Part 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Akiesya..dengar dulu penjelasan saya.."Ujar Ammar perlahan sambil menghampiri Akiesya yang masih berdiri kaku sejak tadi..

Namun belum sempat Ammar memberi penjelasan..

"Ammar........" Suara panggilan Tasya membuat langkah Ammar terhenti.Setahunya baru sahaja tadi dia menghantar gadis itu pulang ke rumahnya.Mahu apalagi gadis itu kemari.

Tasya segera mendapatkan Ammar.

"Sayang,are u okay?hmm...Who is she?.."Soal Tasya memandang Akiesya lantas matanya tepat memandang wajah Ammar.Sebenarnya dia sudah tahu gadis genit yang sedang berdiri kaku di hadapan sang kekasihnya itu adalah Akiesya.Buka sikit spy yang dia lantik untuk mencari tahu siapa gerangan wanita yang cuba merampas haknya.

"Akiesya..isteri Adrian..." Jawab Ammar acuh tak acuh .

Gilalah!Betapa terdesaknya Ammar bila di hadapan Tasya untuk menutupi kewujudan Akiesya di hatinya.Padahal baru juga sebentar tadi dia hampir jadi gila apabila mengetahui bakal isterinya itu telah dinikahi abangnya sendiri namun segalanya berubah sekelip mata dengan kehadiran Tasya.

"Really?bererti ini bakal kakak ipar I lah...right?" Ujar Tasya lagi sengaja mengeruhkan keadaan.

Adrian tersengeh mendengar kata-kata dari gadis licik yang berpura-pura innocent itu.Bukan dia tidak tahu sebenarnya Tasya lah dalang kepada semua masalah ini.

"Hai,im Tasya.Kekasih Ammar since middle school lagi..Nice to meet u!" sambung Tasya lagi sambil memeluk erat tubuh Akiesya.Sengaja dia mahu bagitahu Akiesya yang sememangnya dia dan Ammar telah lama kenal dan menjalin hubungan cinta.

Tasya memeluk Akiesya dengan senyuman puas!Dia gembira dengan jawapan Ammar sebentar tadi.Kini Akiesya boleh sedar diri kerana saat dan ketika ini,di mata Ammar Akiesya tidak lebih dari sekadar "kakak ipar" bukan kekasih.

"Puas hati aku!"Bisik Tasya dalam hati.

Akiesya dengan sepenuh kudrat cuba menahan air matanya daripada jatuh!

"Glad to meet u,Tasya..."Ujar Akiesya dengan senyuman yang dipaksakan.

"Wel..I datang ni sebab nak ambil kunci kereta I.Lupa nak ambil masa u hantar I balik tadi.." Rengek manja Tasya kepada Ammar.

"Datin,Tan Sri,maafkan Tasya tau sebab dah buat Datin dan Tan Sri risaukan Ammar sepanjang Ammar jaga Tasya kat hospital.." Ujar Tasya lagi seakan memujuk dengan muka tanpa rasa bersalah.

Datin Sri Sarimah memandang Tasya dengan pandangan menyampah.Mana taknya,satu masalah belum selesai,tiba-tiba muncul lagi satu masalah.

"hmm..by the way kunci kereta u ada kat kereta I..jomlah ikut I.."Ujar Ammar lelah sambil menarik lengan Tasya.Sebelum keadaan bertambah kacau,ada baiknya dia bawa Tasya beredar dari situ.

Suasana agak tegang di dalam kereta semenjak mereka meninggalkan rumah agam itu.Walaupun tiada kata bicara yang di lafazkan namun bahangnya tetap terasa.Sedar akan hala tuju yang berbeza dari arah rumahnya,Akiesya mulai memulakan bicara.

"hmm..Saya rasa awak salah jalan ni,ni bukan jalan balik ke rumah saya..."tutur Akiesya berhati-hati.

Yelah orang kata sarang tebuan jangan di kacau..mahunya mamat ni mengamuk lagi,naya dia kena sidai tepi jalan,sudahlah hari pun mulai gelap.

Namun omongan Akiesya hanya di pandang sepi,Adrian langsung tidak menunjukkan respon.

Akiesya menelan air liur.Jangan saja kali ini Adrian benar-benar menolaknya dari bot sudahlah...Risau juga dia melihat riak wajah Adrian yang seperti ingin makan orang itu.

Akiesya melirik sekali lagi ke arah Adrian..

"haizz,marah marah pun tetap good looking.Memang keturunan dorang ni "good looking friendly" eh?Muka sentiasa elok walau macam mana sekalipun..aih..." Bisik Akiesya lagi dalam hati..

Cakap pasal rupa paras,cepat cepat dia membuka tingkap dan memandang wajahnya kearah cermin sisi kereta ferrari itu.Cepat-cepat dia membetulkan rambutnya yang kusut masai itu.Hmm,dah agak!Hancus macam baru lepas kena sambar putting beliung.Dengan lunturan mascara dan bibir yang pucat,itu sudah cukup membuktikan yang dia sememangnya bukan test kaum kerabat keluarga kaya raya dan good looking itu.

.................

Tasya menghempaskan punggungnya di tilam empuknya itu.Dia tersenyum sendiri mengingati kejadian di rumah agam tadi.Nampaknya dia sudah boleh balik ke Amerika dengan hati yang lapang tanpa meragui cinta Ammar kepadanya.

"Mission complete!" Ujarnya girang.

Mengimbas kembali perbualannya dengan Ammar di dalam kereta ketika Ammar menghantarnya pulang selepas menyerahkan kunci kereta.

"Ammar..are we okay?I mean...u and me...." Soal Tasya menduga..

Risau juga dia bila mengenangkan keadaan yang agak tegang di rumah agam tadi dengan kehadiran Akiesya.Entah bila masa pula wanita itu tiba-tiba telah menjadi isteri Adrian,dia pun tidak tahu.Tapi setahunya wanita itulah yang hampir saja merampas Ammar daripadanya.Whateverlah!

"Yes,sure..why not?"Jawab Ammar dengan nada acuh tak acuh.Tiada mood untuk dia bermain kata cinta ketika ini,cukuplah cerita cinta mereka telah membuatkan hidupnya berantakan saat ini.

Tasya tersenyum girang.Pantas saja dia melentokkan kepalanya di bahu Ammar.Kalau ikutkan hati belum mahu dia pulang ke Amerika namun seperti yang dipersetujui oleh dia dan Ammar.Cita-cita juga harus di utamakan!

......................

"Mama,papa I need explaination please!Macammana mama dan papa boleh setuju untuk kahwinkan Akiesya dengan Adrian?"Rengus Ammar kasar menahan amarah.

"Explaination??What do u expect from us bila u secara tiba-tiba nak cancel majlis perkahwinan u yang sedang berlangsung?halau tetamu?ke halau pengantin perempuan?Ke nak mama dan papa pengsan sakit jantung kat situ baru u puas hati?"Soal Datin Sri Sarimah kepada Ammar dengan nada amarah.

Geram benar dia dengan anak bongsunya yang tidak bertanggungjawab itu.

"Mamaa..papa...im sorry...." Ujar Adrian lemah memandang kedua ibu bapanya.Bukan niatnya mahu mengkhianati dan menyusahkan kedua orang tuanya,namun keadaan juga tidak berpihak kepadanya apabila Tasya kemalangan disebabkan dirinya.

"No.Bukan kitaorang yang perlukan maaf dari Ammar,tapi Adrian dan Akiesya.Mereka yang telah menjadi mangsa keadaan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kamu.But Ammar,just one more thing..terlajak perahu boleh di undur,tapi terlajak perbuatan takkan dapat di undur balik.Ammar kena terima yang sekarang ni Akiesya adalah isteri kepada Adrian.Dan keadaan tu tidak akan pernah berubah dan terpadam sampai bila-bila." Ujar Tan Sri Amirruddin kepada Ammar sambil berlalu pergi meninggalkan anak bongsunya itu yang terlihat masih kebingungan.

Tajam dan pedih sungguh kata-kata terakhir papanya itu sehingga menusuk pedih ke dalam jiwa Ammar.Kesilapan yang tidak mungkin dia dapat perbaiki sampai bila-bila.Peluang untuk bersama Akiesya hampir menjadi 0%.Mana mungkin dia bisa bersama wanita yang telah menjadi kakak iparnya.Kalau ada peratusan bersama pun,dia tahu tidak mungkin Akiesya akan menerima dirinya semula setelah apa yang dia lakukan kepada gadis polos itu.

Ammar hanya mampu terjelupuk diam membisu.Kalau cintanya masih utuh kepada Tasya,namun kenapa hatinya sakit seperti ditusuk pisau belati tajam saat dia tahu Akiesya telah menjadi milik Adrian?

................................

https://youtu.be/mXSMW_OCQc0

Tak berkedip mata Akiesya melihat mahligai yang tersergam indah di depannya saat ini.

"Wah..ni rumah sultan mana pulak ni?" Bisik hati Akiesya kagum sambil pandangannya liar mengagumi reka bentuk rumah itu.

Tok tok tok tok!!!

Ketukan Adrian dari luar pintu kereta seperti ombak yang menghempas khayalan indahnya.

"Hobi awak memang suka menghayal eh?keluar sekarang!"Ujar Adrian dengan nada keras.

Terkulat-kulat Akiesya turun daripada kereta.

"Lah..jadi tunggul pulak dah....!Heii hello??"Ujar Adrian sambil memetik jarinya di hadapan wajah gadis genit itu.

Akiesya memandang Adrian dengan riak wajah yang penuh tanda tanya.Sejujurnya dia bingung.Dimanakah mereka?Mahu ke manakah mereka?

"Adoi..can u stop berangan Akiesya?Ni,bawak sekali semua bag bagasi tu masuk dalam rumah,kat sini takde orang gaji nak angkat!" Perli Adrian lagi.

Akiesya hanya menurut,sejujurnya dia penat mahu berlawan mulut dengan lelaki egois itu.Tenaganya sudah habis dek menangis disebabkan suami tak jadinya itu,Ammar.

"Urgghhhhh..fuh,berat nak mampos juga bagasi mamat ni!dia angkut sekali kapal persiaran tu masuk dalam bagasi ke?"Bebel Akiesya sambil terhinjut-hinjut dia membawa dua bag bagasi itu masuk ke dalam mahligai indah itu.

Akiesya berdiri di ruang tamu utama rumah itu.Terpampang gambar Adrian mengenakan satu set suit putih dengan posing ala-ala model magazine Bazaar.Jadi Akiesya sudah dapat meneka siapakah empunya milik mahligai yang tersergam indah di tepi pantai itu.Yes siapa lagi kalau bukan suami tangkap muatnya itu.

"Cis...."Ujar Akiesya sambil mencebikkan mulutnya memandang gambar Adrian yang sebesar alam itu.

Adrian duduk di atas sofa ruang tamu utama sambil menyilangkan kakinya.Dari tadi dia hanya memerhati gelagat isterinya itu.Sampai sekarang juga dia masih tidak percaya kalau gadis serabai yang di hadapannya ketika ini adalah isterinya.Penampilannya saja sudah jauh ketinggalan dari gadis-gadis golongan elit yang meminatinya selama ini.

"Saya nak balik rumah saya!"Ujar Akiesya lantang.

Adrian tersenyum sinis sambil meraup wajahnya yang tampan itu.

"Home?This is our home Akiesya!Come on..Takkan u dah lupa yang u dan kekasih hati u dah perangkap I dalam rancangan perkahwinan bodoh korang yang tak menjadi tu?Senang-senang u nak blah macam tu je kan!"Bentak Adrian kasar.

Sebenarnya hatinya masih panas dengan Ammar dek kejadian petang tadi.Tak berbaloi rasanya merasa sakit demi gadis bodoh di hadapannya itu.

"Ni i nak u ikut i sekarang!"Arah Adrian sambil berjalan menaiki tangga tingkat atas.

Akiesya terlihat hanya mengikuti Adrian dari belakang.Sampai di ruangan atas,langkah kaki Adrian terhenti di salah satu pintu kamar.Mungkin itu adalah kamar utama di rumah itu.

"Ini bilik I ! U boleh pergi semua area dalam rumah ni kecuali......bilik I.."Ujar Adrian tegas.

Adrian kemudian perlahan-lahan mendekati gadis gedit di hadapannya itu..wajahnya kini benar benar di hadapan muka gadis itu..

"I nak u semat arahan I ni betul-betul di kepala otak kecil u tu.okay?"Ujar Adrian lagi sambil jari telunjuknya mengetuk sisi kepala Akiesya.

"Kemana-mana saja?selain bilik ni?"Ujar Akiesya menduga..

Iya-iyalah,dia sememangnya sudah tidak sabar mahu "self healing" di beranda rumah itu yang berhadapan dengan laut.Sekurang-kurangnya di situ bukan "black area" untuknya.

"Yes....nak kena bersihkan rumahkan?ofcozlah kena masuk semua tempat.." Ujar Adrian nada nada memperli.

"hehh!"Ujar Akiesya tersengeh dengan wajah be like "matilah nak jadi bibik!".

........................

Di bilik mandi,Adrian membiarkan pancuran air membasahi seluruh badannya yang sado itu.Teringat kembali rungutan Akiesya ketika dia menunjukkan bilik gadis itu.Tiba-tiba Adrian tersenyum sendiri.Sebenarnya dia sengaja memberikan Akiesya bilik dengan ruang yang sempit.Bilik yang sepatutnya di jadikan stor,namun alang-alang gadis itu sudah merosakkan hidupnya,rasakanlah tidur dalam stor!

"Huh,padan muka kau Akiesya!Nak sangat kahwin orang kaya kan?Rasakan jadi bibik dan tidur dalam stor!"Bisik hati Adrian geram dan puas.

.....................

Di kamar utama rumah agam terlihat Tan Sri Syed Amirruddin sedang bersandar di kerusi malasnya sambil mengusap dadanya.Datin Sri Sarimah memerhatikannya dari jauh.Perlahan-lahan dia mendekati suaminya itu.

"Dahla tu dear,anak-anak kita dah besar,tahulah dorang macammana nak settlekan semua ni.."Pujuk Datin Sri Sarimah sambil memicit-micit bahu suaminya itu.

"Macammana I tak risau u kalau perbuatan anak bongsu kita tu dah menyusahkan ramai orang di sekelilingnya.."balas Tan Sri Amirruddin sambil menarik nafas dalam lalu menghembuskannya perlahan.Terpancar kekesalan di wajahnya.

"So,apa kita nak buat sekarang?I..bukan apa...cuma Adrian tu...ikhlas ke dia terima budak Akiesya tu sebagai isteri?"Ujar Datin Sri Sarimah resah.

Mana tak resahnya,Adrian terpaksa mengahwini Akiesya disebabkan ulah Ammar,dia takut Adrian juga akan menyalahkan Akiesya diatas semua yang berlaku.Kalau tinggal serumah dapat jugaklah dia jadi memerhati,apakan daya Adrian juga telah membuat keputusan untuk tinggal berasingan dari keluarga.

"Adrian dan Akiesya kan dah besar..pandailah dorang nak buat keputusan samaada nak ingin terus bersama atau tidak.Dah nikah dah pun..kita doakan jelah yang baik-baik.."Pujuk Tan Sri Amirruddin kepada isterinya itu.

"hmm,whatever lah......"Ujar Datin Sri Sarimah sambil termenung jauh.

Kasihan benar dia dengan Akiesya.Harap-haraplah anak sulungnya itu melayan Akiesya dengan baik selepas kejadian tadi petang.

..............

Akiesya menghempaskan punggungnya di tilam yang tak berapa empuk itu.Mencuka wajahnya melihat sekeliking biliknya itu.Size kecil bilik itu benar-benar membuatnya sesak nafas, tambahan lagi tiada tingkap untuk pengudaraan.Bayangkan saja,bilik di teratak usangnya pun  lebih besar 2 kali ganda dari biliknya ketika ini.

'"hishh..tak guna betullah mamat ni!Ni bilik ke stor?begini punya banyak bilik kat rumah ni,boleh boleh dia bagi aku bilik macam harry potter?takda pengudaraan langsung!Urgghhhhh!!" Omel Akiesya sendiri.

Kali ini dia tidak boleh lagi bersikap husnuzon.Mat salleh celup itu sememangnya sengaja ingin mengenakannya.

"Ni semua si tak guna Ammar tu lah punya pasal.Tak pasal-pasal sekarang aku kena jadi bibik dan tidur kat bilik sempit ni..."Omel lagi Akiesya tidak berpuas hati.

Lalu Akiesya teringatkan kejadian semasa berada di rumah agam tadi.Tumbukan Ammar benar-benar tepat singgah di pipi Adrian sehingga membuatkan wajah tampan lelaki itu agak sedikit lebam.

Tiba-tiba rasa bersalah muncul dalam benak hatinya.

"hmm,kesian jugak mat salleh celup sorang ni..tak ada angin tak ada ribut tertiber kena serang oleh si Ammar tak guna tu." Bisik hati Akiesya.

.............................

Tok tok tok tok!! Adrian yang baru keluar dari bilik mandi lantas mengerutkan keningnya.

"Hish,apalagi budak ni nak malam malam ni!"Dengusnya kasar.

Kreukkk...Pintu bilik di buka.Hampir tertumpah air suam dalam besen yang dipegangnya apabila melihat Adrian hanya mengenakan tuala mandi.Akiesya menelan air liur sebelum memulakan bicara.

"aaaaa...sa..sa..ya..nak tuam air suam... kat pipi awak....."Tergagap-gagap Akiesya memulakan bicara.Padahal ini bukan kali pertama lelaki itu separuh bogel di hadapannya.

"hmm,masuk."Ujar Adrian selamba sambil merapikan rambutnya yang basah.Dia kemudian duduk di atas katil menunggu Akiesya yang terkedek-kedek berjalan ke arahnya.

"Duduk."Arah Adrian tenang kepada Akiesya.

"Eh..tak payah..saya boleh je berdiri tuam air suam ni kat pipi awak..."Balas Akiesya tergagap-gagap.

"I said sit down..." Ujar Adrian dengan nada tegas sambil tangannya menepuk-nepuk tilam di sisinya.

Terkulat-kulat Akiesya menuruti kehendak lelaki egois itu.Perlahan-lahan Akiesya melabuhkan punggungnya di atas katil tilam empuk di sisi Adrian.Akiesya memerhati dekorasi di dalam kamar jejaki itu.Ternyata jejaka itu bukan saja maskulin pada luarannya,tapi juga pada cita rasanya.Aura lelaki idaman setiap insan gittew!

"come close..."Bisik Adrian perlahan sambil pandangannya tepat ke Akiesya.

Akiesya menarik nafas dalam.Perlahan-lahan dia mendekatkan lagi tubuhnya dengan lelaki egois itu.

Sebenarnya Akiesya sudah mula krem perut namun tetap berpura-pura slumber.

"hmm,panas sikit tau.."Ujar Akiesya sambil perlahan-lahan dia menuam tuala panas ke arah pipi Adrian yang lebam itu.

"sshh..aduh..."rengek Adrian ketika tuala panas itu hinggap di wajahnya yang lebam.

"sorry.."Bisik Akiesya perlahan lalu berhenti menuam.

Belum sempat Akiesya bangun untuk beredar,tangan Adrian lebih pantas menarik lengannya.

"Can u do it again,please?..."Ujar Adrian perlahan sambil menghalakan jari telunjuknya pada lebam di pipinya itu.

"Lah..manja pulak dah mamat ni!"Rengus Akiesya dalam hati.

Sebenarnya dia tidak ingin berlama-lama berduan di dalam bilik lelaki itu,tambah-tambah lagi lelaki itu hanya mengenakan tuala mandi.Memang menggugat keimanan!

Akiesya hanya menuruti kehendak Adrian.Yelah kan,sudah sah-sah Adrian di tumbuk disebabkan dirinya.At least dia tidak lari dari tanggungjawab.

Adrian meratapi wajah keanak-anakkan gadis di hadapannya itu.Sesekali dia merengek kesakitan ketika tuala panas itu menyentuh wajahnya.Bukan Akiesya saja namun Adrian juga merasakan hal yang sama.Pertama kali dia merasa selesa ketika dekat dengan gadis itu.Mungkinkah kerana gadis itu berkelakuan baik terhadapnya malam ini?

"hishhhhh...sampai bila pulak dia nak tenung aku macam ni..?Dia tak tahu ke renungan dia ni macam singa lapar tak makan setahun..baik aku cepat-cepat blah cari sini sebelum kena terkam singa!"Bisik Akiesya dalam hati...

"hmm..rasanya lebam ni dah surut...I keluar dulu ya.."Ujar Akiesya sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Adrian lantas berdiri untuk beredar.

"Akiesya........."panggil Adrian lagi lantas menghentikan langkah Akiesya.

Akiesya menoleh ke arah Adrian.Jantungnya rasanya sudah mahu tercabut dari badannya.Panggilan suara romantik jejaka itu benar-benar boleh membuatkan hatinya bergelora.

"Yes..?Awak nak apa-apa lagi ke?"Soal Akiesya yang cuba sehabis baik mengawal emosinya daripada tercair dengan jejaka egois itu.

"Nak apa-apa?Dia tahu ke aku ni lelaki!"Bisik Adrian dalam hati.Sentuhan lembut Akiesya telah membangkitkan nafsu kelakiannya.Tambah-tambah lagi peristiwa menukar pakaian gadis itu ketika di atas kapal masih segar di ingatannya.Benda halal kot!

Adrian kemudian meraup wajahnya.Dia seakan tersedar dari khayalan.

"Ya Allah..Apa kau buat ni Adrian!Wake up man!Akiesya ni bukan test dan level kau!Kalau bukan sebab dia dan Ammar,mesti sekarang kau dah bahagia bersama Syafikah!"Bisik hati Adrian sedang berperang dengan perasaannya sendiri di dalam hati.

"hmmm ni,esok sebelum u keluar,u wajib bersihkan dulu rumah ni atas bawah.I tak nak sikit habuk pun kat dalam rumah ni.Allergik!" Ujar Adrian dengan nada tegas.

"Yes boss!"Ujar Akiesya acuuh tak acuh sambil menghadiahkan jelingan maut kepada Adrian sebelum berlalu pergi dari situ.

Namun sebelum keluar dari bilik itu,Akiesya sempat melirik pada sebentuk cincin bertahtahkan berlian yang diletakkan di atas meja sudut bilik tersebut.Siapakah pemilik cincin berlian itu?

Bersambung....

P/S: Gais... lepas baca tolong vote tau.Tq!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro