Part 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ammar setia berada disisi Tasha yang sejak dari tadi belum sedarkan diri di wad pemantauan rapi.

Ammar bersyukur kerana menurut Doktor yang merawat Tasha,keadaannya stabil dan tiada kecederaan yang serius.

Ammar menarik nafas panjang sambil mengusap rambutnya yang serabai.Ammar tahu ketika dan saat ini dia sepatutnya berada di majlis perkahwinannya bersama Akiesya,bukan di hospital.Tapi apakan daya,dia sampai saat ini masih belum dapat sepenuhnya melupakan Tasha lagi lagi apabila dia sendiri melihat tragedi ngeri yang hampir meragut nyawa wanita yang dicintainya itu.Dia juga dalam masa yang sama merasa bersalah kepada Akiesya,si gadis polos yang telah dikhianatinya.Membatalkan perkahwinan pada hari sepatutnya berlangsung majlis perkahwinan adalah hal yang sangat dek tidak masuk akal.

Bagaimana untuk dia berdepan dengan keluarganya & Akiesya selepas ini?Dia juga masih buntu..Pokoknya selepas ini,dia akan berdepan dengan masalah yang sangat besar.Titik!

"Ammar.." suara lemah Tasha memanggil.

Ammar kembali tertumpu kepada Tasha yang kelihatan mula sedar.

"Tasha..I ada kat sini..awak rehat okay...."Ammar mendapatkan tangan Tasha dan menggenggamnya dengan erat.

Tasha mengangguk sambil tersenyum.
"Finally,Ammar kembali menjadi milik aku.."bisik Tasha dalam hati.
Ternyata perjuangannya kembali ke Malaysia semata-mata untuk membatalkan majlis perkahwinan Ammar tidak sia-sia!

Akiesya tergamam seketika,apa yang berlaku seakan-akan mimpi.Mungkinkah dia sedang bermimpi?di cubitnya berkali-kali lengannya sendiri namun masih merasa sakit.Ternyata dia harus berdepan dengan kenyataan.Kenyataan yang dia baru sahaja berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya!!

Akiesya bingkas bangun dari kerusi pelamin.

"Sorry,saya nak pergi toilet,excuse me..."Ujar Akiesya terus melangkah pergi sambil pandangannya hanya tunduk ke bawah.Tak mahu rasanya dia lama-lama berdepan dengan lelaki kasar dan egois yang berada dihadapannya saat ini.

"Haa..! Jumpa pun toilet!time time macam nilah toilet pun jadi ghaib!" bentak Akiesya dalam hati sebaik sahaja terlihat simbol arah petunjuk "washroom"selepas beberapa minit mencari arah petunjuk.

Akiesya mengunci dirinya didalam toilet.Fikirannya serabut,jantungnya dari tadi berdegup kencang seakan-akan nak terkeluar daripada tubuhnya.

"Ammar..awak kat mana....?.."bisik hatinya kecil..

Tanpa sedar airmatanya mengalir dengan deras.Maunya dia meraung sekuat-kuatnya ketika ini.

Akiesya terduduk terkulai..hilang arah tuju...patutkah dia lari?tapi hendak lari ke mana?Dia buntu...

Tok tok tok !!

"nok??Ko ada kat dalam ke tu?" Ketukan dan suara Akim memecah suasana suramnya.

Akiesya bingkas bangun membuka kunci pintu tandas.

"Ya Allah nok..apa dah jadi ni nok??.."Jerit kecil Akim sambil sambil kedua-duanya tangannya menekup mulutnya.

"nok!!yang ko  duk kat lantai toilet ni pasai apa nok?..nasib toilet hotel 5 bintang tau,kalau tak,perfume channel pun tak mampu nak hilangkan bau busuk ko nok ...ko tau tak?" Omel Akim sambil tangannya menyembur perfume channel pasar malamnya itu ke arah Akiesya .

Namun bagi Akiesya,lantai toilet tidaklah seteruk situasinya ketika ini.
Akiesya nekad,dia harus cari cara untuk keluar dari situ.

"Nok...."Akiesya memanggil Akim sambil memandang Akim dengan pandangan seribu satu makna....

"Nok..I'm out.." Ujar Akim sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda tidak setuju dengan rancangan Akiesya.

Hanya dari pandangan sahaja pun Akim sudah dapat meneka apa idea sahabat baiknya itu.

"Nok,bagi aku,hang tak boleh lari dari masalah.Ko kena percaya dengan takdir Allah SWT.Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita nak,tapi Allah bagi apa yang kita perlu..."
Pujuk Akim.

"Aku..aku buntu nok..." keluh Akiesya lagi.

30 minit sudah berlalu,Adrian yang sibuk melayan tetamu sejak dari merasa lega bila terpandang sosok tubuh pengantin terjunnya itu bersama pengapitnya yang sedang terkedek-kedek memasuki ruangan majlis.

"hmm..muncul pun,ingatkan dah cabut lari tadi.." bisiknya dalam hati sambil memandang tajam ke arah Akiesya.

Akiesya yang perasan dengan renungan  tajam Adrian membalasnya dengan jelingan tajam.

Akiesya tidak mahu tunggu lagi,dia harus mencari tahu dimana Ammar ketika ini.Kakinya laju menuju ke arah Datin Sri Sarimah dan Tan sri Amirruddin yang sedang rancak melayan tetamu.

Namun belum sempat Akiesya mendekati mereka,tangan Adrian lebih pantas menarik lengannya.

"wow, laju laju ni nak ke mana?" soal Adrian buat buat bodoh.

Adrian tidak akan membiarkan Akiesya membuat onar dan menambah kerunsingan kedua orang tuanya ketika ini.

"hishh..apa pegang-pegang ni?tak nampak ke saya sedang sibuk?" bentak Akiesya sambil berusaha melepaskan lengannya dari cengkaman Adrian.

Adrian memalingkan wajahnya sambil mengusap dagunya.Geram benar dia dengan isteri terjunnya itu.Adrian yang menahan amarahnya menarik nafas dalam dan kembali berpaling ke arah Akiesya .

"By the way,alang-alang u pun kat sini,let me introduce my self.
I am Syed Adrian bin Tan Sri Syed Amirruddin,abang kepada Ammar."Ujarnya lagi dengan senyuman yang ketara di buat-buat.

"Nurul..hmm...Akiesya..hmm whatever.!listen to me carefully..."
bisik Adrian sambil mendekatkan bibirnya ke telinga Akiesya.

"U and Ammar dah banyak susahkan mama dan papa I.For your information,majlis ni pun dah menelan hampir 1 juta ringgit tau!Since partner u dah lari dari tanggungjawab,I hope u boleh  bagi kerjasama dengan family I untuk selesaikan majlis ni tanpa kontroversi yang boleh menjatuhkan nama baik keluarga Tan Sri Syed Amirruddin.Itupun kalau u taknak family I tuntut ganti rugi 2 kali ganda dari u.Are you clear?"
Ujar Adrian panjang dan jelas sambil menggosok lembut kepala Akiesya sebelum beredar pergi dari situ.

"Hishh...siap gosok gosok kepala bagai,ingat aku anak kucing ke?"Omel Akiesya sendiri.

Namun bila mendengar jumlah tuntutan ganti rugi yang Adrian katakan sebentar tadi itu,mau kecut jugak perutnya.Jadi doktor pakar sekalipun dia tidak akan mampu melunaskan hutang sebanyak itu.

Akim hanya memandang dari jauh gelagat drama sepasang suami isteri itu dari tadi.

Akim bukan apa,dia sebenarnya kasihan dengan Akiesya namun dalam masa yang sama,dia juga takut nak buat hal dengan keluarga Tan Sri Syed Amirruddin memandangkan pengajiannya pun di taja sepenuhnya oleh yayasan biasiswa keluarga VVIP itu.Sudahlah dia adalah satu-satunya harapan keluarganya.

"Poor Akiesya..."Bisik Akim sendiri sambil jarinya mengusap lembut setitis airmata yang jatuh dipipinya yang merah padam itu.

Tepat jam 2 petang,majlis telah pun selesai.

Akiesya tidak menghiraukan Adrian mahupun Datin sri dan Tan sri.Dia bingkas naik ke biliknya untuk berehat setelah Akim berangkat pulang.Penat juga dia terpaksa senyum melayan tetamu dengan hati yang hancur musnah bagai di badai Tsunami!

Akiesya melabuhkan badannya di katil empuk yang telah dirias cantik dengan cebisan kuntuman bunga ros merah sambil menutup matanya.Tanpa sedar airmatanya mengalir lagi.Dimatanya masih tercari-cari kelibat Ammar yang amat dirinduinya..

Akiesya tersedar dari lenanya.
Jam menunjukkan jam 3 petang.Hampir sejam juga dia terlena kelelahan.

Tiba-tiba kelibat seorang lelaki yang hanya mengenakan tuala mandi muncul keluar dari bilik mandi.

"Arhhh tolong!!tolong!!!!!!!"
teriak Akiesya tak tentu arah sambil langkahnya laju menuju ke pintu bilik untuk keluar dari situ.

"Hey hey heyy....ssshhuutttttttt!!!!" Ujar Adrian sambil tangannya pantas menarik tubuh Akiesya menjauhi pintu bilik dan dengan pantas tangannya menutup mulut Akiesya dengan kemas.Tidak mahunya dia menjadi bahan gosip pekerja hotel disana jika mereka  mendengar jeritan Akiesya nanti.

Mata bertentang mata.Tubuh Akiesya benar benar hanya jarak seinci dari tubuh sasa Adrian yang hanya mengenakan tuala mandi itu.

Gilalah!!seumur hidup Akiesya,inilah kali pertama dia serapat ini bersama seorang lelaki lagi lagi lelaki hensem sado yang hanya mengenakan tuala mandi.

Ternyata,lelaki di depannya ini bukan sahaja mempunyai rupa paras yang tampan,namun mempunyai tubuh badan yang sado serta kulit yang putih bersih.Wangian badannya saja cukup menusuk sanubari...

"Urhhhgg,come on sedar Akiesya!!Jangan tergoda dengan bisikan Syaitan!Tangan Akiesya pantas menolak tubuh Adrian jauh darinya.

"Awak?awak buat apa kat sini huh?macammana awak masuk?mesti awak ada niat tak baik kat saya kan?huh!!" Bentak Akiesya sambil tangannya pantas mengambil lampu tidur sebagai senjata perlindungan diri.Yelah kot kot lelaki miang kat depan dia ni tiba-tiba nak terkam dia,maunya dihempuk kepala lelaki ini.

"wow..wow..woww..sebelum u terlebih perasan,let me explain!Firstly..I nak bagitahu yang I dapat kunci bilik ni dari mama,kedua.. I just tumpang mandi,tak ada terniat sama sekali nak ambil kesempatan dekat u lagi lagi u bukan taste I.Please lah jangan perasan sangat,nak muntah tau tak?!!" balas Adrian bagai peluru berpandu.

"By the way,kejap lagi kita nak gerak,makesure u mandi bersih bersih sebelum naik kereta I.Tak hengen I bawa penumpang yang pengotor tak mandi." Sindir Adrian lagi.

"Saya taknak ikut awak!saya nak balik rumah saya!" Akiesya berdegil.Tak sanggup lagi dia nak memandang muka lelaki mulut puaka ini lama-lama.Apalagi nak naik kereta bersama,hmm memang taklah!Dia lebih rela memandang muka 100 ekor monyet daripada muka lelaki yang tampan tapi menyakitkan hati 24 jam.

" Puan Akiesya,let me remind u,ini bukan permintaan untuk  u boleh terima atau tolak,ini adalah satu ARAHAN.U kena ikut samaada u suka atau tidak.Well,anggap jerlah u tengah bekerja keras untuk settlekan hutang hutang u dengan keluarga I.

Pergi mandi....now!" Arah Adrian kepada Akiesya sambil tangannya menunjuk ke arah bilik mandi.

Akiesya mendengus kasar sambil menghentak hentakkan kakinya melangkah menuju ke bilik mandi.

Sakit hati Akiesya bukan kepayang,sudahlah impian untuk berkahwin dengan putera idamannya musnah,tiba-tiba ada hutang jutaan ringgit pulak untuk diselesaikan.Mahu tak mahu,dia harus akur dengan keadaannya ketika ini.

Namun jauh disudut hatinya,Akiesya merasa bimbang.Mahu ke mana jejaka egois itu ingin membawanya pergi?Adakah dia punya rencana yang jahat terhadap dirinya?....

Bersambung....

P/S : Gais tolong vote dan komen lepas baca .Tq

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro