[ 🥀 - 10 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aizat merengis sakit apabila kapas putih itu menyentuh tepi bibirnya yang terluka . Wardiah pula tekun merawat Aizat yang jelas nampak masih bengang dengan situasi yang berlaku tadi . Wajah pun merah bukan main .  Danish pula kelihatan serba salah , dia meramas rambutnya hingga kusut .

Mereka berkumpul di bilik rehat khas untuk doktor dan perawat di klinik itu . Selesai merawat luka pada wajah Aizat , Wardiah meminta diri sambil membawa peralatan yang digunakan tadi . Dia sempat melempar senyuman pada yang lain .

" Memang muka aku ni muka untuk orang sesuka hati punch ke apa ? " sinis sekali Aizat membuka bicara .

Tepi bibir disentuh dengan hujung jari . Dia berdesis perlahan apabila terasa sakit , nak buka mulut luas-luas pun masih terasa sakit itu . Dia kerling Faez di sebelah .

" Err , aku minta maaf . Memang salah aku sebab tak dengar penjelasan kau dulu . Sorry bro , sebab aku muka kau pecah " ucap Danish perlahan , dalam nada bersalahnya .

Aizat senyum kecil .

" Chill , lagi pun tuan punya badan dah ada . Korang taknak tumbuk dia pula ke ? " .

Selamba , dia tolak badan Faez ke arah tiga lelaki kacak itu . Danish , Irfan dan Ilham berpandangan . Serentak mereka geleng membuatkan Aizat melepaskan keluhan .

" Haih , sia-sia je muka hensem aku pecah harini " .

Ilham yang dari tadi diam , melepaskan tawa kecil . Rasa kelakar pula tengok wajah tidak puas hati doktor itu .

Danish segera menyonggol lengan si adik . " Behave Ham " tegurnya tegas .

Aizat pula mencebir bibir . " Haa gelak-gelak . Aku blah dulu . Korang settle lah . By the way , aku cuti sekerat hari tau . Jangan cari aku . Tata " .

Faez tidak sempat nak halang , Aizat dah hilang di sebalik pintu bilik rehat itu . Dia menggerutu dalam hati . Apalah nasib ada sahabat macam tu . Tinggalkan dia sorang-sorang hadap tiga lelaki yang umpama singa yang bakal menerkam mangsanya . Uih seram !

" Ehem , kenapa cari aku ? " Faez membuka bicara setelah masing-masing diam .

Dia duduk berhadapan dengan tiga lelaki itu . Kaca mata dibuka lalu dimasukkan ke dalam poket jubah putihnya .

" Kau Megat Faez Shah ? " kali ini Irfan bersuara .

Perlahan Faez angguk . " Ya saya . Kenapa ? " dia bersuara tenang .

Danish yang tadi kelihatan tenang , kembali berwajah tegang . Dia mampir ke hadapan , bertentangan dengan Faez yang masih tenang itu .

" Kau tahukan kami siapa ? " soalnya serius . Danish sengaja mengeraskan nada suaranya .

Faez angguk . Dia cukup kenal dengan tiga lelaki itu . Kerana semasa dia menginap di rumah Diana , dia sempat melihat potret keluarga yang tersangkut kemas di ruang tamu . Potret yang cukup besar , membuatkan dia sudah hafal wajah-wajah di dalam potret itu .

" Baguslah . Aku Danish , abang sulung Diana . Kau tahukan , aku sayangkan adik-adik aku ? Well , walaupun Diana bukan adik kandung aku but aku dah sayangkan dia macam adik aku sendiri . Kau faham ? " .

" Faham " dia angguk mengerti . Danish mengengsot makin dekat . Dia menyelesakan diri di atas kerusi plastik itu .

" Aku datang nak bincangkan sesuatu dengan kau- " .

Faez kerut dahi . Bincang ? Kedengaran begitu penting tetapi dia pasti ini pasti ada kaitan dengan dia dan Diana serta anak mereka . Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum angguk .

" Baiklah , kita pergi ke tempat lebih privasi " usulnya setelah lama berfikir .

Tidak mahu perbincangan mereka didengari oleh sesiapa pun . Malah akan jadi gosip pula nanti . Danish , Irfan dan Ilhan mengangguk setuju . Jika perbincangan mereka didengari oleh orang tidak sepatutnya lebih parah lagi .

▪︎🥀▪︎

Aidan tertawa girang bermain di halaman rumah agam milik Syed Darius . Seronok apabila si atuk ajak bermain bola di halaman rumah . Siap ada mini gol lagi , punyalah semangat nak main dengan cucu sanggup Syed Darius pergi beli . Mereka tertawa girang sambil diperhati oleh Diana dari dapur .

Dia bersandar di pintu dapur sambil memeluk tubuh . Seronok melihat Aidan dan Syed Darius bermain sesama mereka . Gelak , gurauran menjadi satu apabila Syed Darius berjaya menceriakan Aidan .

Diana rasa bersyukur sangat-sangat . Inilah keluarga dia .

" Kamu termenung apa tu ? " .

Diana tersentak apabila terasa sentuhan lembut di bahunya . Toleh ke kanan , kelihatan Sharifah Natalia berdiri sambil memandangnya . Diana senyum . Tangan wanita itu disalam sopan .

" Tak termenung pun . Dee tengok Aidan dan papa mama kat sana haa . Bukan main seronok lagi papa layan Aidan kan mama ? " .

Sharifah Natalia turut memandang ke arah sana . Perlahan , bibirnya melorek senyuman . Indah betul pandangan pada hujung minggu ini .

" Biarlah . Papa tu dah lama sangat cakap nak main bola dengan cucu kesayangan dia tu . Haa dah dapat , apalagi tak ingat nak makan apalah semua tu " .

Diana tarik sengih mendengar bebelan si mama . Dia masuk ke dalam , menghampiri Sharifah Natalia yang berada di meja Island .

" Biarlah mama . Asalkan papa happy , Dee dah gembira " dia sengih .

" Mama bukan apa , papa kamu tu bukan okay sangat . Malam nanti ada yang tak tidur sebab sakit belakang . Aih , orang tua tu- dah pesan banyak kali nak juga buat " .

Diana menghamburkan tawa dia . Aih- terhibur betul tengok si mama membebel . Macam comel je .

Sharifah Natalia membawa keluar beberapa karipap frozen yang dibuat olehnya tiga hari lepas . Dia mula mengoreng , manakala Diana pula membuat air untuk makan petang mereka sekeluarga .

Setelah siap , mereka mengangkat dulang berisi karipap dan minuman pada petang itu . Kelihatan Aidan dan Syed Darius sudah terbaring kepenatan di atas rumput di halaman rumah . Aidan yang melihat kelibat Diana segera bangun .

" Waahhh makannn " bersinar-sinar mata dia melihat karipap kesukaan dia ada disitu .

Syed Darius pula perlahan bangkit , mendekati isteri , anak dan cucu yang sudah duduk di meja batu berdekatakan dengan air terjun buatan itu . Rasa nyaman je .

Syed Darius mengelap peluh , punggung dilabuhkan di sebelah isterinya . Diana pula menuang air ke dalam gelas mereka semua . Aidan pula dah melahap karipap kegemaran dia .

" Aidan , makan elok-elok sayang " tegur Sharifah Natalia apabila melihat Aidan yang sedikit gelojoh itu .

Aidan sengih . " Maaf nenek . Hehe " .

Sharifah Natalia mengusap lembut kepala Aidan . Pipi budak itu dicium penuh kasih . Diana mengesat peluh di wajah dan leher Aidan . Syed Darius pula bersandar tenang sambil menghirup perlahan teh o panas .

Tidak lama itu kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke perkarangan rumah agam itu . Tidak perlu toleh , mereka tahu itu bunyi kereta kepunyaan Syed Danish .

" Wah , makan-makan tak ajak pun " Ilham tarik muncung apabila melihat mereka makan terlebih dahulu .

Syed Darius buat muka .

" Penting ke ? " kening dijungkit tinggi pada Ilham . Sengaja membakar hati anak bongsu dia itu .

Ilham tarik muka . " Mama tengok papa tuuu " rengek dia manja . Sengaja menghentak kaki gaya gediknya .

Irfan yang kebetulan lalu , tanpa rasa bersalah menendang punggung si bongsu . Ilham yang tidak bersedia itu hampir jatuh tersembam , mujurlah dia sempat berpaut pada tiang berhampiran . Kalau tidak- habislah wajah kacak dia .

" Geli siaa ! Kau buat lagi camtu aku selam kau dalam kolam sana haa " ugut Irfan .

Ilham cebik bibir . Punggung digosok perlahan . " Aku tahu lah bontot aku cantek , janganlah jeles . Kesian bontot aku tak bersalah ni haa " .

Irfan membuat muka jijiknya membuatkan semua disitu menghamburkan tawa . Mewarnai hari minggu mereka .

" Dah-dah . Jangan gaduh lagi , duduk makan . Kang habis mulalah meroyan tak tentu pasal " Sharifah Natalia segera meredakan pergaduhan dua beradik itu .

Danish pula sudah duduk di sebelah Aidan sambil mengunyah  karipap . Dia asyik memandang skrin telefonnya . Memeriksa jadual kerja dia keesokkan hari . Bimbang terlepaskan meeting penting bersama kliennya .

" Esok jangan lupa , ada majlis kat rumah kawan papa " pesan Syed Darius memperingatkan anak-anaknya .

Maklumlah , orang dah jemput mereka mestilah hadir . Tidak mahu orang berkata buruk pada mereka sekeluarga .

" Sorry pa , esok along tak boleh pergi . Kena outstation tiga hari di Penang " kata Danish dalam nada kesal .

Itu pun mujurlah dia melihat jadual kerjanya . Jika tidak , memang terlepas pandang . Syed Darius angguk .

" Takpa , teruskan je . Nanti pepandai papa cakap kat dorang " ujar Syed Darius .

Danish melepaskan keluhan lega . Mujurlah papa dia bukan je pemaksa . Sangat mudah memahami . Sama juga dengan mama mereka . Senang bawa bincang .

Irfan dan Ilham pula diam . Mereka tiada alasan kukuh untuk mengelak pergi ke majlis itu . Kerana Irfan tidak suka majlis yang ramai orang begitu juga dengan Ilham . Mereka kalau boleh mengelak , memang mengelak habis-habis .

Tapi jika bersangkut paut dengan Syed Darius- papa mereka . Tidak boleh nak berdolak dalih lagi . Kena pergi juga . Mereka habiskan masa petang mereka dengan berbual . Maklumlah , jarang jumpa . Setiap orang ada kehidupan sendiri . Jadi masa yang ada digunakan sebaiknya .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro