Part 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng




Episod 5

Lamborghini Aventador Ammar meluncur laju dijalan raya.

Ammar tidak sabar ingin menemui Akiesya.Persiapan untuk rancangannya pada malam ini berjalan dengan lancar.

Ammar sesekali mencuri pandang jambakan bunga ros dan cincin berlian yang diletakkannya di belakang kerusi penumpang melalui cermin pandang belakang keretanya.Semua ini mengingatkan Ammar pada kenangan yang sepatutnya indah dalam hidupnya tetapi tiba-tiba berubah menjadi kenangan terburuk dalam hidupnya.

"Hello sayang,you kat mana sekarang? I nak jumpa you sekarang boleh tak?" Ujar Ammar yang begitu teruja untuk memberi kejutan pada buah hatinya.

"Hello,hmm,...penting sangat ke sampai tak boleh nak tunggu esok lagi?"Tasya di talian seperti sudi tak sudi untuk bercakap dengan Ammar.

"Hmm...tak boleh sebab malam ni malam yang sangat penting untuk I.." Ammar cuba untuk memujuk Tasya.

"Okeylah,sebab I pun ada benda jugak penting nak cakap dengan you." Ujar Tasya sambil  menarik nafas dalam.

"I jemput you sekarang ya"balas Ammar.

"Nope,tak payah,you bagitau jer kat mana, I datang sendiri.."Ujar Tasya lagi yang telah siap-siap menyediakan payung sebelum hujan kerana dia tahu malam bakal ini menentukan masa depannya.

"Okay sayang,I tunggu you kat Marriot Hotel Restaurant okay."Ujar Ammar mengakhiri perbualan.

Ammar dengan sabar menunggu,tidak lama kemudian kelibat Tasya terlihat memasuki ruang Indah restaurant yang penuh dihiasi dengan jambakan bunga ros itu.

Malam itu Ammar telah menempah khas seluruh restaurant mewah itu khas untuk dia dan Tasya sahaja.

Tasya melangkah mendekati Ammar dengan wajah yang suram.

Ammar yang perasan dengan perubahan wajah Tasya kini menjadi keliru.Apakah Wanita yang ada dihadapannya ini adalah Wanita sama yang dia kenali sejak 6 tahun lalu?
Adakah ini bukan masa yang sesuai untuk dia melamar Tasya?Argghh.. Ammar cuba memejam mata dan segera membuang prasangka buruk yang mengganggu fokusnya untuk melamar Tasya malam ini.

Ammar Kembali membuka mata dan kini Tasya berada betul-betul dihadapannya.

"Sayang..." belum sempat Ammar memulakan mukadimahnya..

"Ammar,stop!" Tasya memotong laju bicaranya.

"Ammar..i ada benda penting nak bagitahu you.i...i..." Ujar Tasya tergagap-gagap..

"i nak putuskan hubungan dengan you.." Sambung Tasya dan terus melangkah pergi meninggalkan Ammar terpinga-pinga kebingungan.

Tasya menangis teresak-esak di dalam keretanya.Dia terlalu mencintai Ammar sehingga tidak sanggup menatap mata Ammar untuk kali terakhir mereka bertemu tadi.

Namun,jikalau harus dia memilih antara impian dan cinta,dia lebih memilih impiannya iaitu meneruskan pengajian ke Amerika Syarikat.Namun pilihan itu tidak mudah melainkan dia harus meninggalkan Ammar.Ya,selagi lelaki Bernama Ammar wujud di dalam kisah hidupnya,Tasya tahu dia akan sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajarannya.Lagipula,orangtuanya hanya akan memberi keizinan untuk dia belajar ke Amerika jika dia mahu memutuskan hubungan cintanya dengan Ammar.

Malam itu merupakan malam yang terlalu sukar buat Tasya.Sedih,kecewa,rasa bersalah kini membelenggu dirinya saat ini..

"Maafkan I Ammar..,I promise I akan kembali untuk you.."Bisik Tasya yang sedang merenung gambarnya bersama Ammar sambil mengesat air matanya yang tidak mahu berhenti dari tadi..

P/s-Nak lagi feel korang boleh play song ayat ayat cinta 2 by fadhilah.

Tittttttt...............!!!!!

Hon kereta dijalan raya segera menyedarkan Ammar dari lamunan kenangan masa lalunya.

Ammar segera memberhentikan keretanya ditepi jalan.

"Urghhh!!!!"rengus Ammar sambil menumbuk stereng keretanya.

Tanpa sedar airmata mengalir membasahi pipi jejaka tampan itu.Ammar sedar sehingga saat ini dia masih tidak dapat membuang Tasya dari hatinya dan fikirannya.

Ammar mengambil cincin berlian dikerusi belakang keretanya.Dia merenung cincin berlian yang sepatutnya dimiliki oleh Wanita yang sangat dicintainya iaitu Tasya.Kalau dulu cincin berlian ini menandakan dia lebih memilih Cinta daripada impian,namun saat ini,cincin berlian ini menandakan dia lebih memilih impian daripada cinta.

"Sampai hati you buat I macam ni Tasya..apa salah i..?"Ammar berbicara sendiri.

Ammar menarik nafas Panjang.Wajahnya Kembali penuh rasa dendam.

"Fokus fokus!!!" Ammar meramas rambutnya kebelakang.Ammar tahu dia harus Kembali fokus untuk menjayakan rancangannya malam ini.

Sejam sudah berlalu,namun kelibat kereta Ammar belum kelihatan.Akiesya sedikit risau,yelah nak hubungi Ammar tapi telefon pula dia tak ada.Wangian yang disemburkan sejak dari sejam lalu pun sudah mulai hilang wangiannya.Yelah minyak wangi impulse rega rm5.90 kot.Mana taknya sejam dah hilang bau wangiannya.

Tidak lama kemudian,kelibat yang dinanti muncul.Seperti biasa kereta Lamborghini Ammar sudah terpacak dihalaman rumah Akiesya.

Akiesya dengan segera mendapatkan cinta hati pangeran jantungnya itu.

"Sorry lambat jalan jammed tadi" Ujar Ammar usai Akiesya masuk ke dalam kereta.

"Its okay,I faham"Ujar Akiesya terpinga-pinga.

Sikap Akiesya yang terlalu polos memudahkan Ammar untuk mendapatkan kepercayaan gadis ayu itu.

Kereta Lamborghini Aventador Ammar memasuki bangunan Grand Hyatt Hotel.

Akiesya sedikit gemuruh kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke restaurant hotel mewah seperti ini.

Usai Akiesya turun dari kereta,Ammar segera mendapatkan Akiesya.

"Akiesya..come...."Panggilan suara romantik Ammar memanggil Akiesya sambil menghulurkan tangannya.

Ketampanan Ammar begitu terserlah apabila mengenakan kameja putih dan seluar slack biru tua pada malam itu..

Akiesya yang masih terpinga-pinga segera menyambut huluran tangan Ammar dengan wajah yang malu- malu kucing..

Di dalam lif Akiesya menjadi tak keruan,Ammar menggenggam erat tangannya sejak dari tadi.

Seperti mimpi,Akiesya semakin terjatuh cinta dengan lelaki yang ada disampingnya itu..melalui matanya yang bundar..hidungnya yang mancung...bibirnya yang seksi..lesung pipit dikedua belah pipinya saat dia tersenyum..Pakej lelaki hensem serba kaya raya!

"Orang gila saja tak terjatuh cinta dengan Ammar okay!Omg!!"Bicara Akiesya dalam hati.

Akiesya segera menyedarkan dirinya sendiri daripada terus hanyut merenung Ammar.

"Relaks.."Ammar berbisik dengan suara romantik ditelinga Akiesya,seperti memahami hati Akiesya yang kian berdebar-debar saat ini.

"Jangan risau mulai malam ni dan seterusnya awak akan dapat renung wajah saya puas-puas"Tambah bicara Ammar lagi yang kelihatan begitu tenang tapi seksi.

"Gilalah...dia perasan rupanya aku renung dia dari tadi.."Bisik Akiesya dalam hati sambil memalingkan wajahnya ke arah bertentangan Ammar.

Yes,pintu doraemon sangat berguna saat ini untuk Akiesya menyorokkan wajahnya yang merah padam.Malu malu malu!

Namun Akiesya keliru dengan kata-kata Ammar sebentar tadi.

Mulai malam ni dah boleh renung puas-puas?means?"Urghh...whatever!"Akiesya cuba untuk melupakan,mungkin saja Ammar sengaja cuba mengusiknya.

Ting!

Pintu lif terbuka,mereka telah sampai ke aras 38 restaurant hotel mewah itu.

Ammar memimpin tangan Akiesya ke meja yang dihiasi dengan lilin romantik ala—ala candle light dinner.

Tidak lama kemudian pelayan datang menghantar beberapa jenis makanan yang telah ditempah awal oleh Ammar.

"Akiesya,saya tak tahu awak suka makan apa,so saya order semua makanan yang sedap sedap kat sini..Awak boleh pilih mana yang awak suka.."Ujar Ammar.

"Awak..saya ni asal boleh makan,semua saya makan tau.."balas Akiesya sambil senyum tersipu malu.

"Saya awak taknak makan ke?" Usik Ammar. "

"Uish..taknaklah...." balas Akiesya sambil tersenyum menggeleng-gelengkan kepala."Hish..main makan makan pulak dah...mereng dah ke mamat ke?"Umpat Akiesya sendiri dalam hati sambil leka menjamu makanan sedap sedap yang terhidang di depannya.

Yelah,sejak dia tinggal sebatang kara,asyik asyik lauk ikan masin dengan nasi campur kopi dia hadap setiap hari demi menjimatkan kos hariannya.

"Akiesya.. I want you to be my wife..." Ujar Ammar tenang...

Hampir tersembur semua makanan di mulut Akiesya saat mendengar kata-kata Ammar.

"what?"Akiesya cuba memastikan dia tidak salah mendengar kata-kata Ammar.

Tidak lama kemudian seorang pelayan kelihatan membawa jambakan bunga ros dan memberikannya kepada Akiesya.

Akiesya kehilangan kata-kata.

Ammar segera bangun dari kerusinya dan mendekati Akiesya.

Ammar berlutut dihadapan Akiesya sambil mengeluarkan sebentuk cincin berlian dari poket seluarnya.

"Akiesya..will you marry me?"

p/s : Nak lagi feel suasana korang boleh play lagu dealova by once.

Bersambung...

Gais,lepas baca tolong vote dan dan follow ya..tq....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro