut nama Ain atau pun bertanya tentang keadaan Ain.

Manakala dalam bilik air, Encik Karim berdiri termenung merenung cermin muka. Kata-kata Puan Suri tadi bermain dalam fikirannya.

Ain mengandung.

Senyuman nipis terukir dibibirnya.

Besar dah anak bongsu dia. Setitis air mata kegembiraan mengalir di tubir matanya.

Agak-agak apa yang Ain mengidam ya?

Ayam hutan? Durian? Sambal udang? Ikan asam pedas?

Kepalanya digeleng. Itu semua makanan kegemaran Ain bukannya apa yang Ain mengidam. Hahaha rasa bodoh pula.

Jujur, dia tak sabar mahu menimang cucu sulungnya. Dia nak jadi atuk!

"Gembira betul ibu bila dah nak jadi nenek hahaha..." Gelak Ain sambil membayangkan wajah Puan Suri yang tersenyum lebar sampai ke telinga.

"Mestilah happy, anak kesayangannya mengandung. Ini baru ibu belum umi lagi. Agaknya mahu umi datang ke sini dengan budak-budak lain bila dapat tahu sayang mengandung."

Ain sengih. Dia dapat rasakan apa yang Fariz katakan itu mungkin akan berlaku.

"Kita pergi madrasah esok nak tak? Alang-alang esok hari jumaat." Ajak Fariz.

"Boleh juga, lama kita tak pergi sana kan? Rindu pula dengan umi."

Fariz melihat wajah Ain yang sedang tersenyum itu dengan pandangan redup. Dia tahu disebalik senyuman itu terselit kesedihan pada wajah itu.

Dia tahu Ain terlalu rindu pada Puan Suri. Rindu mahu duduk satu rumah. Rindu masakan dan gurau senda sewaktu tinggal satu rumah. Dia juga tahu Ain masih berharap agar Encik Karim memaafkannya walaupun dia tidak bersalah. Suci sungguh hati isterinya ini.

Dia dapat rasakan Encik Karim turut merindui Ain tapi disebabkan ego Encik Karim sanggup ketepikan perasaan sebenar yang ada dalam hati lelaki bapa mertuanya itu. Dia lelaki jadi dia tahu ego orang lelaki ni seperti apa.

Kesian isteri abang ni.

"Kannn hah apa kata kita bawa ibu ke sana sekali, nak tak? Kita kumpulkan bakal nenek dekat sana. Mesti meriah bila nenek-nenek bersembang rancak."

Pecah tawa Ain mendengar perkataan bakal nenek-nenek. Aduiiiii lawak betul.

"Rindulah dekat trio nakal tu apa khabar lah diorang bertiga. Qama pun sama. Agaknya kuat menangis lagi tak?" Dia menyandarkan kepalanya pada dada Fariz sambil teringat pada kanak-kanak tersebut.

Tangan Fariz bermain-main dengan rambut Ain. Suka dia apabila mereka duduk serapat ini. Dapat bermanja-manja.

"Qama tu nampak je dia kuat menangis tapi tak pun. Mengada je lebih budak kecik tu nak attention lebih banyak."

Ain ketawa mengekek.

"Jahatlah abang ni kalau Qama dengar mesti dia merajuk."

"Eleh setakat Qama tu umpan coklat hilang terus merajuk dia. Lainlah kalau sayang merajuk itu abang settle dengan cara lain."

"Ada pula cara lain. Cara apa?"

"Adalah. Sayang kena merajuk dulu baru dapat tahu." Sengih Fariz lalu menguncup ubun-ubun Ain dengan kasih.

"Eh eh ada pula macam tu."

"Ha'ah ada..."

Ain gelak. Macam-macam lah suami dia ni.













Bunyi handphone Fariz yang berbunyi daripada tadi membuatkan Ain sedikit terganggu. Masuk kali ni sudah tiga kali berbunyi.

Ain mengintai screen handphone Fariz. Takde nama pun. Siapa pula yang call ni? Urgent ke?

Bilik air segera di dekati memandangkan tuan empunya handphone sedang mandi di dalam. Diketuk pintu bilik air agak kuat agar Fariz dengar. Kemain rancak menyanyi dalam bilik air. Tahulah suara merdu.

Pintu bilik air terbuka. Wajah dan rambut Fariz yang masih basah tersembul di sebalik pintu.

"Iya sayang? Sayang nak mandi sekali ke? Jom jom." Tangan kekarnya mencapai tangan kecil Ain.

Terkejut Ain dibuatnya.

"Ehh bukan bang bukannn..." Cepat-cepat Ain menarik tangannya. Berdiri bulu romanya apabila Fariz mengajaknya mandi sama. Wajahnya merona merah.

"Oh bukan eh? Habis tu?" Fariz sengih nakal.

Ain mencebik.

"Abang jangan nak nakal sangat ya."

Fariz ketawa. Ala, nakal dengan isteri sendiri je huhuhu...

"Okey okey kita serius. Sayang nak apa?"

Baru Ain nak bersuara handphone Fariz kembali berbunyi minta di angkat. Terangkat kening Fariz. Siapa pula call dia ni?

"Hah daripada tadi handphone abang bunyi orang call. Takde nama. Agaknya urgent lah kut. Masuk yang tu dah empat kali."

Berkerut wajah Fariz mendengarnya. Siapa pula yang call dia ni? Pintu bilik air dibuka luas dan dia mahu melangkah keluar tanpa sedar dek kerana handphonenya berbunyi minta di angkat.

Melihat perkara itu wajah Ain merah padam. Terus dia berpaling ke tempat lain.

"Abang! Ja-jangan keluar. Masuk balik bilik air tu." Larang Ain dengan gelabah.

"Hah? Dah kenapa pula? Kan handphone abang-... Ohhh hahahahaha sorry-sorry lupa hahahaha..." Fariz ketawa berdekah-dekah apabila dia lupa yang dia tengah mandi dan dia tak berpakaian. Patutlah muka merah macam udang kena bakar. Hahahaha...

Tiba-tiba rasa nak mengusik isteri dia ni.

"Sayang, tolong ambilkan handphone abang." Pintanya sambil menghulurkan tangannya.

Ain segera melangkah ke arah handphone Fariz yang sudah berhenti berbunyi. Penatlah tu orang tu call takde siapa yang angkat. Kesiannn...

"Nah..." Suanya tapi langsung tidak memandang ke arah Fariz yang sudah masuk ke dalam bilik air. Hanya kepala dengan tangan saja kelihatan tapi Ain tetap tak mahu melihatnya.

"Terima kasih sayang..." Handphonenya di ambil. Dia melihat nombor tersebut.

Entah siapa-siapa yang call.

Entah-entah scammer. Bukan boleh percaya sangat orang zaman sekarang.

"Takde apa-apa dah kan? Sayang nak per-... ahhhhh abang!!!"

Tahu-tahu dia sudah masuk ke dalam bilik air bersama Fariz apabila Fariz merentap lengannya agak kuat tetapi tidak menyakitinya. Cukup membuatkan dia termasuk dalam bilik air.

"Nak pergi mana hurm? Mandi dengan abang ya sayangku Nur Ain Nuha..." Bisik Fariz dengan nada nakal.

Makin merah wajah Ain. Nak bantah tapi dah basah pakaiannya apabila Fariz menariknya ke shower. Memang dia pasrah saja. Tak pasal-pasal dia mandi dua kali malam ni.

Habis je mandi, Fariz mengeringkan rambut Ain yang basah itu dengan pengering rambut. Puas sudah Ain melarang tapi Fariz tetap berkeras mahu lakukannya. Katanya dia mahu jadi suami mithali. Sudahnya dia biarkan saja apa yang Fariz mahu buat.

Buat sekian kalinya handphone Fariz berbunyi lagi. Fariz berdecit kecil.

Apa masalah kehidupan orang yang sibuk call dia daripada tadi ni? Geram pula rasa.

"Erkkk abang handphone abang bunyi tu." Tegur Ain apabila Fariz tidak mengendahkan langsung handphonenya daripada tadi. Masuk kali ni sudah hampir 10 kali panggilan tersebut diabaikan oleh Fariz.

"Sayang tolonglah jawab. Abang malaslah entah-entah scammer."

Ain nak tergelak. Boleh jadi juga kan? Scammer kan suka call orang tanpa jemu. Meh sini Puan Ain angkat.

Fariz yang sedang menyikat rambut Ain hanya melihat saja tingkah Ain yang menjawab panggilan tersebut.

Tak sempat Ain bersuara, orang di sana bersuara terlebih dahulu.

"Finally, ustaz angkat pun call saya. Puas saya call ustaz daripada tadi tau sampai lenguh jari saya."

Ain terkedu. Matanya terkerdip-kerdip.

Perempuan? Siapa ni?

Segera dia menjauhkan handphone Fariz daripada telinganya.

"Siapa sayang?" Tanya Fariz apabila Ain seakan-akan kelihatan bingung.

"Tak tahu tapi dia kenal abang, perempuan." Jawab Ain jujur.

Fariz curiga. Perempuan mana pula ni?

"Loud speaker sayang."

Ain angguk.

"Hello Ustaz Fariz... Ustaz dengar tak? Hello?"

Wajah Fariz berkerut. Betullah perempuan. Pelajar dia ke? Tapi kenapa suara gedik semacam je ni?

"Assalamualaikum, siapa ni?" Soal Fariz lalu duduk di sebelah Ain yang memegang handphonenya.

Ain melihat wajah Fariz yang jelas-jelas tidak tahu siapa yang menghubunginya itu.

"Waalaikumsalam hehehe sorry lupa nak perkenalkan diri. Saya Cikgu Maria lah ustaz, takkan ustaz tak cam suara saya hurm?"

Ain membuat muka. Erkkk asal suara minta penampar je ni?

Cikgu Maria huh?

Wajah Fariz terus berubah.

"Ada apa cikgu call saya malam-malam ni? Cikgu dah ganggu waktu saya bermesra dengan isteri saya." Nada Fariz berubah mendatar.

Ain terkedu kali kedua.

A-apa?

Wajahnya merona merah.

Ditepuk tangan Fariz apabila kata-kata suaminya itu agak tidak berlapis. Tadi je bermesra sekarang tak ehhh... Sekarang waktu bermanja-manja je.

Fariz hanya buat muka selamba saja. Dia merangkul pinggang Ain lalu mengusap lembut perut kempis Ain. Tak sabar nak tunggu perut ni memboyot hehehe...

"Erkkk saya call sebab nak pastikan yang saya tak salah nombor tu je."

"Alasan bodoh apa yang cikgu bagi ni? Dah lah bye." Depan mata Ain Fariz terus block nombor tersebut. Tercengang Ain dibuatnya.

Perhhh macam tu je kena block.

"Haish, serabut ayam betullah mak cik ni. Mana entah dapat nombor ni haishhh..." Bebel Fariz dengan geram.

"Siapa tu bang?"

"Hmmm perempuan gila. Sayang jangan risaulah dia tu bukan ancaman untuk sayang. Sayang jauh lebih berganda cantik daripada dia. Seksi pun sayang yang menang. Dia tu ibarat level-level keldai je. Keldai pun tak mengaku tu spesies dia. Mungkin bawah lagi."

Ain mengemam bibirnya daripada ketawa. Betul punya marah suaminya ini.

Fariz merengus. Dia nak tukar nombor esok. Tak kira!

"Dah lah jangan marah-marah abang, nanti cepat tua. Kesian anak kita nanti confuse abang ni ayah ke atuk dia." Gurau Ain tidak mahu Fariz terus membebel geram. Dia tahu Fariz menahan diri daripada mencarut di depannya.

Terus berubah wajah Fariz. Daripada tegang mulai kendur.

"Aippp mana ada tua. Muda lagi okey. Abang akan pastikan yang abang akan jadi hot father aaa gituu... Biar anak kita confuse ini abang ke ayah dia. Muda, macho, hensem pula tu."

Ain mengembangkan hidungnya.

"Hahahaha hodohlah sayang...." Dikepitnya hidung Ain dengan geram.

"Aaaaa abang sakitlah! Nanti merah hidung sayang macam mana?" Cemberutnya.

"Macam tu lah. Boleh jadi badut. Macam badut mcd, hahahahaha..."

Ditepuk lengan Fariz dengan geram. Ke situ pula, ish!

"Alololo merajuk pula usyuk asyam abang ni..." Dicium pipi Ain bertalu-talu hingga Ain ketawa kegelian.

"Hahahaha abang cukup-cukup hahahaha okey-okey sayang mengalah hahahaha...."

Fariz mengukir senyuman puas.

Ain melepas nafas mengah. Mengah gelak.

"Jom tidur. Tak elok ibu mengandung tidur lewat-lewat."

"Malam masih muda lagi."

"Aipppp no more malam masih muda lagi."

Ain sengih.

Kejap je mood Fariz berubah. Syukurrr...

"Baik abangku sayang..."

"Sayang je?"

"Cinta sekali laa..."

Fariz sengih.

Ish, mengada betul!















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro