+ 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Warning ; panjang !

━━━━━━━━

" Sayang, perlu ke awak pergi ke pulau Jeju tu? Saya tak boleh hidup tanpa awak.. Awak bagaikan udara saya! Tanpa awak, saya akan mati, Misyeo! Saya "

" Sudah lah, Jimin! Saya bosan dengan perangai awak! Masa dolu - dolu, takde pun awak berperangai macam ni! Sekarang dah lain! Childish, drama queen, pervert, annoying! Cukup lah! Saya nak cerai! "

Bilik yang bising itu terus menjadi sunyi sepi. Tanpa dipinta, setitik air mata jantan Jimin menitis.

Misyeo terkejut. Itu adalah kali pertama Misyeo melihat Jimin menangis dihadapan matanya.

" Saya rindukan awak yang dahulu. Awak nak tahu kenapa saya berperangai sebegitu? Kerana saya cemburu. Saya cemburu tengok awak dengan kawan - kawan saya, berfoya - foya setiap hari didalam office. Bila dengan saya, awak tak mahu buat begitu. Saya seorang yang panas baran, Misyeo. Saya tak nak digelar lelaki dayus kerana memukul kaum wanita. Pukul isteri sendiri. Saya tak mampu. Saya sayangkan awak. Tapi nampaknya, perasaan awak pada saya sudah tidak sama seperti masa pertama kita bercinta dahulu haha.., " Jimin tergelak dalam tangisannya. Tersedu sedan dia menutur ayat.

" Saya minta maaf. Ini semua salah saya. Saya patut ikut kata - kata appa awak. Kita bagaikan langit dan bumi. Tak patut bersama. Saya minta maaf. " luah Jimin panjang dan lebar, sehingga mampu membuatkan Misyeo diam terkutik.

Bagaikan tiada perasaan, Misyeo kekal berdiri tegak seperti tunggul kayu. Hanya mendengar kata - kata Jimin tanpa mengeluarkan sebarang suara.

" Ba-baiklah. Kalau itu yang awak nak, saya akan hulurkan surat penceraian esok. Kita akan berjumpa dimahkamah. Tapi sebelum saya pergi..."

".. Boleh tak kalau Jimin nak dapat kan satu saja pelukan daripada Misyeo? "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro