beautiful dream - 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Part 1 : A Beautiful Dream

Naura Isyq's

Aku angkat kepala memandang ke arah luar tingkap Kafe Secret Recipe. Hujan lebat yang membasahi bumi Kepala Batas ini buatkan aku lupa seketika tentang masalah dunia. Lupa seketika yang aku datang kafe ini bukan seorang diri. Datang berteman.

"Amboi, jauhnya termenung! Fikir tentang apa? Zafran?" sakat Laila sambil menolak-nolak lenganku yang berada du atas meja. Aku jeling Laila sedas. Apa ni tolak-tolak orang? Ingat apa?

"Kantoilah teringat dekat Aysar Zafran." usik Laila lagi. Tiba-tiba Laila gelak kuat kalah hantu Kak Limah. Aduh, Daud. Tengoklah girlfriend kau ni. Tolong kutip letak tepi jalan please!

"Mana ada! Aku teringat dekat Alina macam mana ya dia sekarang ni?" kataku cuba ubah topik. Walhal sebenarnya aku memang teringat dekat Aysar Zafran. Haha!

Laila hanya diam sambil senyum misteri. "Eleh, tak nak mengaku. Takpa Naura. Aku faham perasaan kau." kata Laila sambil berpura-pura mengelap air matanya.

Sedih tak terkata.

"Diam la Daud!" bidasku balik sebelum tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Eh, bukan Daud la. Naim, kan? Kan Naim, kan?" sakat aku sebelum ketawa seronok melihat wajah Laila yang sudah berubah cemberut. Sebenarnya Daud dulu dia suka Laila. Laila suka dia balik. Sekarang, Naim pula suka dia. Hanya tunggu masa untuk si Laila suka dekat Naim balik. Ha, gitu!

"Kepala hotak kau! Tak nak la aku dekat Naim tu. Tapi, apa salahnya kan? Haha!" balas Laila sambil membuat muka innocent. Muka dia buat aku rasa nak sepak.

Sedang seronok aku melihat Laila gelak tak ingat dunia tiba-tiba notifikasi telefon aku menjerit nyaring.

Mesej daripada Mr Beast.

Spontan bibirku mengukir senyum.

"Tersengih-sengih. Mesti tu Zafran kan?" soal Laila. Aku pandang Laila seketika sebelum kembali memandang telefon aku. Soalan dia tadi aku biarkan tidak berjawab.

Saja. Malas nak cakap.

Orang tua-tua kata diam tandanya setuju. Jadi aku dah diamkan diri aku sebagai jawapan untuk persoalan dia.

Mesej dari Zafran aku tekan lalu terus membawa aku ke dalam aplikasi WhatsApp.

Naura, we need to talk.

Aku kerut dahi. Pandang Laila yang masih setia memandang aku. Wajahnya masih menanti jawapan dariku. Aku kembali fokus ke arah telefonku. Jari-jemariku laju menaip sesuatu. Belum sempat aku hantar, mesej baru dari Zafran.

Kau dekat mana?

Aku kembali menaip. Serius betul riak wajahku ketika ini. Aku tekan butang hantar. Nampak Zafran sekarang ni pun seperti serius sahaja walaupun tidak nampak depan-depan.

Secret Recipe. Nak jumpa dekat mana?

Aku menanti. Beberapa saat kemudian dua mesej baru masuk.

Tunggu. Kejap lagi aku sampai.

Kau dengan siapa sekarang ni?

Aku pandang Laila. Laila pandang aku sambil angkat kedua belah kening dia. Aku hanya tayang sengih.

Dengan Laila. Kenapa?

Aku hantar mesej yang aku baru tulis. Lama jugalah Zafran menyepi walaupun masih online. Dua minit kemudian baru ada mesej baru dari lelaki itu.

Kau halau dia kejap.

Aku ternganga. Separuh tidak sangka separuh lagi nak tergelak. Ada ka patut dia suruh aku halau Laila ni? Aku sengih lagi.

"Asal? Tersengih-sengih." soal Laila sambil menghirup air limau asam boinya. Geram dengan aku la tu.

"Zafran nak jumpa aku. Dia datang sini kejap lagi. Dia suruh aku halau kau!" kataku kepada Laila. Terus Laila pandang aku tajam.

"Apahal nak halau aku pulak?" marah Laila. Naik oktaf suara dia. Habis satu kafe ni bergema dengan suara nyaring Laila. Semua pelanggan mengalihkan pandangan ke arah kami. Saat ini aku dah tak mengaku yang Laila itu kawan aku. Haha!

"Slow sikit suara kau lah!" Aku marah Laila balik dalam keadaan aku sembamkan wajahku ke atas meja. Tidak mahu bagi khalayak tahu yang aku ni berkawan dengan Laila. Viral nanti anaya!

"Tolonglah keluar kejap. Pergi lepak McD ka, KFC ka, Pizza Hut ka." kataku merayu sambil kelip-kelip mata pandang Laila. Muka aku bagi secomel mungkin. Harap dia tewas.

Laila juling matanya je atas. "Ok lah. Aku keluar. Tapi aku lepak area ni ja. Agak-agak dah lima belas minit aku datang sini balik aku halau Zafran tu pula. No kompromi. Aku tak nak maksiat berleluasa kat dalam ni. Bye!" ujar Laila sebelum berlalu pergi keluar dari kafe ini. Aku tahu lah halal haram.

Kalau kes aku dengan Zafran ni haram menuju halal. Ha, gitu!

Tinggallah aku seorang diri menanti kehadiran Aysar Zafran.

Aku dah halau Laila.

Aku gelak dengan mesej yang aku hantar. Beberapa saat kemudian Zafran membalas ' noted '. Dua minit kemudian kedengaran pintu kafe dikuak. Nampak kelibat seorang lelaki memakai jaket serta topi keledar memasuki ruangan kafe itu.

Helmet dibuka lalu tersergam indah wajah kacak Aysar Zafran. Nampak mata Zafran seperti tercari-cari sesuatu. Aku melambai dari jauh. Zafran nampak aku terus dia menapak mendekati aku. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan duduk bertentangan dengan aku. Tempat Laila tadi.

"Kenapa nak jumpa? Macam penting ja." kataku sebagai mukadimah. Entah kenapa aku rasa berdebar. Hati rasa tak sedap lain macam.

"I'm sorry Naura. I lied to you." kata Zafran perlahan. Aku tergamam. Tipu? Apa yang dia dah tipu aku? Peluh mula menitik di dahi walaupun aku berada di dalam ruangan yang cukup alat pendingin hawa aku tapi tetap rasa panas.

Nampak Zafran tarik nafas panjang. Nampak besar betul benda yang dia dah tipu aku. Aku masih diam. Menanti dia memberitahuku perkara sebenar.

"Saya bukan Aysar Zafran."

Bom!

Aku terpanar.

***

050324

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro