Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(Gempa P.O.V)

Di wad...

Gempa:Hmm?

Doktor:Gempa, harini kamu rasa macam mana?

Gempa:Okey sikit... Tapi rasa kepala sakit..

Doktor:Lepas dua hari kamu boleh discaj ya? Saya akan laporkan pada adik-beradik kamu yang lain.

Gempa:Err.. Baik, doktor.

Doktor:Itu saja, saya gerak dulu ya?

Gempa:Baik, doktor...

Wad itu kembali sepi lalu gempa membaringkan tubuhnya atas katil. Otakku ini ligat memikirkan apa yang dikatakan oleh doktor itu.

Adik-beradik? Aku ada family ke selama ni?

Dan apa dah jadi kepadaku? Kenapa aku rasa fikiranku kosong sahaja?

Apa punca ku berada disini?

Aku hanya merenung syiling itu sehingga terkejut dengan bunyi pintu yang terbuka.

Di mataku ini jelas beberapa orang wajah yang sama seperti diriku.

Siapa mereka semua ni? Kenapa datang ke sini?

Solar:Gempa, kau dah sedar!

Terperanjat kecil aku sebentar melihat mereka berlari dan memeluk ku seeratnya. Hairan, bagaimana mereka boleh tahu nama aku?

Siapa yang beritahu? Apa kaitan mereka denganku?

Gempa:Ko.. Korang semua ni.. Siapa?

Budak lelaki yang berkaca mata itu merenung tepat kearahku dengan mata yang terbuntang.

Seram juga aku melihat dia merenung aku begitu.

Solar:Kau.. Tak ingat siapa kami ke?

Gempa:Tak, kita pernah kenal ke sebelum ni?

Lalu mereka merenung antara satu sama lain.

Duri:Err.. Kami ni adik-beradik kau.

Gempa:Oh, ya ke? Kita satu family ke?

Solar:Ha'ah, ada lagi dekat rumah... Diorang tak ikut kami datang sini.

Ramainya adik-beradik aku, bisikku dalam hati lalu mengukirkan senyuman manis kepada mereka.

Gempa:Gembira bertemu... Apa nama korang?

Solar:Aku solar, ini duri, blaze dan ais.

Gempa:Ouh... Ermm, macam mana aku boleh ada di sini?

Mereka terdiam sebentar lalu raut wajah bertukar menjadi sedih. Aku fikir sebentar. Aku.. Ada salah cakap ke?

Setahu aku.. Aku cuma tanya je kan?

Lelaki yang berbaju tanpa lengan itu melihat aku dengan pandangan sayu.

Atau lebih tepat namanya blaze rasanya.

Blaze:Hmmm, abang kita semua cederakan kau...

Gempa:Abang? Aku ada abang?

Ais:Iyelah, kau abang kami jugak.

Gempa:Eh?! Seriuslah?!

Duri:Iye, betul.

Gempa:Err.. Siapa yang cederakan aku tu? Boleh aku tahu?

Duri:Hmm, nama dia Halilintar.

Halilintar? Cantiknya nama, namun perlilakunya keatasku itu amat mengerikan.

Solar pula terus memandang tepat kearajku sambil memeluk tubuh.

Solar:Balik ni kan, kalau kau tersempak dengan dia jangan tegur tau. Aku tau mesti dia ada niat jahat dekat kau lagi.

Gempa:Err.. Baik.

Aku hanya menurut arahan mereka atas keselamatan aku ini.

Yelah siapa mahu pisang berbuah dua kali bukan? Baik aku turutkan saja, nampak macam mereka semua ni baik-baik.

Budak yang memakai sweater warna biri itu merenung ke arahku.

Ais:Gempa dah makan?

Gempa:Dah, doktor bagi tadi... Ermmm, kenapa Ais pakai sweater? Tak panas ke?

Mata biru laut remaja itu mendongak ke arah hoodie yang tersangkut di kepalanya lalu melihat aku semula.

Ais:Aku ni.. Kan sejuk. Iyelah, ada kuasa ais.

Gempa:Kuasa? Kita semua ada kuasa ke?

Blaze:Ha'ah.

Terpaku aku mendengar cerita itu. Sungguh unik kami semua ni.

Tapi yang aku tertanya apa punca abang aku pukul aku. Aku ada buat salah ke sampai dia nak pukul aku tu?

Mahu dipersoalkan saja soalan itu.

Tapi, kalau dipersoalkan bimbang mereka rasa sedih pula. Aku tak mahu mereka sedih, baik aku pendamkan soalan itu je.

Duri:Gempa bosan ke?

Gempa:Hmm? Ha'ah...

Blaze:Jom main nak tak?

Gempa:Main? Main apa?

Ais:Main game. Dendanya siapa kalah belanja makan satu minggu.

Blaze:Amboi, suka hati je kau buat arahan.

Ais:Dah memang aku yang buat arahan kan sebelum ni?

Blaze:Masalahnya kena tanya aku dulu.

Ais:Perlu ke tanya kau ayam?

Blaze:Ewah, Ewah.. Sedap kau panggil aku ayam eh? Habis kau tu apa? Ikan paus?

Ais:Paus lagi comel dari ayam kau tu.

Blaze:Excuse Me! Ayam aku comel lagi, bukan macam paus besar dan gemuk macam kau.

Ais:Jaga sikit mulut kau tu, kau tu makan banyak macamlah tak gemuk!

Blaze:Apahal kata alu gemuk pulak?!

Ais:Itu memang fakta Okey bukan auta!!

Lalu bermulalah pertengkaran mereka berdua, masing-masing menarik hoodie mereka antara satu sama lain.

Aku hanya terdiam melihat mereka yang berpusing-pusing.

Blaze:Lepaskan hoodie aku!

Ais:Lepaskan hoodie aku dulu!

Blaze:Jangan harap!!!

Ais:Eighhh!

Ketawa aku dan yang lain saat melihat mereka bertengkar. Comel, masing-masing tidak mahu mengalah.

Solar pula cuba menghentikan mereka berdua.

Solar:Dah, dah. Korang nak main game tak?

Ais:Nak!

Blaze:Mestilah nak!

Gempa:Korang... Nak main game apa?

Sambil solar menyerahkan telefon pintar kepada aku, solar menjawab pertanyaanku itu.

Solar:ML

Blaze:PUBG.

Ais:Bosan... Main Free Fire lagi Best.

Blaze:Eleh, yang tu lagi bosan.

Solar:Woi, woi. Korang nak main ke nak bergaduh?

Duri:Minecraft?

Semua terus merenung ke arah duri seperti mahu menelan dia hidup-hidup. Seram juga aku melihat renungan mereka, aku terus teguk air liur kasar.

Duri pula membuat wajah polosnya seolah tidak memahami apa terjadi.

Duri:Nape?

Masing-masing bergurau senda lalu aku turut mengusik mereka. Akhirnya kami memutuskan untuk bermain Mobile Legends.

Sambil bermain, kami asyik berbalas pantun.

Blaze:Hang tuah hang jebat
         Kalau boleh masuk cepat

Ais:Ikan berenang dalam kolam,
     Kau jangan nak macam-macam.

Solar:Sungguh indah langit ini,
        Wei, janganlah macam ni.

Gempa:Bola keranjang jatuh melantun,
          Kita nak main game ke nak
          berpantun?

Solar:Pecah kaca pecah gelas,
         Lepas dengar tolong balas.

Duri:Solar?

Solar:Ya?

Duri:Bukan ke lepas baca harap balas?

Solar: *terdiam*

Duri: OwO?

Blaze:Kalau kita dah bersepakat,
        Pasti sudah ada waktunya,
        Walau kita saling bersemangat,
        Alang-alang kita buat dua-dua.

Ais:Alang-alang menyeluk pekasam,
     Biar sampai ke pangkal lengan,
     Blaze kau jangan nak macam-macam,
     Tak pasal-pasal aku patahkan tangan.

Blaze:Belum cuba belum tahu,
         Kalau dah kata cubalah dulu.

Ais:Belut pula bisa menyengat,
     Kau tak payah berlagak sangat.

Duri:Lembu seekor gegar gempita,
       Masya Allah semua nak berjaya,
       Tapi jangan sampai bersengketa,
       Ez Qurban kan ada.

Kami semua terus menjeling tepat ke arah duri, telefon yang berada di tangan diabaikan.

Solar:Dua tiga ikan berlari,
         Kau nak mati duri?

Duri:Pergi pasar waktu petang,
       Belum sampai ajal ni bang.

Solar:Kalau rasa macam tu,
        Lepas ni kalau nak balas jangan
        terburu-buru.

Duri:Si Nopal pergi berkelah,
       Hei suka hati akulah.

Solar:Pak Abu pergi merantau,
        Dahlah penat aku nak layan kau.

Duri:Sungguh cantik kain ditenun,
       Aku tak suruh kau layan pun.

Solar mengetap bibir geram lalu menggigit kepala duri. Huish, dahsyat juga dia melihat adiknya seorang ini marah. Mengalahkan harimau gayanya.

Duri pula terkapai-kapai sambil mengaduh kesakitan. Masing-masing cuba membantu menenangkan dua kembar itu.

Aku tertawa kecil melihat telatah lucu mereka, lalu mereka terus panik saat melihat skrin telefon semula.

Blaze:Wei, wei aku nak kalah dah!!

Duri:Aduh, habislah kita!!!

Ais:Ni semua salah kau blaze!

Blaze:Asal salah aku pulak woi!

Gempa:Hei dah kenapa serang aku ni?!

Solar:Sorry salah orang!

Duri:Alamak dah tamat!!!!

Lalu meraunglah kami berlima di wad itu kerana kalah dalam sebuah permainan, mujurlah tingkap di hospital itu tidak pecah.

Blaze melihat skor permainan mereka lalu membebel.

Blaze:Ni semua salah kau ais, kalau aku tak cakap ngan kau mesti aku dah dapat skor tertinggi! Aku tak pernah dapat skor rendah macam ni tau sebab aku ni pemain terhandal.

Ais:Kau tu tau tuduh orang je kau yang start ni semua dulu. Eleh, seyakat skor tertinggi dalam game kalau dalam akademik rendah takde makna juga.

Haih, lepas kembar Sori itu, yang kembar Frostfire ini mahu bergaduh pula. Penatlah aku nak layan macam ni.

Blaze:Kau cakap lebih macamlah kau pandai sangat, aku ni akademik rendah pun aku paling aktif dalam sukan tau. Kau tahu apa? Tahu tidur je!

Ais:Yang kau tu kerja prank orang!

Blaze:Yang kau tu pemalas!

Ais:Kau tu macamlah rajin sangat!

Blaze:At least aku ni bukan kuat tidur macam kau!

Aku, duri dan solar hanya mampu melihat pasangan kembar ini bergaduh. Haih apalah nasib aku dapat adik-beradik macam ni. Kalau macam nilah perangai diorang setiap hati, boleh naik sakit kepala tambah sakit mental kronik aku nanti.

Nampaknya, terpaksalah kami bertiga jadi penonton tak berbayar dalam drama ni.

Dan pengakhiran drama ini adalah mereka berdua kena tarik telinga dengan solar. Lucu betul reaksi mereka.

Bagi aku, antara mereka berempat blaze dan duri kelihatan comel di mataku.

Yelah siapa tidak suka melihat pipi tembam blaze itu, berserta kelakuan dan telatahnya yaang nakal itu pula mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Jikalau duri pula, tidak tahan aku melihat sikap kepolisan nya itu, berserta sifat keanak-anakannya itu. Pasti membuatkan sesiapa saja mahu menggigit diri kerana dia terlalu polos di mata semua.

Bersyukur aku dikurniakan adik-beradik yang gembira macam ni. Namun, jauh di sudut hati teringinku ingin tahu perkara ini..

Sedari dari tadi ku asyik memikirkannya.

Apakah punca Halilintar memukulku? Apakah aku sakiti batinnya?

Persoalan ini masih belum terungkai. Semoga aku bisa bertemunya nanti sang jejaka bernama Halilintar itu.

Teringinku mahu melihat wajahnya.

(End Gempa P.O.V)



(Rumah Elemental Boboiboy)

Taufan merenung ke luar tingkap dengan pandangan kosong, langit yang sebegitu indah sedikit pun tidak mampu mengubat kesedihan dan keresahan di hati ini.

Apa khabar gempa di sana ya? Rindunya dia pada abangnya itu. Hmm, mahu ikut menziarahi sekali tidak boleh kerana keadaan kesihatannya ini menjadi punca halangan semua itu.

Taufan terus bersandar di katil, buntu mahu melakukan apa. Yelah asyik terlantar di atas katil saja, siapa tidak bosan bukan?

Lamunannya terbantut sebentar saat terdengar bunyi ketukan pintu bertalu, matanya terus menyorot ke arah muka pintu.

Terasa hati bagai diremuk pula melihat gerangan yang melangkah masuk ke biliknya itu.

Dia menghadiahkan senyuman manis, namun taufan membalasnya dengan jelingan sinis.

Halilintar:Maaf mengganggu... Halilintar cuma nak ambil pinggan je.

Aku hanya menjeling melihat abang kesayangan atau lebih tepat musuhnya sekarang mengutip pinggan dan gelas yang kotor itu.

Tapi siapa tahu hatinya itu. Jauh di sudut hatinya ini terasa bersalah juga dia membiarkan Halilintar melakukan kerja sebegitu.

Namun, dia harus menerima balasan setimpal atas perbuatan yang dilakukannya.

Mata taufan terus melihat skrin telefon yang memaparkan gambar dia dan Halilintar dahulu.

Hatinya terdetik mahu bercakap dengan seseorang, pantas dia mendail nombor itu.

Taufan:Hello? Assalamualaikum?

Bersambung....

Adik abang jom buat kelakar,
Terasa ketawa ini tidak terkira,
Maaf jika ianya hambar,
Akan ku cuba buat untuk hiburkan semua.

(Tiny Hanna)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro