Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Halilintar:HACHUUUM!!! Alamak!

Tiba-tiba...

Ochobot:Eh?!!

Ochobot terus memandang almari yang terletak tidak jauh daripadanya.

Kini almari itu menjadi fokus semua penghuni di rumah itu.

Gempa: "Ya Allah habislah aku..."

Tok aba:Atok tak salah dengarkan?

Ochobot:Aku dengar ada bunyi bersin dalam almari tu. Ada yang main sorok-sorok ke?

Tiba-tiba, blaze muncul dengan gaya terhendap-hendap.

Semua yang berada di situ memerhatikan blaze dengan gaya yang aneh bin pelik bin ajaib.

Blaze pula perasan ada beberapa pasang mata memerhatikannya.

Blaze:Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok blaze ke sebelum ni?

Ais:Yang kau ni pahal terhrndap-hendap ni?

Blaze:Ouh, kitorang main sorok-sorok. Ni aku tengah cari diorang sekarang. Kau ada nampak diorang tak?

Mendengar kata-kata blaze, serentak mereka semua memikirkan almari yang ada bunyi orang bersin tadi.

Ais tahu kini mereka semua cuba mengalihkan perhatian tok aba. Maka dia meneruskan agendanya.

Tok aba:Atok rasa-

Kata-kaya tok aba terhenti apabila ais memotongnya. Aus tahu itu perbuatan biadap namun dia terpaksa demi menyelamatkan Halilintar.

Ais:Hmm.. Takde kot.

Blaze:Serius? Hmm, okeylah. Aku gerak dulu bye~

Ais:Bye...

Kini suasana sepi lalu mereka merenung antara satu sama lain. Gempa kembali mengaduh kesakitan kerana kecederaan di kakinya.

Gempa:Arghhh.. Sakitnya...

Tok aba:Hah, ya Allah lupa pulak atok kat kau gempa.. Haih, almari punya pasal lah ni.

Ochobot:Kau Okey tak gempa? Aku nak pergi ambil first aid kid jap.

Gempa:Erghh, takpelah. Aku Okey je...

Ais:Okey apanya? Kaki kau merah teruk ni tau tak? Melecur teruk ni...

Ochobot:Hmm, aku nak pergi ambil ubat jap. Korang tunggu sini dulu ya.

Ais:Baik~

Di bilik ais...

Blaze:Huh... Selamat.. Hampir terbongkar...

Halilintar yang tidak mengerti apa yang terjadi mampu duduk atas katil ais yang empuk gebu bagaikan donat serta dipenuhi plushie paus biru comel itu.

Seketika dia bermain plushie itu dengan gembiranya, ais hanya membiarkan abangnya itu bermain.

Asalkan barangnya tidak rosak, kalau tidak merana dia 2000 tahun.

Sudahlah plushie yang Halilintar main itu dibeli menggunakan hasil tabungan sendiri.

Ais:Macam mana kau boleh selamatkan Halilintar, blaze?

Blaze:Heh, ini blazelah. Mestilah aku boleh selamatkan dia~

Ais:Cik abe, aku suruh kau ceritakan benda yang terjadi. Bukan suruh kau poyo.

Seketika blaze mendengus kasar lalu berbisik perlahan.

Blaze:Eleh, nak puji diri sendiri pun tak boleh. Kacau betul.

Ais:Oit, aku dengar apa kau cakap.

Blaze:Lah, ingatkan tak dengar.

Ais:Kau ingat aku pekak ke?

Blaze:Dahlah, tadi kau nak dengar aku cerita macam mana aku selamatkan Halilintar kan?

Ais:Ha'ah. Eh?

Blaze:Eh, kenapa ni?

Melihat ais yang merenung ke arah muka pintu, blaze juga pantas melihat arah yang sama. Telinga mereka dapat menangkap sayup bunyi suara tok aba, Ochobot dan taufan yang naik ke atas.

Bilik mereka berhampiran dengan tangga, sebab itulah mereka mudah dengar bunyi dari bawah.

Ais mendekatkan telinganya ke muka pintu untuk mencuri dengar perbualan taufan, tok aba dan Ochobot.

Blaze:Kau buat apa?

Jari telunjuk ais diletakkan di bibir blaze agar dia tidak mengapikan keadaan. Namun kelakuan di dingin itu membuatkan blaze terkedu.

Ais:Shh, senyap. Aku nak ngintip apa diorang sembang.

Taufan:Hehe, maaflah kalau rumah kami ni bersepah sikit. Al-maklumlah, nikan rumah... Anak teruna. Heheh.

Ochobot:Rumah 7 anak teruna yang buas mengalahkan binatang buas. Macam mana tok aba jaga korang dulu aku pun tak tau.

Mendengar perlian Ochobot, taufan tersengih malu.

Taufan:Tetapi, sebuas anak teruna ni ramai jugak perempuan minat kat diorang.

Ochobot:Memang, tapi masing-masing ada poyonya. Kekadang aku pun nak muntah tengok poyo korang.

Taufan:Kau karut apa Ochobot?

Ochobot:Karut apa? Betullah apa aku cakap.

Taufan:Kau tu power sphera, mana boleh muntah.

Ochobot:Andaian aku, kau tak faham ke?

Taufan:Andaianlah sangat.

Tok aba:Ish, sudah. Korang berdua ni asal jumpa je bergaduh. Penat atok tengok tahu?

Taufan:Dahlah, tok aba kata nak tengok bilik kami kan? Haa, dekat hujung sekali tu.. Bilik Halilintar dulu.

Daun pintu ditolak perlahan. Barang dan perabot masih tersusun kemas dalam bilik itu.

Taufan:Kekadang Halilintar tidur dengan taufan, ada masa dia tidur sini. Sebab Halilintar jenis tidur lewat.

Terkedu tok aba melihat novel yang tersusun atas meja dan rak kecil itu. Hati diserang rasa sayu, pantas ingatan tuanya itu mengingatkan sikap Halilintar yang merupakan seorang ulat buku dahulu.

(sambil baca boleh dengar lagi yang Tiny bagi tu.. Melayan perasaan, Best lagi tu Tiny pun nak menangis) :>

https://www.youtube.com/watch?v=T_t_Y4rz_WI

Taufan merenung ke arah jaket yang tersangkut dalam almari merah hitam Halilintar lalu merenung ke arah katilnya.

Di sisi katil itu, terdapat patung dia dan Halilintar berpelukan bersama-sama. Patung itu buatan dia dan Halilintar sebulan yang lalu. Tanpa dipinta, air mata mengalir laju ke pipi.

Kenangan duka kini nestapa kembali menerjah mindanya.


(FlashBack)

Taufan:Halilintar!

Novel yang berada erat dalam pegangan Halilintar terlepas lalu terkena kaki abang kesayangannya itu. Halilintar mengusap kaki lalu menjeling setajam mungkin ke arah taufan.

Halilintar:Kau ni tak seri nak bagi salam ke? Sakit kaki aku kena novel ni tau tak? Kau ingat novel ni nipis macam komik kay suka baca tu ke?

Taufan:Alah, komik pun tebal jugak.

Halilintar:Komik apa?

Taufan:Komik Boboiboy Movie 2.

Halilintar: _-

Taufan:Hehe, gurau je. Halilintar baca novel apa?

Pinggang Halilintar dipeluk maka oleh taufan, bibirnya mengukur senyuman nipis saat melihat si berbaju biru itu memeluknya.

Halilintar:Novel ni, kisah dua adik-beradik yang janji mahu bersama tetapi abangnya meninggal dunia dalam kebakaran sebab nak selamatkan adiknya.

Taufan:Hiks, sedihnya kisah tu. Lepas tu apa jadi?

Halilintar:Lepas tu, dia amat rindukan abang dia. Disebabkan dia genius dalam teknologi, dia berjaya mencipta sebuah robot yang ada DNA ababgnya. Dia merahsiakan kewujudan robot itu.

Taufan menekup mulutnya mendengar kisah itu. Sedihnya, semoga keluarga mereka tidak mengalami nasib seperti itu!

Halilintar menyambung penceritaannya itu.

Halilintar:Tetapi, kewujudan robot tu terbongkar jugak dekat pengetahuan ahli keluarga yang lain. Suatu hari, ayah diorang mahu membunuh adiknya. Abang dia terus lindungi adiknya tetapi dia telahpun rosak. Akhirnya, adik dia tu keseorangan selamanya...

Taufan:Waaaaaa, sedihnya kisah ni!!!

Halilintar:Janganlah menangis, ini cerita je.

Taufan:Hiks, tapi kalau jadi dekat family kita macam mana? Kalau taufan mati mesti Halilintar kesunyian...

Halilintar:Taufan, jangan cakap camtu. Kitakan janji untuk sentiasa bersama?

Taufan:Tapi, taufan takut...

Halilintar:Takpe, kita akan sentiasa bersama. Halilintar janji akan lindungi taufan. Tapi, kalau Halilintar pergi dulu.. Maafkan Halilintar ye?

Taufan:Halilintar, janganlah cakap camtu...

Tangisan taufan semakin kuat, Halilintar memeluknya lalu menepuk belakang taufan dengan lembut.

Halilintar:Jangan nangis, bukan ke taufan pernah berjanji dengan Halilintar tak nak nangis? Taufan kata taufan nak jadi kuat.

Tetus esakan seperti kanak-kanak kecil itu berhenti. Halilintar tersenyum manis lalu memandang anak mata taufan.

Halilintar:Macam nilah adik Halilintar, dah senyum. Halilintar tak nak tengok taufan nangis. Tak comel tengok taufan muram macam cekodok basi.

Taufan ketawa mengekek mendengar gurauan abangnya. Tidak sangka abangnya yang serius itu reti membuat jenaka.

Halilintar:Good, dah gelak pun dia.

Taufan:Oh, baru taufan ingat!

Halilintar:Ingat apa?

Taufan:Halilintar, jom kita buat patung! Lepas tu bila dah siap, kita simpan patung tu sama-sama! Nak tak?

Halilintar:Bunyi macam menarik, boleh jugak. Jom!

Tawa ceria dan gurauan senda juga kedengaran dalam bilik itu. Akhirnya patung yang dibuat oleh mereka siap juga.

Halilintar:Tada!! Akulah boboiboy halilintar!

Taufan:Comel Halilintar buat camtu! Ni pula taufan!

Halilintar:Hmm, apa kata kita buat satu lagi?

Taufan:Eh, kenapa pula?

Halilintar:Tak seronoklah tengok patung ni alone. Dia pun kena bersama jugak, macam kita.

Taufan:Okey kalau macam tu.. Jom buat satu lagi.

Halilintar:Okey, jom!

Sebulan selepas kejadian itu, Halilintar pun lemas kerana mahu selamatkan taufan.

(End FlashBack)

Taufan:Halilintar... Aku rindukan kau...

Taufan terduduk lemah sambil memeluk patung buatan Halilintar.

Ochobot yang perasan dengan keadaan itu mengajak tok aba keluar. Rasa bersalah juga kerana mengajak datang ke situ.

Mereka meninggalkan taufan sendirian yang mahu melayan perasaannya.

Taufan:Maafkan aku... Maafkan aku.... Hikss... Halilintar... Aku rindukan kau...

Petang yang indah itu terus sahaja langit bertukar menjadi mendung seolah memahami isi hati taufan. Lalu hujan pun turun dengan lebatnya pada petang itu seperti selebatnya air mata taufan.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro