🃏 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Adoi, sakitnya kepala aku."

Ayat pertama yang dikatakan oleh Irene sebaik sahaja dia terjaga daripada tidur yang nyenyak. Dia menyedari bahawa sepasang tangan yang kekar sedang memeluk dia dari belakang disebalik selimut. Irene menepuk dahinya.

"Macam mana aku boleh tidur dengan Sehun ni?"

Irene pun mengiring ke sebelah kanannya untuk melihat Sehun. Lelaki itu masih lagi dibuai mimpi. Semoga mimpi yang dialami itu ngeri buat dia. Dia pun ketawa terkekeh-kekeh. Irene pun mengkaji wajah Sehun yang putih mulus itu.

Kekacakannya masih mengalahkan dewa Adonis walaupun hampir memasuki umur tiga puluhan. Betapa untungnya wanita yang menjadi isterinya nanti.

Tiba-tiba bayangan sebuah perahu yang melalui tasik diputarkan semula. Seorang lelaki terjatuh ke dalam tasik. Dahinya sempat mengenai bucu perahu menyebabkan dia mengalami pendarahan yang teruk.

Riak wajah Irene terus berubah. Dia mengelus wajah Sehun dengan lembut lalu membisik, "Kalaulah aku boleh selamatkan kau masa tu, Sehun."

Tanpa disedari, menitis air matanya satu persatu. Kesal kerana gagal membantu Sehun pada waktu itu. Dia tidak patut beredar dari tempat kejadian pada malam itu. Dia tidak patut.

Tanpa diberi isyarat, Sehun menarik tubuh Irene ke dalam dakapan yang erat. Terkedu sebentar Irene. Bimbang pula jika Sehun mendengar bisikannya. Namun kebimbangannya berakhir apabila Sehun berkata, "Jangan pergi mandi lagi. Aku tak puas tidur dengan kau, Irene."

Irene mengerling pada jam dinding di hadapannya. Kini jam sudah menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Dia patut bersiap untuk menyediakan sarapan. Dia pun mengejut Sehun. "Wei, aku nak buat breakfast," kata Irene.

Sehun yang masih mamai menekupkan wajahnya pada leher Irene. "Aku malaslah," kata Sehun. Irene berasa geli pula apabila diperlakukan begitu. Dia mencuba untuk menolak dahi Sehun tapi cubaannya gagal. Irene pun mengeluh.

"At least bagi aku call foodpanda untuk order croque monsieur dengan black coffee dari Itaewon tu," kata Irene.

Malangnya, Sehun masih tidak mahu meleraikan pelukan erat itu. Malah dia berkata, "Sedapnya bau rambut kau. Bau strawberi."

"Irene, relakslah. Kau kata delivery tu lima belas minit je kan?"

------

Selepas setengah jam bertungkus lumus meleraikan pelukan Sehun itu, akhirnya berjaya juga Irene. Dia pun segera masuk ke dalam tandas untuk mandi. Lima minit kemudian, dengan mulutnya masih disumbat dengan berus gigi, Irene berjalan menuju ke dapur. Dia ingin memanaskan makanan segera yang disimpan di dalam peti sejuk.

Namun sewaktu Irene membuka peti sejuk, dia terus menepuk dahinya. "Adoi, makanan dalam peti pulak dah habis. Kena keluarlah ni," kata dia. Irene pun kembali ke tandas untuk sambung mandi. Lima minit kemudian, dia keluar dengan hanya bertuala untuk memakai pakaian yang sedia ada di dalam almari.

Mujur Sehun masih belum terjaga. Dia pun memakai pakaian dengan selambanya seolah-olah tiada orang lain di dalam biliknya. Kemudian dia dicapai beg samdangnya lalu terus meninggalkan kondo.

Sehun? Terlupa pula dia ingin memaklumkan yang dia keluar untuk mencari makanan sebentar.

Walhal boleh saja dia memesan foodpanda.

------

Irene tidak tahu apa yang merasuk dirinya untuk menyinggah bakeri milik Suho dahulu. Mujur Ahjumma Ra yang menyapa dia dengan ramah seperti biasa. Katanya, "Awal Irene datang. Nak booking bilik atas macam biasa ke?"

Irene yang tersenyum sipu menggelengkan kepalanya. "Taklah, saya datang sini nak beli hidangan breakfast biasa. Ahjumma boleh buatkan saya satu set tak?"

"Boleh, tak de masalah. Kejap eh. Irene tunggulah kejap. Ahjumma panggil Suho untuk temankan Irene," kata Ahjumma Ra lalu beredar ke dapur.

Irene hanya mengangguk perlahan. "Ne, ahjumma," kata dia. Kemudian dia mengambil tempat di meja bulat yang terletak berdekatan dengan pintu masuk.

"Bonjour, mon bébé!"

("Selamat pagi, sayang!")

Irene menjeling tajam kepada Suho yang menyergah dia. "Kau memang nak aku terkena serangan jantunglah. Terkejut kau tau tak? Kalau aku mati sini, aku suruh mak aku saman kau tau," kata Irene yang mula membebel.

Suho yang meletakkan dua kole di atas meja hanya tersengih. "Mian, lepas ni aku tak buat lagi," kata dia. Janji manis itu tidak boleh dipercayai. Ada kemungkinan dia membuat begitu sekali lagi.

Irene pun bertanya,"Kau bawa air apa ni?"

"Une noisette et un café. Café untuk kau and noisette untuk aku," kata Suho yang menolak perlahan sekole kopi hitam ke arah Irene.

("Satu French coffee dan satu black coffee.")

Irene hanya tersenyum tipis lalu berkata, "Merci beaucoup. Tahu pulak favourite air aku apa." Irene mengambil kole itu lalu menghirup sedikit air bancuhan itu. "Délieuse. Sapa buat?"

("Thank you so much.")

("Sedap.")

Suho menghirup sekole kopi Perancis itu lalu berkata dengan bangganya, "Akulah yang buat. Sapa lagi? Sedapkan air tangan aku?"

Irene menjulingkan matanya. "Ceh, masuk bakul angkut sendiri. Perasan betul," kata dia.



Suho mencebik. "Ya lah wahai mademoiselle yang kusayangi. Betul apa yang kau cakap tu," kata dia yang mengalah.

▪ mademoiselle 》gelaran untuk perempuan yang masih belum berkahwin



Tanpa berfikir masak-masak, tiba-tiba Suho berkata, "Jom pergi beli bunga." Irene yang sedang menghabiskan sekole kopi hitamnya tersedak. "Apa? Bunga? Kau nak buat apa dengan bunga?" Pelik pula dia dengan Suho. Tiada ribut, tiada hujan, tiba-tiba hendak membeli bunga. Untuk siapa dia ingin menghadiahkan bunga?




"Tak payah tanya. Bunga tu memang untuk kau. Kau nak tak ikut? Aku tengah ajak ni. Alang-alang aku terus bagi kat kau lah. Senang sikit kerja aku," kata Suho lalu tersengih.



Irene menepuk dahinya. "Masalahlah kau ni. Straight forward sangat. Stress aku layan kau," kata Irene.




Ahjumma Ra menapak di meja mereka berdua lalu meletakkan satu bungkusan plastik berisikan bekas makanan. "Irene, ahjumma dah siapkan hidangan breakfast. Mianhaeyo sebab buat Irene tunggu lama," kata Ahjumma lalu tersenyum lebar.




"Eh, tak delah. Tak lama pun tunggu. Leka sangat bersembang dengan Suho. Lepas ni dia nak bawa saya pergi beli bunga. Kat mana entahlah saya tak tahu," kata Irene.



Ahjumma Ra berasa teruja pula selepas mendengar Irene berkata begitu. Dicubit pipi Suho berkali-kali sambil berkata, "Anak sedara ahjumma dah pandai mengurat rupa-rupanya. Ada dah bau nasi minyak ni. Nanti nak melamar ajak ahjumma sekali ya."



Suho yang cuba melepaskan cubitan mak cik saudaranya berkata, "Ahjumma, baru nak tackle dia. Irene jual mahal sangat. Susahlah."




"Nasib kamulah, Suho," kata Ahjumma Ra lalu ketawa bersama Irene. Suho yang mengusap pipinya hanya tersengih kelat.

----

Selepas meninggalkan bakeri, Irene mengikuti Suho ke kedai bunga yang berdekatan. Dalam hatinya dia berbisik, "Mamat celup ni tahu ke dia nak bunga apa? Entah-entah main beli je bunga nanti."



Dia memerhatikan Suho yang membawa bungkusan makanan yang dia beli tadi. Wajahnya kelihatan berseri-seri. Lain macam saja dia lihat. Mengalahkan peragawati iklan pencuci muka pula.



"Macam-macamlah dia ni," getus hatinya.



Namun Irene tidak menyangka pula dia akan terserempak dengan Yoseob di hadapan kedai daging babi. Sewaktu pasangan jesternya itu memandang pada dia, Irene memegang tangan Suho secara spontan.

Kemudian dia berkata, "Oppa, bunga tu nak beli kat mana? Jagi tak sabarlah." Meluat pula dia apabila dia bertanya dengan begitu manja. Dia dapat mengagak yang Suho pasti terkejut mendengar dia mengajukan pertanyaan begitu.



Mujur Suho melayan kerenah dia yang keanak-anakan palsu itu. Dia menjawab, "Dekat kedai depan tu. Kejap lagi sampailah. Tak sabar dah eh? Tak pe nanti kita beli banyak-banyak bunga."



Yoseob yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu tersenyum pahit. Nampaknya Irene sudah mempunyai lelaki lain di dalam hatinya. Sudah pasti Irene tidak mahu memaafkan dia lagi. Dia mengeluh berat. Peritnya dia menanggung perasaan ini.


Walaupun Seulgi sentiasa berada disampingnya, Yoseob masih tidak tahu punca dia berkelakuan begitu. Dia tidak tahu mengapa. Dia pun berlalu pergi dengan perasaan sedih yang kian berlarutan.



"Irene, maafkan aku. Please," bisik dia.



Sementara itu, sewaktu Irene dan Suho berhenti di hadapan kedai bunga, tiba-tiba Suho tersenyum. Rambut Irene dibelai dengan lembut. Kata Suho,"Joo Hyun, rindu tak oppa nak belai rambut macam ni?"



Irene berasa pelik apabila nama sebenarnya disebut oleh Suho. Bagaimana pula dia mengetahui nama sebenarnya? Dia pun berkata, "Suho, kau okey tak? Tiba-tiba je belai aku."




Suho yang tersedar daripada lamunannya tersengih. Kepalanya digaru seketika. Dia berkata,
"Non. Je t'aime mon bébé. Tu je yang aku nak cakap."

("Tak. Aku cintakan kau sayangku.")



Irene mengeluh. "Ikut kaulah. Jom masuk kedai," kata dia lalu masuk ke dalam kedai bunga. Suho hanya tersenyum kelat melihat Irene lalu menyusuli gadis itu.





Sewaktu Suho sedang memilih bunga, Irene telah menerima panggilan daripada Taeyong. Dia pun segera menjawab panggilan itu.





"DATANG KAT RUMAH CEPAT!! BAWA SEHUN SEKALI!! ASAP!! URGENT!!!"





Sakit telinga Irene yang mendengar jeritan Taeyong di hujung talian. Menyesal pula diletakkan telefonnya berdekatan dengan telinganya. Dia pun terus menamatkan panggilan itu lalu membuat panggilan kepada Sehun.





"Irene, ada apa call aku ni? Bukan kau duk kat dapur ke?". Kata Sehun yang masih mamai. Irene menepuk dahinya. Sehun baru terjaga dari tidur? Nampak gaya seperti dia terpaksa menjerit seperti Taeyong lakukan tadi.






"DATANG KE RUMAH CEPAT!! ASAP!! URGENT!! ARAHAN JESTER YONG 5991!!!!!!"





Kerana jeritan yang membingitkan itu, Sehun terus berasa segar. Tidak mamai lagi. Dia bertanya dengan meninggikan suaranya, "KENAPA?! APA YANG DAH JADI?!"





Kerana Irene juga tidak perkara yang sudah terjadi, dia terus menamatkan panggilannya. Kemudian dia memandang pada Suho yang masih memilih bunga. "Suho," panggil dia. Suho memandang kepada dia lalu menjawab, "Ya?"





"Hantar aku ke rumah kawan aku. Sekarang."





-----

Taeyong yang baru sahaja memasuki bilik mesyuarat mencampakkan surat di atas meja. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang berang. Membuatkan ahli yang lain tertanya-tanya isi kandungan surat itu.





"Babi punya company tu. Ada hati nak jadikan Irene sebagai Miss Playboy Korea yang kedua," kata Taeyong.





Kesemua ahli terkejut selepas mendengar kenyataan yang baru dikatakan oleh Taeyong. Terutamanya Irene yang duduk di hadapan sekali. "Diorang nak aku jadi model playboy? Tak nak aku. Ingat aku pelacur ke?" Kata Irene.





Ahli yang lain pun mula bersuara. Seulgi berkata, "Aku setuju dengan Irene. Dia bukannya pelacur nak tayang badan kat lelaki miang. Dia jester kot."





"Irene ada hak untuk tolak tawaran tu," kata Sehun yang berpeluk tubuh.






"Aku... setuju dengan Sehun," kata Yoseob.





Tiba-tiba telefon Taeyong berbunyi. Dia pun mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar. Dia baru sahaja menerima mesej daripada agensi Playboy Korea.


_______________________________________

Pihak kami tetap inginkan
JESTER ID AI 3002 sebagai model kedua bagi muka depan majalah Playboy Korea edisi kedua. Kalau tidak, kami akan mendedahkan kesemua identiti sebenar jester Korea Selatan.

_______________________________________

Taeyong berasa semakin berang selepas membaca mesej itu. Dihentak meja berkali-kali. Kata dia,"KURANG ASAM PUNYA COMPANY!! NAK JUGA IRENE JADI MODEL DAH KENAPA?! KAU FIKIR AKU NI BAPAK AYAM KE?!"




Irene yang juga berasa marah menjerit, "KITA BUAT REPORT POLIS! SAMAN TERUS COMPANY NI! SIAL BETUL! INGAT AKU ANAK AYAM KE?!"





Seulgi yang bertanggungjawab sebagai pembantu Taeyong bertanya, "Kita nak ambik sapa jadi lawyer?"





Irene terdiam sebentar. Memikirkan peguam bela yang paling sesuai untuk diupah bagi kes sebegini. Begitu juga ahli yang lain. Berfikir sejenak tentang hal itu. Namun Taeyong berkata, "Yang tu bagi aku settle sendiri."





"Sekarang kes ni aku nak Irene sendiri yang jest. Timekeeper Sehun," kata Taeyong yang mengarah.






Yoseob terkejut apabila dia tidak terpilih sebagai penjaga masa Irene. Bukankah dia merupakan pasangan Irene? Mengapa Sehun pula yang dipilih? Yoseob pun membantah.





"Aku tak setuju. Kenapa Sehun yang jadi timekeeper? Bukan aku partner Irene ke?"





Taeyong mengurutkan dahinya. Sakit kepala dibuatnya memikirkan hal ini. Dia menjawab, "Irene yang mintak tukar partner. Aku on je. Lagipun korang asyik bergaduh. Serabut pulak kepala otak aku."





Yoseob memandang pada Irene dengan ekspresi penuh tidak percaya. Gadis itu hanya mendengus. Dia akui memang hubungan mereka terlalu renggang tetapi perlukah sehingga menukarkan pasangan tanpa memaklumkan kepada dia terlebih dahulu?




"Sampai hati kau, Irene. Macam ni sekali kau buat kat aku."





Taeyong pula tersenyum penuh makna. Dia berkata, "Buat kali pertama jest kes sendiri. Kes yang tak ada dalam list."




Diimbau kejadian semalam sewaktu di kafe pada waktu tengah malam. Dia menemui seorang perempuan berpakaian serba hitam buat kali pertama selepas dua tahun.




"Ni kad bisnes aku. Sekarang aku dah jadi lawyer. Kalau ada problem pasal organization kau, just call aku. Aku akan tolong kau."




"Thanks."




----

updated ✔

ѕησωℓιηк

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro