Bab 21: Be Mine!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lisa memerhatikan Dyan yang membeli makanan di gerai yang biasa ditujunya semasa bekerja di The Royal Courts. Dari jauh dia memerhatikan hanya Dyan sendirian berjalan.

"Sayang..." Lisa menyapa sambil tangannya merangkul Dyan dari belakang. Dyan terkejut dan terkaku! Dia kenal suara itu. Lisa!

"Lisa, apa ni? Janganlah macam ni..." Dyan menolak lembut tangan Lisa. Dia cuba untuk tidak berkasar. Takut-takut kejadian sebelum ini berulang kembali.

"Sayang...I rindu gila dengan you sekarang. I tambah tak keruan bila tak nampak you hari-hari." Ucap Lisa dengan manjanya. Dyan menarik tangan Lisa menuju ke kawasan yang tidak terlalu terbuka atau tertutup.

"Lisa, I minta maaf. Please, buang perasaan awak tu. Kita sebagai kawan biasa saja. Ya? Lagipun I dah kahwin. I dah ada suami. I doakan you pun akan bersuami juga suatu hari nanti. Ya?" Dyan cuba memujuk perasaan Lisa dengan cara yang paling lembut sekali. Lisa memandang anak mata Dyan.

"Tapi I cuma cintakan you. I taknak sesiapa selain you." Rengek Lisa lagi. Astagfirullah al azim. Dyan mengeluh perlahan.

"I faham. You cintakan I sebagai kawan. Macam adik beradik. You sebenarnya keliru. You sebenarnya anggap I sebagai kawan rapat, sahabat dan kakak you. Tak lebih pun. Kan?" Dyan masih memujuk lembut.

"Apa you ni? You tak faham ke perasaan I? I cakap I cintakan you! Bukan sebagai kawan atau kakak! I nak you jadi milik I!" Bentak Lisa. Dyan ketap bibirnya.

"Lisa...please..." Dyan tidak putus asa.

"I sanggup buat apa saja demi you!" Lisa mengugut lantas meninggalkan Dyan. Dyan tidak sempat berkata apa-apa lagi. Dia menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya Lisa tidak berbuat apa-apa kepadanya tadi. Namun hatinya jadi tidak keruan memikirkan ugutan Lisa. Dia tidak tahu apakah yang akan Lisa lakukan seterusnya? Mudah-mudahan Lisa sempat bertaubat. Doa Dyan dalam hatinya.

POP! Pop! Pop! Pop! Sedari tadi bunyi handphone Syam Shahmil berbunyi menandakan pesanan Whatsapp masuk bertubi-tubi ke nombornya. Dia masih tidak mempedulikannya. Matanya masih pegun pada skrin komputer dengan kerutan di dahi. Pastinya rakan-rakan lelakinya membawa ke perjumpaan kelab di sana sini. Sejak telah berumah tangga Syam Shahmil jadi malas mengikuti kelab kawan-kawanya itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menjauhi dirinya yang dulu. Menjauhi kawan-kawan yang telah diketahuinya 'spesis' apa. Sebagai suami, dia juga perlu menjaga maruah isterinya. Itu adalah amaran dari datuknya sendiri.

"Awak, saya nampak sampul ni terselit di wiper kereta awak tadi." Dyan yang baru masuk ke pejabatnya menghulurkan sampul coklat bersaiz sederhana itu. Syam Shahmil berasa hairan.

"Dari siapa?"

"Tak tahu pula. Tadi lagi saya nampak, masa nak pergi beli makanan. Tapi masa balik baru saya ambik." Jawab Dyan. Dia lantas meninggalkan bilik pejabat itu. Syam Shahmil membuka sampul tersebut, dia tertanya-tanya isi sampul itu.

"Oh my gosh! This f***ing S**t!" Syam Shahmil menyumpah! Terang matanya melihat satu persatu gambar yang terkeluar dari sampul itu. Gambarnya dan Ian dengan pelukan dan lingkaran mesra! Dia lantas mengoyakkan gambar-gambar tersebut dan di masukkan ke dalam plastik hitam. Syam Shahmil mencapai handphonenya lantas mendail satu nombor!

"Hi darling...I know you would call me today.." Jelas suara keceriaan di hujung talian.

"Ian, you dah melampau! Apa yang you nak sebenarnya?" Marah Syam Shahmil. Dadanya berdegup kencang.

"I nak you, dari dulu and forever. Simple saja." Balas Ian.

"You dah gila ke? You tak faham bahasa?" Soalnya lagi.

"I gilakan you seorang saja. I want you to be mine." Jawab Ian dengan nada yang menjengkelkan.

"I tak macam dulu! I dah kahwin dengan perempuan. I ada masa depan yang lain. You faham tak?" Syam Shahmil menerangkan dengan jelas dirinya.

"Tapi you tak cintakan dia kan? You cuma gunakan dia demi menutup malu diri you yang dulu. Bayangkan kalau dia tahu masa silam you, mesti dia lari tinggalkan you." Ian cuba mengugut sambil ketawa jahat kepada Syam Shahmil.

"You dah terlambat Ian, she knows who I am. And She readly accept me as I am!" Syam Shahmil berkata sambil mencebik muka.

"What? I tak percaya." Ian jadi kaget.

"You tak percaya, terpulang. Tapi I bagi you warning. Lebih baik you delete semua gambar-gambar tu. I taknak ada masalah apa-apa dengan you. Kalau you nak bayaran, I bagi. Just count it. So, you should delete those pictures." Ucap Syam Shahmil cuba membuat rundingan. Malangnya Ian tidak membalas apa-apa dan terus mematikan talian. Syam Shahmil meraup rambutnya ke belakang. Macam manalah dia boleh terlupa tentang gambar-gambar tersebut? Dia risau sekiranya gambar tersebut dilihat oleh orang lain. Dia jadi takut. Takut pada dirinya yang dulu.

😑😎😱😡😠😬😘😍

# Marah tak? Marah la..

# Siapa lagi jahat? Ian? Lisa?

# Nak buat jahat tahap apa ya? Give feedback 'kay...

# Thanks for reading.

# Kalau best, promo-promokn la...

# Kalau tak best komenkan 👇😣😣

# and Vote kn every chapter.. ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

# Terima kasih...hehee

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro