Bab 26: I'm Waiting for You

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dyan memusingkan badannya ke kiri. Terasa lena tidurnya selepas diurutkan oleh Syam Shahmil semalam. Dia memeluk bantal peluk di kirinya. Bantal peluk? Matanya terbuka luas. Wajah Syam Shahmil hanya sejengkal sahaja dengan wajahnya. Dyan terkejut, tetapi dia tidak terus bangun. Di perhatikannya setiap inci wajah Syam Shahmil yang sedang tidur itu. Hensemnya! Pujinya sambil senyuman terukir di bibirnya.

Tiba-tiba handphone Syam Shahmil berbunyi. Azan subuh bergema.

Syam Shahmil membuka matanya. Dyan cepat-cepat tutup matanya semula.

Syam Shahmil tersenyum melihat tangan Dyan yang sedang memeluk dirinya itu. Terasa malas hendak dialihkan. Bukan selalu. First time pulak tu. Namun selesai azan dia lantas bangun menuju ke bilik air. Dia tahu Dyan sedang 'bercuti'. Oleh itu, dia solat sahaja sendiri. Selesai solat dia berdoa Untuk kebahagiaan rumah tangganya. Dia bersyukur, walaupun hanya beberapa jam. Dia dapat tidur lena di sisi Dyan.

"Dyan..bangunlah..perut you dah okay?" Kejutnya selesai melipat sejadah kecilnya. Dyan membuka matanya perlahan-lahan. Takut terkantoi.

"Hmm...okay..." Balas Dyan dengan suara yang masih hendak tidur.

"Kalau dah okay, bangunlah. Kita pergi tengok matahari terbit di pantai. Nak?" Syam Shahmil cuba mengajak. Semalam Aidil ada memberitahunya tentang keindahan matahari terbit di pantai pulau itu.

'Kan lagi seronok kalau jalan berdua' pesan Aidil lagi. Dyan membangunkan dirinya. Rambutnya kusut masai.

"Pergi siap cepat sikit. Nanti terlepas moment pula." Arah Syam Shahmil sambil mengusaikan rambut Dyan. Dyan tidak melenting. Dia lantas bangun menuju ke bilik air. Beberapa minit bersiap, mereka lantas keluar menuju ke arah pantai sebelah timur. Di kawasan matahati terbit.

Syam Shahmil menarik tangan kanan Dyan dan di gengamnya erat. Dyan tidak memprotes. Dibiarkannya sahaja. Sampai sahaja di kawasan pantai, terdapat beberapa lagi pasangan lain yang juga turut ingin menyaksikan keindahan ciptaan Allah S.W.T.

" Ramainya orang." Ucap Dyan. Dia menarik tangan Syam Shahmil mencari tempat untuk mereka duduk bersantai. Duduk sahaja mereka, Dyan menyandarkan kepalanya dengan selesa di bahu Syam Shahmil.

"You tak marahkan I ke?" Soal Syam Shahmil. Dia sedikit terkejut dengan keselesaan Dyan itu.

"Kenapa?" Soal Dyan lembut.

"Sebab pagi semalam. Semalam, dan pagi tadi." Balas Syam Shahmil. Dyan tidak terus menjawab. Matanya memandang ke arah hujung garisan lautan itu. Matahari sedikit demi sedikit mula terbit.

"Buat apa nak marah. Hak awak kan..." Balas Dyan dengan lambatnya.

"Macam marah saja." Komen Syam Shahmil pula.

"Taklah...mana ada..." Dyan menjawab dengan nada cepat. Dyan sudah mengangkat kepalanya dari bahu Syam Shahmil.

"I minta maaf." Ucapnya pendek. Keluhannya terkeluar saat matahari sudah terbit itu.

"Dyan, boleh tak kalau kita jadi macam pasangan yang lain?" Soal Syam Shahmil kemudiannya.

"Maksud awak?"

"Yelah, macam pasangan biasa. Macam, kalau I ni tak homo. Macam lelaki biasa saja..." Ucap Syam Shahmil dengan tenangnya.

"Kalau I ni lelaki biasa saja. Bolehlah I bercinta dengan you, kan?" Soalnya lagi. Dyan terdiam. Teringat kata-kata Syam Shahmil semalam.

"I minta maaf kalau I nak minta lebih-lebih daripada you. I tahu I tak layak." Syam Shahmil menundukkan mukanya.

"Tapi I nak cuba juga. I nak berubah. I nak jatuh cinta dengan you. I nak rasa kasih sayang I kepada you. Because you are my first woman." Tangannya mengenggam erat tangan Dyan.

"Saya..." Dyan tidak tahu berkata apa.

"I faham. You tak bersedia lagi kan? I akan tunggu you...ambilah masa you. I akan tunggu you, sambil I nak berubah ni." Ucap Syam Shahmil lagi. Dyan semakin serba salah.

"Kalau macam tu, kita mulalah dari awal..." Ucap Dyan lambat-lambat. Senyuman panjang sudah terukir di bibir Syam Shahmil.

"Betul ke?" Soalnya tidak percaya. Dyan mengangguk. Dengan spontan dia memeluk Dyan.

"Ish...apa ni? Ramai orang tau tak!" Dyan sedikit malu dengan perbuatan suaminya itu. Tetapi senyuman tetap terukir.

"Alhamdulillah, terima kasih, sayang." Ucap Syam Shahmil. Dyan terkedu. 'Sayang'? Pipinya jadi merah mendengarnya.

💆💑👩👦😊😄😆😡😣😱

# Haha..sweet tak? Sweet lah..

# I'm still learning to fall in love kan dorang..

# Lepas sweet-sweet ni akan ada konflik lah pula. 😣

# Nak konflik tahap apa ya?

# Keep reading ye... 🙌.

# Vote. Vote. Vote.

# p/s: writer skrg memang xda kerja. So, update sangatlah lajunya..hahaa. Keep reading.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro