IVSW 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adrinne dan Elena ingin kembali ke tempat duduk mereka setelah membeli makanan.

Tiba-tiba bahu Adrinne dilanggar kuat dari belakang lalu menyebabkan mozeralla pasta Adrinne jatuh mencium lantai.

Adrinne menahan amarahnya.

Elena terkejut. Pelajar yang berada berhampiran mereka juga terkejut. Siapakah manusia yang berani melanggar hotstuff sekolah ni. Fuh berani mati.

Nana muncul di hadapan Adrinne sambil jarinya memintal-mintal hujung rambutnya.

"Woi minah" tengking Nana. Bahu Adrinne ditolak.

"Apa masalah kau sial?" swear Adrinne.

Nana ini sudah lama mahu makan penumbuknya. Teringat kembali semasa Nana menghina karyanya di wattpad. Alih-alih gadis itu kena report oleh salah seorang pembaca ceritanya.

"Kau tu yang kenapa. Aku dengar Fisya ada bagitahu aku yang dia nampak kau dengan Haqiem dekat belakang sekolah." Ujar Nana.

Rata-rata berada di situ terkejut.

"Excuse me Miss Nana, aku tak ada masa la nak dating dengan pakwe orang. Apa class jadi madu kau?" balas Adrinne panas.

Nana mengipas mukanya. Terasa bahang pula.

1

2

3

Terus sahaja Nana menarik kuat rambut Adrinne lalu nenyebabkan gadis itu memengang kolar baju Nana.

Meanwhile

Terkejut mereka dengan jeritan itu.

"Asal tu?" Soal Shah lalu menahan seorang junior.

"Kak Ad dengan Kak Nana gaduh. Kak Nana jatukan makanan Kak Ad dulu" ceritanya.

"Ouh thanks" ucap Shah lalu membiarkan pelajar itu pergi.

"Ouh Nana dengan Ad—" Tutur Haqiem selamba. Sedangkan dia tidak menyedari bahawa yang bergaduh itu awek dan kawannya.

Pffftttt

Mata Haqiem membulat. Lasagna tersembur pada muka Dee. Manakala Shah yang sedang menghabiskan minumannya tersembur pada muka Izz.

"Yah Haqiem Adrian!" jerit Dee.

"Yah Tengku Shah Irham!" kata Izz geram.

"Weyh Nana dengan Ad, cepat la" terus dia menepuk-nepuk bahu Shah.

Muka Dee memerah menahan marah. Izz pula hilang kata-kata dan menahan tawanya kerana Dee disembur dengan makanan.

Dia mencapai tisu lalu diberikan kepada Dee.

"Sabar ye Dee. Nanti kita sama-sama buli diaorang" kata Izz mahu gelak tetapi ditahan takut dia akan disembur pula buat kali kedua.

Manakala Haqiem dan Shah sudah masuk ke dalam lautan pelajar yang sedang berkumpul mengelilingi Adrinne dan Nana.

'Mati kau nanti Haqiem'

"Tepi. Tepi" kata Haqiem meminta laluan lalu mencelah antara pelajar-pelajar yang berkumpul itu.

Mata Shah dan Haqiem membulat.

Kelihatan Nana sedia untuk menampar Adrinne. Tetapi rambut Adrinne tidak dilepaskan lagi.

"STOP" Haqiem terus menahan tangan Nana.

"You tak malu ke Nana? Hah" marah Haqiem. Rambut Adrinne dilepaskan.

"You nak back up dia kenapa?" Hambur Nana.

"Adab mana adab? Dia senior kau kot" celah Elena.

Nana menghantar death glare.

"Kau jangan nak semak Elena. Kau ingat aku tak tahu kau pun ikut semak nak dekat Haqiem kan" marahnya.

Seketika, Izz dan Dee tiba di situ untuk menyaksikan pergaduhan tersebut.

"Enough Nana disebabkan you ragu-ragu kita putus je la macam. Now we're over" Haqiem memberikan kata putus lalu pergi dari lautan pelajar itu.

"Haqiem. Haqiem" jerit Nana.

Tetapi tidak diendahkan.

Rata-rata pelajar yang berada di situ terkejut.

Adrinne tersenyum.

Nana memandangnya benci.

"Puas— puas kau. Sebab kau Haqiem tinggalkan aku" Getus Nana.

"Huh. Tak payah acah setia sangat la perempuan. Setakat playgirl macam kau senang je nak cari pengganti. Kalau dah ada genetik playgirl memang tak lari la" balas Adrinne.

"Kau eiii" jari telunjuknya ditala ke batang hidung Adrinne.

Segera Adrinne menepisnya.

"Sedar diri kau tu sikit. Kau tak layak untuk Haqiem. So daa" bahu Nana ditolak berkali-kali sebelum Adrinne juga pergi dan diikuti dengan yang lain.

Gosip panas itu mula heboh.

'Haqiem putus dengan Nana gara-gara Adrinne'

Adrinne masuk ke dalam kelas dengan muka bengang.

Beberapa minit kemudian, Izz pula masuk ke dalam kelas. Sempat dia mengerling ke arah musuhnya di sebelah.

BAM

Satu kelas terkejut dengan bunyi itu.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro