15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Harap korang semua bersabar sebab Ashraf masih belum melepasi tahap kritikalnya . Dia koma kerana mengalami pendarahan teruk dikepalanya.Nasib tiada apa apa yang lebih serius " . Terang Zhafran yang baru keluar dari ruangan Ash.

Tya , Zhrh , Anis sudah terduduk dibangku . Ya Allah sungguh berat dugaanMu.

Anis , zhrh Tya membuat pilihan untuk ke surau hospital untuk menenangkan diri .

Solat hajat dibuat untuk memohon perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan buat mereka semua .

Mereka menangis sambil berpelukan apabila mengenangkan Ashraf dan Najwa.

Zhafran melulu ke arah mereka bertiga dengan senyuman .

" Najwa , dah sedar . Dia tunggu korang " . Ujar Zhafran tercungap cungap.

Tya , Anis dan Zhrh terus berlari ke ruang Najwa . Mereka terlihat Najwa sedang tersandar lemah dibirai katilnya.

Muka pucat Najwa diperhatikan.

Tya , Anis dan Zhrh lantas memeluk erat Najwa . Airmata mereka mengalir deras.

" Maafkan aku sebab menyusahkan korang ! Aku memang tak berguna !!" . Tutur Najwa . Dia marah dengan diri sendiri kerana terlalu lemah.

" Janganlah cakap macam tu . Kau tak pernah menyusahkan kitaorang lahh !! ". Marah Tyaa keras  . Dia tidak suka apabila Najwa berkata sedemikian.

Pelukan dileraikan apabila telah puas melepaskan rindu.

" Masa aku tidur tadi kan , aku dapat mimpi buruk . Pasal Ashraf . Dia .. dia tinggalkan aku !" . Ujar Najwa perlahan. Riak mukanya sedih.

Anis mencapai tangan Najwa dan digenggam untuk menyalurkan kekuatannya untuk Najwa.

" Najwa , Ash .. Ash koma . Dia kemalangan" .  Anis menuturkan ayatnya perlahan namun dapat ditangkap oleh Najwa.

Serentak itu airmata mengalir deras menuruni pipi gebu milik Najwa.

Anis menarik Najwa kedalam pelukannya sekali lagi . Tya dan Zhrh hanya memerhati dengan hati yang hiba.

" Anis , dia kejam ! Dia kata nak jaga aku ! Dia kata taknak aku menangis sebab dia lgi tapi .. tapi dia dah buat aku menangis sebab dia !! Dia kejam Aniss !! " . Najwa meluahkan semuanya didalam dakapan Anis. Seketika dia terlena semula.

Anis membaringkan Najwa di atas bantalnya . Anis , Tya dan Zhrh bergerak ke luar . Tidak mahu mengganggu Najwa memandangkan keadaannya belum stabil.

Anis meminta untuk ke cafe bawah . Hendak membeli minuman sebentar. Jam menunjukkan jam 4 pagi . Mereka tidak mampu melelapkan mata walau sekejap .

Sewaktu berjalalan  Anis ternampak Zhafran sedang bercakap dengan dua orang lelaki . Anis hanya membiarkan dan melewati belakang mereka tidak mahu mengganggu.

Tiba tiba Zhafran menegurnya.

" Najwa macam mana Anis ?" . Tanya Zhafran.

" Dia dah tidur semula " . Balas Anis . Anis terpandang lelaki yang segak berpakaian kemeja putih dengan jeans itu . Muka lelaki itu seperti pernah dilihat tapi Anis malas untuk mengingatinya.

" Ohh . Awak nak ke mana ni ? " . Tanya Zhafran menghalang Anis .

" Cafe bawah . Nak beli air" . Ujar Anis lemah.

" Muka awak nampak pucat . Saya temankan ye ?" . Ujar lelaki berkemeja putih itu.

" Erm suka hati lah " . Balas Anis biasa. Suaranya . Benar Anis pernah mendengarnya.

Zhafran mengangguk angguk sambil melihat Anis dan lelaki berkemeja putih itu berjalan.

Sewaktu berjalan ke cafe ,

" Anis . Awak apa khabar ?" . Tanya lelaki itu.

" Awak tahu nama saya ? Kejap , kenapa cara awak berbual dengan saya seolah olah kita pernah kenal ek ?" . Anis cuba menduga .

Lelaki itu tergelak kecil sebelum membetulkan rambutnya.

" Sah awak dah lupakan saya . Ermm kecil hati saya " . Ujar lelaki itu . Dia sengaja merajuk untuk melihat Anis ingat atau tidak . Namun Anis hanya menggeleng geleng tanda tidak ingat.

" Look at my face deeply baby " . Lelaki itu merendahkan kepalanya tepat memandang ke dalam anak mata Anis.

Anis melarikan matanya ke tempat lain . Dia segan dengan keadaan begitu. Tiba tiba ada sesuatu terdetik di fikirannya. AIRIL AFIFFAN !

Anis memandang lelaki itu , " Airil ?" .

Airil melonjak keriangan apabila Anis mengingatinya . Anis menguntumkan senyuman kecil. Terubat sedikit kesedihannya.

Selesai membuat pembelian , mereka menuju ke ruangan Najwa . Oleh sebab kes Ash lebih serius , dia tempatkan di tingkat atas selepas tingkat ward Najwa.

Zhafran merangkap doktor Najwa dan Ashraf sekali sekala datang menjenguk keadaan mereka berdua.

Zhafran memberitahu Najwa telah stabil .

Termasuk kali ini , sudah dua kali ibu dan ayah menjenguk Najwa . Risau dengan anaknya .

Kali ini ibu ayah Najwa dan mama papa Ashraf datang serentak . Mereka semua menuju ke ward Ashraf diletakkan.

Dengan balutan dikepala dan tangan , mama Ashraf terus menangis . Pilu hatinya melihat anak kesayangannya terlantar di katil hospital itu.

Anis , Tya , Zhrh , Airil , Zhafran dan Iyaz hanya tunggu di luar memberi mereka peluang .

Anis mengucapkan maaf kepada Iyaz kerana tidak mengecam dirinya . Mana nak cam semuanya sudah pandai bergaya seperti model . Semuanya bertambah handsome ditambah dengan kerjaya yang bagus bagus.

Airil bekerja sebagai pilot dan sedang cuti kerana tiada flightnya manakala Iyaz telah berkhidmat dengan Maritim dan memegang gelaran Leftenan Kapten Imtiyaz Daniel.

Setelah 30 minit , ibu bapa Najwa dan ibu bapa Ashraf meminta diri untuk pulang dulu kerana tidak dibenarkan terlalu ramai pelawat.

Anis , Tya , Zhrh memerhati muka pucat Ashraf yang sedang tidak sedarkan diri .

" Ash bangunlah ! Aku tahu kau dengar apa yang kita orang cakap . Aku .. aku tak sempat nak minta maaf dengan kau lagi ! Aku tahu aku salah ! Kitaorang dah salah menilai kau ! Bangunlah Ash ! Aku janji lepas kau sedar , aku .. aku takkan marah marah kau lagi . Dan aku akan tolong kau pujuk Najwa untuk kahwin dengan kau  ! Tolonglah bangun !" . Rintih Tya . Anis dan Zhrh hanya memeluk erat bahu Tya .

Jam menunjukkan jam 11 pagi . Masing masing ralit melayan perasaan . Perut kosong tidak dihiraukan.

Deringan dari iphone Anis memecah kesunyian kawasan hospital itu . Anis melihat skrin iphone nya. Tertera nama Tengku Izran Emir.

Anis meminta diri untuk menjawab panggilan itu . Airil hanya memerhati kelibat Anis hilang dari pandangan.

" Hello Anis . Dah banyak kali saya call awak tapi awak tak angkat . Finally awak angkat juga . Awak tak apa apa kan ?" . Tanya Izran risau.

" Erm saya minta maaf . Saya tak sedar awak call . Em saya baik baik sahaja " . Balas Anis lemah.

" Oh okay . Awak ada dekat mana sekarang ni ?" . Tanya Izran

" saya ada dekat hospital Matahari . Kawan saya ... " . Belum sempat dia bercakap , Izran terlebih dahulu memotong.

"Sekejap lagi saya sampai !" . Potong Izran . Talian dimatikan . Nadanya kedengaran tersangat risau. Anis memandang skrin iphonenya.

Mereka bergilir gilir menjaga Ash dan Najwa .

Tya , Zhrh , Iyaz pulang dahulu untuk membersihkan diri dan berehat.

Anis dan Airil yang tinggal di bangku itu . Zhafran terpaksa menangani pesakit lain maklumlah doktor pakar tambahan pula dia terpaksa menguruskan pembedahan pada pagi ini .

Sesusuk lelaki yang segak bergaya dengan pakaian office siap berkot datang menerpa ke arah Anis membuntangkan mata Airil apabila lelaki itu bertindak untuk memegang lengan Anis.

" Awak tak apa apa kan ?tak ada cedera mana mana kan ?" . Tanya Izran risau .

Anis yang rasa Izran ni melebih lebih memberi pandangan agar minta dilepaskan.

Izran yang mengerti perlahan lahan melepaskan tangannya .

" Erm saya tak apa apa . Saya belum habis cakap lagi awak dah end call tadi !" . Marah Anis . Dia membetulkan lilitan shawlnya.

Airil dari tadi menjadi pemerhati serba sedikit berasa panas dengan lelaki itu.

" Yang sakit tu kawan saya . Bukan saya . Eish awak ni " . Anis menjeling .

Izran menggaru kepalanya yang tidak gatal dan memberikan senyuman seperti kerang busuk.

Airil berdehem sekejap . Anis tersedar dan bergerak ke arah Airil di hujung bangku.

" Kenalkan . Kawan saya " . Ucap Anis senyum.

" Airil Afiffan" . Balas dia sepatah.

" Izran Emir" . Balasnya . Senyuman kelat diberikan. Mereka berjabat tangan seketika . Sekejap sahaja.

" Korang berdua ni musuh ke ?" . Tanya Anis sambil membuat muka comel.

" Habistu awak nak saya peluk cium dia dekat sini ke ?" . Balas Airil kembali duduk di tempat asalnya.

Anis tergelak dan menggeleng geleng kepalanya . Izran merenung Anis dengan penuh khusyuk.

" Berdosa tengok anak dara orang lama lama ! Jom Anissa saya hantar awak balik " . Pedas sindiran Airil itu .

Anis hanya mengikuti langkah Airil kerana Airil mencengkam pergelangan tangannya seperti tak mahu lepas .

Izran memegang lengan kiri Anis pula .

" Kenapa kau yang nak susah susah hantar Anis ? Aku kan ada . Aku boleh hantar Anis balik " . Balas Izran tak mahu kalah .

Kini Anis yang rendah itu dihimpit oleh Airil yang memegang pergelangan tangan kanan Anis manakala Izran memegang pergelangan tangan kiri Anis . Anis berada di tengah tengah dihimpit oleh dua lelaki yang tingginya seperti tiang lampu . Hahaha .

Anis mendongak untuk memandang Airil dan Izran .

" Biar aku je yang hantar dia ! Dia tanggungjawab aku !!" . Airil mulai meninggikan suuara disamping matanya memandang Izran dengan pandangan yang tajam.

Izran ketawa mengejek , " Haha tanggungjawab apa bro ? Dia bukan isteri kau pun !" . Luah Izran.

" Dia bakal jadi isteri aku ! So mind your own business , man !!" . Tengking Airil sebelum menarik Anis sehingga terlepas dari pegangan Izran.

Anis hanya mengikuti langkah Airil tanpa sepatah kata . Dia juga terkejut . Apa yang dimaksudkan olehnya .

Izran menggenggam penumbuknya . Dadanya keatas dan kebawah jelas menahan marah.

' Aku akan dapatkan apa yang aku nak !' . Hatinya berkata .









🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro