PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Faez melihat surat yang terdapat di atas meja kerjanya . Hati dia menjadi tidak tenang , seketika dia teringat wajah ayu milik isterinya . Perlahan , dia menghampiri meja itu . Sampul surat itu dibuka , dengan hati penuh debar dia membaca setiap bait-bait tulisan yang tertulis pada kertas A4 itu .

Assalamualaikum abang ...

Jika abang baca surat ini , maka saya sudah tiada lagi disisi abang . Saya akan pergi jauh dari hidup abang . Kalau abang nak tahu , saya buat semua itu demi kebahagiaan abang dan juga keluarga kita . Mungkin pada mata abang saya lah jahat , saya lah yang membawa masalah .

Tapi saya tidak kisah , asalkan saya sentiasa di sisi abang . Jauh disudut hati , saya sangat terkilan dengan abang . Abang tak pernah nak beri saya peluang , untuk tebus kesalahan saya . Saya tahu saya bodoh , tetapi semua itu hanya untuk abang .

Abang ...
Saya harap abang bahagia bersama dengan Kak Hasna . Dia calon isteri yang sempurna untuk abang bahkan jauh lebih baik dari saya . Hati saya remuk , hancur apabila abang bagitahu yang abang akan berkahwin dengan Kak Hasna .

Saya rasa pergorbanan saya selama ini sia-sia . Bodohkan saya ? Ahahaha ... jodoh saya bukan dengan abang . Betul lah abang cakap " Jodoh atau bodoh ? ". Sekarang saya dah faham . Terima kasih abang .

Semoga abang dan Kak Hasna berbahagia .

Salam ,
Orked Diana.

Faez meraup wajah dia kasar . Surat itu dipegang kemas , dia rasa dia dia tidak bermakna tanpa isterinya ; Orked Diana . Wanita yang selama ini tidak pernah henti mencurahkan rasa cintanya . Namun dia sia-siakan dengan kata-kata kesat dan hinaan pada wanita itu .

Allah ! Faez rasa menyesal . Menyesal kerana telah melepaskan bidadari dia selama ini . Jika perkara itu tidak terbongkar , pasti dia akan terus menyalahkan si isteri . Allah , betapa hinanya dia saat ini .

Tidak sedar , titisan airmatanya mula jatuh ke pipi . Mengenang kembali segala kata kesat , hinaan dan tengkingan dia tidak putus-putus pada Orked Diana . Dia juga sanggup mengangkat tangan , memyakiti tubuh wanita itu dalam sedar .

Faez sedar , isterinya cukup setia pada dia . Jauh sekali ingin mencurangi dirinya tetapi racun yang telah disumbat membuatkan dia buta untuk menilai . Dia buta dan melepaskan permata dia .

" Maafkan abang sayang ... maafkan abang ... " .

Dia mengongoi menangis . Menangisi nasib dirinya yang sudah kehilangan seorang isteri . Baju melayu putih yang dipakai sudah tidak membawa apa-apa makna pada dia .

" Allah , ampuni hambaMu ini . Aku khilaf dalam menjalankan tanggungjawab aku . Aku dah sakiti isteri aku . Kau ampunilah aku ... " .

Dia terus menangis dan menangis tanpa henti . Tidak peduli suasana riuh rendah di luar sana . Surat itu ditekap ke dada , umpama dia sedang memeluk seorang Orked Diana .











First short story . Akan di-update mengikut mood dan chapter yang amat pendek . Harap sediakan tisu banyak2 sebab akan ada adegan airmata . Enjoy 😴 .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro