Part 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari itu Akiesya sampai di kampus 1 jam lebih awal daripada sesi kuliah.Dia sengaja tidak menunggu Ammar untuk menjemputnya.Dia lebih rela menaiki bas setiap hari daripada terpaksa menanggung perasaan bersalah terhadap kedua ibu bapa Ammar.

Ruang cafeteria masih lekang pagi itu,Akiesya duduk merenung teh tariknya yang sudah sejuk dek sejak dari tadi tidak di jamah.

Chakkkkkk!!!!!

Akiesya merasakan bahunya disapa lembut oleh seseorang.Akiesya menoleh kepada Akim dengan muka slumber.Dari sentuhan yang lembut gemalai itupun Akiesya sudah dapat menebak itu adalah Akim.

"Whatsup nok?awal lagi dah mengelamun nampak! Hmm...by the way,where is JPH?"
Ujar Akim yang melontarkan soalan bertalu-talu bagaikan peluru berpandu sambil menaik-naikkan keningnya.

Akiesya mengerutkan dahi.
"Kejap kejap...what do you mean? JPH?"
Soal Akiesya sambil mengecilkan matanya melihat Akim.

"Owh..come on Akiesya..really?JPH..Jejaka Paling Hot!!"
Jawab Akim sambil sengaja membuat aksi seperti lipas kepanasan.

Hahahahahahahahahaahahahha!!Tersembur jugak ketawa Akiesya.Mana taknya,Akim dengan lawaknya tak pernah dipisahkan!Ada saja bahan lawaknya tiap hari.Macam biasa Akiesya lebih suka mendiamkan masalahnya daripada meluahkan.

"Manalah aku tau nok..ko ingat aku baby sitter dia ke?" Omel Akiesya.

"Alah..dah tu ko memang tiap hari berkepit memanjang dengan dia,takkanlah zoo keeper pulak kan?Yelah kot kot baby dah bertukar jadi buaya darat..."
tambah Akim lagi yang penuh dengan sindiran pedas.

Akim sebenarnya tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran sahabat baiknya itu.

"Aha,kejap lagi aku suruh buaya tu datang sini gigit mulut kau yang celopar tu!"
Balas Akiesya dengan nada berseloroh.

"Amboi jahat muluttttt!!"
Akim menjeling tajam kepada Akiesya sambil tersenyum.

"Hmm..nok nok,masin eh mulut kau,tu buaya is on the way datang sini" Gumam Akim sambil memuncungkan mulutnya kearah Ammar yang sedang berjalan ke arah meja mereka.

"Akiesya,papa saya nak jumpa awak sekarang"
Ujar Ammar sebaik duduk disamping Akiesya.

Akim yang pura-pura menikmati Kopi'O mula memasang telinga.

"Saya tak free harini,saya dah janji dengan Akim nak ulangkaji lepas kuliah." Jawab Akiesya slumber.

Hampir tersembur kopi'O Akim mendengarnya.

"Amboi siap fitnah-fitnah aku lagi eh,awas ko nok!" Akim mengomel dalam hati.

"Papa nak jumpa sekarang,bukan lepas kuliah" terang Ammar lagi.

"Come with me.."Pujuk Ammar lagi.Belum sempat Akiesya membalas Ammar terlebih dahulu sudah menarik lengannya.

Terkebil-kebil Akim melihat aksi pasangan kekasih itu yang semakin lenyap dipandangannya.Rasakan nak muntah pun ada dalam hatinya.

Akiesya hanya menurut Ammar,dia sedikit keliru kerana sangkaannya meleset apabila Ammar tidak membawanya keluar dari kampus itu tapi malah membawanya ke bilik Pengarah kampus.

Adakah dia bakal dibuang kampus??Akiesya sedikit panik.Pintu bilik pengarah a.k.a pemilik kampus tersebut telah sedia terbuka seperti sedang menanti kehadiran Akiesya dan Ammar.

Akiesya tergamam seketika sebaik sahaja langkah kakinya memasuki bilik itu.Apa taknya,wajah didalam frame gambar besar yang tergantung dibilik itu seakan-akan sama seperti wajah ayah Ammar. No bukan seakan-akan tapi memang ayah dia!

Tan Sri Syed Amirruddin,pemilik kepada Elite International University adalah ayah kepada Syed Ammar????

Really??

Check mate!!!

Akiesya kaku!

"Come please sit my dear.."
Tan sri Amirruddin memberi isyarat tangan supaya Akiesya duduk di kerusi yang berhadapan dengannya.

"By the way,uncle nak minta maaf sebab kemarin kita belum sempat berkenalan dengan baik.

I am Tan Sri Syed Amirruddin,papa kepada bakal suami Akiesya,Ammar."
Ujar Tan Sri.

"Lepas class nanti,aunty ada pesan dengan uncle yang dia akan jemput Akiesya di kampus,katanya nak pergi shopping & fitting baju pengantin..al-maklumlah, minggu depan kan korang berdua dah nak nikah.."
Tambah Tan Sri lagi.

Bulat mata Akiesya mendengar penjelasan dari Tan Sri.

Shopping??
Fitting??
Minggu depan kahwin??

Akiesya bingung.Setahunya,dia dan Ammar belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka.Tiada ribut tiada hujan tiba-tiba minggu depan dah nak kahwin!Really?

Hati Akiesya kini berbolak balik.Adakah dia harus membiarkan keluarga Ammar untuk terus merancang majlis perkahwinan mereka atau dia harus menekan break sekarang juga sebelum terlambat.

Akiesya memandang jejaka tampan berlesung pipit yang duduk disisinya.Ya,Akiesya sudah benar-benar mencintai Ammar dan memerlukan Ammar untuk selalu berada disisinya,melindungi dan mencintainya.

Akiesya baru sahaja kehilangan ayahnya,tak mungkin dia sanggup untuk kehilangan Ammar lagi.

Akhirnya..Akiesya nekad...dia akan mengikut sahaja perancangan Ammar untuk masa depan mereka berdua.

Selesai sesi kuliah,Akiesya yang ditemani Ammar terus ke ruangan menunggu kampus seperti yang diarahkan oleh Tan Sri Amirruddin tadi.

Kereta limosin putih milik Datin Sri Sarimah sudah sedia untuk menjemput Akiesya di ruangan parking vvip kampus.

Ammar memimpin tangan Akiesya menuju ke kereta mewah itu.

Akiesya mula cemas apatah lagi ketika itu,dia dapat merasakan pandangan warga kampus yang tertumpu kepada dia dan Ammar.

Akiesya pura-pura tidak tahu.Lantaklah nak label aku apa sekalipun,janji cinta aku ikhlas!"Gumam Akiesya dalam hati.

Akiesya tahu yang sejak kebelakangan ini,gosip percintaan dia dan Ammar adalah gosip paling sensasi di kampus itu.Mujurlah dia tiada telefon bimbit,kalau ada..mungkin dia boleh gila membaca komen komen negative netizen kampus yang tak puas hati dengannya.

Pintu kereta mewah itu sudah tersedia dibuka oleh pemandu.Terlihat Datin Sri Sarimah yang sudah sedia menunggu didalam kereta tersenyum melihat Akiesya dan Ammar.Mujurlah suaminya,Tan Sri Amirruddin semalam sudah memujuknya untuk menerima dan melayan Akiesya dengan baik demi anak mereka,Ammar.

Didalam kereta,Datin Sri memulakan perbualan.

"by the way Akiesya,aunty nak minta maaf atas kelakuan Ammar kemarin.Sikap Ammar memang macam tu sejak dari kecil,apa yang dia nak,dia mesti usaha untuk dapatkannya.." Ujar Datin Sri Sarimah sambil membuka kaca mata hitam Channelnya.

Akiesya hanya membalas dengan senyuman.Akiesya kurang pasti jika ada maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh wanita elegen itu.

Mungkinkah keluarga Ammar terpaksa menerima kehadirannya?

Akiesya juga tidak tahu.Yang pasti Ketika ini dia hanya mengikut kata hatinya.

Adrian melabuhkan badan sadonya di sofa.Dia terlihat persis bak model dengan hanya mengenakan boxer Calvin klien.

Selesai melakukan gym tadi dia mendapat panggilan dari ibunya yang memaklumkan Ammar akan menikahi wanita yang baru dikenalinya dikampus dan mengarahkannya untuk segera pulang ke Malaysia.

Adrian tidak menyangka adiknya itu bakal menamatkan masa bujangnya pada umur 19 tahun.

Adakah adiknya itu punya rencana bodoh?Dia juga kurang pasti.Yang pastinya dia juga tidak sabar bertemu dengan wanita yang bisa menambat hati adiknya yang playboy itu.Yang dia tahu setakat ini melalui ibunya,wanita itu bernama Akiesya...

"Akiesya...Who are Akiesya....?"Soal Ammar sambil menggigit bibir bawahnya yang seksi itu.

Dalam hatinya,dia ingin tahu benar gerangan sosok wanita itu...

P/S : Nak lagi feel boleh play lagu - Ingin Tahu by Melly Goeslow (Prefer dengar lagu guna earphone gais biar feel gittew)

Bersambung.....

p/s : Gais lepas baca tolong vote ya.tq.muah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro