Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"So, let me start the session today by introducing myself. My name is Izi Muhammad Nazrein bin Muhammad Arbaie. Just call me Nazrein  je for short. You guys may expect to see my face for three days non-consecutively. You guys will see me today and the last two days of your training period sebab soft-skills pun I yang akan buat..."

Kerja aku boleh dikatakan kerja yang sama berulang-kali. Cuma muka yang aku akan lihat hari-hari akan berbeza. Kebiasaannya akan aku melakukan latihan kepada pekerja-pekerja baru di syarikat outsourcing ini. Kalau pekerja customer service, aku akan ajar tentang soft skills dan kalau untuk content moderation atau data entry, aku akan ajar tentang etika berkerja.

Take it as Pendidikan Moral versi korporat.

"Ada sesiapa nak tanya saya soalan?"

"Nazrien dah kahwin ke?" Seorang peserta perempuan bertanya kepadaku. Rakan di sebelahnya sudah tersipu malu.

Bukan nak berlagak tapi bukan kali pertama dan semestinya bukan kali terakhir.

"Tak ada rancang pun lagi. Calon pun tak ada." Jangan kata nak ada girlfriend, boyfriend ada pun kena tinggal.

Cara aku conduct training mungkin berbeza dengan orang lain. Aku sangatlah tak tegas. Padaku, effective communication is more important among others. Mungkin sebab itu ada batch yang aku conduct even months ago still ingat pada aku.

Memandangkan kerja aku memerlukan aku untuk bertemu ramai orang yang berbeza-beza setiap hari, makanya memang penampilan aku setiap hari macam nak pergi fashion show. Khairi (ex aku) sendiri pernah cakap yang dia rasa macam dia lupa dia couple dengan corporate trainer ke model.

Tapi itulah, kena tinggal juga.

Semasa aku menyuruh peserta-peserta itu untuk membuat ice-breaking di dalam satu kumpulan, tiba-tiba pintu bilik mesyuarat itu diketuk. Kemudian, sebuah kepala yang sangat dikenali menjengul dan tersenyum.

Dua tahun lepas, aku jatuh hati sederhana pada pemilik kepala itu. Tapi sekarang, jatuh ke kaki rasa itu selepas mengenalinya dengan lebih mendalam.

Aku memelawa dia masuk dan dia menurut sahaja. Kami berbual seketika di belakang kelas itu.

"Macam mana rumah baru kau? Semua okey?"

"Okey je. Kalau bila nak melawat?"

"Nantilah aku tanya Fazura. Rasa weekend ni free kut."

"Hisy, mesti kena ada dia ke?"

"Bodoh, mestilah kena ada. Dia bini aku."

By the way, nama mamat ni Fattah. Aku panggil dia Fath dan masa mula-mula aku masuk, dia trainer aku dan aku ada HUGE CRUSH kat dia. Tapi sayangnya, dia crush pada seorang lagi peserta sama batch aku dan mereka kini berkahwin. Dan ya, mereka ini secara literalnya adalah Fattzura juga sebab Fattah dan Fazura.

Tapi lepas aku naik trainer, aku jadi rapat dengan dia dan dia tahu saja yang aku suka pada dia cumanya, dia buat bodo je tentang itu. Kerana padanya, biar sajalah aku yang bertepuk sebelah tangan.

"By the way, kau dah ada lunch belum? Fazura ada masakkan kepah masak lemak tu. Ada dia bagi aku lebih. Kau nak tak?"

"Teman aku sekali..." Aku membuat muka comel dan cuba merenyeh. DAH SINGLE KAN?!

"Mengada. Yelah. Nanti jumpa kat kafe tingkat 5 waktu lunch."

Aku memberikan senyuman menggelenyar. Dia tumbuk bahuku perlahan.

"Pergi kat Khailah."

Ketika dia menyebut nama itu, senyumanku memudar sedikit. Menyedari itu, cepat-cepat dia mengumumkan kepada kelas itu untuk meminjamku dibawa keluar sebentar sebelum dia menarik tanganku mengikutnya bersama.

"Wey, sumpah aku tak tahu. Okey tahu korang break tapi aku tak tahu pula kau still affected dengan apa yang dia buat."

"Ala, takde apanya. Actually, aku pun dah patut move on kan?"

"Takpe kalau kau belum. Faham je kan benda ni baru lagi. Kau pun dari baru grad dah couple dengan dia kan?"

Aku mengangguk sahaja. Dia menepuk belakang aku memberi sokongan.

"Jomlah lunch dengan aku, kita gosip pasal ni. Aku ada support kau, don't worrylah."

Aku senyum sahaja.

Memang ya, sesi makan tengahari itu memang banyaknya kami bergosip sahaja. Lagipun, sudah lama aku tidak makan tengahari hatta lepak berdua dengan dia. Ada sahaja aral yang melintang garis pertemuan kami berdua.

Dulu, masa isterinya masih berkerja di syarikat ini, adalah kadang-kadang dia diheret sekali untuk makan bersama sekali. Tapi memandangkan Fazura itu sedang hamil empat bulan dan sudah berhenti untuk fokus terhadap keluarga kecil mereka, maka tinggallah aku dan Fattah ini sahaja.

Jujurnya, aku memang sudah tidak ada perasaan sayang-menyayang cinta dikenang pada Fattah. Kini, aku menganggapnya lebih sebagai seorang abang. Tak lebih dari itu.

Tapi kalau satu hari nanti Fazura dah tak nak dia, mungkin aku kutip balik kut.

"Kau duduk seoranglah sekarang ni?"

Aku mengangguk.

"Takpelah weh. Nanti adalah jumpa orang baru tu. Aku sedih juga dengar kisah kau ni. Aku tahu kau sayang macam mana dengan Khai tu."

Aku senyum sahaja.

Malam itu, selepas mengemas kotak terakhir yang aku bawa dari rumah dan bekas kekasihku dulu, aku seperti tertampar memori sedikit.

Salah satu barang yang ada di situ adalah ada polaroid gambar aku dan Khai pada tahun lepas ketika sambutan hari raya. Dia yang beriya nak sangat ikut aku pulang ke kampung pada hari raya. Dia yang beriya nak kenal semua ahli keluarga aku.

Umur aku dan dia jauh sebanyak tiga tahun. Pada tahun ini, dia akan berusia 30 tahun. Dia kata pada aku yang dia tak mahu lagi main-main dengan aku dan dia merasakan dia tidak ada masa depan dengan aku lagi.

Sejujurnya, aku okey sahaja dengan alasan yang diberikannya itu. Aku tahu ianya sebuah penipuan tapi setidaknya ikhlaslah sedikit penipuan itu.

Di dalam itu juga aku terjumpa sebuah dompet yang sudah sedikit lusuh sifatnya. Aku mengambil bau dompet itu yang masih terdapat sedikit bau minyak wanginya dahulu. Aku terfikir yang samada dia masih memakai minyak wangi yang sama kerana bauan yang masih melekat itu merupakan minyak wangi yang dihadiahkan aku kepadanya.

Satu lagi barang yang menjentik memori dan emosi aku adalah sebuah teddy bear yang bersaiz besar sedikit dari tapak tangan aku. Ketika aku mula-mula kerja dahulu, aku meletakkan patung gebu itu di atas meja kerja aku. Asalkan rindu, aku tatap patung itu.

Aku ambil handphone aku dan mula mencari namanya. Aku perasan yang dia masih membenarkan aku untuk melihat gambar profilnya. Cuma status WhatsApp sahaja yang aku tak dapat lihat. Boleh jadi nombor aku dia sudah buang atau dia hide sahaja. Begitu juga di Instagram, kami masih follow satu sama lain tapi aku masih tak dapat melihat storiesnya dan dia juga tidak melihat story aku.

Mungkin aku tak reti cara untuk berhenti menyayangi seseorang. Atau mungkin juga aku yang terlebih menyayangi.

"Just between us do you remember it all too well...?"

Aku sering ternyanyi-nyanyi lirik itu setiapkali aku teringatkan dia. Setakat ini aku tak pernah lagi menangis kerana dia tapi rasa sesak nafas di dada itu semakin kuat.

Cuma aku rasa sedikit tak adil kerana pada awalnya, bukan aku yang suka pada dia dulu. Dia yang memulakan semuanya. Dia yang mula membalas story IG dan tweet aku semuanya.

He fell first but I fell harder.

This is all so unfair.

Minggu lepas, aku ada tanya kawan baik dia yang aku ingin pulangkan semua barang-barang yang dia pernah berikan pada aku. Kecewa jugalah kerana kawan dia kata yang dia ikhlaskan semua pemberian dia pada aku. Pada aku, itu lebih menyakitkan.

Memang dia sengaja nak aku teringatkan dia ke apa?

Sebelum tidur, aku simpankan semula barangan lama dia di dalam satu bilik yang aku jadikan bilik tetamu. Rasa hendak menangis itu ada tapi aku cuba gagahkan hati dan perasaan. Tak mahu terlalu terbawa-bawa.

Orang tak ingat kita, buat apa ingat orang tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro