Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Media: Alya Batrisya

KRIM segar diputar sehingga kental kemudian diletakkan ke tepi. Bekas lain diambil untuk memutar butter dan gula halus sehingga kembang dan berkrim. Coklat pahit yang sudah dimasak dicampurkan secara double boil. Kemudian semua bahan digaul rata.

Bibir Isya mula bernyanyi perlahan. Baginya, untuk menghasilkan sesuatu resepi yang sedap haruslah disertai dengan mood gembira. Dek kerana nyanyian itu membuatkan Izzah menapak ke arah dapur.

"Amboi, seronoknya kau menyanyi. Dapat laki tua nanti tak tahu," tegur Izzah.

"Eleh! Mitos tu bukannya betul pun. Jodoh tu dekat tangan Tuhan! Kau tu datang sini kenapa? Nak kerja dengan kuli sekali ke?" balas Isya.

"Tengkorak kau. Aku saja nak jenguk anak-anak buah aku bekerja. Kan nanti ada yang curi tulang pula. Tak pasal-pasal lingkup bakeri aku."

"Ceh. Dah kaunter depan tu siapa jaga?"

"Zara. Kenapa?"

"Tak ada apa. Nanti kalau kau pergi depan, tolong panggilkan sekali budak Elina suruh datang kat dapur ni. Aku nak suruh dia tolong aku decorate kek ni," arah Isya selamba.

"Panggil lah sendiri. Aku banyak kerja nak buat ni. Nak pergi cek stok barang kejap."

"Hampeh punya bos lah kau ni." Gumam Isya perlahan.

"Kau cakap aku apa? Kau cakap aku hampeh? Okey, potong gaji," ugut Izzah.

"Eh tak tak tak! Aku cakap kau bos yang paling humble yang pernah aku jumpa." Isya kemudian ketawa buat-buat. Tajam betul telinga. Semua benda dengar!

KERETA Adhwa berhenti betul-betul di hadapan sebuah kedai kek. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini. Itu pun gara-gara mamanya yang paksa. Tujuannya hanya satu. Lantak lah apa nak jadi, jadi lah. Yang penting sekarang adalah kebahagiaan mamanya yang perlu diutamakan.

Kaca mata hitam yang terletak elok di atas hidung ditanggalkan. Lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Adhwa membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih rapi. Nak jumpa calon isteri kena lah hensem-hensem!

Setelah yakin dengan penampilan sendiri, Adhwa mulai keluar dari kereta. Tanpa membuang masa, langkah segera diatur masuk ke dalam bakeri. Matanya meliar memerhati ke segenap sudut. Mencari susuk tubuh si gadis itu. Tapi dimanakah dia? Kakinya kemudian mengatur langkah ke arah kaunter apabila melihat seseorang di situ.

"Excuse me."

"Yes. Encik nak pesan apa?" soal Zara yang ketika itu sedang bertugas menjaga kaunter.

"No, thanks. Saya datang sini nak jumpa Alya Batrisya," balas Adhwa, ramah. Enggan membuang masa.

"Oh, Cik Isya. Dia ada kat belakang. Sekejap, saya panggilkan," balas Zara kembali. Kemudian susuk tubuh itu menghilang dari kaunter. Selang beberapa minit kemudian, gadis itu kembali semula bersama orang yang dia panggil dari arah dapur.

"Awak?"

Kuat suara itu menegur sekaligus membuatkan Adhwa yang sedang menunggu terus saja berpaling. Dia menghampiri Isya dan tanpa isyarat lengan gadis itu ditariknya.

"Ikut aku."

"Eh, apa hal pula? Saya tak ada apa-apa urusan pun dengan awak lah," balas Isya pula. Ditarik semula lengannya, namun gagal. Kuat betul genggaman monster hensem ini.

"Kenapa ni, Isya? Siapa ni?" Izzah pula datang menyapa tatkala mendengar kekecohan di bahagian kaunter.

"Dia nak suruh aku..."

"Awak bos dia ke?" sampuk Adhwa. Tumpuan mulai beredar dari Isya, dan kini pada orang disebelah Isya pula. Izzah kemudian teragak-agak mengangguk.

"Boleh saya pinjam dia sekejap? Saya ada urusan dengan dia. Nanti saya hantar dia balik."

"Sure! Tapi, jangan lama-lama," pesan Izzah. Dipandang dari atas hingga bawah lelaki itu. Hensem betul!

Lengan Isya kemudian ditarik Adhwa agar mengikutnya. Terkebil-kebil Isya mengikut jejak lelaki itu dari belakang. Sampai saja di parkir kereta, barulah lengannya dilepaskan. Dia terkaku di hadapan kereta.

"Asal kau tercegat kat situ? Masuk lah! Panas ni!" Terhenjut tubuh Isya dek kerana terkejut dengan jerkahan itu. Namun, dia tetap tidak berganjak dari situ.

"Kenapa saya kena ikut awak? Awak nak bawa saya pergi mana? Nak culik saya ke apa?" Isya menyoal berani sambil berpeluk tubuh. Entah kemana dirinya bakal dibawa. Seram!

"Banyak tanyalah kau ni. Masuk aje dulu. Nanti aku bagitahu."

Isya terus mengecilkan matanya memandang lelaki yang sudahpun masuk ke dalam kereta, meninggalkan dia di luar. Ish, kasar betul jawapan. Ni sah tak boleh buat calon suami. Tak sweet langsung! Dia menghentak kaki perlahan sebelum masuk ke tempat duduk penumpang.

Pintu kereta ditutup. Isya membetulkan duduk. Tali pinggang dicapai dan dipakainya. Saat dia tertoleh ke kanan, bebola matanya bertembung dengan sepasang mata Adhwa yang kebetulan sedang merenung ke arahnya.

Zup!

Bagaikan ada sesuatu yang masuk ke dalam hati. Jantung Isya tiba-tiba berdegup pantas. Serta-merta dia mengalihkan pandangan. Ya Allah jantung, dah kenapa kau berdegup ni?

Adhwa pula yang menyedari akan perbuatannya tadi mula berasa malu. Dia berdehem perlahan. Mata terarah semula ke hadapan. Enjin kereta mula dihidupkan.

"Aku nak bawa kau jumpa mama aku."

Oh! Sudah dapat diagak. Pasti berkaitan dengan Puan Marissa. Kalau tak, masakan lelaki ini mahu mencarinya sampai ke sini. Tapi manalah tahu mamat ni masih berdendam pasal kes telefon hari tu ke?

Kereta mula bergerak meninggalkan bakeri. Dalam perjalanan, hanya bunyi radio sahaja kedengaran memecah kesunyian. Sempat juga kadang-kadang Isya mengerling ke sisi. Curi-curi tengok pemuda di sebelah ini memandu. Hensem pula mamat ni. Sangat iras-iras Andrea Denver!

Tiba-tiba kereta mula bergerak perlahan sebelum berhenti di sebuah kawasan lapang. Mata Isya melilau ke sekeliling. Eh, dah kenapa pulak berhenti kat sini? Baru sahaja Isya hendak membuka mulut, lelaki itu sudah berpusing menghadapnya.

"Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau."

"Err... apa dia?" Berdebar-debar Isya menanti jawapan dari jejaka itu. Entah apa lah yang dimahukan.

"Kahwin dengan aku!"

"Hah?!" Membulat mata Isya buat seketika. Okey, ni sumpah terkejut!

"Awak merepek apa ni? Nak bergurau pun agak-agaklah. Saya ni tengah banyak kerja tau." Isya menjawab pantas. Langsung tidak terduga dengan ayat yang dilontarkan tadi.

"Tak! Aku tak bergurau. Aku serius. Aku nak kahwin dengan kau." Terkelip-kelip Isya menatap wajah serius Adhwa. Mulutnya terasa kaku hendak dibuka. Seketika mereka berpandangan sesama sendiri.

"Aku tengah mimpi ke ni?" Isya menyoal diri sendiri. Kedua-dua belah pipinya pula ditampar kuat tiba-tiba. Alamak, bukan mimpi!

"Aku tak main-main. Kau tak boleh lari. Kau kena kahwin dengan aku." Adhwa menepis tangan gadis itu dari menampar pipi sendiri. Melopong seketika mulut Isya setelah itu.

"Awak dah gila ke? Kita tak saling kenal each other. How can we want to get married?"

"Nonsense. Saya nak balik!" Isya berura-ura ingin membuka pintu kereta. Namun, sempat dihalang pantas oleh Adhwa.

"Hey Isya, dengar dulu. Ya, aku tahu kau rasa semua ni mengarut. Aku pun rasa benda yang sama. And yes, both of us doesnt know each other."

"Habistu kenapa ajak saya kahwin?" soal Isya lagi. Ingin tahu.

"Sebab mama."

"Sebab auntie?" Dahi Isya berkerut. Tidak faham.

"Mama aku yang beria sangat suruh aku kahwin dengan kau. Aku sendiri pun tak boleh nak terima semua ni. Apatah lagi kau, kan? Tapi aku kena setuju juga sebab aku tak ada pilihan." Luah Adhwa sejujurnya.

"Kenapa awak tak tolak?"

"Aku dah cuba bantah. Tapi mama aku tetap paksa suruh kahwin dengan kau."

"Jadi, apa yang awak nak suruh saya buat? Bagitahu auntie yang saya tak setuju? Macam tu?" Bertalu Isya menyoal. Rasanya dah dapat agak rancangan lelaki itu.

"No. Aku nak kau terima."

"What?!" Terjerit Isya mendengar jawapan itu. Okey, ni pelik. Tadi kata tak setuju, tapi tiba-tiba ajak orang suruh terima pula. Pening betul!

"Tapi kenapa saya? I mean kenapa mama awak pilih saya? Mesti kenalan mama awak dah ramai kan? Kenapa tak cari aje?"

"Itu yang aku pelik. Dalam banyak-banyak kenalan dia, perempuan macam kau juga yang dia berkenan. Tak faham aku."

"Amboi! Lebih-lebih kutuk nampak."

Isya mula mengecilkan mata.

"So, sekarang nak terima ke tak nak?" Adhwa menyoal lagi, tidak mempedulikan pandangan gadis itu. Riaknya masih seperti biasa, tiada riak.

"Kalau saya tak nak?" Isya sekadar menduga.

"Aku akan tinggalkan kau kat sini sorang-sorang. Biar kau balik jalan kaki sendiri. Tak pun biar kena culik!"

"Kejamnya." Kepala Isya tergeleng berkali. Ada ke patut nak tinggal dirinya bersendirian disini.

"Aku memang kejam. Kau yang belum kenal lagi aku."

"Saya ada pilihan lain tak?"

"Tak ada. Just accept it. Kalau tak, aku tak nak hantar kau balik," balas Adhwa dalam nada agak tegas.

"Ish!" Isya berpeluk tubuh memandang ke hadapan. Dah kenapa nak paksa-paksa orang pula!

"Kenapa susah sangat nak setuju? Ke... kau dah ada boyfriend?" soal Adhwa saat wajah gadis itu bertukar muram.

"Tak ada," jawab Isya sebaris.

"Dahtu. Terima ajelah!"

Mata Isya mengecil sekali lagi saat mendengar jawapan lelaki itu yang selamba saja memaksanya. Langsung tak ada perasaan malu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro