10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

5 TAHUN KEMUDIAN ...

"Wei bangun kita dah sampai Malaysia!" Ujar Anis cuba mengejutkan kawan kawannya yang sememangnya ratu tidur.

Tyaa yang terpisat pisat bangun memberi pandangan blur kepada Anis. Zahirah pula sudah terjaga. Lagi sorang ni memang payah nak bangun.

"Najwa! Bangunlah. Kita dah sampai." Jerit Tyaa tepat ke telinga Najwa. Najwa terkejut bingkas bangun dan melemparkan teddy bearnya ke arah Tya.

" Wui awak nak tidur dalam flight ya? Okay goodnight sweetdream, kitaorang turun dulu ya!" Ejek Zahirah membuntangkan mata Najwa.

Najwa pantas membuka matanya yang terlalu berat itu. Semua pramugari dan pramugara sedang melihat Najwa dengan menahan senyum. Semua penumpang telah turun kecuali mereka berempat.

Najwa menayangkan senyum macam budak kecil.

Dia menggeliat kesedapan. Mana taknya, flight belum gerak dia dah melangkah ke alam mimpinya.

"Malaysia, I miss U!" Jerit Zahirah tiba tiba. Anisa, Fatiha dan Najwa bergerak menjauhi Zahirah tanda tidak mengenali siapakah manusia yang menjerit ini.

Zahirah merangkul kemas pinggang Fatiha dan Najwa elok bersandar di bahu Anis.

Macam macam karenah.

"Anis, aku lapar lah." Ujar Najwa yang meletakkan kepalanya di lengan Anis sambil tangannya merangkul kemas pinggang Anis.

"So?" Balas Anisa sengaja menyakitkan hati Najwa.

"Ala jomlah singgah makan dulu. Please!" Balas Najwa menggoyangkan tangan Anisa persis anak kecil.

"Hahaha ya lah jom guys makan." Ajak Anisa. Dia tidak dapat menahan gelak apabila melihat muka comel Najwa.

"Yeay Anis belanja!" Ujar mereka bertiga riang. Anisa hanya tersengih dan mengggelengkan kepalanya. Dah agak dah!



🌻🌻🌻

"Fiq, masuk bilik saya sekejap. Bawa fail yang saya suruh awak siapkan semalam!"

" baik bos ". Jawab pekerja itu .

Beberapa saat pintu diketuk. Wajah seorang lelaki yang bernama Fiqri itu tersembul di depan pintu .

Fail bewarna hitam itu disua dan diletakkan di atas meja .

"Bos tak lunch ke? Dah nak habis waktu lunch ni. Nak saya belikan sesuatu?". Tanya Fiqri.

"Oh thanks ingatkan saya, Its okay nanti fail ni saya akan check, awak boleh keluar dulu ."

Hidup Ashraf Reza selepas mendapat jawatan CEO DeReza Holdings hanyalah di pejabatnya semata mata . Tiada seorang wanita pun yang sempat Ashraf berkenalan kerana dek kesibukkan bekerja. Berbuih mulut uminya agar dia mencari peneman hidupnya namun ia hanyalah sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Ashraf segera mencapai telefon bimbitnya dan bergegas ke tempat parkir kereta.Umi mesti merajuk sebab aku lewat! Ashraf mengomel sendirian.




🌻🌻🌻

"Eh wei flight kau baru sampai kan tadi , takkanlah nanti nak flight lagi ? Kau biar betul ?" 

"Aku okay je. Lagipun bukannya ada bini tengah tunggu aku dekat rumah. Hahaha. Jomlah makan. Lapar pulak aku." 

"Hahaha jom. Aku pun dah lapar jugak ". Maklumlah hidup membujang ni jarang ada masa nak masak untuk diri sendiri. Tambah tambah lagi dengan kesibukkan kerja.

Dua sekawan itu memilih untuk makan di cafe di dalam airport itu sahaja.




🌻🌻🌻

"Korang order dulu , aku nak pergi restroom kejap . Dah tak tahan !!" Ujar Anis yang terburu buru.

" Boleh ke pergi sorang sorang tu ?" Jerit Najwa tetapi Anislagi laju menghilang dari pandangan . Mereka bertiga hanya mampu gelakkan Anis. Tak tahan sangat tu!


Aduhh !!


"Sorry sorry saya tak sengaja. Saya nak cepat ni. Sorry sangat! ". Ujar Anis lantas dia mengambil cap lelaki itu dan diberikan semula kepada dia . Lelaki itu hanya memerhatikan Anis yang berlalu pergi. Seakan terpukau, lelaki itu berdiri kaku melihat Anisa pergi.

"Airil? Kau kenapa? Macam orang kena pukau je! Takkanlah baru terlanggar sikit dah jatuh hati?" Usik rakannya yang bernama Adam.

"Banyaklah pukau kau! Aku rasa macam kenal perempuan tu." Balas Airil masih cuba untuk mengingati siapakah gerangan gais itu.

"Eleh kau kan semua girls cantik kau kenal! Maklumlah playboy tersohor!"Balas Adam sengaja memerli.

"Woi itu cerita lama! Dah la malas aku layan kau. Baik aku pergi makan lagi bagus!" Ujar Airil geram dirinya dipermainkan.

"Alaa aku gurau je. Tunggulah aku, Airil!" 




🌻🌻🌻

"Sorry guys, aku lambat sangat ke? Ramai orang dekat toilet tadi." Ujar Anisa sejurus dia sampai di cafe itu.

"Tak lama mana pun. By the way, kitaorang dah order  Nasi Ayam special dengan air laici untuk kau." Balas Tyaa.

"Okay thanks"

Sambil menikmati hidangan yang berada di depan mata,

"Tadi aku ada terlanggar dua orang lelaki tau masa nak pergi tandas. Oleh sebab aku ni dah tak tahan sangat, aku just sempat ambil barang dia yang aku jatuhkan and say sorry je. Tak sempat nak tengok muka. Tapi aku perasan diaorang berdua mesti Pilot kat sini sebab diorang pakai uniform Pilot". Masing-masing fokus mendengar cerita Anisa. Maklumlah tentang lelaki hots siapa yang taknak dengar, kan!

"Fuyoo ye ke? Menyesal aku tak kejar kau tadi . Kalau tak boleh langgar sama sama!" Balas Najwa mengundang tawa mereka bertiga.

Kalau layan perangai diorang mana pernah tak happy.

"Ruginya kau tak sempat tengok muka dia! Biasanya pilot mesti handsome kan?" Tanya Tyaa pulaa. Tya meletakkan kedua belah tangannya di pipi sudah mulai berangan.

"Biasalah Anis bukan orang berpengalaman macam kita. Pandai mencuri peluang dalam situasi!" Sampuk Zahira pula. Yang lain mengangguk tanda bersetuju.

"Kurang ajar!" Balas Anisa sambil menyuakan Ayam tepat ke mulut Zahira. Nah ambil kau!

"Nak jugak chicken !" Ujar Najwa seperti budak kecil.

"Alolo nah!" . Tyaa menyumbatkan tomato ke dalam mulut Najwa. Sudahnya Najwa hanya mampu menelannya dan memberikan jelingan maut buat Fatiha.

Mereka menikmati makanan sehingga habis.




🌻🌻🌻

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, tinggal Anis dan Tya je yang hidup. Zahria dan Najwa telah pun dibuai mimpi mungkin kerana kekenyangan. Anisa yang memandu ditemani oleh Tya sambil melayan lagu di radio FM.

Sesampainya di rumah mereka,

"Kau kejutkan diorang, aku keluarkan lugages kat bonet kereta" . Arah Anis setelah memakirkan kereta di kawasan perumahan mereka berempat. Tya hanya mengangguk kepala dan mula mengejutkan Najwa dam Zhrh di tempat duduk belakang .

"Wei dah sampai rumah! bangunn!" Jerit Tya. Dengan sekali jeritan, mereka berdua terus bangun. Kalau jeritan kali kedua pasti pecah gegendang telinga. Anisa hanya tergelak melihat muka-muka buruk rakannya itu. Hahaha!

Najwa dan Zahira bingkas bangun dan menuju bilik masing masing. Barang barang semua sudah dibawa masuk oleh Anisa.

"Jangan fikir nak sambung tidur! Mandi, solat Asar dulu!" Laung Anisa dari tingkat bawah.

"Baik Bos!" Balas Najwa dan Zahira yang masih mamai.

"Tya , aku naik dulu eh? Aku pun penat ni" Ujar Anis mengangkat lugagenya.

"Haah jom. Aku pun penat jugak ni. Dapat terlelap kejap lepas asar ni sedap jugak. Haha" Balas Tya. Anisa mengangguk tanda setuju.

 Sudahnya mereka berempat tertidur di bilik solat selepas menunaikan solat Asar bersama sama.




🌻🌻🌻

"ASHRAF. Ash nak kemana tu ?" Soal seorang wanita yang kelihatan lebih tua daripadanya.

"Nak ke office semula la Umi" Balas Ashraf selamba.

"Ish kamu ni! Dahlah lunch tadi pun lewat. Ni dah nak balik semula ke office!" Hati mama dirundum pilu.

Ash meraih bahu mama lembut. Niat memujuk.

"Umi, takkanlah umi nak Ash berkepit 24 jam dengan Umi? Habistu nanti company siapa nak tengok?" 

"So kalau taknak berkepit dengan Umi 24 jam, bagilah Umi menantu! Umi bosan duduk rumah ni sorang-sorang."  Balas Umi sengaja menjerat anaknya. Ashraf mengeluh perlahan.

"Tak apalah. Pergilah office tu. Office tu kan lagi petning dari Umi!" Sambung Umi. Geram dia apabila melihat anaknya yang diam tidak memberikan respon. Umi lantas melangkah masuk meninggalkan anaknya diluar rumah.

Ashraf meraup muka. Ingatannya terhadap Haqiem Reza, arwah abangnya datang menyapa.

'Kalau kau ada bang, mesti kau dah back up aku kan ' .

Ashraf tetap masuk ke dalam perut kereta dan memecut ke DeReza Holdings. Sorry Umi.





🌻🌻🌻

8.30 PAGI. Anisa bingkas bangun dan mematikan alarm. Jam dilihat. Matanya terbuka luas. Inilah padahnya tidur selepas subuh. Apakan daya sisa kepenatan masih berbaki.

Anis segera mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. 20 minit berlalu. Cincai aje lah. Yang penting dia tidak terlepas peluang berharga ini. Inilah antara salah satu sebab mengapa mereka pulang ke Malaysia kerana Anisa menerima satu email dan panggilan yang menawarkan peluang berharga untuknya. 

Anis segera menghidupkan enjin Audi R8 kesayangannya. Audi R8 merupakan hasil titik peluhnya menulis sebuah novel sehingga dinobatkan sebagai Novel of the Year dan menjadi kegilaan ramai pembaca novel cinta iaitu Masihkah Ada Cinta.

Dexandra Cafe menjadi buruan. Sudah jumpa, parkir pula bermasalah. Akhirnya Anis memakirkan keretanya. Walaupun agak jauh dari cafe itu, tak mengapalah.

Anisa bergegas ke Dexandra Cafe. Terlihat seorang lelaki sedang duduk seperti menunggu seseorang. Lagipula, hanya dia seorang lelaki yang sedang duduk bersendirian di cafe itu.

Anisa menegur ramah dengan senyuman,

"Excuse me, Tengku Izran Emir?" Soal Anisa.

"Ya saya " Balasnya sambil menayangkan segaris senyuman. Alahai oppa buat apa dekat sini? Sesat ke? Anisa tunjuk muka biasa sedangkan fikirannya sedang melayang. Sejenak, dia kembali ke dunia asal.

"Saya Novelis, Nur Anisa. A few days ago kita ada bercakap dalam telefon." . Ujar Anis .

"Oh ya Puan Anisa, silakan duduk. Nice to meet you in person." Balas Emir ramah.

"Terima kasih. Sebelum tu saya nak minta maaf sebab lewat. Actually saya baru sampai Malaysia semalam." jelas Anisa. Dia tidak mahu Emir menganggapnya seorang yang tidak berdisiplin dan sebagai seorang yang gagal menepati masa.

"Oh ya ke? I'm really sorry. Kalau saya tahu awal, boleh kita rearrange meeting kita." Balas Emir.

"No, it's okay. I am really okay with it." Potong Anisa. Segan pula dia. 

"So, shall we start?" Tanya Anis. Emir hanya mengangguk tanda membenarkan. Proses pembentangan bermula.

30 minit perbincangan berlangsung ,

"Saya sungguh berminat dengan karya Puan yang kedua ni. Jangan risau. Saya akan sentiasa menjadi sponsor untuk novel novel yang Puan bakal terbitkan"

"Hehe terima kasih Tengku. Saya sungguh menghargainya. Tapi untuk maklumat Tengku, saya masih bertittle ' Cik '" Terang Anisa. Dia rasa di patut membetulkan gelaran itu kerana dia akan berkerjasama dalam satu tempoh masa.

"I'm really sorry. Hahaha, my bad. Jadinya Cik Anisa masih belum berpunya la ya?"

"Setakat ni belum lagi. Hahahaha" Balas Anisa. Mereka menghabiskan coffee tersebut sebelum bergerak mengikut haluan masing masing.

" Nur Anisa." Tanpa dia sedari, sebaris nama itu terbit dari mulutnya sendiri. Emir tersenyum.

Setelah semuanya selesai, Anisa membuat keputusan untuk pergi membeli barang keperluan rumah memandangkan mereka baru pulang ke Malaysia, jadi stok makanan dan barang masakkan tiada.

Troli kosong dipegang. Anisa mula berjalan jalan di dalam pasaraya itu.

Beberapa bahan masakkan dan tidak lupa juga stok makanan ringan turut dicapai.

Setelah membuat pembayaran, Anis memasukkan barang barang ke dalam bonet kereta.

Sesampainya dirumah, tiga gadis itu masih belum menyedarkan diri.Jam dikerling. 11.00 pagi. Anis membuat keputusan untuk menyediakan breakfast untuk rakannya.

Anis mula memakai apron dan bersedia untuk memasak.




🌻🌻🌻

"Aisyah, lepas ni saya ada meeting lagi ke?" Tanya Emir sambil membuka coat nya.

"Itu sahaja untuk hari ini, Tengku." Ujar PA Tengku Emir. Emir mengangguk angguk sahaja. Butang kemeja di kolarnya dibuka, tie dilonggarkan.

"Nur Anisa". Sebaris nama itu seringkali meniti di bibir seorang lelaki yang bernama Tengku Izran Emir ini. Lamunannya terhenti apabila terdengar deringan dari telefon bimbitnya.

Tengku Emir hanya mengerling telefon bimbitnya. Emir meraup kasar mukanya dan membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.


🌻B E R S A M B U N G🌻

Vote
&
Comment










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro