Bab 45: Danger

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dyan membuka matanya perlahan. Dia meneroka sekelilingnya. Banyaknya gambar Syam Shahmil! Hampir di setiap penjuru bilik terdapat gambar suaminya.

Dyan cuba bangun malangnya kaki dan tangannya terikat! Tangannya terikat di kepala katil, kakinya pula terikat di kaki katil! Badannya terlentang! Mulutnya juga terikat dengan kain!

Dyan cuba mengerak-gerakkan badannya. Dia menahan kesakitan pada ikatan setiap kali dia hendak bergerak!

" Shhuhh.. Diamlah.. I nak tidur ni!" Ujar satu suara lelaki di bawah katil!

Dyan terkesima. Siapa?

" I cakap diamlah!!" Jerit lelaki itu lagi lantas bangun dari baringnya. Ian!

" Apahal you ni? I nak berehat tau tak! You nampak tak ni?" Ian cuba mengacukan sebilah pisau tajam.

Dyan mengeleng laju. Air matanya mengalir deras. Takut! Memang dia takut hingga menggigil.

" Lebih baik you diam!!" Jerit Ian lagi.

Dyan mengangguk laju dan terus terdiam.

" Good girl..." Ucap Ian sambil mengusap-usap pipi Dyan!

Dyan menahan takut dan tangis. Dia berdoa semoga Ian tidak mencederakan atau mengapa-apakan dirinya. Ian kembali berbaring di bawah dan tidur semula.

********

Syam Shahmil cuba mendail nombor Ian. Berkali-kali dia menekan nombor tersebut. Namun langsung tiada balasan.

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan..." Ujar suara operator talian.

Syam Shahmil menghentikan kenderaannya di tepi jalan. Dia cuba berpusing semula ke gedungnya, The Royal Courts!

" Raden! Ada sesiapa cari I tak dua tiga hari ni?" Soalnya setelah tiba di pejabatnya.

" Dua hari lepas adalah.. Tapi tak ingat pula.." Raden garu kepala.

" Cuba you ingat. Ada tak?" Soalnya lagi.

Raden mengecilkan matanya. Cuba mengenang ingatannya.

" Ada! Lelaki kacak! Dulu dia pernah datang sini!" Ujar Raden kemudiannya.

" Tinggi? Hensem ala kacukan?" Syam Shahmil sudah tidak sabar.

" Agaknya lah. Dia tanya khabar bos saja. Lepas tu dia ada cari Dyan sekejap. Bila saya cakap Dyan dah berhenti, dia pun baliklah." Balas Raden.

Syam Shahmil sudah pasti siapa penculik itu! Ian!

" Kenapa bos tanya?" Raden hairan dengan muka Syam Shahmil yang sudah memucat itu.

" Bos!! Betul ke Dyan hilang ni?" Nina yang kelam kabut dari tingkat bawah bertanya dengan cemasnya. Dia mendapat berita itu dari Ibu Dyan sendiri.

" Dyan hilang? Bila?" Soal Raden yang juga terkejut mendengarnya.

" Pagi tadi di pasaraya. Dyan hilang masa Kak Long bawa dia keluar shopping." Syam Shahmil cuba menjawab dengan tenang.

" Ya Allah! Siapa lagi yang nak culik Dyan ni? Lisa ke?" Nina terus menuduh seseorang yang pernah menculik sahabatnya itu.

" I yakin, kali ni bukan Lisa yang culik Dyan." Jawab Syam Shahmil.

" Habis? Siapa?" Soal Raden pula. Mereka mula tidak sedap hati.

" I tak pasti. Tapi I yakin Ian yang culik Dyan sekarang ni. Sebab dia berdendam dengan I.. Sebab I tak pernah balas perasaan dia lagi. So, mungkin dia yang bagitahu segala rahsia I yang dulu pada papa dan keluarga Dyan. Memang dia yang hancurkan maruah I!" Terang Syam Shahmil.

Nina dan Raden berpandangan. Rasa bersalah pula mendengarnya.

" I nak minta tolong, you berdua jagakan gudang I ni. Pastikan lampu dinyalakan walaupun dah tutup! Mana tahu Dyan boleh lepaskan diri dan datang ke sini pula. Kali ni, I betul-betul nak Dyan selamat. I takut, sebab Ian lebih bahaya dari Lisa!" Arahnya kepada dua pekerjanya itu!

" Baik, bos. Kami sedia membantu bos!" Raden menjawab tegas!

" Terima kasih, sebab sudi tolong I..." Ucap Syam Shahmil sambil tersenyum kepada Raden dan Nina.

" Bos tunggu apa lagi?? Pergilah cari Dyan sekarang!" Arah Nina segera.
Syam Shahmil lantas berlalu keluar dari gudangnya itu!

Nina mengesat air matanya. Dia terkesan sekali lagi dengan kehilangan Dyan! Dia juga turut merasakan kesedihan di mata Syam Shahmil yang sangat merindui Dyan. Pilu rasa hatinya melihat dugaan pasangan ini.

" Kalau awak nak nangis, nangis ajelah. Saya kan ada.." Ucap Raden kepada Nina.

Nina menoleh ke arah Raden! Raden memang tidak dapat menahan air matanya lagi. Habis machonya menangis dihadapan Nina!

******

" Rafael, you ada pernah jumpa Ian ke beberapa hari ni?" Soal Syam Shahmil kepada kawan lamanya itu di talian.

" Ian? Tak ada pula. Kenapa?" Rafael bertanya kembali.

" Nothing..manalah tahu dia ada jumpa korang..." Balas Syam Shahmil hampa.

" Dengan I dah lama dia tak jumpa. Sebab dia tahu I tak suka layan dia. Tapi dengan Brian ada kot.. Diorang kan cousin." Balas Rafael semula. Syam Shahmil mula mengharap kembali.

" Okay! Kalau macam tu I try call Brain. Thanks.."

" Okay." Serentak itu nombor Brian di dail.

" Hello Mil..." Suara Brain seperti biasa.

" Brian, you ada jumpa Ian tak beberapa hari ni?" Soal Syam Shahmil tidak sabar.

" Ian? Kenapa banyak sangat orang cari dia hari ni?" Brian terasa mual dengan soalan mencari Ian itu.

" What do you mean?"

" Tak tahulah. Masuk you, dah macam sepuluh orang cari dia. Termasuk polis!" Balas Brian terus terang.

" Polis? Kenapa polis cari dia?" Syam Shahmil semakin tidak sedap hati.

" Tak tahu. Tapi macam ada kes. I dah bagi dah alamat Ian pada diorang, tapi macam diorang tak jumpa pun Ian lagi." Balas Brian lagi.

Ya Allah, apa lagi dugaan ini?

" Okay, thanks Brian. I akan try cari lagi Ian. Sebab dia mungkin dah culik wife I, Dyan." Ujar Syam Shahmil perlahan.

" What?? Oh my gosh! It's dangerous. Baik you report polis. I pun takut kalau Ian tu dah bertindak, mungkin akan membahayakan." Nasihat Brian.

" Okay. I'll try.. Thanks." Balasnya dan terus mematikan talian.

Sekali lagi Syam Shahmil memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Dia meraup rambutnya. Peluh di dahi semakin menitis. Dia kini kembali ke titik permulaan. Tidak tahu hendak mencari Ian dari mana!

" Ya Allah Dyan. Mana you ni? Tolonglah selamat!" Ucapnya berkali-kali.

😭😫😭😫😭😫😱😲😵😨

# Thank you
# Comment
# Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro