Bab 63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syurga ❤🌹
-Assalamualaikum sayang, abang rindu sayang lah 🥺
-Cakap kat baby walid rindu baby juga 🥺

Tersengih-sengih Ain membaca chat yang dihantar oleh Fariz 30 minit yang lalu. Nasib baik dia teringat mahu mengambil handphonenya untuk di charge risau bateri handphonenya mati kehabisan bateri.

Tup tup encik suami whatsappnya. Manja sungguh Fariz sejak dia tengah sarat mengandung ni. Perutnya diusap sayang.

"Walid cakap walid rindu dekat awak sayang." Senyumannya makin lebar tatkala anaknya menendang dari dalam sebagai balasan ucapan rindu dari sang ayah.

Sebelah tangannya segera membalas whatsapp Fariz. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

Bidadari 🥰💕
-Waalaikumussalam, hahahaha mengadanyaaaa
-Baby pun rindu walidnya juga, baby suruh walid jaga diri dekat sana elok-elok.

Send

Double tick

Bluetick

Typing....

Uihhh cepat betul typing. Memang tunggu dia on ke daripada tadi?

Syurga❤🌹
-Baby je ke rindu walid? Umi baby tak rindu walid ke 👉🏼👈🏼

Terlepas tawa Ain membaca chat tersebut. Terhibur sungguh dia.

Bidadari🥰💕
-Rindu abang juga ❤
-Abang buat apa? Dah sampai ke?

Syurga❤🌹
-Hikhik ❤❤❤❤❤
-Abang dah sampai dah dalam pukul sepuluh tadi.
-📷
-Nah buat lepas rindu😉

Gambar Fariz yang sedang senyum kacak memandang camera menjadi tatapan matanya. Amboi, segak betul suami dia ni. Makin lama makin hensem!

Ain mengemam bibirnya menahan diri daripada terus cair dengan telatah Fariz yang amat comel itu. Aihhh risau sungguh lah. Risau terjatuh cinta lagi dan lagi. Tapi dia suka perasaan itu. Perasaan yang indah.

Bidadari🥰💕
-Hensemnya diaaa, walid siapa lah tu agaknya ya

Syurga❤🌹
-Kannnn untung bidadari saya dapat suami hensem macam ni.

Ain ketawa lagi.

Bidadari🥰💕
-Untung sangat-sangat 🥺

Syurga❤🌹
-Comellah sayang ni urghhhh geram je rasa 😆
-Rasa nak balik je sekarang ni 😫😂
-Okeylah sayang, abang off dulu ya nanti kita borak lagi ya.
-Take care sayang, apa-apa call je abang tau.
-Love you, sayang 😘
-Assalamualaikum cinta ❤

Bidadari❤🌹
-Hahahaha manjanya dia ni
-Okey abang, take care juga dekat sana ya
-Me and baby love you too 🥰
-Waalaikumussalam cinta 🌹

Selesai membalas chat tersebut Ain segera charge handphonenya. Entah kenapa dia teringat Airin membahan Fariz disebabkan gaya chat Fariz padanya yang agak cringe itu tertengok secara tak sengaja. Memang teruk suaminya itu diketawakan tapi Fariz tayang buat muka selamba sahaja.

Kata Airin, Fariz bukan seorang lelaki yang romantik dan lembut dengan perempuan. Cakap atau pandang perempuan pun tak. Tapi lepas Fariz menjadi seorang guru, sikapnya mula lembut sedikit tidak seperti dulu. Namun, semenjak Fariz berkahwin dengan Ain semakin berubah perangai Fariz. Tengah bahagia lah katakan. Dia tersengih mengingati kejadian itu.

Tok tok tok

Ain menoleh ke arah pintu biliknya yang tidak tutup rapat.

"Siapa tu?"

"Hehehe Qama..." Wajah Qama yang tembam kelihatan sebaik sahaja pintu biliknya dibuka separuh.

Ain senyum lalu dia segera bangun daripada duduk. Rasa lenguh mula terasa satu badan. Kadang-kadang dia rasa nak baring je tapi dia tidak mahu terlalu memanjakan dirinya.

"Eh Kak Ain okey? Kak Ain sakit perut ke?" Soal Qama dengan polos. Melihat Ain yang jalan sambil memegang perut membuatkan dia tertanya-tanya. Biasa orang pegang perut sebab sakit perut. Dia selalu macam tu.

"Akak okey Qama. Qama dah makan ke?" Balas Ain dengan senyuman. Tangan kecil Qama dipegang apabila si kecil mahu jalan berpimpinan tangan dengannya.

"Dah tadi, umi suap eheee..."

"Eeiii manjanya dia ni ya."

Qama ketawa suka.

"Akak, Qama nak pegang perut akak boleh? Nak rasa baby tendang." Pinta Qama dengan wajah comel.

"Boleh, peganglah." Kedua-dua belah tangan kecil milik Qama dipegang lalu diletak pada perutnya.

Membulat mata Qama dengan mulut yang melopong. Tergelak Ain melihat reaksi Qama yang sangat comel itu.

"Baby tendang lah kak, baby tendang..." Riuh mulut Qama kerana terlalu teruja. Walaupun dia kerap memegang perut Ain tetapi perasaan teruja saat rasa tendangan dalam perut Ain tetap ada.

"Hah buat apa depan ni." Sergah Hawa yang sedang memegang bakul baju. Baru selesai menyidai pakaian mungkin.

"Kak Hawa Kak Hawa, baby Kak Ain tengah main tendang-tendang dalam perut ni." Kata Qama dengan sangat teruja. Tak cukup dengan itu, dia melekapkan telinganya pada perut Ain.

"Aaaa baby tendang telinga Qamaaaa...."

Hawa dan Ain ketawa mengekek melihat drama pendek Qama itu.

"Hah? Siapa tendang telinga Qama?" Susuk tubuh Zarif yang termengah-mengah itu membuatkan mereka bertiga kehairanan.

"Oiii Zarif tunggu lah kitorang!!!" Laung Ghazali dan Qais serentak. Mereka berdua turut termengah-mengah di belakang Zarif.

Terkerdip-kerdip mata Qama melihat mereka bertiga yang termengah-mengah itu.

"Korang kenapa?" Soal Qama dengan polos.

"Ta hah di hah haaa tadi kitorang dengar telinga Qama kena tendang sebab tu kitorang lari ke sini." Jawab Qais senafas.

"Hahahahaha...."

Zarif, Qais dan Ghazai blur apabila Hawa dan Qama mengertawakan mereka bertiga. Ain menahan diri daripada ketawa. Tak sampai hati pula nak ketawa.

"Ish bukan lah hahahaha ni hah baby Kak Ain tendang-tendang dalam perut." Jelas Hawa sebaik sahaja ketawanya reda. Qama masih galak mengertawakan Zarif, Ghazali dan Qais. Suka betul dia.

"Yeke? Nak pegang boleh?" Pinta Ghazali dengan wajah teruja.

"Boleh..." Ain memberi keizinan.

Letak saja tangannya mulut Ghazali melopong.

"Baby tendang!!!"

"Hah, nak pegang juga!"

Ain senyum melihat tingkah mereka yang teruja tatkala merasakan tendangan anaknya dari dalam perut. Setiap hari dia akan menghitung waktu untuk dia bersalin. Tak sabar sungguh rasanya.












"Oit, sengih sorang-sorang dah kenapa? Kena sampuk dah?" Tegur Syahril apabila perasan Fariz asyik merenung screen handphone.

Chat dengan bini lah tu. Haih, rasa sendu betul hidup ini. Hmmm...

Fariz tersentak. Dia berdehem kecil lalu memasukkan handphonenya ke dalam poket seluar.

"Adalah hal laki bini, sibuk je nak tahu."

Syahril mencebik. Erk elehhh...

"Mana adik kau?" Soal Fariz apabila tidak nampak kelibat Syahrul bersama Syahril. Biasa ke mana-mana mesti diorang berdua melekat je.

"Ada tengah urus aktiviti petang nanti. Haih, busy betul dia tu sampai tak ingat langsung abang dia ni dah makan ke belum." Keluh Syahril sedikit monyok. Terasa dirinya dipinggirkan oleh adik kembarnya sendiri. Hmmm...

Terangkat kening Fariz. Uik, lain macam punya keluhan ni.

"Kau belum makan?"

Syahril menggeleng. Sungguh dia memang sangat lapar tika ini.

"Asal tak makan lagi gila?"

"Aku tunggu Syahrul, nak makan sama-sama. Dia cakap lima minit tapi dah lebih lima belas minit ni." Keluhnya lagi.

Fariz menggeleng kecil. Ingat sweet ke?

"Nah makan roti ni dulu buat alas perut. Karang masuk angin lagi susah." Roti yang masih ada dalam bekalnya dihulur pada Syahril. Kesian pula melihat wajah cemberut rakan kerjanya itu. Nampak sangat muka tengah lapar.

"Tak nak lah aku tunggu Syahrul. Dia pun belum makan lagi tu. Tak fair pula aku rasa." Syahril tetap berkeras mahu menunggu Syahrul untuk makan bersama-sama.

"At least minum air dulu takde lah perut kau terlalu kosong. Pengsan karang satu kerja pula nak angkat kau." Botol mineral kepunyaannya dihulur pada Syahril. Risau pula dia.

Syahril sengih.

"Sayang juga kau dekat aku ya."

Fariz membuat muka loya. Tiba-tiba rasa nak muntah.

Sementara menunggu Syahrul habis berbincang dengan Cikgu Roslan, Cikgu Maria dan Cikgu Rosnita, mengenai aktiviti petang nanti mereka berdua melongok tepi khemah kepunyaan Fariz.

Hanya Fariz sahaja duduk khemah berseorangan memandangkan dalam khemahnya penuh dengan barang-barang aktiviti yang dibawa serta kotak yang berisi barang-barang milik para pelajar. Jadi, muat dia seorang sahaja untuk masuk. Dia juga lebih suka duduk sorang-sorang daripada berkongsi, takde lah yang mengganggu ruang privacynya hehehe...

"Ril, kau dah makan ke belum?"

Syahril yang sedang main game terus menekan pause dan melihat wajah Syahrul yang berpeluh-peluh itu.

"Belum, aku tunggu kau. Kau dah settle belum?"

Wajah Syahrul berubah menjadi serba salah apabila Syahril mengatakan masih belum makan kerana menunggu dirinya.

"Sorry aku lambat, jom lah makan. Lambat nanti kau gastrik pula. Kalau aku lambat kau makan je dulu. Aku lagi risau kau kena gastrik."

Syahril sengih. Dia bingkas bangun. Punggung seluarnyanya ditepuk lembut agar daun-daun yang melekat pada seluarnya jatuh ke tanah.

"Kitorang makan kejap kalau ada yang cari cakap je aku dekat khemah." Pesan Syahrul pada Fariz yang menongkat dagu memandang mereka berdua.

"Okeyyy..."

Hilang saja kelibat si kembar, Fariz melepas keluhan panjang.

Bosan.

Semua orang busy dengan aktiviti masing-masing sementara menunggu waktu zohor. Jam tangan di toleh. Baru jam 12p.m. Ada masa lebih kurang satu jam setengah. Matanya melilau melihat persekitarannya. Entah lah dia masih rasa terganggu dengan apa yang dia nampak tadi.

"Ustaz!"

Fariz melihat Bob, Fuad, Halim, Shahrul, Fikri, Fatin dan Siti menghampirinya.

"Ya? Ada apa?" Soal Fariz.

"Ustaz, nak tumpang letak gitar boleh? Tak cukup ruang lah nak letak dalam khemah kitorang." Pinta Bob sambil tersengih.

"Oh, boleh je. Meh sini."

Gitar bertukar tangan.

Fariz membelek gitar kepunyaan Bob dengan wajah yang tertarik. Fuhhh gitar baru ke ni? Lawa siot body dia!

"Cuba ustaz main satu lagu. Nak dengar." Pinta Fuad yang sudah duduk di depan Fariz yang asyik membelek gitar tersebut.

"Kannn alang-alang tengah tunggu waktu zohor apa kata ustaz main satu dua lagu. Kitorang bosan teruk ni. Handphone takde nak main game haihhh..." Kata Fikri pula dengan keluhan kecil.

Sudahnya mereka bertujuh duduk membuat bulatan di depan khemah Fariz.

"Tak nak lah suara saya tak best. Apa kata korang yang menyanyi saya petik je." Segan pula rasa, hahaha...

"Heleh tak best konon apa ingat kitorang tak tahu ke dulu ustaz pernah ada band sendiri?" Fatin mengangkat kening dengan senyuman senget. Siti angguk laju.

Fariz menggaru keningnya. Tak payah tanya mesti diorang tahu melalui gambar-gambar yang ada dalam rak kaca ruang tamunya.

"Penatlah nak nyanyi." Dia masih lagi memberi alasan. Dia bukan apa risau ada yang jatuh cinta saat mendengar suaranya yang merdu itu nanti. Ecehhhhhh...

"Okeylah okey kitorang nyanyi, ustaz petik." Bob mengalah. Kalau asyik macam ni je sampai ke zohor lah mereka duduk macam ni. Boleh mati kering mereka tak buat apa-apa. Handphone takde. Kalau tak mesti diorang bertujuh tengah lawan PUBG sekarang ni.

Fariz mengukir senyuman kemenangan.

"Okey, nak nyanyi lagu apa?" Sambil-sambil itu jari jemarinya memetik tali gitar sekadar ingin mencuba saja.

"Hmmm jap fikir."

Ini yang lemah ni nak kena fikir-fikir pula. Otak tengah tepu habis ni.

"Percaya padaku? Okey tak?" Cadang Fuad.

"Amboi, kemain jiwang lagu. Tengah dilamun cinta ke bro?" Usik Fikri.

Bob bersiul nakal.

"Eh mana ada." Wajah Fuad merona merah.

"Elelele nak nafikan pula. Kau ingat aku tak tahu kau tengah try hard ngorat budak Asma tu kan?" Kata Fatin dengan sinis.

"Kelmarin aku nampak kau bagi dia coklat." Sampuk Shahrul turut mahu mengusik Fuad.

Fuad keras kejung. Alamak!

"Kau nampak?"

Shahrul angguk dengan wajah innocent.

"Uuuuu piwwwiittt..."

"Muka ganas dalam hati ada taman oooo..."

Fuad menekup wajahnya. Aduh, macam mana boleh kantoi ni? Dia yakin dia buat kerja dengan clear punya!

"Ehem, jangan nak gatal bercinta. Jauhi zina yang mendekatkan diri ke arah maksiat." Tegur Fariz sekali gus menyentapkan mereka bertujuh.

Rentak jari jemarinya yang memetik tali gitar itu menarik perhatian Fatin. Macam dia tahu je rentak ni. Dia fokus mendengar.

"Ya man allafta quluuban bil Islam
Yaa habibi yaa shafii'i yaa Rasulullah
Bi ummi wa abi... Fadaytuka sayyidi...
Sholatun wa salam 'alayka yaa Nabi..."

Fatin mula menyanyi saat dia mula menangkap rentak tersebut.

"Habibi yaa Muhammad
Atayta bissalami wal huda Muhammad
Habibi yaa Ya Muhammad
Ya rahmatan lil'alameena ya Muhammad..."

Sambung Siti, Fuad dan Halim tatkala mula masuk chorus.

Shahrul hanya diam kerana tidak tahu nasyid tersebut. Dia menghayati saja nyanyian mereka dengan perasaan sedikit malu. Rasa dirinya amat jahil.

Fariz senyum. Tak sangka mereka tahu nasyid ini.

Tanpa di duga mereka menjadi perhatian pelajar dan guru yang berada di sekitar mereka. Syahril dan Syahrul yang selesai makan terus ke arah mereka. Tidak mahu melepaskan momen seperti ini, Syahril terus mengeluarkan handphonenya dan rekod.

"Ya man hallayta hayatana bil iman
Ya man bijamalika 'allamtal ihsan
Ya man nawwarta qulubana bil quran
Yaa habibi yaa shafii'i yaa Rasulullah
Bi ummi wa abi .. fadaytuka sayyidi
Sholatun wa salam .. 'alayka yaa Nabi..."

Hanya Bob saja yang menyanyi part tersebut memandangkan dia menghafal penuh lirik nasyid tersebut.

Mendengar suara Bob itu terus ada yang memuji kerana kesedapan suaranya.

"Habibi yaa .. Ya Muhammad
Ya rahmatan lil'alameena ya Muhammad

Salla Allahu 'ala
Khatamil Anbiya'

Muhammad ..
Muhammad Rahmatun lil'alameen ...
Rahmatun lil'alameen
Muhammad...
Muhammad Rahmatun lil'alameen ...
Rahmatun lil'alameen
Muhammad...
Muhammad Rahmatun lil'alameen ...
Rahmatun lil'alameen

Habibi yaa Muhammad
Atayta bissalami wal huda Muhammad
Habibi yaa .. Ya Muhammad
Ya rahmatan lil'alameena ya Muhammad
Habibi yaa .. Ya Muhammad
Atayta bissalami wal huda Muhammad
Habibi yaa.. Ya Muhammad..."

"Uwuwuwuuu piwwiittt..."

Terkejut mereka apabila tiba-tiba saja ada yang bersorak di belakang mereka. Fariz hanya senyum saja kerana dia sudah perasan sejak awal lagi. Sebab tu dia tak nak menyanyi sama.

"Perhhhh tiba-tiba rasa jadi artis." Siti mengipas-ngipas wajahnya.

"Hahaha bongok."

"Lagi ustaz lagi." Pinta Fatin.

"Dah lah satu je cukup. Nak lebih-lebih tunggu malam persembahan nanti."

"Alooo..."

Fariz segera menyimpan gitar Bob ke dalam khemahnya.

"Jom lah ke surau." Ajak Fariz.

"Jom...."












https://www.youtube.com/watch?v=r1G5fuuA3VM

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro