beautiful dream - 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Part 1 : A Beautiful Dream

Naura Isyq's

Pindah.

Itulah perkataan yang buat aku dah tak rasa semangat. Tak lagi kental untuk berjuang lagi dua tahun di sekolah ini. Terkejut aku rasa lepas dapat tahu Zafran pindah sekolah selepas cuti seminggu. Dia pindah atas alasan kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Aku dapat nak bayangkan masuk-masuk sekolah Zafran dah tiada. Aku macam, aku ni bukannya mengada lebih. Aku cuma sedikit terkilan sebab dia pindah. Tipulah aku cakap yang aku tak sedih lepas aku dengar berita ni. Dia seolah-olah separuh semangat aku ikut Zafran pindah sekali. Sakit hati aku.

Selama seminggu juga aku bertapa seorang diri. Diri aku selama seminggu tiada Aysar Zafran ibarat patung yang bergerak. Alina juga tumpang simpati dengan aku walaupun aku tak perlukan simpati sesiapa. Aku ni ja yang beria.

Tidak mengapa. Biarlah aku beria dulu untuk beberapa hari. Lepas ni aku akan kembali ke alam realiti semula.

Muhammad Aysar Zafran. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku walaupun cuma sebentar.

Betul la orang kata, jangan pernah letak harapan terlalu tinggi. Nanti bila kau jatuh, kau akan terus jatuh lebih dalam ke bawah.

Aku cuma harap satu benda.

Harap kita jumpa lagi di masa akan datang.

Tidak kisah la disini ataupun di alam sana.

Till we meet again, in the best version of us, Zafran.

// a beautiful dream //

"He's the one that I love to hate everyday."

Lapan tahun kemudian . . .

Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Alhamdulillah aku sudah berjaya menamatkan pengajian aku di dalam ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak.

Jangan cakap yang korang dah lupa siapa aku. Aku ni Naura Isyq Binti Nor Aizat. Ya, kita masih di dalam cerita yang sama. Haha! Bosan!

Selama lapan tahun ini syukur aku membesar dengan baik dan sihat. Alhamdulillah umur aku masih panjang. Tak mati lagi.

"Kak Naura! Congrats!" sergah satu-satunya adik perempuan aku, Daiyan Arabella. Adik aku ni beza tiga tahun dari aku. Jadi sekarang ni dia sudah berumur 20 tahun. Dah tua dan dah nak mati. Haha! Gurau.

"Tahniah kakak!" ujar mama kesayangan aku. Nampak wanita separuh abad itu buatkan aku berasa sebak. Kalau bukan kerana dia, aku tidak akan berada disini untuk terus mengejar impian aku. Kalau bukan kerana dia, aku takkan mampu untuk belajar sampai habis. Terus tubuh mama aku peluk seeratnya.

"Terima kasih, mama." ujarku sambil menahan sebak. Aku sayang sangat mamaku. Terima kasih sebab lahirkan kakak, besarkan kakak. Terima kasih untuk segalanya, mama.

Aku leraikan pelukan. Pandang pula wajah berusia abahku. Aku senyum sebelum tubuh lelaki itu pula yang aku peluk erat.

"Tahniah anak abah." Aku dah tak dapat tahan rasa sebakku. Terus aku tarik tangan mamaku untuk sama-sama berpelukan.

Bella dan lagi dua orang adik lelakiku berpandangan sesama mereka. Perlahan bibir masing-masing mula mengukir senyum penuh makna.

"Family hug!" jerit Fathi, adik bongsu aku sebelum lelaki itu menarik lengan Bella dan Adyan. Mereka bertiga merapati kami tiga beranak sebelum turut sama memeluk kami.

Tiada apa lagi yang mampu menggembirakan aku selain bersama dengan keluarga aku. Aku gembira dengan adanya mereka.

Abah yang protective.

Mama yang penyayang.

Bella yang sewel.

Adyan dan Fathi yang sporting.

Terima kasih sekali lagi sebab lengkapkan hidup Naura.

Terima kasih untuk segalanya.

***

020324

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro