Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lama dah ke sampai?" Tegur Fariz sebaik sahaja tiba di hadapan Airin.

Airin yang sedang mendengar Zahin berceloteh terus mendongakkan wajahnya. Bibirnya terus mengukir senyuman.

"Tak lama mana pun. Alif ni pun baru sampai juga." Jawab Airin sambil memuncung pada Alif yang sedang bermain dam ular dengan Zahin.

"Uishhh main dam ular." Fariz duduk bersebelahan dengan Alif.

Zahin berhenti main seketika lalu memandang Fariz dengan senyuman.

"Uncle, salam." Tangan kecilnya dihulur pada Fariz untuk di salam.

Fariz tersenyum lalu menyambut huluran tangan si kecil. Sopan je si kecil menguncup belakang tapak tangannya. Dia mengusap lembut kepala Zahin.

"Good boy." Pujinya.

Zahin tersenyum malu apabila di puji oleh Fariz.

"Uncle nak main? Jom kita main sama-sama?" Ajak Zahin pada Fariz apabila Fafiz memerhati dia dan Alif bermain.

"Eh, takpe Zahin. Nanti kena mula semula habis penat je Zahin nak kena naik atas semula. Kalahkan Uncle Alif tau. Jangan bagi dia menang." Balas Fariz menolak lembut. Bukan tak nak main tapi dia mengejar masa sebenarnya.

"Okay uncle."

"Zahin yakin boleh kalahkan uncle?" Alif mengangkat-angkat keningnya dengan senyuman senget.

"Eh mestilah yakin. Confident tu penting tau." Balas Zahin dengan petah.

"Perhhhhh siapa ajar cakap macam tu? Amboi, kemain tinggi confident awak ya."

Zahin ketawa suka.

Airin mengangkat-angkat keningnya. Come on anak dia kut. Hahahaha....

Fariz tergelak kecil. Perangai-perangai...

"Eh, korang dah ada order ke?" Soal Fariz apabila mereka asyik berbual. Borak je bila nak order makanannya?

"Dah order dah sekali dengan Abang Fariz punya. Nasi ayam goreng dengan telur mata kan? Air milo ais. Betul kan?"

"Yes sisterrr! Thank you la orderkan sekali."

"Mestilah itu je yang Abang Fariz order bila lepak mamak. Alang-alang nak tunggu abang sampai better order dulu. Senang tak payah tunggu lama-lama." Balas Alif tanpa memandang Fariz. Matanya fokus melihat dadu yang dibaling oleh Zahin. Fuhhh enam-enam. Zahin baling lagi sekali dapat empat-tiga, total tujuh belas gerakan.

"Huuuu nasib baik tak kena." Zahin mengurut dadanya apabila dirinya hampir saja jejak ke arah ular yang panjang. Kalau dia gerak selangkah dia akan turun ke bawah ke nombor 15 belas.

Comel je Fariz lihat tingkah Zahin itu.

Tak lama kemudian makanan mereka pun sampai. Masing-masing sudah kelaparan.

"Next time kita main lagi ya Zahin. Kita makan dulu okey?" Tutur Airin sebaik saja makanan mereka sudah terhidang.

"Okey ibu. Uncle Alif nanti kita main lagi tau dengan Uncle Fariz sekali." Balas Zahin dengan senyuman kecil. Terus dia mengemas permainan dam ular itu bersama Alif lalu disimpan ke dalam beg sekolahnya.

"Insyaa Allah, bila uncle free nanti uncle datang dengan uncle-uncle yang lain kita main sama-sama." Jawab Alif pada Zahin.

Mereka berempat pun makan dengan senyap. Sesekali mereka akan berbual tentang rutin harian mereka. Takde sunyi sangat meja mereka.

"Sempat kau bawa dam ular Airin? Ke kau yang belikan Alif?" Tanya Fariz sesudah menghabiskan makanannya. Alhamdulillah, kenyang...

"Alif yang beli. Gila Airin benarkan Zahin bawa mainan pergi sekolah? Memang tidaklah. Zahin budak baik, kan sayang kan?"

Zahin mengangguk mengiyakan kata-kata ibunya itu dengan mulut yang mengunyah ayam.

"Ha'ah aku yang belikan untuk Zahin. Saja beli sebab ternampak dekat DIY masa beli barang. Alang-alang nak makan dengan budak kecik ni terus aku beli. Sambil tunggu makanan sampai boleh main sekejap." Jawab Alif sesudah menghirup air milonya.

Fariz mengangguk kecil.

"Abang Fariz masuk mengajar balik pukul berapa? Tak lewat ke nanti?" Tanya  Airin apabila Fariz kelihatan santai sahaja.

"Pukul 2 kejap lagi. Rileks lah bukan jauh sangat pun dari sini ke sekolah. 10 minit je. Rempit 5 minit sampai. Chill-chill sudah."

"Rempit? Jangan buat perangai lama Abang Fariz oiii malu dekat budak-budak sekolah tengok ustaz diorang merempit."

"Hahahahaha rindu dowh zaman dulu-dulu."

"Bila fikir-fikir semula macam mana lah Abang Fariz boleh jadi ustaz dengan perangai setan dulu. Rasa macam tak percaya je." Gurau Alif dengan ketawa mengekek.

"Amboi, mulut kau langsung takde insuran ehhh... Apa kau ingat sesetan-setan aku tak boleh jadi ustaz? Come on lah ada ilmu, ada sijil semua boleh jadi. Nak atau tak nak je. Gituwww..." Balas Fariz dengan kening terangkat.

Apa? Dia tak layak jadi ustaz ke? Heh, come on lah...

"Tu lah Airin ingatkan abang nak jadi penyanyi je."

"Eh, taklah penyanyi tu sambilan je. Malas aku asyik nak menyanyi je. Penat tau tak. Apa guna aku ada degree kalau tak guna untuk pekerjaan yang tetap dan terjamin?" Setakat menyanyi untuk luang masa tu boleh lah. Cari duit poket sikit-sikit sementara nak dapat pekerjaan tetap.

Band dia pun sudah dibubarkan. Masing-masing ada haluan kehidupan mereka sendiri. Kadang kala mereka akan reunion semula bila semua orang free. Mereka pun masih contact walaupun sudah lama tidak berjumpa.

"Ibu, Zahin nak pergi tandas." Tutur Zahin dengan wajah yang sedikit berkerut. Dia mengepit-ngepit kakinya menahan diri daripada terkencing di situ.

"Hah? Nak kencing? Kejap-kejap ibu basuh tangan dulu." Airin yang baru sahaja mahu bangun terus di tahan oleh Alif.

"It's okay biar aku yang bawa Zahin pergi tandas. Aku pun nak ke tandas juga ni. Jom Zahin ikut uncle." Ujar Alif yang sudah selesai makan. Haih, dah makan nak terberak lah pula. Selalu macam tu.

Zahin pun ikut sahaja langkah Alif sambil berpimpin tangan.

"Macam mana keadaan kembar? Dah okey? Ke masih menangis setiap malam?" Soal Fariz apabila Alif dan Zahin jauh daripada mereka.

"Zahid dengan Zahil okey dah, tak menangis. Cuma Zahiyah dengan Zahirah masih takut-takut. Tu diorang tinggal dekat markas sekarang ni. Nasib baik Steve okey takde masalah anak-anak ada dekat markas. Takut juga anak-anak ganggu kerja diorang dekat sana." Jawab Airin dengan keluhan berat.

Fariz mengangguk faham.

"Biasalah 'benda-benda' macam tu memang suka mengacau budak-budak. Ingat pesan aku amalkan bismillah lima sebelum keluar rumah dengan ayatul kursi. 'Benda' tu ada dekat luar rumah korang. Try nak masuk mengacau tapi tak boleh sebab aku dah pagar rumah kau tu."

Benda ghaib ni memang susah nak handle dengan mata kasar. Jadi, dia yang berpengetahuan tentang hal ini membantu Airin sekeluarga apa yang patut. Lagi pula matanya yang memang hijab terbuka membolehkan dia melihat makhluk-mahkluk ghaib tersebut dengan izin Allah.

"Tu lah tak sangka pula 'benda' tu ikut balik dari pantai." Nak salahkan diri sendiri pun tak boleh juga sebab dia bukannya tahu pun yang anak-anaknya terlanggar 'benda' tu sampai 'benda' tu marah ikut balik rumah.

Patutlah dia rasa meremang je dalam kereta masa on the way balik ke rumah. Rupa-rupanya ada yang mengikut balik sama.

"Nak buat macam mana kita ni berkongsi dunia yang sama cuma berlainan alam."

"Habis tu sampai bila 'benda' tu nak duduk luar? Seram kadang-kadang."

"Hahahaha buat tak tahu je nanti lama-lama dia bosan dia pergi tempat lain pula. Ala mana-mana tempat ada je 'benda-benda' macam tu. Cuma dia menjelma atau tak je. Macam tak biasa."

Airin tersengih.

Mereka berdua berbual sementara menunggu Alif dan Zahin balik daripada tandas.










"Kata nak beli nasi goreng? Tak jadi?" Soal Muaz dengan wajah pelik.

"Tak jadi." Balas Balqis dengan wajah muram.

Makin pelik Muaz jadinya.

"Kau dah kenapa tiba-tiba je tak jadi beli. Tadi beria-ria suruh aku teman beli nasi goreng sebab kebulur. Dah sampai tak jadi pula haihhh rumitlah orang perempuan ni." Nak marah je rasa. Sudahlah panas terik sekarang ni haihhh....

"Sorry, susahkan kau." Tutur Balqis dengan suara yang perlahan. Dia bukannya rasa bersalah pada Muaz tapi dia rasa sedih dengan apa yang dia lihat tadi. Hatinya remuk seremuknya.  Matanya mula bergenang dengan air mata.

Muaz yang sedar perubahan Balqis yang tiba-tiba nak menangis itu terus terkedu. Kepalanya di garu.

"Weh, kau okey tak? Kau sakit perut ke? Ke aku tertinggi suara?" Cuak pula Muaz apabila melihat air mata Balqis tiba-tiba saja mengalir.

Ah, sudah! Tak pasal-pasal orang fikir dia buli Balqis pula.

Balqis memandang Muaz dengan wajah yang tercebik-cebik menahan esakan daripada terhambur keluar. Makin cuak Muaz jadinya.

"A-aku sakit hati..." Tutur Balqis dengan nada yang serak. Wajah Muaz ditatap dengan perasaan yang sedih dan sakit hati.

"Dah kenapa pula kau nak sakit hati bagai ni? Nasi goreng habis? Tu je? Jom lah kita pergi kedai lain pula. Banyak lagi kedai area sini." Balas Muaz tanpa mendengar kata-kata Balqis yang seterusnya.

"Isshhhh bukan sebab tu lah...." Rasa nak hempuk-hempuk je muka Muaz dekat dinding. Makin bertambah rasa sakit di hatinya ini.

"Habis tu apa? Panas ni weh tak payah nak buat drama dekat sini."

Balqis melepas keluhan kecil.

"Aku nampak Ustaz Fariz dalam restoran tu."

"Pastu? Biarlah Ustaz Fariz nak makan situ ke apa bukannya berdosa pun."

Sumpah Balqis rasa nak hempuk je muka Muaz. Orang lelaki memang macam ni eh? Tak memahami langsung! Arghhhhh rasa nak pukul-pukul je Muaz.

"Isshhh bukanlah! Aku pun tak kisah pasal tu yang aku kisahnya bila Ustaz Fariz makan dengan seorang perempuan. Berdua-duaan. Bermesra-mesraan. Faham tak? Aku sakit hati bila Ustaz Fariz mesra macam tu dengan perempuan tu tapi bila dengan aku dia layan biasa-biasa je!" Kata Balqis dengan nada yang geram.

Muaz tercengang. Tiber dia kena marah apasal?

"Yang kau nak emosi lebih-lebih ni apa hal? Lantak dekat Ustaz Fariz lah dia nak mesra dengan siapa yang dia nak. Entah-entah tu awek dia ke tunang ke apa kau bukannya tahu pun. Dah kenapa dia nak kena mesra-mesra dengan kau pula? Kau tu bekas pelajar dia je. Umur pun jauh beza. Haihhh, tak faham aku. Dah jom balik. Umi kau bising nanti jangan salahkan aku." Malas dia mahu melayan Balqis lama-lama. Sakit jiwa je. Macam ni lah orang perempuan, emosi je. Kang kata period marah pula. Urghhhh...

Balqis mencebik. Tadi tanya lepas tu bila dia luah dia kena bebel pula. Muaz memang annoying!

Mereka berdua naik basikal dan terus kayuh menuju ke rumah masing-masing. Tak jauh pun hanya 15 minit mereka akan sampai ke rumah. Tambahan pula mereka hidup berjiran. Rumah sebelah menyebelah. Kebetulan kedua-dua belah keluarga mereka merupakan kawan baik daripada sekolah menengah.

Sepanjang mereka berdua mengayuh basikal, suasana antara mereka berdua senyap sunyi saja tanpa sebarang suara.

Muaz menjeling ke arah Balqis yang berwajah sedih. Tak sangka pula Balqis memang benar-benar ada hati pada bekas ustaz mereka itu. Sangkanya Balqis hanya main-main sahaja. Biasalah orang perempuan. Nampak lelaki hensem je mula menggelitis serupa cacing kerawit. Geram je tengok.

"Eh? Asal banyak sangat kasut depan rumah ni?" Berkerut wajah Balqis apabila beberapa pasang kasut tersusun elok di depan pintu rumahnya. Dia turun daripada basikal.

Muaz yang terdengar turut menjenguk sama. Dia juga membuat reaksi yang sama seperti Balqis.

"Eh, ni kasut umi dengan abi aku. Abang Muiz pun ada? Diorang buat apa dekat rumah kau ni?" Soal Muaz dengan kehairanan.

"Ha'ah memang aku tahu pun apa diorang buat dekat rumah abah. Memang aku ahli nujum pun." Jeling Balqis dengan tajam.

Muaz tersengih.

Sikit-sikit nak marah. Heleh....

"Assalamualaikum...." Ucap Balqis sebelum masuk ke dalam rumah yang sememangnya pintu terbuka luas.

Muaz turut masuk sama memandangkan ahli keluarganya semua berada di sini. Nak balik rumah mana ada orang. Kunci rumah pun dia tak ada nak masuk.

"Waalaikumsalam, hah balik pun Balqis. Muaz pun ada sekali? Elok sangatlah kamu berdua ada sama. Meh sini meh." Gamit Puan Hajah Rushda pada mereka berdua.

Makin pelik Balqis dan Muaz apabila semua pasang mata tertumpu lada mereka berdua. Aihh, ada apa-apa ke ni?

"Umi, abi dengan Along buat apa dekat rumah Balqis?" Soal Muaz dengan nada yang perlahan sebaik sahaja duduk di sebelah Muiz.

"Nak masuk minang." Jawab Muiz selamba. Wajahnya masih kekal tenang.

"Masuk minang siapa?" Soal Muaz dengan wajah yang blur. Setahunya keluarga Puan Hajah Rushda hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja. Balqis.

Kejap.

Masuk minang? Balqis?

Barulah sel-sel otaknya berhubung antara satu sama lain. Membulat matanya. Jangan cakap....

Muiz tersengih melihat wajah Muaz yang terkejut beruk itu. Hahahaha lambat betul!

Muaz melihat abangnya dan Balqis silih berganti. Dia perasan Muiz asyik melihat ke arah Balqis dengan senyuman. Entah kenapa hatinya terasa sakit.

Kecewa?

Ya!

Dia kecewa tapi dia redha andai abangnya mahu berkahwin dengan Balqis. Wajahnya sedikit berubah muram.

"Memandangkan pihak perempuan dan lelaki dah ada ni. Izinkan saya teruskan perbincangan kita ni ya." Tutur Haji Hamid yang merupakan suami kepada Puan Hajah Rushda dan abah kepada Balqis.

Balqis berkerut tidak faham.

"Umi, ada apa ni?" Entah kenapa hatinya terasa berdebar-debar. Dia melihat Muaz yang hanya diam membisu di tepi abang lelaki itu.

"Balqis sayang umi dengan abah tak?" Soal Puan Hajah Rushda dengan senyuman manisnya. Wajah Balqis di elus lembut.

"Mestilah sayang. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?" Wajah Balqis makin berkerut tidak faham.

"Dengar apa yang umi nak sampaikan ni. Perkara ni perkara yang besar dan umi serta abah harap Balqis terima dengan lapang dada, boleh?"

"Insyaa Allah, perkara apa tu?"

"Umi dan abah masuk meminang untuk Balqis dan Muaz." Jawab Puan Hajah Rushda dengan nada yang lembut.

Balqis ternganga.

Muaz terkedu.

Mereka saling bertentang mata.

Ehhhh

Ehhhh

Ehhhh?

"Apa? Masuk minang? Balqis dengan Muaz?" Wajah Muaz yang blur itu dipandang. What?

Muaz memandang wajah Muiz yang tersengih-sengih padanya.

"Aku ingatkan umi dengan abi nak masuk minang untuk kau, Along." Kata Muaz yang masih blur itu.

"Otak kau, awek aku nak campak mana?" Ishhh, gila! Memang taklah dia nak berpisah dengan kekasih hatinya. Mahu meroyan kekasihnya itu apabila dengar yang dia akan berkahwin dengan perempuan pilihan keluarganya. Eh, tidak sama sekali!

"Eh lupa kau dah ada awek hahahaha...." Muaz menutup mulutnya daripada ketawa kuat. Lupa pula abangnya itu sudah berpunya.

Muiz mencebik. Muda-muda dah pelupa.

Muaz mengerling ke arah Balqis sekilas. Jelas ketara wajah itu penuh kejutan. Dia melepas keluhan kecil. Dia yakin Balqis tidak akan menerima dirinya.

"Tapi umi Balqis muda lagi. Baru 15 tahun. Muaz pun sama. Mana cukup syarat nak kahwin lagi." Bantah Balqis.

Gila ke apa?

Puan Asma dan Encik Sa'ad hanya diam sahaja tidak mahu masuk campur. Mereka berdua faham kenapa sahabat mereka ingin mengahwinkan mereka berdua dalam usia yang masih mentah.

"Abah faham Balqis tak bersedia untuk berkahwin tapi apa yang umi dan abah buat ni semuanya untuk kebaikan Balqis sendiri. Pernah ke umi dan abah buat sesuatu yang Balqis tak suka? Takde kan? Malah kami buat yang terbaik untuk Balqis sendiri. Balqis tak percaya pada umi dan abah?" Giliran Haji Hamid pula bersuara pada anak gadisnya itu. Dia tahu mahu atau tidak Balqis tetap akan menuruti segala kemahuan mereka berdua.

Lama mereka diam tidak bersuara.

"Boleh bagi Balqis ruang dan masa? Sekurang-kurangnya lepas PT3?" Tutur Balqis dengan perlahan. Dia tidak sampai hati mahu menolak kemahuan umi dan abahnya tetapi dalam masa yang sama dia perlukan masa dan ruang untuk fikir sehabis yang mungkin. Ini soal hidupnya bukan orang lain.

"Takpe apa pun keputusan Balqis, kami terima dengan lapang dada." Jawab Puan Asma dengan senyuman. Dia bukanlah orang yang suka memaksa. Andai Balqis menolak itu hak gadis itu sendiri.

"Kalau macam tu kami minta diri untuk pulang dulu ya. Terima kasih Hamid dan Rushda ajak kami bertandang ke rumah. Semoga murah rezeki kau sekeluarga." Tutur Encik Sa'ad sambil bersalaman dengan Haji Hamid.

"Sama-sama, semoga doa itu berbalik pada kau sekeluarga juga. Maaflah ambil masa korang berdua." Balas Haji Hamid pula.

Mereka berempat pun pulang ke rumah mereka yang hanya bersebelahan dengan rumah Haji Hamid. Dekat je.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro