Bab 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ainul tersentak daripada tidurnya tatkala tekaknya tiba-tiba rasa kembang semacam. Mulutnya ditekup kuat lalu dia berlari keluar daripada bilik tidurnya menuju ke bilik air.

"Bluwerkk bluwerkkk..."

Mengalir air matanya menahan rasa perit di tekaknya apabila dia mengeluarkan segala isi perutnya secara mendadak.

Lama dia berdiri depan sinki mengeluarkan sisa-sisa dalam perutnya hingga tiada apa yang mahu dikeluarkan lagi. Tubuhnya mula rasa lemah.

Tiba-tiba dia merasakan ada tangan yang mengusap lembut belakangnya. Dia segera menoleh.

Wajah lembut Puan Suri menjadi tatapan matanya. Dadanya mula rasa sebak. Air mata mengalir laju membasahi wajahnya.

"Dah lega?" Soal Puan Suri dengan lembut. Tatkala dia terdengar Ainul muntah-muntah di bilik air terus dia ke bilik air untuk melihat keadaan anak perempuan sulungnya ini. Pucat sungguh wajahnya. Sedih hatinya melihat keadaan Ainul seperti ini.

Ainul menggeleng. Dia masih rasa mahu muntah tapi yang keluar hanya angin sahaja. Kepalanya mula terasa pening.

"Pening..." Rengeknya dengan suara serak.

"Kumur dulu mulut tu lepas tu minum air segelas ya."

Ainul ikut saja apa yang dikatakan oleh Puan Suri. Dia betul-betul rasa tak berdaya. Dengan berhati-hati Puan Suri memimpin Ainul masuk ke dalam bilik tidurnya semula.

Puan Suri ke dapur semula untuk mengambil segelas air kosong dan minyak angin. Ainul yang bersandar di kepala katil dihampiri.

"Bismillah..." Gelas tersebut disua ke bibir Ainul.

Ainul meneguk rakus. Tekaknya terasa sedikit lega. Tidak seperit tadi.

"Ainul baring, ibu urut kepala tu ya."

Ainul angguk.

Minyak angin dituang sedikit pada tapak tangannya sebelum mula mengurut kepala Ainul. Tiada apa yang dibualkan oleh mereka.

"I-ibu... Ainul nak minta maaf... Ainul tahu Ainul dah buat ibu dengan ayah malu besar. Ampunkan Ainul ibu..." Tuturnya dengan esakan kecil. Sungguh dia tak dapat menahan rasa serba salah yang tinggi menggunung pada kedua ibu ayahnya.

Tangan Puan Suri terus terhenti. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Dia cuba sedaya upaya untuk mengawal emosinya.

"Ke-kenapa Ainul buat ibu dengan ayah macam ni? Ainul tak sayang ibu ya?" Soalnya dengan nada bergetar. Air mata yang mahu mengalir ditahan sebaik yang boleh.

Ainul menggagahkan dirinya untuk bangun. Dia duduk menghadap Puan Suri yang jelas-jelas kecewa dengan dirinya.

"Ai-ainul cemburu sebab ibu dengan ayah asyik lebihkan Ain. Sikit-sikit Ain macam Ainul ni bukan anak ibu dengan ayah. Sikit pun ibu dengan ayah tak pandang Ainul. Apa yang Ainul buat semua tak endahkan tapi salah Ain yang kena marah Ainul. Tak adil! Ainul kurang kasih sayang. Bila Ilman masuk dalam hidup Ainul, Ainul rasa dihargai. Ilman orang yang paling memahami Ainul, dia ada waktu Ainul rasa sedih. Dia ada waktu Ainul rasa stres sampai tahap nak bunuh diri. Ilman ada waktu Ainul susah.

Ya, dia memang sosial dan Ainul bukan orang pertama dia buat macam ni. Mungkin sebab dia pun daripada broken family. Jadi dia faham apa yang Ainul rasa isk isk Ainul cuma nak orang beri perhatian dekat Ainul je. Ainul kurang kasih sayang isk isk sebab tu Ainul bagi apa yang Ilman minta. Dia sayang Ainul. Dia jaga Ainul isk isk Ilman baik sangat dengan Ainul. Dia sendiri cakap nak bertanggungjawab dan nak kahwin dengan Ainul. Sebab tu dia sanggup datang ke sini dan beritahu perkara sebenar dekat ayah semata-mata nak kahwin dengan Ainul." Luah Ainul sambil teresak-esak.

Puan Suri terkedu mendengar segala luahan anak perempuan sulungnya ini.

Ya Allah, teruk sangatkah mereka berdua dalam memberi kasih sayang kepada kedua-dua anak perempuan mereka?

Tubuh Ainul terus dipeluk erat.

"Maafkan ibu.... Maafkan ibu... I-ibu tak tahu apa yang anak ibu pendam selama ini. Maafkan ibu..." Tutur Puan Suri dengan sebak. Berdosanya dia kerana telah menyakiti hati anaknya sendiri tanpa dia sedar.

Ainul menangis dalam dakapan Puan Suri. Akhirnya apa yang dia pendam selama ini diluahkan jua pada Puan Suri. Dia penat memendam rasa berseorangan. Dia terlalu penat.

Tanpa mereka berdua sedari, Encik Karim mendengar segala perbualan mereka daripada awal.

Dia turut terkedu mendengar apa yang diluah oleh Ainul itu. Dia memejam matanya sambil menghembus nafas berat.

Dia seorang ayah yang gagal.

Tidak mahu dirinya dilihat terus dia menyarung baju pada badannya untuk keluar. Dia mahu mencari ketenangan seketika.

Puan Suri melihat Ainul yang terlena dalam dakapannya. Sayu hatinya melihat wajah sembap anak petempuan sulungnya itu. Air mata yang sejak sedari dia tahan gugur jua.

"Maafkan ibu ya sayang..." Dicium dahi Ainul lama dengan kasih.

Tak sangka selama ini Ainul menyimpan perasaan benci pada dia dan Encik Karim. Memang patut mereka diberi ujian seperti ini. Dia redha andai ujian ini dapat menebus dosanya kerana telah menyakiti dan mengabaikan perasaan Ainul selama ini.

Perlahan-lahan dia membaringkan tubuh Ainul dan menyelimuti Ainul agar anaknya itu tidak kesejukan. Tangannya melekap pada perut Ainul yang masih kempis. Biarlah apa yang orang nak kata pada Ainul asalkan dia ada di sisi anak perempuan sulungnya ini.

Cuma dia tidak yakin dengan emosi suaminya itu. Sejak petang semalam, Encik Karim mengelak daripada bertembung dengannya mahu pun Ainul. Nampak sangat Encik Karim amat marah dan kecewa pada Ainul.

Kepalanya dipicit. Pening. Pening dengan keadaan keluarganya.

Ya Allah, kuatkanlah hatinya untuk menempuhi ujian ini.

Dia bangun dengan perlahan-lahan agar tidak mengganggu lena Ainul. Dia mahu masak sesuatu untuk Ainul. Rambutnya disanggul dengan lebih kemas.

"Eh? Sejak bila ada ni?" Terkejut dia apabila melihat dua plastik oren yang berisi bahan basah atas meja dapur. Atas sinki pula ada seplastik warna pink.

Setelah dia melihat apa yang ada dalam plastik itu dia tertawa kecil.

"Agaknya kena brainwash dengan Halim lah tu." Senyum Puan Suri. Dia kenal sangat perangai suaminya macam mana. Tak mungkin Encik Karim boleh selembut hati untuk membeli barang dalam keadaan tengah marah dan kecewa. Pasti dia berjumpa dengan Encik Halim malam tadi. Hanya Encik Halim seorang saja yang rapat dengan suaminya di sini.

Dia berfikir sejenak untuk masak apa. Sup daging mungkin? Sudah lama mereka sekeluarga tidak makan sup daging. Lagi pun sup daging makanan kegemaran Ainul.

Senyuman nipis terukir di bibirnya.

Terima kasih abang.

Dia tekad mulai hari ini dia akan jaga Ainul sebaik-baiknya. Persetankan apa yang orang cakap mengenai Ainul. Ainul anaknya dunia akhirat.

Tentang lelaki yang bernama Ilman itu nanti dia akan bersemuka dengannya sendiri. Jika memang benar apa yang dikatakan oleh Ainul, dia akan menerima Ilman sebagai menantunya. Tak kisah siapa pun lelaki itu, asalkan dia mampu menjaga Ainul dengan baik dia akan terima.













"Kau memang berani Ilman, berani mati!" Farah memegang kepala mendengar cerita Ilman. Patutlah muka lelaki tu lebam sana sini. Ingatkan bergaduh dengan mat rempit mana entah.

Ilman bermain dengan straw minumannya. Fikirannya agak kacau dengan apa yang telah berlaku sejak petang semalam.

"Kau dah kenapa tak pakai kondom? Naya Ainul mat. Yang kena hadap nanti semuanya Ainul. Mengandung dia, alahan dia, sakitnya dia, nak kena dengar mulut orang mencerca pun dia juga. Perhhh boleh mental Ainul tu weh." Nak cakap lebih-lebih kesian pula dekat Ilman yang kena belasah dengan ayah Ainul. Haihhh tapi tu lah benda dah jadi.

Mamat ni pun satu hal. Tahu nak menyedap je urghhhh tak reti nak kawal nafsu tu.

Sejahil-jahil dia pun, dia taklah terlalu jahil sampai tak boleh beza mana yang baik dan mana yang buruk. Baik Ainul mahu pun Ilman, sama je lah budak berdua ni. Haihhh...

"Itu je cara yang boleh aku fikir supaya Ainul tak lari daripada aku. Kau bukannya tak tahu Ainul tu cuba nak rampas laki adik dia sendiri. Tak kisahlah nak balas dendam ke apa tapi takkan dengan cara nak menggoda? Habis aku ni macam mana? Kalau dia mengandung pun anak aku juga. Aku betul-betul nak dia. Kahwin dengan dia. Sebab tu aku berani jumpa bapak dia. Lantaklah aku kena belasah ke apa asalkan Ainul jadi milik aku."

Farah memicit kepalanya. Pening kepalanya dengan perangai mereka berdua.

"Eloklah sama-sama bongok. Haishhh kut ye pun macam takde cara lain kau nak buatkan? Kau tak terfikir ke cara kau ni boleh merosakkan masa depan Ainul? Okay fine, kau kaya ada duit tapi Ainul bukan jenis yang mata duitan. Dia ada cita-cita nak gapai. Kalau dah mengandung anak luar nikah macam ni tak ke hancur hidup dia?" Ikutkan hati nak je dia hantuk kepala Ilman dekat meja makan ni bagi waras.

Ilman mengeluh panjang. Wajahnya diraup kasar. Ingatkan bila bercerita dapat ringankan kepalanya yang tengah serabut tapi sebaliknya pula. Tak membantu langsung si Farah ni, hishhh...

"Ya, aku tahu Ainul bukan perempuan macam tu that's why lah aku jatuh cinta dengan dia bongok! Haish, kau nak membebel panjang pula otak aku cukup serabut dah ni." Gerutu Ilman dengan geram. Dia menjeling Farah yang sengih memandangnya.

Farah menongkat dagunya. Parah betul budak dua ketul ni.

"Tapi kan Ainul mengandung anak kau sekali pun tetap tak boleh berbin atau berbintikan nama kau. Yelah tu kan anak luar nikah, anak tak sah taraf. Kesian pula anak korang jadi buah mulut orang." Tutur Farah sambil merenung Ilman yang sudah muram. Dia tahu Ilman pasti memikirkan hal yang sama.

"Itu yang aku takut. Aku takut bila besar nanti, anak aku pertikai benda tu. Malu Ainul nanti. Aku tak nak anak aku benci Ainul. Aku tak kisah kalau anak aku benci aku tapi bukan Ainul. Ainul tak salah dalam hal ni." Sampai tahap tu dia fikir mengenai anak mereka berdua.

Sejahat-jahat dia, dia tak sanggup nak suruh Ainul gugurkan kandungannya. Amat risiko. Lagi pun dia tak nak Ainul jadi pembunuh. Anak tu rezeki. Dia sendiri tahu ramai yang di luar sana mahukan anak tapi masih belum sampai rezeki mereka. Dia masih mempunyai sifat kemanusiaan dalam dirinya.

Terukir senyuman senget di bibir Farah.

"Amboi, jauh betul kau fikir. Baguslah kau ni lelaki yang bertanggungjawab. Boleh dah jadi suami Ainul. Rupa ada, kaya pun ya dan yang paling penting setia! Kalau kau ada fikir nak curang, aku sendiri yang hempuk kau dengan penyondol tak guna tu."

Ilman mencebik. Dia setia okey!

"So, kau nak buat apa lepas ni?"

Pertanyaan Farah itu membuatkan dia melepas keluhan berat.

"Entahlah aku tak tahu... Aku risau dengan Ainul sebetulnya." Lirih saja nadanya. Dia yakin pasti teruk Ainul kena pukul dengan Encik Karim. Dia risau kandungan Ainul terjejas disebabkan itu.

Farah diam sejenak. Dia cuba memikirkan sesuatu untuk mereka berdua. Siapa lagi yang akan tolong mereka berdua kalau bukan dia kan? Dia je yang masih setia bersahabat dengan mereka berdua. Yang lain? Hmmm hilang entah ke mana.

Sahabat dunia akhirat konon. Puihhhh ada time senang je time susah hilang. Ghaib terus! Elok mampus je.

"Aku nak bagi idea pun aku bukannya reti sangat pasal ni. Why not kita tanya Ustaz Fariz? Aku rasa ustaz still ingat kita lagi. Memandangkan Ainul tu kakak ipar dia mesti Ain ada cerita dekat ustaz dengan siapa Ainul tu berkawan." Cadang Farah. Dia bukannya arif hal-hal agama macam ni.

"Ish takkan nak libatkan ustaz pula? Tak naklah aku." Ilman menggeleng tidak mahu.

Farah berdecit geram.

"Kau sedar tak yang kau dah terlanjur dengan Ainul, Ainul tu pula kakak Ain. Ain tu bini ustaz. So, secara automatik ustaz pun dah terlibat sama dalam hal keluarga Ainul."

Ilman menggaru hujung keningnya yang tiba-tiba rasa gatal. Ya tak ya juga kan?

"Tapi aku malu lah..." Jujurnya dengan wajah yang mulai kemerahan.

"Reti malu rupanya. Dengan manusia reti malu tapi dengan Tuhan tak malu? Begitu ya."

Ilman tersentap. Fuhhh makan dalam betul.

"Aku tahu lah aku ni terlebih jahil. At least aku nak bertanggungjawab bukannya tinggal Ainul macam tu je."

"Kau nak bertanggungjawab tapi macam mana? Macam mana kau nak bertanggungjawab kalau bapak Ainul dah belasah kau macam ni? Silap-silap dia jumpa kau tepi jalan mahu dia sambung belasah kau semula."

"Arghhhh serabutlah macam ni!" Rambutnya dicengkam kuat.

Serabut! Serabut! Serabut!

Farah mengeluh panjang. Siapa suruh cari pasal?

"Then, jom jumpa ustaz minta pandangan daripada dia. Mana tahu kalau ustaz masuk campur benda boleh settle elok-elokkan? Ustaz Fariz bukannya jenis cepat judge orang."

Ilman berkira-kira mahu ikut cadangan Farah atau pun tidak. Kalau dia pergi jumpa confirm dia kena tazkirah panjang lebar tapi kalau dia tak pergi memang hidup dia tak akan tenang dan penuh serabut.

Farah menunggu jawapan Ilman dengan sabar. Nasib baik dia takde kerja yang perlu dilakukan.

"Okay fine! Jom jumpa ustaz."

"Akhirnya, jom."

Lambat-lambat Ilman bangun. Haih, lantaklah apa nak jadi sekali pun. Kena bebel ke apa lantaklah asalkan dia tak serabut dah.

"Kau biar betul kat sini?"

Ilman mengeluh bosan.

"Iya, betullah kat sini. Tu kereta ustaz, nampak tak? Kalau tak nampak tak lama dah kau ni. Tiga malam jumaat je."

Farah menjeling.

"Bodoh kau ni."

Ilman buat pekak. Malas nak layan terus dia mengorak langkah menuju ke pagar masuk madrasah Al-Amin meninggalkan Farah yang sudah melopong melihatnya.

"Ilman! Woi!" Farah rasa nak cekik-cekik je Ilman apabila lelaki itu selamba jalan menonong meninggalkannya.

Rasa nak marah tapi kena sabarrr

Ilman, kau memang bongok! Bongokkk

"Assalamualaikum!" Laung Ilman agak kuat agar mereka yang berada di halaman madrasah itu mendengar suaranya.

Uthman yang berada paling hampir dengan pagar madrasah segera berpaling dan menjawab salam tersebut. Wajahnya berkerut melihat seorang lelaki yang lebam sana sini pada bahagian mukanya.

Buku yang dibacanya ditutup sebelum bangun. Kakinya diatur ke pagar utama.

"Ya? Cari siapa?" Soal Uthman dengan penuh kehairanan. Nampak macam muda lagi.

"Erkkk Ustaz Fariz ada? Saya Ilman, bekas pelajar ustaz. Kalau ustaz ada saya nak jumpa dengan dia. Ada hal nak cakap dengan dia." Jawab Ilman sedikit gugup. Lain macam betul aura lelaki di depannya ini.

"Oh, yeke kalau macam tu jemput masuk." Uthman mempelawanya untuk masuk ke dalam dengan senyuman nipis.

Ilman menggaru kepalanya.

"Actually, saya datang dengan member saya tapi erkkk takpe lah saya tunggu sini je." Farah yang sedang mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan dipandang sekilas.

Uthman yang perasan Ilman mrmandang ke arah Farah turut memandangnya tapi tidak sampai tiga saat terus dia melarikan pandangan matanya.

Astaghfirullahalazim...

Ingat Zatul, Uthman. Ingat Zatul!

"Kalau macam tu tunggu sekejap ya."

Ilman angguk kecil.

Uthman cepat-cepat mencari Fariz. Rasanya tadi ada dengan trio nakal tu tapi hilang dah. Zarif seorang je yang ada. Zarif yang sedang baring terlentang tengah-tengah halaman di hampiri.

Ish ish ish budak ini...

Dia duduk melutut di tepi kepala Zarif. Ada saja akal budak ni.

"Zarif."

Zarif yang sedang pejam mata memcelikkan matanya perlahan-lahan.

"Abang Uthman nak apa?" Soalnya.

"Abang Fariz mana?"

Zarif pandang langit seketika sebelum memandang wajah Uthman semula.

"Entahlah tapi apa yang Zarif pasti Abang Fariz dah masuk dalam." Jawabnya dengan yakin.

"Okey, terima kasih. Zarif baring dekat sini dah kenapa?"

"Saja ambil angin, best tau Abang Uthman."

Terangkat kening Uthman mendengarnya. Amboi, kemain ayat.

Tidak mahu membuat Ilman tertunggu-tunggu, terus dia bangun dan masuk ke dalam madrasah. Matanya melilau melihat ruang tama madrasah. Kelibat Fariz masih tidak kelihatan.

"Cari siapa Uthman?" Soal Sofi dengan pelik.

"Cari Abang Fariz. Kau nampak tak?"

"Ooo Abang Fariz ada dekat dapur." Walaupun dia pelik Uthman mencari Fariz tapi malas dia nak bertanya. Bukan ada urusan dengannya pun untuk dia tahu.

"Hah! Syukran ya, penat dah aku ke sana sini." Tidak menunggu lama terus dia tergesa-gesa menuju ke dapur.

Seperti yang dikatakan oleh Sofi , Fariz memang ada di dapur bersama Ain dan Qama. Zatul turut ada bersama mereka. Tiba-tiba dia rasa segan apabila cik tunangnya ada di situ. Ehem!

"Maaf mengganggu, Abang Fariz ada orang nak jumpa."

Empat pasang mata terus melihatnya.

Qama melambai tangan pada Uthman dengan mulut yang comot dengan coklat. Uthman tertawa melihatnya. Aihhh budak comot ni.

"Siapa Uthman?" Wajah Fariz kehairanan. Siapa pula yang nak jumpa dia dekat sini?

"Ilman, katanya bekas pelajar abang dulu."

Ain terus pandang wajah Fariz yang kehairanan itu.

"Ilman mana aee?" Fariz cuba ingat nama-nama pelajarnya. Ah, sudah waktu-waktu macam ni juga dia nak kena kerah ingatannya.

"Abang, rasanya Ilman tu pakwe Ainul. Fatin ada cakap Ainul bercinta dengan budak sekelas dia, Ilman." Tutur Ain setelah mengingati Ilman itu siapa.

Fariz terus bangun mendadak.

"Dia kat mana?" Tanyanya dengan serius.

"Ada dekat depan pagar utama." Takut pula Uthman tengok muka serius Fariz itu.

Fariz terus keluar daripada dapur untuk berjumpa dengan Ilman. Melihat Fariz sebegitu membuatkan Ain terus bangun dan menhikuti langkah suaminya itu.

"Kak Ain nak pergi mana?" Soal Qama yang asyik mengunyah choco jar.

"Pergi depan kejap nanti akak main dengan Qama ya." Kepala Qama diusap kasih.

"Hehehe okey..."

Zatul memandang Uthman dengan pelik. Apa hal tu? Uthman mengangkat bahunya tidak tahu.

Fariz dan Ain jalan beriringan menuju ke pagar utama untuk berjumpa dengan Ilman.

Ilman yang melihat susuk tubuh Fariz datang menghampirinya semakin gemuruh. Daripada tadi dadanya berdebar tak menentu. Rasa nak meletop pun ada.

"Ilman?" Soal Fariz inginkan kepastian.

"Erkk y-ya saya ustaz." Takut-takut dia memandang Fariz yang tajam menatapnya. Matanya kejap-kejap mengerling ke arah Farah yang selamba bertenggek atas motornya. Ish, tak membantu langsung!

"Datang sorang ke?" Soal Fariz lagi.

"Hah? Erkk tak. Saya datang dengan Farah."

Ain melihat belakang Ilman. Kelihatan seorang gadis atas motor memandang ke arah mereka tanpa senyuman.

"Abang, tu ada Kak Farah." Lengan baju Fariz ditarik lembut sambil melihat ke arah Farah.

Farah terus turun daripada motor menuju ke arah mereka apabila Fariz dan Ain melihatnya. Rasa segan pula apabila dia berpakaian seperti ini. Semua salah Ilman!

Fariz yang mula-mula tidak kenal Farah mula mengecam wajah bekas pelajarnya itu sebaik sahaja Farah berdiri di hadapannya.

Hmmm dia rupanya.

Tapi matanya cepat-cepat dikalih ke arah Ilman semula. Huih, pakaian... Rasa nak sarung telekung je dekat si Farah ni.

"Ada apa ya datang nak jumpa saya?" Tanya Fariz tertanya-tanya.

Lidah Ilman kelu untuk bersuara. Rasa gemuruhnya membuatkan dia takut untuk bersuara.

Kening Fariz terangkat. Jumpa sekadar nak tatap muka hensem dia saja ke macam mana ni?

Farah mengeluh. Haih mamat ni karang...

"Ilman nak minta tolong dengan ustaz. Ustaz tahu kan yang dia dah terlanjur dengan Ainul sampai Ainul termengandung? Sorry kalau pakaian saya agak menyeksa mata ustaz tapi tu lah dia ni tak cakap yang ustaz duduk sini. Kalau tak saya balik kejap tukar baju." Kata Farah terus terang. Malas nak berkias-kias. Nak harap Ilman cakap heh memang sampai ke malam tak cakap apa-apa.

Wajah Ilman menunduk malu serta takut. Malu apabila aibnya diketahui ustaznya dan takut ustaznya memukulnya seperti mana Encik Karim memukulnya.

Fariz diam tidak membalas. Ain setia berdiri di sisinya sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Kita bincang dalam, luar ni panas." Kata Ain apabila tiada siapa yang bersuara. Fariz angguk setuju.

"Hmmm jom lah masuk. Lebih elok kita bincang dekat dalam, selesa sikit nak buat sesi ruqyah."

Ilman tersentap. Halus betul Fariz memerlinya. Pedih!

"Hah kau pergilah Ilman, aku balik dulu. Ada kerja nak siapkan." Kata Farah dengan selamba. Sengaja dia cari alasan agar dia tidak ikut sama dalam sesi 'ruqyah' mereka, hahahaha...

Mata Ilman membulat.

What the...

Farah buat muka seposen.

Sorry bro.

"Awak nak balik dengan apa?" Soal Fariz. Dah kalau Ilman tinggal sini siapa pula nak menghantar Farah ni balik?

"Motor Ilman ni kan ada. Nanti kalau dah settle call je aku aeee Ilman. Aku gerak dulu apa-apa roger je aku." Bahu Ilman ditepuk beberapa kali.

"Cepat settle cepat kau balik. Siapa suruh tak bagitahu aku kau nak ke sini? Malas aku nak stay dengan pakai macam ni." Sempat dia berbisik pada Ilman dengan nada geram.

Ilman menggaru kepalanya.

Yelah-yelah semuanya salah dia.

Mereka bertiga melihat Farah yang sudah memecut laju meninggalkan kawasan madrasah ini. Ilman mula rasa tak tentu arah.

"Jemputlah masuk." Pelawa Ain apabila Fariz hanya diam tidak berkata apa-apa. Marahkah?

"Erk urmm te-terima kasih Ain." Ucap Ilman sedikit gugup.

Ain hanya senyum nipis. Dia menarik lembut lengan Fariz agar memberi laluan kepada Ilman untuk masuk.

Fariz menahan ketawa melihat wajah pucat Ilman saat bertentang mata dengannya.

Tahu takut rupanya.

Ilman mengekori langkah Fariz dan Ain yang mendahuluinya. Pandangan hairan orang-orang madrasah itu menambahkan rasa gugupnya. Ibarat dia seorang jenayah yang berbahaya saja.

Sampai saja di pondok yang kosong, Fariz memberi isyarat pada Ilman untuk duduk di dalam pondok itu sebelum dia dan Ain yang masuk untuk duduk di dalam.

Wajah Ilman menunduk saja. Langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Nafas pun dia takut-takut untuk lepas tapi kalau tak bernafas mati pula dia kejap lagi. Dosa pun masih banyak tak terampun lagi, huhuhu...

"Awak ada nak cakap apa-apa ke Ilman? Takkan datang sini sekadar nak tengok muka saya je?"

Makinlah Ilman rasa berdebar bagai nak rak. Rasa nak menangis pun ada.

"Sa-saya nak minta tolong ustaz pujuk ayah Ainul supaya restu hubungan kami."

Terangkat kening Fariz mendengarnya. Manakala Ain pula hanya diam membisu.

"Kenapa awak minta tolong daripada saya pula?"

"Erkk ustazkan menantu dia."

"Memang saya menantu ayah kepada isteri saya tapi awak sendiri tahu apa yang jadi pada hubungan kami kan? Mustahil awak tak tahu tentang itu Ilman."

Entah kenapa harapan dia agar Fariz dapat menolongnya punah begitu sahaja. Wajahnya kembali muram.

"Takpelah kalau ustaz cakap macam tu. Saya minta maaf ganggu ustaz. Saya balik dulu." Tuturnya dengan nada kecewa. Dia yang mahu bangun terhenti apabila Fariz menahannya.

"Siapa beri keizinan awak untuk balik?" Soal Fariz sambil berpeluk tubuh.

"Tapi ustazkan tak dapat tolong saya. Saya tahu saya ni budak jahat, jahil agama pula tu. Berzina, bermaksiat sampai lupa Tuhan. Saya tahu saya dah buat dosa besar sebab tu saya nak bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat. Saya dah minta restu nak kahwin dengan Ainul tapi ayah dia mengamuk dan belasah saya. Saya tak kisah saya kena belasah sebab saya tahu saya salah tapi saya kisah Ainul yang kena belasah dalam keadaan tengah mengandung. Dia tak salah dalam hal ni ustaz. Saya sedar saya ni pendosa, memang layak untuk dibenci." Setitis air matanya jatuh mengalir.

Terkedu Ain mendengarnya. Rasa kasihan mulai terbit dalam hati Ain. Wajah Fariz dikerling sekilas.

Okey dah tak garang macam tadi.














Sambung dekat bab seterusnya okey, panjang sangat dah ni 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro