🃏 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku kat mana ni?"

Yoseob mengerdipkan matanya sebaik sahaja dia menyedarkan diri. Ditenung lama siling di atas. Kelihatan serupa dengan siling di dalam biliknya. Yoseob mengerutkan dahinya. Bagaimana dia boleh berada di dalam bilik? Bukankah dia sedang meneguk vodka ubi kentang di bar?

Vodka ubi kentang? Arak apa tu?

"Yoseob, kau dah sedar. Nasib baik Irene nampak kau pengsan kat depan kedai daging babi tadi. Issh, kau buat aku susah hati je tau. Kalau ada benda jadi kat kau macam mana? Aku nak jawab apa kat mak kau? Yoseob, Yoseob," kata Seulgi yang membebel seperti mak nenek.

Yoseob memandang kepada Seulgi yang duduk disebelahnya. Gadis bermata sepet itu mengurut dahinya yang masih berdenyut. Terkilan dia saat mendengar nama Irene disebut.

"Irene yang nampak aku pengsan tadi?" tanya Yoseob.

"Ya, tadi dia yang call Sehun kata kau pengsan," kata Seulgi.

Yoseob hanya mampu mengeluh. Tidak mungkin pula dia hendak bertanya keberadaan Irene untuk mengucapkan terima kasih. Tidak mungkin. Irene tidak akan menerima dia seperti dahulu.

Tanpa mengetuk pintu, Taeyong memasuki bilik tidur Yoseob dengan membawa dulang berisikan sebuah mangkuk. Dulang itu diletakkan di atas sebuah meja bulat ditepi tingkap. Taeyong berkata,

"Yoseob, aku ada buatkan sup tulang untuk kau. Kau suruhlah Seulgi suapkan untuk kau."

Yoseob tersenyum tipis kepada Taeyong lalu berkata, "Thank you, Taeyong. Aku susahkan kau pulak."

"Tak susahlah. Kau macam tak kenal aku. Aku bekas masterchef okey? Aku buat sup tulang tu dengan sebelah mata je tau," kata Taeyong yang memuji dirinya sendiri.

Seulgi mengambil bantal ditepi Yoseob lalu dibaling kearah Taeyong. "Ceh wah, masuk bakul angkut sendiri nampak. Belalah kau," kata Seulgi.

Yoseob yang melihat gelagat Taeyong dan Seulgi hanya ketawa terkekeh-kekeh.


Mereka bertiga tidak tahu bahawa mereka sedang diperhatikan oleh Yoseob. Terutamanya Yoseob. Bila difikirkan semula, Sehun mula syak sesuatu terhadap Yoseob. Seolah-olah Yoseob mempunyai kaitan dalam masalah Irene. Cuma masing-masing memilih untuk berdiam diri.

"Agak-agaknya sebab apa kau ada kena mengena dengan Irene eh?"

---

Pada waktu malam yang aman sebegini, Irene telah memutuskan untuk melepak di ruangan kafe siber di tingkat atas sebuah bakeri. Anehnya, dia juga menempah seluruh tempat itu selama dua jam. Sanggup juga Irene membazirkan duit semata-mata ingin menenangkan diri di situ.

Irene yang berkaca mata duduk di salah satu kerusi panjang, menghadap komputer ribanya yang bercahaya terang. Jari jemarinya menaip sesuatu dengan begitu laju. Bibirnya pula terkumat-kamit membisikkan sesuatu. Seolah-olah dia sedang mengarang cerita secara spontan.

Secawan kopi hitam serta sepiring kek Paris-Brest masih tidak terusik. Jelas sekali Irene terlalu tekun menaip pada komputer ribanya.

Tiba-tiba dia menerima emel yang penting daripada Jungkook. Dia pun segera membaca intipati emel itu. Selesai membaca, kemarahannya menggelegak secara mendadak. Matanya berapi dengan begitu panas. Diraih secawan kopi hitam untuk diminum lalu dicampakkan ke arah luar tingkap.

Irene berdiri lalu menjatuhkan kesemua kerusi panjang. Kemudian dia menjerit seperti orang tidak waras.


"KENAPA KAU BUAT MACAM NI, SIAL?! KAU TAK ADA ORANG LAIN KE NAK AMBIK HA?! PUKIMAK, BODOH, CIBAI PUNYA KETUA! PERGI MAMPUS LA WEI!"

Jungkook baru sahaja mengganggu ketenangan Irene. Punah hajat dia untuk menenangkan dirinya di sini.

"Cik Irene? Cik Irene okey tak tu? Ada apa yang saya boleh bantu?"


Seorang lelaki berbaju sweater berwarna merah jambu muda cuba untuk menghampiri Irene. Irene yang masih berasa marah menjeling tajam kepada lelaki itu.

"Kau lagi?! Tak ada orang lain ke aku nak jumpa?! Belalah kau! Buat kepala otak aku menyemak je," kata Irene dengan kasar pada lelaki itu.

Terkebil-kebil mata dibuat lelaki itu. Tidak menyangka pula dia akan bertemu dengan gadis itu sekali lagi.
"Sorry cik. Saya turun dulu," kata lelaki itu lalu beredar dari ruangan itu.


Irene mengeluh berat. Masalah betullah Jungkook. Memang cari nahas. Sial, bisik Irene.


Sementara lelaki yang ditengking oleh Irene tadi sedang bersandar pada dinding. Membayangkan wajah cantik gadis bertubuh kecil molek itu.
Dia hampir tersenyum lebar ketika dia mengingati semula kejadian tadi.


"Perempuan tu memang garang ke cepat marah? Aku tak fahamlah. Nak mengorat takut kena marah pulak."


"Try jelah. Lagipun dia cantik..."

---

updated ✔

ѕησωℓιηк

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro