BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BEBERAPA helai gaun terdampar di atas katil. Seorang gadis merenung setiap gaun itu sambil mencekak pinggang. Masih buntu untuk pakai gaun yang mana satu untuk pergi ke parti hari lahir Ella.

Jari telunjuk kanan diletakkan di bawah dagu. Ella ada memberitahu dia tema malam ini adalah merah jambu. Matanya melirik ke arah gaun berwarna merah jambu sebelum dicapai.

Gaun yang penuh dengan corak bunga yang timbul itu terlalu meriah di matanya. Alfhia menggeleng kepala perlahan. Gaun tersebut dicampak di tepi katil.

"Nampak over sangat. Haih."

Kemudian, gaun berwarna krim dengan sulaman yang timbul. Bahagian bawah gaun kembang sedikit dan flowy. Perlahan, Alfhia mencapai gaun tersebut dengan senyuman melebar.

"Okey, ni cantik!"

Dengan pantas gaun-gaun yang bersepah di atas dan di tepi katil, Alfhia gantungkan semula di dalam almari. Matanya melirik jarum jam di pergelangan tangan.

Mata Alfhia terbuntang luas. "Lagi dua jam sebelum parti start!"

Tubuhnya masih tersarung dengan bathrobe, Alfhia berlari ke arah meja solek miliknya. Pantas jari jemari runcing miliknya menempek skincare dengan bermula dari toner dan berakhir dengan pelembap kulit. Kemudian, beg alat solek diambil lalu diletakkan di atas meja solek.

Alfhia merenung pantulan wajah di cermin. Ada beberapa jerawat kecil di sekitar dahi. Alfhia merengus. Geram dengan Miss J yang sering muncul dengan anak-anaknya. Alfhia prep wajahnya sebelum calitkan concealer di dahi, bawah mata, tepi hidung dan bibir.

Baru saja dia letak foundation di sponge, tiba-tiba telefonnya menjerit minta diangkat dengan segera. Kelam kabut Alfhia mengambil telefonnya yang terdampar di atas katil.

Nama pemanggil sempat ditilik sebelum menggesek ikon hijau.

"Helo."

"Fhia! Fhia! Fhiaaaa!" Jeritan Ella di hujung talian mengejutkan Alfhia. Hampir terpelanting telefonnya.

Alfhia menggosok telinganya sebaik saja menjarakkan telefon dari telinganya.

Seketika, telefon kembali dilekapkan pada telinga.

"Kau ni dah buang tabiat ke apa? Boleh pecah gegendang telinga aku tahu tak?"

Ella ketawa kecil tanpa rasa bersalah.

"Alaaa jangan marah. Hari ni kan birthday aku. Fhia..."

"Ya, ya. Apa-apa je la. Nak apa ni?" Alfhia kembali duduk di hadapan meja soleknya. Pembesar suara dipasang sebelum meletakkan telefon di atas meja lalu menyambung solekannya.

"Kau datang tak malam ni? Kau jangan nak mengelak, eh?"

"Ya, aku datang. Kabut la kau ni. Belum mula lagi kan?" Balas Alfhia.

"Macam mana aku tak panik, Fhia? Tahun lepas tiba-tiba aje kau tak jadi datang sebab terlajak tidur la apa la. Tahun sebelum tu, kau bagi beribu alasan macam-macam. Kau ingat eh, tahun-tahun sebelum ini boleh la aku terima maaf kau dengan hadiah macam-macam... But not for this year! Ribut ke taufan ke... kau kena datang juga," ujar Ella dengan penuh tegas.

Alfhia menggulingkan bebola matanya ke atas. Mengejek setiap butir perkataan yang meniti di bibir Ella.

"Eh, Ella. Aku ni datang ke tak datang ke... sama je. Parti kau tetap berjalan, kan? Aku bukannya orang penting dalam parti kau. Asal ada kau dan kek, cukup la tu. Bukannya bergolek pun bumi ni kalau aku tak ada." Pelik dengan sikap Ella yang sering mendesak dirinya untuk hadir ke partinya setiap tahun.

"Siapa cakap kau tak penting? By hook or by crook, kau kena ada juga malam ni."

"Whatever la, Cik Zafella! Malas aku nak layan. Dah la, aku tengah bersiap ni. Kalau make-up aku comot sebab kauuu... jangan pelik kenapa tu jadi sebab aku tak muncul malam ni. Bye!"

Ella tak berpuas hati. "Ke... kenapa salah aku pula?"

Alfhia mendengus kecil. Ikon merah ditekan dengan kasar. Talian terputus.

Akhirnya, bilik yang riuh dengan suara Ella tadi kembali sunyi dan tenang.

Eyeshadow pallete yang baru dibeli dibuka. Banyak shade warna merah jambu, glitter dan putih. Berus diambil sebelum gosok sedikit di kelopak mata. Selepas siap, eyeliner warna putih pula diambil lalu dilukis pada bawah mata. Eyeliner warna hitam dilukis bahagian atas mata dengan halus.

Solekan diteruskan...

Better late than ugly!

DARI luar pagar rumah Ella, sudah jelas betapa meriah parti malam ini. Alfhia menghela nafas panjang sebelum masuk ke dalam perkarangan kediaman keluarga Ella. Telefon berbunyi di atas dashboard segera diambil selepas memarkir kereta.

"Helo."

"Hei, kau kat mana? Semua dah ada tau. Kau je belum." Tanpa beri salam, laju aje Mia sergah.

"Ya, ya, sabar. Aku baru je parkir kereta. Nak masuk dah ni." Sambil menjawab, Alfhia keluar dari perut kereta. Sempat dia membetulkan gaun yang tersarung pada tubuhnya sebelum mengorak langkah ke pintu utama.

Tiba saja di hadapan pintu, wajah Mia adalah perkara pertama yang Alfhia lihat.

"Alfhiaaa!" Tanpa amaran, tubuh Alfhia dipeluk erat oleh Mia.

"Oi, Mia! Apa ni peluk-peluk? Geli la." Lekas Alfhia merenggangkan pelukan mereka berdua. Mia koyak sengih.

"Jom! Kawan-kawan kita semua dah sampai tau." Mia menarik lengan Alfhia berjalan ke arah laman belakang rumah Ella.

Sempat mata Alfhia melingas di sekelilingnya, ada orang yang dia langsung tak kenal. Mungkin kawan-kawan Ella yang lain kut. Dari jauh, Alfhia dapat lihat Ella sedang berbual mesra dengan tetamu.

Bibirnya mengulum senyuman. Sudah lama dia tak bertemu dengan Ella kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.

"Aku rasa malam ni macam je tau. Haih, rindu la kat kawan-kawan kita yang lain. Ni baru sikit aje yang datang. Ada yang tak dapat datang sebab jauh la, jaga anak la, honeymoon la. Haih..." Telinga Alfhia menangkap keluhan Mia di sisinya.

"Biasa la tu, Mia. Masing-masing dah ada kehidupan dan tanggungjawab. Makin meningkat usia, makin jauh kita dengan diorang. Silap haribulan, nanti kau kahwin, kau dah tak nak jumpa aku pula," ujar Alfhia.

Mia mengerutkan wajahnya. "No way. Kita wajib keep in touch. Kalau boleh, kahwinkan je anak-anak kita. Boleh la kita jadi besan."

"Hek eleh sembang nak berbesan konon. Calon suami pun tak nampak bayang. Ceh!" Malas mahu layan karenah Mia, Alfhia mengorak langkah menuju ke arah Ella bersama hadiah di tangan. Mia di belakang ikut saja langkah Alfhia dengan muka masam mencuka.

"Ella," seru Alfhia.

Ella menoleh sebelum menjerit girang lalu memeluk tubuh Alfhia.

"Aarrghh! Fhia! Rindunya kat kau. Haih, susah betul nak jumpa kau sekarang ni."

"Eh, aku pula? Kau tu hah yang sibuk memanjang dengan photoshoot. Maklum la, dah famous kan."

Ella menyengih sambil memeluk lengan kiri Alfhia. "Alaaa... kau merajuk ke?"

"Eee... tak kuasa la aku nak merajuk. Tak hairan langsung."

Ella ketawa kecil. Kemudian, terpandang ke arah Mia.

"Ni dah kenapa? Masam je muka. Tertelan biji nangka ke?"

Alfhia mengerling Mia. "Hmm... tadi dia berangan nak berbesan dengan aku. Konon tak nak lost contact. Aku pun cakap la, calon suami pun tak nampak bayang. Nak berangan pula?"

Mengekek Ella dibuatnya.

"Ella, jangan la gelak! Kau tak kasihan kan aku ke?"

"Buat apa? Pandai-pandai la kau cari jodoh kau."

"Alaaa... kau kan model. Kenal ramai orang. Mesti ada seorang dua lelaki yang boleh kasi adjust untuk aku." Mia mencucuk bahu Ella dengan jari telunjuknya. Bodek la tu.

"HAPPY birthday to you..."

Suasana di laman rumah Ella riuh rendah dengan nyanyian ulangtahun kelahiran. Alfhia yang berdiri tidak jauh daripada Ella hanya tersenyum melihat kawannya bahagia. Tetamu mula bersorak apabila Ella meniup lilin.

Kemudian, tetamu dijemput makan secara bufet di laman serta dalam rumah. Ramai memilih duduk di laman kerana cuaca malam ini baik.

Ella menarik Alfhia dan Mia untuk ambil gambar bersama-sama. Selepas itu, Alfhia dan Mia makan di meja yang disediakan.

"Banyaknya kau makan." Terkejut Mia apabila melihat pinggan Alfhia penuh dengan makanan. Macam tak makan setahun.

"Aku tak makan dari pagi la."

"Haih kau ni. Dari dulu sampai sekarang, langsung tak berubah. Nanti sakit baru kau tahu."

"Sekali sekala je la."

"Yalah, Fhia. Apa-apa jela."

Alfhia senyum kemenangan. Dengan senang hati dia mula menjamu selera. Paling dia suka masakan pedas dan masam-masam. Sedap!

Sedang mereka berdua makan sambil berbual, pandangan Alfhia jatuh ke arah satu susuk tubuh yang dikenali.

"Mia, tu..." Mulut dimuncungkan sedikit ke arah belakang tubuh Mia.

Mia pun toleh. Nun jauh di sana ada bekas kekasihnya ketika zaman kolej. Firash. Rasa menyampah tengok wajah itu. Kalau dulu masa bercinta, sedap aje mata memandang... selepas berpisah, tengok kambing lagi bagus.

"Kau tak nak tegur ke?" tanya Alfhia.

"Eh, buat apa? Tak nak la aku."

"Haih, takkan masih sayang kut?" Kali ini, Alfhia menjongketkan keningnya berkali-kali memandang Mia.

"Memang tak la. Dah berapa tahun entah." Seingat Mia, dia dan Firash sudah lama berpisah. Kadang-kadang terjumpa pun bila ada majlis atau parti kawan macam ni. Tapi, tak pernah bertegur sapa.

Senyuman tersungging di bibir Alfhia. "Aku tengok, Firash makin hensem. Nampak aura gentleman kat situ."

Mia menggulingkan bebola matanya ke atas.

"Serius kau tak nak tegur Firash? Kut la boleh tersangkut balik ke? Sambung ikatan yang terputus dulu." Perlahan Alfhia mengerling ke arah Mia dengan hujung ekor mata.

"Kau jangan nak merepek, eh? Aku sagat mulut kau nanti. Kalau dia gentleman macam kau cakap tadi, tak adanya dia nak lukakan hati aku."

Alfhia gigit bibir bawahnya. Punggung diangkat sedikit sebelum tarik kerusi rapat dengan Mia.

"Kau sayangkan dia lagi, eh?"

"Mana ada."

"Sure?"

Mia menggangguk laju. Penuh yakin.

"Kalau macam tu, aku nak tackle dia la." Alfhia cuba melihat reaksi Mia. Sengaja dia berkata sedemikian.

"Berani ke kau nak ngorat dia? Kau pun tak pernah ada boyfriend."

'Cis! Orang nak usik dia, ni kenakan kita balik pula,' getus hati Alfhia.

Walapun tak zahir di bibir, namun Alfhia tahu Mia masih menyimpan perasaan terhadap Firash. Boleh nampak pandangan Mia apabila melihat Firash dari jauh tadi. Cuma tu la, tuan badan tak nak mengaku.


To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro