Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa:Aku.. Ada salah tanya ke? Kenapa dia marah sampai macam.. Tu sekali?

Bilik taufan

Pintu bilik ditutup kasar lalu dikunci, taufan membaringkan tubuhnya di atas katil lalu menekup mukanya dengan bantal.

Untuk apa? Untuk melepaskan segala rasa yang terbuku di hati.

Sepatutnya penyakit dia itu patut dirahsiakan daripada pengetahuan adik-beradiknya, tetapi jika gempa sudah terjumpa bukti itu...

Apa yang patut dia lakukan sekarang?

Esakannya itu bergema dalam hati. Rasa sedih mengundang pilu, ditambah pula dengan sakit yang ditahan ini.

Air mata diseka, pil ubat yang dijumpai dicapai lalu ditelan.

Tekaknya perit namun dipaksa untuk menelan.

Taufan merenung ke arah cadar yang berwarna biru, fikirannya memikirkan situasi yang terjadi sebentar tadi.

Agak kesal kerana dia memarahi gempa, sepatutnya dia bersyukur kerana gempa yang menjumpai barangnya itu.

Mata dipejam rapat, dia cuba mengosongkan fikirannya. Biarlah dia menjadi tenang seketika seperti angin,seperti namanya.

Di dapur...

Blaze terkejut melihat gempa yang sibuk membancuh air.

Blaze:Eh, gempa! Asal bancuh air ni? Kenapa tak panggilkan aku je, aku boleh tolong bancuhkan. Kau.. Haus eh?

Gempa:Hmm? Takdelah, ini  untuk.. Arr.. Tau.. Taufan.

Gempa sedikit tergagap jika mahu menyebut nama adik-beradiknya, yelah masih belum ingat dengan sejelasnya.

Blaze:Lah, dia minta kau tolong bancuh ke? Eloklah, orang sakit bancuh air untuk orang sakit. Dua-dua tengah sakit.

Gempa:Ouh, mana ada. Dia tak minta aku bancuh pun.

Blaze:Dah tu? Habis tu? Asal kau bancuhkan untuk dia kalau dia tak minta?

Wajah gempa muram sebentar. Dia berfikir, perlu ke dia cerita apa yang jadi tadi?

Tapi blaze adiknya, tak salah kalau nak cerita kot.

Blaze menantikan jawapan abangnya, kaki sudah lenguh akibat berdiri statik bagaikan patung.

Blaze:Cepatlah bagitau apa sebabnya, kaki aku dah lenguh ni.

Gempa:Ahh, err....sebernanya. Tadi aku terjumpa.. Ubat.

Blaze:Ubat? Haa, lepastu?

Gempa:Lepastu, aku nampak taufan terus pergi dekat aku. Dia rampas ubat tu.

Blaze:Jadi?

Gempa:Dia marah aku, lepastu terus naik ke atas. Sebab tu aku buat air, nak minta maaf.

Blaze:Lah, itu je?

Kepalanya diangguk perlahan, blaze terus ketawa.

Gempa:Asal kau gelak? Aku ada buat lawak ke, aku rasa takde.

Blaze:Aduh, gempa... Taufan memang macam tu, dia... Memang kuat marah. Entahlah, susah nak jelaskan perangai dia tu.

Gempa:Haa?

Terpinga-pinga gempa saat dia cuba menghadam kata kata blaze yang mempunyai maksud tersirat

Blaze:Alah, benda yang kau pegang tu mungkin vitamin. Tak perlulah nak risaukan sangat. Okeylah, aku nak tengok tv jap. Bye.

Gempa:Err... Okay.

Setelah blaze beransur pergi bersama sikap lewanya, gempa terfikir kembali rupa pil yang dilihat olehnya.

Gempa:Tapi.. Rupanya macam ubat...

Taufan sudah berubah menjadi pemarah selepas kematian abangnya, Halilintar. Mungkin kerana dia tertekan, jadi dia tidak dapat menerima hakikat pemergian abangnya.

Taufan mencoret sesuatu di atas kertas, apa yang berada dalam fikirannya itu pantas dia menggerakkan tangannya.

Taufan:Hmm, esok dah masuk dua bulan hari kematian halilintar.

Taufan memeluk bantalnya dengan wajah muram.

Tok! Tok! Tok!

Taufan:Masuk...

Gempa:Tapi.. Kau kunci pintu, macam mana aku nak masuk?

Dahinya ditepuk perlahan, aduh betul jugak. Terlupa dia tadi.

Setelah pintu terbuka terkejut dia melihat gempa selamba masuk ke biliknya sambil membawa sesuatu.

Gempa:Taufan, ni aku ada bawakan makanan untuk ksu sebagai tanda minta maaf. Sorry tau aku terbagi kau marah tadi. Aku tak sengaja.

Taufan:Te.. Terima kasih. Susah-susah.. Je.

Gempa:Janganlah cwksp macam tu.. Eh?

Gempa terpandang ke arah kertas yang diconteng oleh taufan.

Gempa:Wah, cantiknya!!! Hensemnya~ Taufan ke yang lukis ni?! Siapa dia niiii~

Taufan:Ahh.. Err.. Halilintar. Abang kita.

Gempa:Hah?

Wajah gempa bertukar menjadi pucat.Fikiran gempa terimbas kembali kepada peringatan Solar.

Taufan:Kau dah kenapa?

Gempa:Bu..bukan ke.. Dia yang buat aku?

Taufan:Bukan dia yang buat kau.

Gempa:Eh?! Habistu?

Taufan menghela keluhan panjang, percaya sangat si gempa ni pada mulut-mulut tempayan adiknya.

Ais dan solar pun sama je dua kali lima. Ada akal tapi tak guna sebaiknya, tah menghasut je.

Taufan:Sebernanya, kau terjatuh.

Gempa:Seriuslah? Wah...

Taufan:Itulah, jangan percaya mulut orang sangat.

Tapikan...

Macam mana taufan boleh tahu?


























Bersambung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro