Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Air mata mengalir laju, tangisan hiba memecahkan kesunyian ruang itu. Segalanya dilepaskan pada bantal yang dipeluk, fikirannya kembali mengimbas situasi yang berlaku.

Di saat dan ketika dia mengingati kembali setiap kejadian yang berlaku, pasti dia akan menangis. Berapa menyesalnya dia, kerana dialah Halilintar pergi meninggalkan mereka semua. Kerana dialah Halilintar lemas.

Sungguh tidak dijangka, Halilintar sanggup mengorbankan nyawa demi dia. Mengingatkan kejadian itu, maka makin kuatlah tangisannya.

Sejak dari semalam dia asyik mengurungkan dirinya dalam bilik, makanan dan minuman tidak di jamah walau sedikit pun. Sedangkan jika gempa menghidangkan makanan kegemaran dia juga, tidak sanggup dia mahu menjamah.

Dia lebih rela menangis meratapi pemergian abang tercinta. Terasa segala kesalahan kini dipikul olehnya seorang diri. Bahu berat memikul segala rasa itu, betapa berdosanya dia membiarkan abangnya menjadi mangsa lemas.

Ya, akibat cuaca pada hari itu menunjukkan tanda-tanda seperti mahu hujan taufan berdegil juga mahu pergi berenang di pantai. Akibatnya, Halilintar lemas menyelamatkan dia kerana dia tidak mampu meredah arus air yang semakin deras.

(Flash back)

Di saat matanya sudah terbuka, terkejut melihat abang dan adik-adiknya berdiri di sekelilingnya. Dia tersenyum dan mula mengira satu demi satu. Akan tetapi, hairannya dia kerana jumlah menjadi enam termasuk dirinya.

Hatinya berbisik sambil melihat warna mata adik-beradiknya.

Taufan: "Emas untuk gempa, oren untuk blaze, biru laut untuk Ais, hijau untuk duri, kelabu untuk solar, biru untuk aku."

Tiba-tiba, terdetik sesuatu dalam hatinya. Perbincangan abangnya itu diabaikan, dia mahu memikirkan tentang abang sulung yang dikasihi separuh nyawa.Topik Halilintar lebih penting sekarang.

Taufan: "Kalau semua ada.. Merah warna mata Halilintar.. Kejap. Mana Halilintar?"

Melihat adik-beradiknya seperti serius membincangkan sesuatu, taufan mula syak sesuatu. Mereka berlima seperti ada menyorokkan sesuatu daripadanya.

Duri:Duri tak sanggup bagitahu, duri tak nak taufan sedih...

Solar:Habis takkan kita nak bohong dia? Nak kata si Halilintar masih hidup?

Gempa:Kita perlu jujur juga duri... Walau apapun jadi jujur lebih penting.

Ais:Betul tu, berkata benarlah walaupun ianya pahit. Rasulullah pun tidak mengajar umatnya untuk berbohong, apatah lagi kita.

Gempa:Kalau kita bohong, situasi akan jadi lebih parah, lebih teruk. Macam mana jika dia tahu perkara sebenar nanti?

Blaze:Mestilah dia sedih.

Solar:Haa, tahu pun.

Blaze:Aku tak cakap kat kau pun.

Solar:Aku sekadar menjawab.

Blaze:Itu bukan pertanyaan.

Solar:Eleh, aku cuma nak bagi pendapat itu je.

Gempa:Oit!

Dua orang remaja lelaki itu pantas melihat adik-beradiknya yang lain. Kelihatan kelima-lima pasang mata itu merenung mereka seperti mahu ditelan hidup-hidup.

Yelah, orang bincang lain mereka sibuk bertengkar. Siapa tak marah?

Gempa:Korang nak bertengkar ke nak berbincang ngan kami? Kalau nak bertengkar, saya sangat mengalu-alukan cik blaze si prankenster terhandal nak mampus sang penguasa elemental api dan cik solar yang kuat perasan hensem sang penguasa elemental cahaya untuk keluar sangat. See, pintu itupun sangat menantikan kehadiran cik tuan berdua. Kalau nak silakan, nak bentang Red carpet pun boleh...

Ah, lupa pula mereka berdua ni. Gempa ni kalau bab memerli memang berbisa. Haih, dia ikut belah siapalah ni yang kuat memerli sangat?

Bisa dia perli tu pun macam pedihnya cili padi dikunyah, mungkin rasanya lebih teruk dari tu. Lebih memeritkan.

Blaze:Err.. Ikut kau.. Berbin..cang?

Gempa:Haa,tau pun.Kalau nak.. Tunggu apa lagi cepat masuk!

Solar:Erkk, baik gempa!

Ya ampun, tegasnya si gempa ni. Tegasnya itu bagaikan komander yang mahu memberikan arahan kawad kepada anak-anak buahnya.

Gempa ni dua kali lima je dengan si Halilintar tu, kerja nak memerli, marah, mengarah apa semua itu memang sifat semulajadi mereka. Rasanya diorang boleh dapat anugerah manusia yang kuat memerli. Haih, nasiblah dapat abang macam ni. Bertabah, itu je mampu dikatakan.

(Oh lupa, sifat anak sulung memang camtu ke? Sebab tiny ada tengok satu video dekat tiktok haritu🤣

Yelah kak long Tiny garang, suka mengarah pulak tu. Pastu tak nak mengalah, semua aye kena mengalah. Mana aci!

Kurang ajar punya adik, mentang-mentang Tiny anak bongsu boleh kata dekat anak sulung. Yang sulung jangan marah saya, sebab akak saya memang camtu... Huwaaa dia kejam TvT.

Eh, dia takde dekat sini kan? Kalau dia tau tiny membawang pasal dia, mampuslah Tiny! Tamatlah riwayat Tiny kalau camtu.. Okey, Okey Tiny sambung.. Hehe, sorry. 😅)

Jap, sebut pasal Halilintar... Solar teringat sesuatu. Mata solar melihat ke arah taufan yang sudah tersedar seperti kabur dengan apa yang berlaku.

Solar:Korang.. Taufan dah bangun.

Gempa:Hah?

Mereka berlima terus menyeru ke arah taufan bagaikan sekumpulan wartawan yang mahu menemuramah artis yang ditimpa musibah.Hampir terjojol biji mata taufan melihat mereka brek mengejut.

Gempa:Taufan kau Okey ke?!

Taufan:Aa..aku Okey... Apa.. Dah jadi?

Blaze:Kau lemas tadi...

Taufan:Halilintar mana? Dia selamatkan?

Masing-masing menundukkan kepala dan merenung antara satu sama lain.

Blaze: 'Kaulah bagitahu.'

Solar:'Asal aku? Suruhlah duri.'

Duri:'Duri tak beraniii, duri takut. Suruh abang ais.'

Ais:'Ish,tak nak! Sapa paling tua bagitaulah!'

Gempa:'Amboi, pandai nak mengelat eh?Pandai nak mengarah... Siapa ajar?'

Solar:Dahlah, tak kisah lah tok Wan Google nak ajar ke, minah youtube yang nak ajar ke, Instagram ke apa ke... Kau bagitau sebab kau paling rapat dengan dia.'

Blaze:'Betul,setuju.

Gempa:'Cakap senang...'

Ais:'Ish, sudahlah tu! Buat jelah! Aku panah sekoq-sekoq satgi baru tau!'

Gempa:'Ceh, fine extra fine!'

Gempa melihat wajah taufan dengan serius. Taufan mula merasakan ada sesuatu yang tidak sedap didengari bakal disampaikan kepadanya.

Gempa:Taufan, aku harap kau boleh terima semua ni...

Apa jadi dengan Halilintar? Sesuatu yang buruk telah menimpa dirinya ke?

Taufan:Kemana Halilintar pergi?

Gempa:Halilintar... Maafkan kami taufan... Dia dah takde.

Terus menggeletar tangan taufan. Jantung berdegup laju, matanya merenung ke arah gempa seperti minta penjelasan.

Biar betul Halilintar sudah tiada? Tapi.. Kenapa?

Gempa:Semasa kau lemas Halilintar berjaya selamatkan kau.. Tapi maaf, kami tak dapat selamatkan Di sebab arus ombak yang mengalir terlalu deras. Dia disahkan meninggal dunia kerana lemas.

Taufan:Tak.. Mungkin.. Tapi.. Kenapa... Kenapa?

Gempa:Dia sanggup korbankan nyawa...kerana kau taufan.

Ais:Sabar ya, taufan. Aku faham apa yang kau rasa..

Terus aku meratapi pemergiannya, aku menjerit menyebut namanya. Betapa hancurnya hati aku setelah menerima khabar buruk tersebut.

Taufan:Halilintar!!!!!!!!!

(End Flashback)

Kini, ku kesepian. Aku keseorangan, tiada lagi peneman setia di sisi...

Dulu, di saat Halilintar ada... Halilintarlah tempat dia meluahkan perasaan. Halilintarlah tempat dia mahu bermanja. Halilintar sering menjadi mangsa usikannya dengan belon. Walaupun dia tegas, tetapi dia baik hati. Jika dia cedera, pasti Halilintar risaukan keadaan dia.

Teringat kes dia ditahan di hospital kerana mengalami demam panas yang teruk. Halilintar sanggup berulang-alik dari hospital ke rumah demi menjaga dia akan minum diabaikan, biarlah Halilintar tidak tidur, katanya asalkan taufan sembuh,baru lega hatinya. Bersyukurnya dia dikurniakan abang sebaik itu.

Tapi sayangnya, dia sudah tiada. Harimau pergi meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama. Mungkin itu peribahasa yang sesuai dengan situasi keadaan sekarang.

Taufan:Halilintar... Kenapaaaa....

Sedang sibuk dia menangis, tiba-tiba solar masuk dalam biliknya dengan wajah yang serius seperti mahu membincangkan sesuatu.

Solar:Kau nak Halilintar kembali ke?

Me dengar perkataan yang kurang logik itu, aku pantas menghepuk kepala si solar dengan buku-buku yang ada. Gila ke solar ni, orang yang dah mati mana boleh hidup balik! Nak cakap tu agak-agaklah sikit! Sekarang makin kuat tangisannya.

Solar:Sorry salah cakap. Tapi.. Aku ada benda nak bagitau kat kau. Harap kau suka.

Taufan:Aa.. Apa dia?

Solar membisikkan sesuatu, dia memandang adiknya yang bijak itu semula.

Taufan:Kau janji kau akan siapkannya?

Solar:Aku janji.

Dari situ, bermulanya sebuah kisah yang merumitkan dalam hidupku. Ya, demi dia... Aku sanggup melakukan apa-apa saja... Termasuk MENGGADAIKAN NYAWA AKU!!!

BERSAMBUNG....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro