beautiful dream - 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Part 1 : A Beautiful Dream

Naura Isyq's

"Kau follow tak instagram dinding?" soal Alina tiba-tiba. Kepala digelengkan tanda menjawab soalan Alina.

Mata Alina terbuntang luas. "Serius lah kau tak follow dia?" soal Alina tidak percaya. Mungkin dia tak expect kot sebab kami dah tiga tahun satu kelas. Tak terdetik langsung aku nak tekan butang follow dekat profil instagram Zafran. Aku memang takkan tekan sebab aku takut. Takut nak tekan sebab aku memang tak nak tekan.

Sebab minggu lepas, Irdina, Balqis dengan aku duduk dalam kelas sebab nak buat kerja sekolah. Dalam kelas pula masa tu ada Ahmad dengan Harith.

Nak dijadikan cerita lah, si Balqis tu mulut dia terlebih ramah pergi tanya Ahmad buatkan mulut aku melopong sesaat.

"Zafran ada orang tak?" Serius aku rasa nak hempuk kepala Balqis. Suka hati makcik dia ja pergi tanya soalan tu. Lebih seram bila aku nampak Ahmad senyum dengan soalan Balqis.

"Tau la ada orang suka dia pun." Ahmad senyum sambil anak matanya merenung aku. Tipulah aku cakap yang aku tak cuak kan? Aku rasa semua budak lelaki dalam kelas aku dah tahu pasal benda ni. Lebih kronik lagi Zafran sendiri dah tahu! Tapi, aku tak kesah sangat pun kalau dia tahu sebab aku tahu aku ni macam mana. Aku takkan buat apa-apa tindakan.

Better single than couple!

"Naura, aku cau dulu." kata Alina. Aku mengangguk sebelum figura Alina menapak keluar dari kelas. Kini, tinggalah aku, Irdina dan Insyirah. Oh, Zafran ada jugak sebenarnya. Tipulah aku cakap aku tak happy. Yes! I'm happy. Tapi kena kawal lah. Nanti Zafran lari. Haha!

"Naura, jom balik." kata Irdina sambil tengah bersiap mengemas. Insyirah pun tengah kemas jugak. Eh, kebetulan aku nampak member-member Zafran pun tengah berkemas nak balik asrama jugak! Alahai, jodoh!

"Naura, cepat lah!" Irdina marah aku. Aku sengih kemudian angkat tangan tanda suruh mereka tunggu. Siap berkemas aku menuju ke arah pintu keluar kelas. Dari luar kelas aku nampak kipas kelas tak tutup. Aku masuk kembali untuk tutup suis kipas. Sekali lagi aku suruh Irdina dan Insyirah tunggu aku.

Baru sahaja aku nak pergi tutup kipas aku nampak ada satu tangan panjang berada di atas suis. Tangan Aysar Zafran. Aku tergamam seketika. Mata kami bertemu. Wajahku pula saat ini mahu naik suhu. Aku cepat-cepat kembali ke dunia realiti. Takut nanti Zafran cop aku ni gila sebab terkaku bila nampak dia. Anaya!

Aku ingatkan dia dah balik asrama!

"Tutup sat." kataku sambil menahan perasaan malu.

Aku nampak hujung bibir Zafran naik. Dia senyum. Senyum kat aku.

Senyum kat aku?

"Tutup eh?" katanya lembut dan itu kali pertama aku bercakap dengan dia dan dia bercakap dengan aku. Aku mengangguk sebelum berpatah balik mendekati Irdina dan Insyirah. Aku senyap tidak bersuara. Walaupun hanya dua patah perkataan sahaja mampu untuk membuatkan aku blushing dari tingkat tiga bangunan sekolah, stop blushing kejap bila aku dan Zafran bertemu si satu selekoh. Sambung blushing balik sampai balik asrama.

Dia senyum dekat aku.

Dia senyum dekat aku!

Petang itu aku tidur bermimpikan Zafran yang tersenyum indah memandang aku.

***

010324

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro