Bab 33: I Will Find You

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Syam Shahmil berlari sepantas mungkin. Tujuannya, kawasan terakhir Dyan sebelum hilang! Dia sudah tidak sabar bertemu isterinya itu.

"Bos, tunggu saya!" Raden mengejarnya dari belakang. Sebaik sahaja Syam Shahmil keluar dari bilik CCTV, Nina dengan pantas menyuruh Raden mengejar bos mereka itu.

Lisa dengan senang hati membeli aiskrim pesanan Dyan. Tidak sabar ingin makan bersama kekasih hatinya itu. Atau lebih tepat, ingin makan Dyan!

Syam Shahmil menoleh sekitar kawasan itu. Perutnya yang bertambah sakit menganggu fokus matanya. Dia tidak sedar Lisa sudah berlalu dari dirinya!

"Bos, itu dia..cepat bos!" Raden yang lambat sampai menunjukkan gadis yang menculik Dyan. Dia lantas mengejar Lisa yang sedang membawa aiskrim itu!

"Lisa!" Raden menarik tangan Lisa. Serentak itu, aiskrim ditangannya jatuh!

"Ooh..s**t! What do you want? Ha?" Sumpah Lisa. Dia jadi terkaget melihat Raden dan Syam Shahmil!

"Mana Dyan?" Soal Syam Shahmil. Lisa tidak ingin menjawab soalan itu.

"Where is she??" Syam Shahmil menjerit pula. Tidak puas hati dengan reaksi Lisa.

"Manalah I tahu...you kan suami dia. Tanya I pula!" Lisa membuang masa.

Syam Shahmil ingin mengangkat tangannya ke muka Lisa namun di halang oleh Raden.

"Lisa, kami dah tahu you yang culik Dyan. Baik you bagitahu sekarang ni Dyan dekat mana! Sebelum kami buat report polis. You akan di dakwa atas cubaan menculik, tau tak?" Raden cuba berbincang cara baik!

"I tak tahulah! You carilah sendiri. I datang sini pun nak enjoy. Takkan nak culik orang pula?" Lisa masih tidak memberi kerjasama.

"You bohong! I tahu aiskrim ni favourite Dyan kan? I know it! Dyan nak beli aiskrim ni tadi sebelum you culik dia!" Marah Syam Shahmil setelah melihat aiskrim yang terjatuh dilantai itu.

Lisa membulatkan matanya. Baru dia tersedar, Dyan merancang untuk melarikan diri darinya! Lisa lantas berlari menuju ke bilik hotelnya. Dengan pantas Syam Shahmil dan Raden mengejar gadis itu! Lisa cepat-cepat menekan punat lif sebelum kedua lelaki itu masuk mengekorinya.

" S**t you Lisa!" Marah Syam Shahmil apabila mereka berdua tidak dapat memasuki lif yang di naiki Lisa itu.

Raden memerhatikan tingkat lif itu berhenti. Sukar untuk dia meneka, kerana terlalu banyak kali lif hotel itu berhenti di tingkat yang random.

" Raden, dah jumpa Dyan?" Soal Nina yang kebetulan mengejar dua lelaki itu ke sana. Raden mengeleng.

Syam Shahmil menuju ke arah tangga kecemasan. Tingkat berapa dia hendak naik, dia sendiri tidak tahu. Harapannya, Dyan segera dapat ditemuinya!

Lisa cepat-cepat membuka pintu bilik hotelnya. Dia menoleh sekitar korridor. Takut-takut kalau dua lelaki tadi dapat mengekorinya. Pintu terbuka! Bilik hotel itu telah kosong! Lisa mendengus kasar!

" Tak guna punya perempuan!" Marahnya kepada Dyan. Lisa lantas keluar dari bilik itu dan mencari kelibat Dyan!

DYAN berjalan jauh dari bangunan hotel itu. Dengan badan yang terasa lemah, digagahinya juga. Dia hendak mencari kelibat suaminya, Nina atau Raden. Tetapi takut-takut juga kalau dia terserempak semula dengan Lisa atau Ian!

Dia menoleh kiri-kanan-depan-belakang. Tiada sesiapa yang di kenalinya! Dia takut meminta tolong! Takut tersilap pilih manusia!

PERUT Syam Shahmil semakin berdenyut kencang. Sudah lima tingkat di naiki. Kelibat Dyan atau Lisa tidak kelihatan langsung!

"Dyan, mana you ni...?" Soalnya kepada tangga. Tiba-tiba pintu kecemasan tingkat lima terbuka. Wajah Lisa yang pucat terpancul!

" Mana Dyan hah perempuan?" Soalnya dengan suara kasar! Syam Shahmil tanpa sengaja menarik rambut panjang Lisa!

"Sakitlah!" Lisa mengadu kesakitan. Dia meronta-ronta dilepaskan.

"I lagi sakit, tau tak? Sebab you Dyan hilang! Mana dia?" Keras pertanyaan Syam Shahmil.

"I tak tahu, dia dah tak ada masa I naik tadi. Bilik I dah kosong!" Balas Lisa. Kesakitan membuatkan dia membuka mulutnya.

Syam Shahmil mendengus kasar. Rambut Lisa dilepaskannya kasar! Lisa lantas masuk semula ke korridor hotel dengan kepala yang sakit itu!

Perut Syam Shahmil sudah terlalu kencang kerana tekanan! Tiba-tiba dia terdengar bunyi trails yang tidak jauh dari tingkap di tangga kecemasan itu. Roller coaster! Syam Shahmil memaksa dirinya berjalan menuju ke korridor dan mencari lif. Dia sudah tidak larat untuk turun semula dari tangga! Punat G di tekan. Dalam beberapa saat pintu lif terbuka.

"Bos!" Raden sempat menyambut badan Syam Shahmil yang sudah terhuyung hayang keluar dari perut lif itu! Nina menoleh sekitar lif, namun kelibat Dyan masih juga tiada.

" Rol..ler.. Coas..ter..." Ucap Syam Shahmil sambil menahan sakit perutnya.

Raden tanpa disuruh memapah Syam Shahmil dan membawanya menuju ke kawasan mula-mula mereka masuk ke Genting Highland!

Nina mengikuti langkah dua lelaki itu sambil menoleh sekitar mereka. Mengharapkan kemunculan wajah Dyan!

DYAN membetulkan tudungnya. Dia melihat sekeliling dengan berhati-hati. Hari sudah larut malam. Namun taman tema itu masih bernyawa lagi. Kesejukkan malam mula mencengkam badannya. Sejuk sangat!

"Dyan!" Jeritan seseorang yang dikenalinya. Nina! Dyan lantas berlari ke arah sahabatnya itu.

"Dyan, kau okay?" Nina memeluk dengan eratnya. Air mata segera disekanya. Bersyukur akhirnya Dyan di temui.

Dyan memandang di belakang Nina. Suaminya di papah oleh Raden. Sungguh pucat lesi wajah Syam Shahmil dilihatnya.

"D-yan..." Panggil Syam Shahmil. Tanpa sempat Dyan menuju ke arahnya. Pandangannya jadi kelam!

"Bos!" Raden tidak sempat mencepung Syam Shahmil yang sudah pengsan dilantai.

"Ya, Allah..." Dyan menjadi cemas.

😷😱😍😘😜😝😝😎
# Woah...amacam bab ni? Thrilling?

# best ke Jalan cerita Lisa buat jahat ni? Ian belum lagi

# Thank you
# Comment
# Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro